Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Red Devils makin panas

Posted: 11 Sep 2011 04:23 PM PDT

Sukan

kedua United di Stadium Reebok, kelmarin.

kedua United di Stadium Reebok, kelmarin.

Kami berhak di atas: Fergie

BOLTON: Sir Alex Ferguson percaya Manchester United berhak memimpin carta Liga Perdana Inggeris kerana mereka berdepan permulaan sukar, musim ini selepas membelasah Bolton 5-0, kelmarin.

United sekarang sudah menyumbat 18 gol dalam empat perlawanan liga dan Wayne Rooney mencatat hatrik kedua berturut-turut disokong Javier Hernandez, membolehkan mereka memimpin carta dengan kelebihan jaringan.

Ini bermakna barisan Ferguson sudah bersedia menanti kunjungan Chelsea, Ahad ini sebagai fokus utama dalam minda mereka dan bos Old Trafford itu mengerti kemenangan ke atas pasukan Andre Villas-Boas akan membolehkan United meneruskan saingan domestik dan Eropah yang memasuki musim luruh dalam kedudukan lebih baik. "Anda hanya perlu memberi tumpuan kepada diri sendiri," kata Ferguson.

"Ia adalah permulaan sukar musim ini, kami terpaksa berdepan semua nama besar. Kami akan menentang Chelsea Ahad ini. Ini adalah permulaan yang sibuk dan jika kami berjaya melepasinya, kami akan berjaya."

Rooney menegaskan mereka seharusnya dapat menjaringkan lebih banyak gol di Stadium Reebok.

"Ini adalah perlawanan pertama saya bergandingan dengan Javier musim ini dan kami berjaya menjaringkan gol, ia amat hebat," kata Rooney. - AFP


Kien Keat-Boon Heong dapat sentuhan Chang

Posted: 11 Sep 2011 04:18 PM PDT

Sukan

Hadapi saingan China Masters di Changzhou

PASANGAN emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boong Heong akan bersatu secara rasmi dengan jurulatih pilihan mereka, Pang Cheh Chang apabila bekas jurulatih beregu wanita itu akan membimbing mereka pada China Masters di Changzhou, bermula esok.

Pasangan kelima dunia itu berlepas semalam hanya bertemu Cheh Chang di Changzhou selepas jurulatih itu terbang terus ke sana dari Taiwan selepas selesai tugasan terakhir bersama anak didiknya di Kejohanan Grand Prix (GP) Emas Terbuka Taiwan yang berakhir, semalam.

Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai, berkata pihaknya bagaimanapun tidak meletakkan harapan tinggi kepada pasangan itu kerana kejohanan bernilai AS$200,000 (RM600,000) itu turut disertai semua beregu handalan dunia. Lagipun, masalah mereka baru saja selesai dan mereka belum pun mendapat sentuhan sebenar Cheh Chang. Namun, kita harap keputusan yang diputuskan sekurang-kurangnya memberi suntikan semangat kepada pasangan itu untuk mempamerkan semula keupayaan sebenar mereka, katanya.

Kien Keat-Boon Heong yang diletakkan selaku pilihan kelima kejohanan akan menentang pasangan tuan rumah, Chai Biao-Guo Zhandong pada pusingan pertama dan selepas beraksi dalam kejohanan itu mereka akan terus ke Tokyo menyertai Terbuka Jepun.

Sementara itu, jurulatih skuad pelapis, Tan Kim Her yang baru tiba dari Taiwan mengakui terkejut dengan keputusan Jawatankuasa Latihan dan kejurulatihan (CTC) BAM, Khamis lalu yang melantiknya mengambil alih tugas Rexy Mainaky selaku ketua jurulatih beregu lelaki.

Saya terkejut apabila mendengarnya. Ia tanggungjawab berat, tetapi saya berjanji akan menjalankan tugas sebaik mungkin bagi membalas semula kepercayaan BAM. Apapun, saya akan bertemu Chin Chai dan Kenny Goh (Pengurus Besar BAM) Selasa ini untuk berbincang, kata Kim Her.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan