Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Hajat Chong Wei tak sampai

Posted: 25 Sep 2011 04:00 PM PDT

Sukan

HAJAT Lee Chong Wei untuk meraih kejuaraan kali ketiga kejohanan badminton Terbuka Jepun dan trofi kejuaraan ketujuh tahun ini tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain China, Chen Long pada aksi final di Gymnasium Metropolitan, Tokyo, semalam.

Chong Wei yang diramal mampu bergelar juara selepas mudah menyingkirkan pemain Denmark, Peter Gade untuk laluan ke final serta penarikan diri juara Olimpik dan juara dunia Lin Dan yang memberi kemenangan percuma kepada rakan senegaranya Chen Long untuk mara ke final, gagal menepati ramalan apabila tewas dalam pertarungan tiga set yang berlangsung selama sejam 13 minit di kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$200,000 (RM600,000) itu.

Juara bertahan itu tewas kepada Chen Long di set pertama 8-21, sebelum bangkit di set kedua dengan kemenangan 21-10. Pada set penentuan, Chong Wei yang juga pilihan utama dan juara pada edisi 2007 berjaya mendahului pilihan keempat kejohanan itu 19-18 pada hujung saingan, namun akhirnya terpaksa akur bahawa Chen Long lebih unggul apabila kecundang tipis 19-21.

Kemenangan semalam hanya kejayaan kali kedua Chen Long menewaskan jaguh negara itu dalam enam pertemuan sesama mereka, yang mana kekalahan tunggal Chong Wei kepada pemain China itu sebelum ini ialah pada pusingan pertama Terbuka India 2009.

Chong Wei, 29, sebelum ini memenangi enam daripada lapan final yang disertainya tahun ini dengan kedua-dua kekalahan yang dialaminya itu adalah kepada Lin Dan yang menewaskannya di Terbuka Korea dan Kejohanan Dunia.

Aksi final semalam menyaksikan China mengungguli empat daripada lima acara yang dipertandingkan apabila mereka turut menjuarai acara perseorangan wanita serta beregu lelaki dan wanita.
Pilihan utama perseorangan wanita, Wang Yihan menewaskan pemain Jerman, Juliane Schenk 21-16, 21-14 untuk memastikan kejuaraan, manakala Bao Yixin-Zhong Xianzin memastikan kejuaraan beregu wanita selepas menewaskan pasangan Taiwan, Cheng Wen Hsing-Chien Yu Chin 13-21, 25-23, 21-12.

Juara bertahan yang juga pilihan pertama beregu lelaki, Cai Yun-Fu Haifeng melengkapkan penguasaan China apabila menewaskan pilihan keempat dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Bona Septano 21-13, 23-21.

Sementara itu, dalam acara beregu campuran yang menjadi satu-satunya acara final yang tidak membabitkan pemain China, menyaksikan pasangan Taiwan, Chen Hung Ling-Cheng Wen Hsing menewaskan pasangan Denmark, Joachim Fischer Nielsen-Christinna Pedersen 21-19, 16-21, 21-15.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

miera amiera

tahniah!! teruskan usaha anda. jgn lupa untuk melawat mjsc tgb...

mhr

Sy lihat DLCW yg brada ditahap maksimum & prestasinya hampir menurun. Jika tenaga & prestasi pihak lawan bertmbah baik,mmg ssh DLCW nk mnng..so hrp BAM siap sedia dgn pelapis baru yg lbh muda yg blh diasah dan lbh baik dr DLCW.

uching Kuling

Bukan menidakkan kemampuan DLCW dlm permainan badminton ttp ada lagi permainan lain yg perlu diajarkan kpd beliau..Saya meramalkan jika tindakan Persatuan Badminton China "memperjudikan" permainan, Juara Olimpik yg sebenar nanti bukan nya DLCW mahupun Lin Dan Ttp Chen Long..

misban

itu la padah kalau kacang lupakan kulitnya...

Syam

Siapa yang tidak kecewa jika lawan sebenar menarik diri saat akhir, sudah tentu akan rasa 'down' sbb itu permainan LCW sedikit goyah. Jika Lin Dan teruskan sandiwara seperti ini disetiap 'final' maka tidak mustahil prestasi LCW akan merosot..inilah perang psikologi jangka masa panjang dari LD buat LCW yang ingin memburu pingat emas olimpik.

chaps

Tahniah DLCW anda tetap no.1

chaps

Tahniah DLCW anda tetap no.1

joe kanan

apakah kita nak simpan saja pemain pemain remaja kita......dan hanya diberi pendedahan apabila berusia 25 tahun.....kalau macam itu simpan saja hajat nak dapat emas olimpik 2012....kita tengok negara CHINA....baru usia 22 tahun sudah ada dalam top 5 ,ranking badminton dunia....jangan tunngu chong wei nak bersara baru nak ketengah bakat muda mahupun remaja...hantar saja lah pemain remaja beraksi dalam super series...baru ada pertama baru muncul..ini kita harap kat chong wei je

joe kanan

apakah kita nak simpan saja pemain pemain remaja kita......dan hanya diberi pendedahan apabila berusia 25 tahun.....kalau macam itu simpan saja hajat nak dapat emas olimpik 2012....kita tengok negara CHINA....baru usia 22 tahun sudah ada dalam top 5 ,ranking badminton dunia....jangan tunngu chong wei nak bersara baru nak ketengah bakat muda mahupun remaja...hantar saja lah pemain remaja beraksi dalam super series...baru ada pertama baru muncul..ini kita harap kat chong wei je

nabila abdul halim

tahniah!!teruskan usaha anda..semangat MALAYSIA!! =)

Tahniah Lin Dan kerna memberikan laluan percuma kepada Chen Long dan tidak perlu memerah tenaga di Sf sebelum menewaskan LCW di perlawanan Akhir. Kalaulah ada pemain Malaysia seperti Chen Long yang diberikan laluan oleh DLCW dan menang di akhir alangkah baiknya...Malaysia bila lagi.....

mahmud ahmad

tahniah buat Chong Wei biarpun gagal utk mnjuarai terbuka jepun.apa yg saya nampak pada set pertama ,LCW seolah2 tak nak bermain dgn C.long. Dia banyak melakukan kesilapan terutama mnghantar shuttle ke luar gelanggang. LCW juga memberikan banyak ruang ukg CLong mnyerang.kalau dia bermain spt mainan biasa , mungkin LCW akan menang dgn straightset sj

Yana Sahid

Agak kecewa dgn persembahan LCW kelmarin...lawan sebenar LCW adalah LD...dan bukan'y CL...apa2 pn jgn putus asa...try n try again...

Mzz

China sudah mendapat tonik baru pengganti super dan. Malaysia bila lagi. Lindan selalu memberi ruang dan peluang kepada pemain muda mereka. Tapi Malaysia hanya bergantung kepada seorang pemain ni saja. Olimpik akan menjadi semakin jauh jika pemain muda china ini mula menunjukkan peningkatan.

Azhar

Datuk LCW, jangan kecewa. Anda telah beri yang terbaik. Semoga terus maju jaya.


Selangor yakin tewaskan KL

Posted: 25 Sep 2011 02:47 PM PDT

Sukan

Maniam berkeyakinan tinggi skuadnya mampu raih tiket suku akhir

JURULATIH baru Selangor, P Maniam berkeyakinan tinggi skuad kendaliannya mampu menewaskan Kuala Lumpur pada aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Shah Alam, malam esok, sekali gus mara ke suku akhir Piala Malaysia, 10 dan 14 Oktober depan.

Maniam, 43, lulus ujian pertama selepas menggantikan K Devan yang meletak jawatan, 20 September lalu, apabila Selangor garang membelasah Polis 4-1 di Paroi, kelmarin, hasil jaringan Amri Yahyah, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal dan pemain gantian, Rudie Ramli.

Satu permulaan baik untuk diri saya secara peribadi dan yang lebih penting menghidupkan semula peluang Selangor ke suku akhir. Boleh nampak, para pemain betul-betul nak main dan mencari kemenangan. Daripada lapan peluang dimiliki, empat menghasilkan gol. Berdasarkan aksi pusingan pertama di Selayang (seri 0-0), saya yakin kita boleh menewaskan Kuala Lumpur (esok) dengan syarat, pemain beraksi bersungguh-sungguh dan memanfaatkan peluang terhidang, kata Maniam ketika dihubungi, semalam.

Andai Selangor layak ke suku akhir selaku naib juara Kumpulan D di belakang T-Team, mereka bakal bertemu Perak yang sudah pun mengesahkan tempat sebagai juara Kumpulan A.

Namun tegas Maniam: Jangan fikir tentang lawan di suku akhir. Fikir dulu bagaimana untuk layak kerana jika seri atau tewas kepada Kuala Lumpur, kita akan tersingkir.

Maniam turut memperlihatkan keyakinannya terhadap pemain simpanan dengan menurunkan Bunyamin Umar, Azidan Sarudin dan pemain pinjaman dari Harimau Muda A, Nazri Ahmad ke dalam kesebelasan utama kelmarin, serta mencuba formasi baru 4-3-3.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

nabila abdul halim

SEMANGAT SELANGOR!!TABAHKAN DAN USAHA LAGI..

zaman

KL pun boleh tewaskan Selangor.Lagipun bola kan bulat.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan