Harian Metro: Arena |
Posted: 27 Oct 2011 08:11 AM PDT PERANG psikologi yang mendakwa kononnya Piala Malaysia bakal menjadi milik Negeri Sembilan selepas Terengganu muncul juara Piala FA musim ini tidak sedikitpun merencat strategi jurulatih skuad Penyu, Irfan Bakti Abu Salim, sebaliknya jurulatih berpengalaman itu sudah mengadun resipi terbaik untuk menumbangkan lawan pada pentas final di Stadium Shah Alam, malam esok. "Sekalipun pelbagai persepsi sengaja ditimbulkan sesetengah pihak menjelang perlawanan akhir, ia sedikitpun tidak menjejaskan perancangan saya.
"Selain itu, saya juga sudah mengadun ramuan terbaik daripada segi fizikal dan mental untuk menyekat hajat lawan yang memburu kejuaraan selepas hasrat mereka untuk muncul juara musim lalu dihalang Kelantan.
Misi pertama membantu Terengganu muncul juara kali kedua piala berprestij ini selepas mendakapnya pada 2001 dan kedua, menjulang piala itu buat kali pertama sebagai jurulatih.
"Secara jujur, saya akui dengan peluang kali ini, di saat saya berusia 60 tahun, saya harap dapat menjulangnya.
|
Posted: 27 Oct 2011 08:07 AM PDT SELAIN ingin memahat sejarah tersendiri untuk musim pertama bersama Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah berharap skuad bimbingannya itu mampu merangkul kejuaraan Piala Malaysia musim ini sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya pada 25 Oktober lalu. Ketua jurulatih skuad Hoben Jang Hoben itu amat mengharapkan detik kegembiraan itu berjaya dilakar bersama apabila anak didiknya turun membuat perhitungan terakhir dengan Terengganu pada perlawanan akhir merebut trofi berprestij itu, di Stadium Shah Alam, malam esok.
"Ini kerana detik perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini terlalu hampir dengan tarikh lahir saya iaitu pada 25 Oktober lalu, selain ini adalah musim pertama saya membimbing skuad Negeri Sembilan. Jika pasukan ini muncul juara, sudah pasti ia bakal mencatat sejarah tersendiri dalam hidup saya dan akan dikenang sepanjang hayat.
Ketenangan yang terpancar di wajahnya jelas menampakkan dia tidak berdepan masalah untuk berdepan anak buah Irfan Bakti Abu Salim itu.
"Malah mereka juga sentiasa menunjukkan semangat dan moral yang tinggi serta tidak sabar untuk menggalas cabaran bagi membuktikan kemampuan menjulang nama pasukan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan