Kosmo Online - Sukan |
Posted: Harimau Muda hilang taringOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
KATA ORANG, robot pun boleh kehabisan bateri sekiranya 'dilenjan' habis-habisan. Namun, lain pula ceritanya dengan skuad Olimpik Malaysia yang tampil dengan persembahan bertenaga meskipun gagal menjinakkan Syria apabila tewas 0-2 pada perlawanan kedua aksi kelayakan Olimpik pusingan akhir Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi. Kudrat anak-anak buah Ong Kim Swee yang masih keletihan selepas mempertahankan pingat emas Sukan SEA ternyata dipuji apabila mendapat 'tonik semangat' daripada lebih 20,000 penyokong yang memberikan tepukan bergemuruh sebaik perlawanan tamat. Malah sebelum sepak mula, pasukan Syria yang tiba di Kuala Lumpur sejak Sabtu lepas berbanding Harimau Muda yang hanya tiba dari Jakarta kelmarin dilihat seolah-olah beraksi di tempat sendiri apabila turut menerima sambutan hangat penyokong tuan rumah, situasi yang cukup berbeza yang diterima pasukan negara ketika di Stadium Gelora Bung Karno pada temasya Sukan SEA sebelum ini. Kim Swee juga dilihat melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utamanya apabila meletakkan Wan Zack Haikal Wan Nor yang digugurkan daripada skuad emas sebelum ini untuk bergandingan bersama Fandi Othman, K. Gurusamy dan Nazmi Faiz Mansor di bahagian tengah sementara Mohammad Zubir Azmi, Amer Saidin, Mohamad Muslim Ahmad dan Mahali Jasuli menerajui benteng pertahanan negara. Pasukan Harimau Muda yang mengasak seawal minit pertama kempunan menjaringkan gol pendahuluan apabila percubaan penyerang kontroversi, Ahmad Fakri Saaraini melambung tinggi meskipun kesilapan penjaga gol Syria, Ibrahim Alma gagal mengeluarkan bola dengan kemas dari kawasan penalti. Syria yang dikendalikan jurulatih Immad Khankan kembali bangkit mengasak sebelum memperoleh peluang terbaik lima minit kemudian namun percubaan terus M. Zakaria Al Omari terus ke dakapan kapten Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. Khairul Fahmi sekali lagi bertindak cemerlang apabila berjaya menangkap kemas percubaan penyerang kelab Al-Iltihad, Mohammad Fares pada minit ke-10 sebelum menepis percubaan Mardek Mardkian enam minit kemudian. Peluang terbaik Malaysia untuk mendahului hadir selepas itu apabila Wan Zack dilihat beberapa kali gagal memanfaatkan hantaran cantik Nazmi Faiz dari tengah padang, sementara tandukan Thamil Arasu sedikit sipi pada masa kecederaan bagi menyaksikan kedua-dua pasukan kekal terikat tanpa jaringan ketika tamat separuh masa pertama. Malaysia yang cuba meneruskan penguasaan sebaik babak kedua bersambung dikejutkan dengan gol pendahuluan pelawat menerusi tandukan S. Solaiman pada minit ke-51. Gol itu ternyata menyuntik semangat Syria yang kembali menggandakan asakan, namun kecemerlangan Khairul Fahmi menjaga gawang wajar dipuji termasuk menggagalkan percubaan Mohammad Zbida dan Mohammed Fares beberapa minit selepas itu. Penyerang gantian Syria, Nassouh Nakkdahli yang masuk menggantikan Mardkian akhirnya menamatkan mimpi ngeri tuan rumah apabila mudah menolak masuk gol kedua kira-kira tiga minit sebelum perlawanan tamat. Malaysia kini menghuni tangga kedua tercorot kumpulan sementara Jepun kekal menerajui Kumpulan C setelah menjinakkan Bahrain 2-0 dalam satu lagi perlawanan semalam. Malaysia akan melayan kunjungan Bahrain di stadium sama Ahad ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
Badminton janji masa depan cerah Posted: Badminton janji masa depan cerahOleh AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI ARIF antara pemain muda yang perlu diberi perhatian oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM). JAKARTA – Menampilkan 'barisan kedua' pada temasya Sukan SEA 2011, skuad badminton negara awal-awal lagi tidak diletakkan harapan yang tinggi bagi menyekat dominasi Indonesia. Daripada tujuh emas yang dipertandingkan, Indonesia berjaya membawa pulang lima pingat emas menerusi acara berpasukan lelaki dan empat kategori individu - perseorangan lelaki, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Dua pingat emas lagi berjaya 'dicuri' Thailand dalam saingan berpasukan wanita dan pemain perseorangan wanita Singapura, Fu Mingtian. Biarpun tiada pemain negara berjaya meraih emas pada temasya Sukan SEA kali ini, namun ada petanda positif yang ditunjukkan mereka khususnya menerusi gandingan Goh Wei Shem-Lim Kim Wah. Biarpun hanya mampu meraih gangsa dalam kategori individu (beregu lelaki), gandingan muda itu dilihat mampu menggalas tugas selaku beregu utama negara suatu hari nanti. Pada Sukan SEA kali ini, mereka hampir menumbangkan juara Olimpik 2008, Markis Kido-Hendra Setiawan pada saingan separuh akhir sebelum tumbang dalam pertarungan tiga set 13-21, 21-17, 19-21. Sebelum itu, Wei Shem-Kim Wah menyumbang mata tunggal negara ketika membenam beregu pertama Indonesia, Bona Septano-Mohamad Ahsan pada aksi final berpasukan lelaki. Bagi ketua jurulatih beregu lelaki negara, Tan Kim Her, beliau berbangga melihatkan rentak permainan yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya sepanjang temasya kali ini. "Saya cukup gembira dengan prestasi para pemain hari ini terutama gandingan Khim Wah-Wei Shem. Mereka telah membuktikan kepada saya bahawa mereka sudah bersedia mengharungi cabaran lebih besar. Full content generated by Get Full RSS. | |
Posted: Selamatkan Sukan SEADaripada TAUFEK RAZAK SUKAN SEA harus mempertahankan semangat ASEAN dan tuan rumah tidak harus mengambil peluang untuk menjadikannya sebagai acara yang memberi kelebihan kepada mereka. PALEMBANG - Di beberapa bandar lain di Indonesia, bendera Malaysia kerap dijadikan sasaran emosi penunjuk perasaan. Tetapi di Palembang yang menjadi venue utama, bendera itu berkibar megah di setiap sudut kota yang sudah 14 abad usianya. Mulai dari kedai makan hinggalah ke bangunan rasmi kerajaan, semua mengibarkan bendera Malaysia. Pengibaran itu bukan kerana Palembang sudah dijajah Malaysia. Ini kerana ada sembilan bendera lain turut dikibarkan melambangkan hubungan erat yang terjalin antara kelompok negara-negara di rantau Asia Tenggara ini atau lebih dikenali sebagai ASEAN. Menerusi roh temasya Sukan SEA Ke-26 yang berakhir kelmarin, perpaduan, semangat muhibbah dan kemajuan sukan serantau menjadi intipati kepada tujuan temasya dwi-tahunan itu dianjurkan. Namun jika hendak dibandingkan ketika zaman Sukan SEAP ditukar nama kepada Sukan SEA pada 1977, ternyata rohnya sudah lari daripada jasad sebenar. Sukan SEA kehilangan apa yang dipanggil semangat kesukanan, fair play dan kewajaran acara yang dipertandingkan. Sewajarnya ketika kita berusaha melibatkan masyarakat yang lebih luas dalam kegiatan sukan, tiga aspek ini harus kekal menjadi rohnya. Malangnya insiden-insiden yang berlaku sepanjang temasya kali ini amat membimbangkan. Ejek mengejek dan tidak hormat kepada lagu kebangsaan negara lain sesuatu yang tidak seharusnya berlaku. Semangat kesukanan sama sekali diketepikan semata-mata untuk melihat negara tuan rumah muncul juara keseluruhan. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Indonesia tetapi juga tuan rumah Sukan SEA sebelum ini. Cuma bezanya, keadaannya makin berat jika tidak dibendung dengan segera. Menggunakan pelbagai tipu helah serta pengadilan berat sebelah kerap menjadi isu dalam setiap temasya. Menghalalkan cara untuk sekadar memenangi sesuatu hanya akan menafikan semangat kesukanan itu sendiri sekali gus mendatangkan cemuhan. Kebimbangan semakin menjadi trend apabila tuan rumah sanggup melakukan apa sahaja untuk muncul juara keseluruhan yang bermotifkan politik, pembangunan dan pembinaan bangsa. Tidak dinafikan persefahaman ini telah lama wujud. Tawar menawar di kalangan semua negara Asia Tenggara yang bertanding berlaku. Mereka sepakat untuk memberikan kelebihan itu pada tuan rumah. Dilihat daripada jumlah acara yang dipertandingkan itu sahaja, kita semua tahu bahawa tawar menawar itu memang dirancang. Siapa yang kenal dengan petanque atau vovinam? Bagaimana pula roller sport, paragliding, renang sirip, catur, ski air, bridge dan wall climbing boleh menjadi sebahagian daripada acara Sukan SEA? Tetapi semuanya ada pada temasya kali ini. Tidak lain tidak bukan ia bertujuan menjadi lubuk emas kepada tuan rumah. Berdasarkan statistik, sebanyak 68 pingat emas diraih Indonesia menerusi sukan pelik ini secara mudah. Sambil itu untuk mengambil hati negara lain, satu atau dua acara yang tuan rumah tidak memiliki banyak jaguh disenaraikan. Contohnya seperti Malaysia dalam acara basikal trek. Apa lagi kalau hendak bercakap tentang sukan berbentuk subjektif. Pengadilannya tidak pernah sunyi daripada kontroversi. Silat, taekwondo, karate-do, wusyu, tinju dan apa sahaja yang berbentuk penilaian mata kasar, tiada pasukan yang pernah puas hati. Kita tidak boleh lagi toleran dalam isu ini. Apatah lagi bersaksikan khalayak ramai, tuan rumah yang sekadar ingin meraih juara keseluruhan sanggup menghadiahkan kemenangan bukan mutlak untuk kepentingan diri sendiri. Adalah lebih terhormat dan lebih punya harga diri sekiranya tuan rumah meraih juara keseluruhan tanpa perlu mengoyak-goyakkan semangat kesukanan. Kalau hanya setakat gelaran Asia Tenggara, tidak berbaloi kita perlu menggadaikan maruah seperti ini. Terlalu naif rasanya mengorbankan perjuangan dan keringat atlet semata-mata untuk bergelar juara keseluruhan. Ia sama sekali tidak berguna. Semulianya kita perlu berlaku jujur agar sama-sama dapat meningkatkan lagi bidang sukan di rantau Asia Tenggara. Kebangkitan negara Asia Tenggara harus dicetuskan dengan menjunjung tinggi semangat kesukanan jika kita tidak mahu menyaksikan prestasi atlet rantau ini terus ketinggalan di mata dunia. Satu demi satu Sukan SEA sudah berlalu tanpa ada kesedaran ini. Ia hanya akan tinggal sebagai semboyan jika pentadbir sukan di rantau ini sendiri terus mencederainya. Di tengah kebimbangan tentang terpesongnya peranan sebenar Sukan SEA ini, rasanya ada baik kita tekankan tentang semangat kesukanan dan fair play selepas temasya di Indonesia ini. Dari situ, mahu tidak mahu, secara langsung atau tidak langsung, disedari atau tidak, kita perlu rela mengakui kelemahan dan kekurangan yang ada. Semangat mahu menyelamatkan Sukan SEA ini perlu ada kerana tujuan yang sudah terpesong jauh, tidak harus dicapai dengan menghalalkan cara. Apa yang lebih penting lagi ialah iltizam negara ASEAN untuk mengubahnya. Saat api obor di Kompleks Sukan Jakabaring dipadamkan, ketika bendera Sukan SEA bertukar tangan kepada Myanmar, ketika atlet dan pegawai keluar longlai meninggalkan Palembang, ketika itu kita harus punya rasa memikirkan satu perkara. Apakah aku yang benar atau Sukan SEA itukah yang benar! Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan