Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Zulfahmi meyakinkan

Posted: 22 Oct 2011 08:42 AM PDT

MUHAMMAD Zulfahmi Khairuddin mempamerkan tunggangan meyakinkan pada sesi kelayakan Kejuaraan Grand Prix Motosikal Malaysia Shell Advance di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam apabila mencatatkan masa 2 minit 15.909 saat sekali gus akan memulakan perlumbaan hari ini di petak ke-13 untuk kategori 125cc.

Beraksi untuk pasukan AirAsia SIC Ajo Racing, pelumba berusia 20 tahun itu memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri dengan mempamerkan tunggangan cukup meyakinkan sekali gus memperbaiki sesi kelayakan pada tahun lalu di Sepang apabila sekadar menduduki petak ke-22 dengan catatan 2:17.896s.


Ia juga adalah petak kedua terbaik yang diraih Muhammad Zulfahmi pada musim ini, mengulangi pencapaian pada Grand Prix Perancis apabila dia turut menduduki petak ke-13.

Pada perlumbaan di Phillip Island, Australia minggu lalu, Muhammad Zulfahmi yang menjadi pelumba tunggal negara beraksi pada musim penuh menerusi kategori 125cc, sekadar menduduki petak ke-26 dan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-20. Pada sesi kelayakan semalam, anak muda berasal dari Selangor itu mencatatkan masa terpantas peribadi pada pusingan ke-12 daripada 14 pusingan yang dilakukannya.


"Hari ini (semalam) memang saya mencuba sebaik mungkin dan tempat ke-13 ada kedudukan yang amat baik sekali gus ia memenuhi sasaran saya yang mahu mencatatkan masa dalam lingkungan 2 minit 15 saat.


"Esok (hari ini) saya mengharapkan cuaca yang baik dan akan cuba meraih kedudukan 10 teratas. Apapun, saya yakin peluang untuk memungut mata agak cerah," katanya.

Muhammad Zulfahmi yang menggunakan jentera Derbi setakat ini menduduki tempat ke-18 keseluruhan dengan 21 pungutan mata.


Sementara itu, rakan sepasukannya, Muhammad Farid Badrul Hisham yang beraksi menerusi tiket wild card, hanya mampu mencatatkan masa 2:19.744s untuk berada di petak ke-31 pada perlumbaan sebenar hari ini.

Pada sesi latihan bebas kelmarin, Muhammad Farid terjatuh di selekoh ketiga sesi latihan kedua dan gagal untuk mencatat masa terbaik.

Full content generated by Get Full RSS.

Pedrosa sambar petak pertama

Posted: 22 Oct 2011 08:34 AM PDT

PELUMBA Repsol Honda, Dani Pedrosa mengetuai dua rakan sepasukannya yang lain apabila mendominasi sesi kelayakan semalam dengan catatan masa 2 minit 01.462 saat untuk menyambar petak pertama pada Kejuaraan Grand Prix Motosikal Malaysia Shell Advance di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Rakan sepasukan Pedrosa yang juga juara dunia musim ini, Casey Stoner meraih petak kedua dengan catatan 2:01.491s sementara Andrea Dovizioso melengkapkan penguasaan Repsol Honda apabila bakal memulakan perlumbaan hari ini di petak ketiga selepas mencatat 2:01.666s pada sesi kelayakan semalam.


Pedrosa yang berasal dari Sepanyol, mencatatkan masa terpantas pada pusingan ke-18 daripada 21 pusingan yang dilakukannya dalam cuaca yang amat baik semalam.

Sementara Stoner yang sudah menggenggam dua kejuaraan dunia termasuk musim ini, mencatatkan masa terpantas pada pusingan ke-19 sekali gus berpeluang cerah untuk memenangi perlumbaan hari ini selepas mengungguli perlumbaan di Phillip Island, Australia yang juga tempat kelahirannya, minggu lalu.


Dalam kategori Moto2, Thomas Luthi dari pasukan Interwetten Paddock Moto2 meraih petak pertama dengan catatan 2:07.512s yang dilakukannya pada pusingan 13 daripada 16 pusingan.


Sementara pendahulu pungutan mata bagi kategori Moto2, Stefan Bradl meraih petak kedua (2:07.724s) dan Michele Pirro ketiga (2:08.004s) Manakala dua pelumba negara yang beraksi menerusi tiket wild card, Mohd Zamri Baba dan Hafizh Syahrin Abbullah masing-masing meraih petak ke-28 dan ke-34 pada perlumbaan hari ini.

Mohd Zamri mencatatkan masa terpantas 2:09.822s sementara Hafizh 2:11.388. Sementara bagi kategori 125cc, pendahulu pungutan mata, Nicolas Terol terus mempamerkan tungganggan konsisten apabila bakal menduduki petak pertama hari ini selepas mencatatkan masa terpantas 2:13.579s pada sesi kelayakan semalam.


Rakan sepasukan Terol di Bankia Aspar 125cc, Hector Faubel meraih petak kedua dengan catatan 2:13.594s sementara Sandro Cortese dari pasukan Intact-Racing Team Germany, ketiga dengan catatan 2:13.954s.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan