Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Terengganu jumpa NS di final Piala Malaysia

Posted: 22 Oct 2011 01:41 PM PDT

Kami sudah memberi yang terbaik, tetapi ia masih belum cukup kerana Terengganu hebat. Kami tambah tenaga baru kuatkan jentera serangan pada babak kedua, tetapi gagal menghasilkan sentuhan penyudah. - P Maniam, Jurulatih Selangor

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ahmad zaini bin md rejab

teruskan kehebatan ganu

Kama Arifin

Semoga Ganu VS NS akan pamerkan satu perlawanan akhir yg paling menarik dan menghiburkan

ayie ganu

ganu kite....hebat sokmo!!!!

Kama Arifin

Semoga Ganu VS NS akan pamerkan satu perlawanan akhir yg paling menarik dan menghiburkan

shady

Peteh Ganu Peteh, peteh biar rebah

shady

Ganu Juara doh, mantap semua bahagian.... Tahniah ganu kite

anak jelebu

tahniah..NS berjaya ke final...kekal kan prestasi anda...HOBEN JANG HOBEN!!!!

shady

Hebat Ganu, Insyallah Piala Malaysia dalam tangan - Ganu Nelang

anak jelebu

tahniah..NS berjaya ke final...kekal kan prestasi anda...HOBEN JANG HOBEN!!!!

ANUAR ZAIN

Menang kalah adat pertandingan.. Harap2 diFinal nanti NS & T'gnu akan tunjukkan permainan yang bertaraf dunia dan pegadil juga bertaraf dunia dan paling utama penonton kedua2 pasukan tunjukkan pada dunia kita juga berdisiplin dan punyai semangat kesukanan yang tinggi. Kepada pasukan lain kenalah itiraf NS dan T'ganu memang hebat.. kedua2 satu kumpulan.. Tahniah! kepada pengurusan NS dan T'gnu.. Malaysia Boleh!

Podolski

peteh ganu peteh dari, enjut lebah enjut!

Hamzah Mohd Jusin

Tahniah skuad Hoben Jang Hoben

shafirul haikal

memang doh boss ganu kelab besar kalu mung nok lawan 20 tahun baru boleh lawan sapa mung tua janggut,Peteh ganu peteh thank you.

syed imran

Dengan pelbagai masalah FAM kita hanya mampu gak di sini...namun masih menyedihkan di arena Antarabangsa.....Adakah kita masih berbudaya Juara kampung???..saya cuma sayang dgn Bolasepak negara kita.

Rynes

...dah den kobakan dulu.....

anok jati ganu

hidup ganu kite!!!!

Sabri

pskan n.9 trus kn perjuangan di final piala malaysia... tahniah kpd pemain n.9 semua... HOBIN JANG HOBIN.... N.9 BOLEH...

Sabri

pskan n.9 trus kn perjuangan di final piala malaysia... tahniah kpd pemain n.9 semua... HOBIN JANG HOBIN.... N.9 BOLEH...

MOHD FAUZI BIN YA.HABIB

Pemain Selangor telah melakukan yg terbaek utk memenangi game ngan t'ganu...tpi kta akui t'ganu mmg hebat utk kempen piala malaysia kali nie...tahniah ganu n RED GIANTS walaupn tewas kau tetap di hatiku.... (^_^)

jazman

Insya Allah dengan disiplin,kesabaran dan keazaman yang tinggi bendera hitam putih akan terus erkibar penuh gah di Stadium Shah Alam nanti, Terengganu Terus Cemerlang

Mohd Fauzan Bingki Abdullah

Tahniah kepada kedua-dua pasukan pilihan saya untuk berentap di pentas final Piala keagungan 1 Malaysia tahun ini. Kedua-keduanya memiliki kekuatan yang seimbang...

adeilton pyan

ganu mmg layak menang.....selangor mmg layak kalah krna selangor selalu ego......

Asyraf

Tahniah NS&TERENGGANU Kerana layak ke fainal....

Suhaimi

Tanniah N9 & Terengganu final PM 2011 yg akhirnya piala tersebut di bawa pulang ke N9,kesian penyu menagis teresak-esak di celah batu..........kesian penyuuuuuuuuuuuuuuuuu

abkarim tanduan

Hidup Ganu kitooo!!!!

ZAIZORITA BINTI ABDULLAH

TAHnIAh kpd smua pasukan krn bermain dgn semangat KesUkanan yg tinggi..Tahniah Team pantai timur Abg & Adik,,mmg TerBaeK!!! PeteH JulAng Piala Malysia Yup!!!..:-)

Full content generated by Get Full RSS.

Chong Wei jumpa Chen Long

Posted: 22 Oct 2011 01:30 PM PDT

Sukan

LEE Chong Wei akan bertemu Chen Long (bawah) di Siri Super Premier Terbuka Denmark di Odense Sports Park hari ini. - Foto AP

LEE Chong Wei akan bertemu Chen Long (bawah) di Siri Super Premier Terbuka Denmark di Odense Sports Park hari ini. - Foto AP

DETIK yang ditunggu jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei bagi menebus kekalahan kepada Chen Long di Terbuka Jepun, bulan lalu akhirnya tiba apabila kedua-duanya akan bertembung pada perlawanan kemuncak Siri Super Premier Terbuka Denmark di Odense Sports Park, hari ini.

Chong Wei yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-29, kelmarin memastikan kemaraan ke final dalam semua 10 kejohanan antarabangsa yang disertai musim ini selepas menumbangkan jaguh tuan rumah yang juga juara tiga kali, Peter Gade 21-19, 23-21 dalam 47 minit.

Chen Long, bintang baru China selepas Lin Dan pula mara selepas bertarung 42 minit untuk menamatkan impian besar pemain Jepun, Sho Sasaki 21-16, 21-7 dalam satu lagi pertembungan separuh akhir. Perhitungan antara pemain nombor satu dan tiga dunia itu diramalkan sengit, apalagi, selepas Chong Wei mengiktiraf Chen Long sebagai seteru barunya dan masing-masing memiliki alasan tersendiri untuk muncul pemenang kejohanan bernilai AS$400,000 (RM1.2 juta) itu.

Selain mahu membalas dendam kekalahan 8-21, 21-10, 19-21 kepada Chen Long di Jepun, Chong Wei sudah tentu mahu memenangi kejohanan ini selepas kali terakhir berbuat demikian pada 2005 dan seandainya muncul juara ia akan menjadi koleksi kejuaraan ketujuh musim ini.

Chen Long pula sudah tentu mahu membuktikan kemenangan di Jepun bukan sekadar nasib selain mahu memasuki kelompok elit dunia dengan menjadi pemain ke-11 yang berjaya memenangi tiga kejuaraan Siri Super berturut-turut selepas muncul juara di Terbuka China dan Jepun.

Berdasarkan rekod, Chong Wei menang empat daripada enam pertemuan dengan bintang muda China itu.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan