Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Buruan emas bermula

Posted:

Buruan emas bermula

Buruan emas bermula


KONTINJEN Malaysia melepasi pentas utama Stadium Jakabaring, Palembang pada perbarisan perasmian Sukan SEA XXVI Indonesia,


PALEMBANG – Biarpun diselubungi pelbagai kesulitan, terutama masalah gelanggang yang gagal disiapkan mengikut jadual, Sukan SEA XXVI Indonesia tetap dibuka dengan gemilang menerusi satu upacara pembukaan rasmi yang penuh tradisi dan warna warni di Stadium Sriwijaya, Kompleks Sukan Jakabaring di sini, semalam.

Upacara tersebut juga secara simbolik menandakan bermulanya cabaran 608 atlet Malaysia di Jakarta dan Palembang untuk memburu emas, sekali gus berusaha memenuhi sasaran 40 hingga 45 pingat emas yang ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN).

Kontinjen negara meletakkan harapan tinggi kepada beberapa acara untuk menjadi penyumbang utama emas pada edisi ke-26 temasya, antaranya berbasikal, karate, boling serta akuatik, manakala atlet berprofil tinggi dalam olahraga, memanah, pencak silat dan wusyu menjadi tumpuan untuk melengkapkan sasaran.

Antara atlet elit yang diletakkan harapan untuk menyinar pada temasya dwi tahunan itu adalah Khoo Cai Lin (renang), Pandelela Rinong (terjun), Roslinda Samsu, Noraseela Khalid, Lee Hup Wei (olahraga), Zandra Aziela Ibrahim Hakimi (boling) dan Fatehah Mustapa (berbasikal).

Dua tahun lepas Malaysia menamatkan saingan di Laos dengan menduduki tempat keempat keseluruhan selepas mengumpul 40 emas, 40 perak dan 59 gangsa, namun jika prestasi atlet lain berada pada tahap terbaik tidak mustahil sasaran 40 hingga 45 pingat emas boleh menjadi lebih baik, sekali gus mengatasi prestasi 2009.

Upacara pembukaan semalam dimulakan dengan acara pengibaran bendera Indonesia dan lagu

kebangsaan negara tuan rumah, Indonesia Raya, diikuti perarakan kereta berhias dan pertunjukkan kebudayaan pelbagai tema, termasuk kehadiran sebuah kapal gergasi merentasi padang.

Turut mencuri perhatian ialah kehadiran penyanyi Malaysia, Jaclyn Victor bergandingan dengan penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica dan KC Conception dari Filipina menyanyikan lagu rasmi Sukan SEA Palembang - Jakarta 2011 bertajuk 'Kita Bisa'.

Sebaik tamat nyanyian, perarakan masuk atlet bermula dan kontinjen Malaysia diketuai oleh jaguh menembaknya, Bibiana Ng yang menjadi pembawa Jalur Gemilang. Acara perarakan diakhiri dengan kontinjen tuan rumah. Bendera Sukan SEA dibawa empat bekas atlet Indonesia iaitu Robby Darwis (bola sepak), Richard Sam Bera (renang), Pino Bahari (tinju) dan Emma Tahapari (olahraga).

Selepas acara membaca ikrar, kemuncak upacara pembukaan diteruskan dengan nyalaan obor Sukan SEA oleh legenda badminton Indonesia yang juga juara Olimpik 1992, Susi Susanti, sekali gus menandakan bermulanya temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu.

Upacara perasmian kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu, United Rising yang membawa maksud negara Asia Tenggara, Malaysia, Indonesia, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam boleh bersatu melalui sukan.

Kompleks Sukan Jakabaring bermandi cahaya apabila pertunjukkan bunga api mengakhiri upacara perasmian disaksikan lebih 40,000 penonton dan dirasmikan oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Menteri Sukan Indonesia, Andi Malarangeng. – Utusan

Full content generated by Get Full RSS.

'Jangan ada juri berat sebelah'

Posted:

'Jangan ada juri berat sebelah'

'Jangan ada juri berat sebelah'


Jamalliah Jamaludin


JAKARTA - Atlet karate negara, Jamalliah Jamaludin tidak rela 'juri berat sebelah' menafikan hasratnya untuk memberikan pingat emas pertama kepada kontinjen negara apabila beraksi dalam acara kumite bawah 68 kilogram, hari ini.

Menurut Jamalliah, dia pernah mengalami detik pahit apabila pingat emas yang hampir menjadi miliknya dinafikan iaitu pada final acara yang sama pada Sukan Asia Guangzhou, tahun lalu.

Katanya, ketika berdepan lawannya dari Jordan, tiga juri yang mengadili perlawanan, memihak kepada lawan menyebabkan dia hanya meraih pingat perak.

"Saya tidak mahu insiden seperti itu berulang pada Sukan SEA di sini. Ia tidak mustahil terjadi jika saya layak ke final menentang lawan dari Indonesia.

"Karate adalah sukan subjektif di mana walaupun mungkin nampak kita berjaya mengutip mata, tetapi jika juri enggan memberikan mata, maka sukar untuk saya mengatasi lawan," katanya ketika ditemui semalam.

Jamalliah diletakkan harapan untuk memberikan emas pertama Malaysia hari ini, berdasarkan jadual perlawanan akhir acara kumite bawah 68kg akan dilangsungkan pada sebelah pagi.

Jamalliah, 27, yang memburu pingat emas hatrik Sukan SEA selepas kejayaan di Korat dan Laos, memberitahu dia tidak tertekan dengan harapan yang digalas untuk memberikan emas pertama.

"Saya hanya mengetahui bahawa saya berpotensi memberikan emas pertama sebaik sahaja tiba di Jakarta.

"Sebaik sahaja mendapat tahu perkara itu, saya gembira dan tidak sangka diletakkan harapan yang begitu tinggi. Saya akan cuba memenuhi harapan sebagai penyumbang emas pertama pada Sukan SEA kali ini," katanya.

Sementara itu, jurulatih karate negara, P. Arivalagan yakin Jamalliah mampu memberikan emas pertama kepada Malaysia hari ini.

"Cuma saya harap tidak akan berlaku perkara yang luar biasa di atas gelanggang yang boleh menjejaskan peluang dia meraih emas," katanya.

Skuad karate menyertai enam acara pada temasya sukan kali ini iaitu kata individu lelaki dan wanita, kumite lebih 68kg wanita, kata beregu lelaki dan wanita serta kumite atas 48kg lelaki. - Utusan

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan