Utusan Online - Sukan |
Posted: QPR sedia uji Safee, ApekOleh Khairuddin Mohd. Amin
KUALA LUMPUR – Queens Park Rangers (QPR) bersedia memberi peluang kepada pemain negara, Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) untuk mengikuti latihan bersama kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris itu Pembelian QPR oleh syarikat Malaysia, Tune Sports Sdn. Bhd. bukan hanya bertujuan komersial tetapi juga untuk meningkatkan mutu sukan tanah air. Malah, Ahli Lembaga Pengarah QPR, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pemilikan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bukan hanya untuk mengetengahkan pemain kebangsaan sekarang tetapi juga memberi pendedahan kepada lebih ramai pemain muda pada masa akan datang. Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp | ||
Terjun berpasukan wanita raih gangsa Universiade Posted: Terjun berpasukan wanita raih gangsa Universiade(Dari kiri) Leong Mun Yee, Pandelela Rinong , Cheong Jun Hoong dan Ng Yan Yee gembira bersama pingat gangsa yang dimenangi mereka dalam acara terjun berpasukan pada Sukan Universiti Dunia 2011 di Shenzen, semalam. SHENZHEN - Skuad terjun negara menamatkan hari terakhir di Shenzhen Natatorium, semalam dengan merangkul pingat gangsa bagi kategori berpasukan wanita keseluruhan pada Sukan Universiti Dunia (Universiade 2011). Pingat ketiga itu bermakna Malaysia setakat ini berpuas hati dengan satu perak dan dua gangsa; pencapaian yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Universiade 2007 iaitu satu perak. Pun begitu, masih ada harapan untuk kontinjen negara menambah pingat menerusi taekwondo lelaki 84 kilogram yang akan bertarung hari ini. Dalam pada itu, kedudukan Leong Mun Yee dan Ng Yan Yee di tempat kelima pada acara 3 meter platform seiringan wanita, semalam ia tidak menghalang pasukan terjun wanita mengekalkan kedudukan ketiga 2336.23 mata keseluruhan. Tuan rumah, China tetap unggul dengan memungut 2674.18 mata diikuti Amerika Syarikat (perak) dengan catatan 2373.08 mata. Acara berpasukan wanita keseluruhan hanya mengambil tempat di Universiade sahaja, tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik mahupun Kejohanan Dunia. Mun Yee yang menjadi nadi penting kepada kejayaan pasukan terjun wanita berkata, dia gembira selepas penampilan ketiga di Universiade berjaya membawa pulang dua pingat gangsa. ''Saya puas hati kerana dapat membantu pasukan negara membawa pulang dua pingat kepada Malaysia memandangkan sebelum ini di Korea (2003) dan Turki (2005), saya tidak mendapat sebarang pingat. Tambah manis, Mun Yee yang menjadi atlet terjun paling banyak mengambil bahagian di Universiade kali ini dalam empat acara, mengakui dia sebenarnya langsung tidak bersedia menyertai 10 meter platform dan 1 meter papan anjal individu. ''Jurulatih (Yang Zuliang) memberi arahan kepada saya untuk mengambil bahagian kedua-dua acara ini pada pusingan kelayakan sebaik tiba di sini bagi tujuan mengumpul mata (berpasukan). ''Masa acara 3 meter platform seiringan tadi pun saya ada sedikit tertekan bagi mengekalkan kelebihan ke atas Ukraine yang mengekori kedudukan di tempat keempat tetapi saya tetap tenang kerana tahu mempunyai kelebihan besar ke atas mereka (Ukraine), " jelasnya. Sementara itu, pengurus pasukan terjun, Mohamad Muhd. Hanif mendedahkan rahsia kejayaan berpasukan wanita hasil semangat berpasukan dan disiplin yang tinggi di kalangan atlet terjun. ''Mereka semua mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya ditambah dengan bimbingan jurulatih (Zhuliang) yang cukup hebat, persiapan kami semua berjalan lancar," katanya. Dia juga berharap sukan terjun yang kali pertama menyertai Universiade 2011 kali ini mampu menjadi penyumbang pingat utama pada edisi seterusnya di Kazan, Rusia pada tahun 2013. ''Melalui perancangan rapi antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN), saya yakin sukan terjun akan terus cemerlang dalam masa dua tahun lagi di Kazan," katanya. - Utusan |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan