Kosmo Online - Sukan |
Posted: FAM sangkal tuduhanOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
KEKALAHAN 2-3 pasukan Harimau Muda kepada Bahrain dalam saingan Kumpulan C kempen kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia pada Ahad lepas ternyata mengecewakan banyak pihak. Lebih kecewa, skuad negara yang mendahului dua gol menerusi 'arkitek' muda, Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli terpaksa akur dengan kebangki- tan pasukan pelawat yang meledak tiga gol pada lewat permainan menerusi pe- nyerang gantian, Saad Salah Al-Amer dan Isa Ahmed Muthanna. Paling teruk, 'malapetaka' itu berlaku semasa Bahrain terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Fahad Tareq Showaiteb dilayangkan kad merah pada awal babak kedua. Ekoran daripada itu, timbul nada-nada 'sumbang' dari luar padang yang mempersoalkan integriti skuad kendalian Ong Kim Swee serta mengaitkannya dengan isu rasuah seperti mana yang pernah melanda arena bola sepak tempatan suatu ketika dahulu. Begitupun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Azzuddin Ahmad menafikan sekeras-kerasnya dakwaan negatif itu sambil memberitahu, kegagalan Harimau Muda itu kerana kurang bernasib baik. Menurut beliau, mustahil pasukan yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA itu sanggup menjaja maruah dan menerima suapan. "Apa semua ini? Desas-desus negatif ini ternyata membunuh semangat pasukan kita yang ketika ini di landasan yang betul bagi memartabatkan semula bola sepak tanah air. "Sebenarnya, saya sudah lali dengan komen-komen negatif seperti ini. Ia bagaikan asam garam apabila menuduh pasukan negara yang bukan-bukan, rasuah, isu atur perlawanan dan banyak lagi isu negatif. "Bagi saya, skuad negara yang beraksi cemerlang ketika menentang Bahrain sebenarnya kurang bernasib baik. Tambahan pula pasukan lawan memiliki senarai pemain gantian yang cukup bagus berbanding Harimau Muda yang banyak tercedera sejak temasya Sukan SEA," katanya kepada Kosmo! semalam. Azzuddin memberitahu, penyokong juga harus lebih bersikap profesional dan tidak mudah menghentam atau melenting tidak kira sama ada pasukan negara menang atau tewas. Ketika mengulas mengenai lanjutan kontrak Kim Swee yang akan tamat pada Mac tahun depan, beliau begitupun enggan mengulas lanjut atas alasan ia merupakan hal dalaman FAM. "Tidak perlu hendak merujuk SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) untuk siasat kekalahan kali ini, ia bukan faktor rasuah, sebaliknya hanya kita kurang bernasib baik," tegasnya. Dalam pada itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali semasa dihubungi mengesahkan, pihaknya tidak menerima sebarang laporan bagi menyiasat perkara tersebut. "Jika ada laporan, kami akan segera siasat tetapi pada masa saya tidak menolak kemungkinan betapa ia sekadar spekulasi orang ramai yang kecewa dengan keputusan perlawanan itu," katanya enggan mengulas lanjut. Full content generated by Get Full RSS. | |
'Saya tidak akan letak jawatan' Posted: 'Saya tidak akan letak jawatan'Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE KIM SWEE (tiga dari kiri) akan terus membimbing skuad Harimau Muda selagi mendapat kepercayaan FAM sehingga kontraknya tamat pada Mac tahun depan. PENGENDALI Harimau Muda, Ong Kim Swee menegaskan, beliau tidak akan meletak jawatan sebagai jurulatih meskipun menerima desakan untuk berbuat demikian. Ketika ini, segelintir pihak mengkritik prestasi hambar skuad bimbingan Kim Swee yang tewas kesemua tiga perlawanan pertama dalam saingan Kumpulan C kempen kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia. Rentetan tiga kekalahan berturut-turut, terbaharu dijinakkan Bahrain 2-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad lepas, secara realistiknya anak-anak buah Kim Swee kini tidak ubah sekadar mengharapkan 'keajaiban' jika berhasrat mahu menjejak bumi London apabila menghuni tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata. Menurut Kim Swee, beliau hanya akan meletakkan jawatan sekiranya merasa tidak lagi mampu mengendalikan Harimau Muda sebelum kontraknya tamat pada Mac tahun depan. "Tidak, saya tidak akan meletakkan jawatan. Saya hanya akan berhenti jika majikan tidak lagi merasakan saya layak untuk mengemudi Harimau Muda, selain tidak akan berundur selagi mempunyai keyakinan terhadap skuad saya," tegasnya kepada Kosmo! semalam. Harimau Muda akan kembali membuat perhitungan dengan Bahrain pada 5 Februari 2012 di gelanggang lawan sebelum melayan kunjungan Jepun pada 22 Februari. Aksi penutup tirai menentang Syria akan berlangsung di gelanggang berkecuali pada 14 Mac 2012. Meskipun mengakui kesilapan gagal mengatasi Bahrain yang 'tempang' dengan 10 pemain, Kim Swee begitupun mahu semua pihak bersikap realistik mengenai perbezaan ketara kekuatan sebenar kedua-dua pasukan termasuk 'musibah' kecederaan yang menimpa pemainnya. "Seminggu yang lepas, kami dijulang bagaikan wira apabila berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011, namun sekelip mata, kami dikecam habis-habisan seolah-olah pingat emas itu langsung tidak berharga. "Bukannya kami tidak boleh dikritik, cuma kita haruslah lebih realistik. Lainlah kalau kami kalah dengan Laos dan Kemboja, itu barulah lain ceritanya," katanya. Yang pasti, keberanian Kim Swee mengambil alih 'baton' daripada Datuk K. Rajagobal yang berjaya menamatkan kemarau emas selama 20 tahun di temasya Sukan SEA di Vientianne, Laos dua tahun lalu sememangnya wajib dipuji. "Tekanan sebagai jurulatih Harimau Muda hanya Tuhan sahaja yang tahu tetapi inilah hidup dan mati saya bagi menyahut cabaran kerana saya bukannya jenis orang yang hanya pandai memberikan alasan sebelum bertanding," katanya. Pada masa sama, Kim Swee tetap optimis dengan kredibiliti majoriti pemainnya yang masih muda dan mampu menyinar pada Sukan SEA 2013 di Myanmar serta Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan. "Percaya atau tidak, hanya Khairul Fahmi Che Mat, Shukor Jusoh, Affize Faisal Mamat dan Mahali Jasuli sahaja yang tidak boleh beraksi di Sukan Asia 2014 kerana melebihi had usia, jadi skuad muda ini sewajarnya diberikan peluang dan bukannya dihentam habis-habisan hanya kerana tewas pada aksi kelayakan Olimpik," katanya. Selepas 'dilenjan' habis-habisan sejak temasya Sukan SEA 2011 di Jakarta pertengahan November lalu, anak-anak buah Kim Swee kini akhirnya mendapat rehat yang secukupnya sebelum berlepas ke Sydney, Australia selama dua minggu bagi aksi perlawanan antarabangsa bersama tiga kelab elit di sana pada 10 Disember depan. Mereka juga akan menyertai Liga Singapura (Liga-S) pada Februari tahun depan. Full content generated by Get Full RSS. | |
Aidil Zafuan intai gelaran hatrik Posted: Aidil Zafuan intai gelaran hatrikAIDIL ZAFUAN mengidam untuk merangkul Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik buat kali ketiga berturut-turut pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 hari ini. TONGGAK pertahanan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Razak berharap persembahan cemerlang pada musim ini mampu melayakkannya menjulang Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik buat kali ketiga berturut-turut menjelang majlis berprestij Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 hari ini. Persembahan konsisten tonggak berusia 24 tahun itu tidak kira ketika mewakili pasukannya mahupun pasukan kebangsaan berjaya menggondol anugerah itu sejak 2009. "Sejujurnya, saya rasa cukup bertuah dapat meraih anugerah ini sejak dua tahun lepas. "Jika menang lagi tahun ini, ia memang cukup istimewa, tambahan pula saya sering dibelenggu kecederaan pada musim ini," katanya yang mula menyarung jersi Harimau Malaya sejak berusia 14 tahun. "Saya harap saya telah melakukan yang terbaik untuk menerima anugerah tersebut tahun ini yang bagi saya bukan se- kadar anugerah biasa. "Sebagai pemain, pengiktirafan ini benar-benar bermakna buat saya," katanya. Bersama kembarnya Zaquan Adha, Aidil sebelum ini berjaya membantu Negeri Sembilan muncul juara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) pada 2004 sebelum menyertai pasukan senior Sang Rusa setahun kemudian. Mereka juga berjaya muncul juara Liga Super pada tahun yang sama. Selain mewakili Malaysia pada dua Kejohanan Remaja Asia, Aidil juga berjaya membantu pasukan negara muncul juara Pestabola Merdeka pada 2007 selain mewakili negara pada Piala Asia pada tahun yang sama. "Saya harap majlis sebegini dapat diteruskan bagi menghargai pemain bola sepak profesional," katanya yang turut membantu Negeri Sembilan muncul juara Piala Malaysia musim ini. Untuk anugerah tahun ini, setiap calon dipilih menerusi undi kesemua jurulatih-jurulatih pasukan Liga Super dan Liga Perdana. Sementara itu, anugerah persatuan dan pasukan terbaik akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Majlis penganugerahan itu akan berlangsung di Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam hari ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan