Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Allenby ungguli hari pembukaan

Posted:

Allenby ungguli hari pembukaan

Allenby ungguli hari pembukaan

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


aksi Robert Allenby pada lubang ke-15 Kejohanan Golf CIMB Asia Pacific di The Mines Resort & Golf Club, semalam.


SERI KEMBANGAN - Robert Allenby bermula langkah kanan pada Kejohanan Golf Klasik CIMB Asia Pasifik 2011 apabila mendahului pada hari pertama dengan catatan lapan di bawah par 63 di The Mines Resort & Golf Club, semalam.

Pemain Australia itu cemerlang seawal lubang kedua apabila membenam birdie sebelum mengulanginya pada lubang ketiga, kelima, keenam, ke-11, ke-15, ke-16 dan ke-17.

Catatan lapan birdie membolehkan Allenby mengatasi Jhonathan Vegas dari Venezuela pada tempat kedua yang mencatat tujuh di bawah par 64,

Tempat ketiga milik pemain Sweden, Frederick Jacobson dengan enam di bawah par 65.

Allenby berpuas hati dengan permainannya terutama pada lubang ke-18 apabila berjaya melakukan pukulan dengan baik untuk melakukan par.

"Saya gembira kerana melakukan banyak birdie hari ini, tidak melakukan bogey adalah sesuatu yang cemerlang," katanya.

Allenby juga berpuas hati dengan keadaan lapangan The Mines Resort & Golf Club, di mana setiap lubang membolehkan pemain melakukan pukulan bola jauh dan lurus.

Pemain terbaik Malaysia semalam menjadi milik Danny Chia, yang berkongsi tempat ke-31 bersama tujuh pemain selepas melakukan catatan menyamai par 71.

Danny bercadang menukar strategi pada hari kedua hari ini, terutama ketika melakukan pukulan pada lubang pertama.

"Saya sedikit gementar hari ini, kali pertama beraksi pada kejohanan ini menyebabkan saya tertanya-tanya apa yang akan berlaku sebaik sahaja saya memasuki lapangan.

"Saya juga seakan hilang fokus kerana mempamerkan corak permainan yang agresif. Bagaimanapun pukulan yang saya lakukan terutama pukulan putt sangat baik," katanya.

Seorang lagi pemain negara, Shaaban Hussin menduduki tempat ke-40 bersama tiga pemain termasuk bekas pemain No. 1 dunia, Vijay Singh selepas melakukan satu di atas par 72.

Full content generated by Get Full RSS.

Hai-O harap tuah final keempat

Posted:

Hai-O harap tuah final keempat

Hai-O harap tuah final keempat

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR – Beraksi buat kali keempat pada pentas akhir Piala Malaysia, Hairuddin Omar berharap tuah sekali lagi memihak kepadanya apabila berdepan pasukan negeri kelahirannya, Terengganu di Stadium Shah Alam.

Hairuddin, juga dikenali Hai-O menjaringkan gol pada perlawanan akhir edisi 2009 dan 2010, masing-masing ketika mewakili Negeri Sembilan dan Kelantan.

Dia juga beraksi pada final 2001 mewakili Terengganu di mana pasukannya muncul juara.

Ini bermakna pasukan yang diwakilinya, belum pernah kecewa pada final Piala Malaysia.

"Saya harap tuah akan bersama saya sekali lagi pada final kali ini, iaitu final keempat buat saya.

"Tidak kisah siapa yang menjaringkan gol, asalkan Negeri Sembilan muncul sebagai pemenang," katanya ketika dihubungi, semalam.

2001 menyaksikan kemunculan pertama Hairuddin Omar pada final Piala Malaysia, membantu Terengganu muncul juara mengalahkan Perak 2-1.

Pada 2009, dia membantu Negeri Sembilan menang 3-1 ke atas Kelantan, dengan turut menjaringkan satu gol.

Tuah terus memihak kepada Hairuddin pada 2010 apabila sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring, ketika Kelantan menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan.

Dia mengetepikan sentimen berdepan negeri kelahirannya pada perlawanan esok, sebaliknya bersikap profesional terhadap pasukan yang diwakilinya.

"Memang perasaan sedikit terasa kerana berdepan negeri kelahiran saya. mungkin ada segelintir peminat Terengganu yang akan mencemuh saya.

"Saya ketepikan semua itu kerana buat masa ini keutamaan saya adalah pasukan Negeri Sembilan iaitu majikan saya.

"Jika saya menjaringkan gol nanti, saya berjanji tidak akan meraikannya keterlaluan kerana menghormati negeri asal saya, Terengganu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen