Harian Metro: Arena |
Posted: 13 Sep 2011 09:33 AM PDT KETUA Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz menyifatkan kes atlet olahraga melarikan diri daripada ujian dadah adalah satu kes yang mencurigakan dan tidak pernah berlaku kepada mana-mana atlet di dunia sebelum ini. Justeru, barisan panel jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) bagi menyelesaikan kes itu harus bertindak berlandaskan kod kesalahan yang ditetapkan Persekutuan Olahraga Antarabangsa Dunia (IAAF) dan Agensi Antidoping Dunia (Wada).
"Perkara ini tidak pernah berlaku dan ini merisaukan ISN selaku badan yang membantu mencegah perkara itu terutama terhadap penyalahgunaan dadah.
"Kini dua agensi dunia itu memantau kejadian itu. Semua keputusan perlu dimaklumkan kepada IAAF. Hukuman perlu dihukum semaksimum mungkin namun jika ada faktor lain seperti terdapat bukti atlet dipaksa atau secara suka rela, mereka seharusnya memaklumkan kepada barisan panel," katanya.
Tiga atlet olahraga mencetuskan kontroversi selepas enggan memberikan sampel air kencing apabila diminta berbuat demikian Mei lalu adalah Nurul Sarah Abd Kadir, Norjannah Hafiszah Jamaludin serta Nor Imran Hadi yang ketika itu berada di Bulgaria. Bagaimanapun keputusan ujian itu kemudian didapati negatif. |
Posted: 13 Sep 2011 09:29 AM PDT ADA sebab kenapa perasaan jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee bercampur baur menyambut kehadiran tiga tonggak utama, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Mohd Fadhli Shas yang kembali menyertai skuad selepas dua minggu beraksi secara pinjaman dengan kelab Liga Satu Slovakia, Vion Zlate Moravce. Kepulangan trio itu kelmarin kembali melengkapkan skuad Olimpik negara yang bakal mengharungi perlawanan persiapan terakhir menentang skuad Olimpik Oman esok di Stadium UiTM Shah Alam.
"Sekembalinya tiga pemain ini dari Vion, saya akan mempunyai skuad lengkap untuk menghadapi Oman dan Jepun. Bagaimanapun Wan Zack mengalami kecederaan pangkal paha tapi saya akan pantau situasi dia selepas sesi latihan hari ini (semalam)," katanya.
Sementara itu, Irfan yang dihubungi berkata, mereka tidak sabar untuk kembali bersama rakan sepasukan selepas terlepas aksi perlawanan persahabatan dengan kelab Iraq, Arbil SC minggu lalu yang berkesudahan seri 0-0.
"Bukan senang untuk pikat jurulatih (Vion), saya cuma dapat beraksi dalam perlawanan persahabatan saja tapi pengalaman berlatih bersama kelab itu amat berharga. Walaupun hanya berlatih tapi semua pemain bersemangat dan bersaing sesama sendiri untuk mendapat tempat dalam skuad," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan