Harian Metro: Arena |
Posted: 22 Nov 2011 08:29 AM PST HANYA kehadiran puluhan ribu penyokong tempatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini mampu mencetuskan api kebangkitan skuad Olimpik negara. Seruan terbabit disuarakan pengendali, Ong Kim Swee dengan melihat peranan penting bakal dimainkan penonton tempatan apabila anak-anak buahnya turun menentang Syria, 48 jam selepas berjaya mempertahankan emas Sukan Sea.
"Penyokong bakal memainkan peranan penting esok (malam ini) seperti yang dilakukan penyokong Indonesia semasa kami beraksi di Stadium Gelora Bung Karno," katanya pada sidang media menjelang perlawanan menentang Syria dalam saingan Kumpulan C kelayakan Sukan Olimpik 2012 zon Asia.
"Namun sasaran tiga mata tetap menjadi keutamaan kami," katanya jelas mengharapkan skuad negara mampu meraih mata selepas tewas 0-2 kepada Jepun pada perlawanan pembukaan Kumpulan C pada September lalu.
Beliau bagaimanapun masih mempunyai beberapa pemain berkebolehan yang tersisih ke Sukan Sea sebelum ini seperti Mohd Izuan Solahuddin, Ahmad Hazwan Bakri dan Muhammad Ferris Danial Mat Nasir. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 22 Nov 2011 08:19 AM PST AKHIRNYA Majlis Sukan Negara (MSN) mendedahkan angka sebenar sasaran mereka pada temasya Sukan Sea ke-26 yang berakhir semalam iaitu sebanyak 44 pingat emas bukannya antara 40 hingga 45 yang diuar-uarkan sebelum ini. Jelas, 59 pingat emas yang diraih atlet negara membuktikan sasaran MSN itu sudah tersasar sebaliknya sasaran persatuan (60 emas) dan Majlis Olimpik Malaysia (antara 50 hingga 55) adalah yang paling tepat.
Empat sukan yang tidak disasarkan MSN sebelum ini kerana dikatakan tiada rekod pencapaian di peringkat antarabangsa menghasilkan sembilan emas lagi menerusi luncur air (empat), lawan pedang (dua), renang perairan terbuka (dua) dan snuker (satu).
"Sukan di luar program MSN yang berjaya seperti lawan pedang, luncur air, snuker dan renang perairan terbuka masih kami beri bantuan dan geran untuk latihan ke luar negara," kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong di Palembang, semalam.
Sukan yang cemerlang dan mencapai sasaran tergolong dalam kategori pertama adalah akuatik, karate dan wushu, pencapaian sederhana (menembak dan memanah) dan gagal (gimnastik, pelayaran, sepak takraw dan tinju).
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan