Harian Metro: Arena |
Posted: 10 Sep 2011 08:31 AM PDT HASRAT untuk menyaksikan dua pingat emas diraih barisan pemanah negara berkecai selepas tewas kepada pemanah Amerika Syarikat (AS) dalam dua aksi final sirkit keempat Piala Dunia di Shanghai, China semalam. Ia sekali gus meranapkan impian anak buah ketua jurulatih negara, Lee Jae-hyung untuk meraih emas pertama dalam sejarah penyertaan mereka di sirkit Piala Dunia.
Pemanah berusia 20 tahun itu membuka saingan pada set pertama dengan langkah kiri apabila tewas dengan perbezaan satu mata sebelum bangkit memenangi set kedua untuk mengikat kedudukan selain terikat pada set keempat dan menang di set kelima.
Gandingan Khairul Anuar bersama-sama Cheng Chu Sian dan Haziq Kamaruddin terpaksa akur dengan kehebatan trio AS itu apabila sekadar mengumpul 218 mata selepas 24 panahan berbanding lawan yang meraih 222 mata.
Walaupun gagal meraih pingat emas, pencapaian meraih dua pingat perak terbabit adalah pencapaian paling baik sejak penyertaan pemanah negara dalam sirkit Piala Dunia. |
Jeremy tiada masalah kerja bersama Rexy Posted: 10 Sep 2011 08:26 AM PDT JEREMY Gan berpendapat dia mampu bergandingan baik bersama Rexy Mainaky selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan jurulatih dari Indonesia itu sebagai ketua jurulatih beregu wanita dan campuran. Katanya dia pernah berkerja dengan Rexy sebelum ini selain berasakan jurulatih itu mampu mempertajam corak permainan beregu wanita dan campuran.
Katanya, Rexy akan memainkan peranannya dengan memastikan pemain mengikut rutin latihan dengan betul selain memastikan mereka memperkemaskan lagi pukulan dan hantaran yang mana menjadi kekurangan ketika ini.
"Saya nak cadangkan supaya beliau meminta beberapa pemain daripada skuad beregu lelaki kerana berdasarkan pengalaman, beregu yang gagal mencipta keputusan yang baik selepas mencapai usia 24 atau 25 tahun, seseorang itu tidak boleh maju lagi. Lebih baik pemain terbabit fokus kepada beregu campuran," kata Jeremy.
"Saya tiada masalah dengan Rexy, tapi kami sudah selesa dengan sistem yang dikenali Cheh Chang, saya cuma terkejut," kata Pei Tty. "Cheh Chang lebih fokus kepada kemahiran dan taktikal manakala Rexy lebih kepada pergerakan dan pukulan stroke." |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan