Harian Metro: Arena |
Posted: 11 Nov 2011 10:39 AM PST PENJAGA gol negara, Khairul Fahmi Che Mat mengingatkan rakan sepasukan kedudukan mereka masih belum selamat meskipun berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam dua perlawanan awal kempen Kumpulan A Sukan Sea Indonesia. Baginya, semua pemain usah bermegah dengan kejayaan menundukkan juara 13 kali, Thailand dan seri 0-0 dengan satu lagi pasukan pilihan, Singapura sebaliknya terus fokus kepada perlawanan menentang Kemboja esok.
"Semua pasukan masih ada peluang, kita tidak boleh bermegah dan puas hati dengan kejayaan menewaskan Thailand.
"Kemboja belum mengutip sebarang mata lagi dan mereka pasti berjuang habis-habisan, kami harus berjaga-jaga," katanya yang turut popular dengan panggilan Apek.
|
Posted: 11 Nov 2011 10:31 AM PST HENDRAWAN adalah bintang idolanya dan pemain badminton negara, Arif Latif tidak menyangka dia dapat berlatih di bawah pemain pujaannya itu dua tahun lalu. Kejayaan Hendrawan, jurulatih dari Indonesia yang muncul juara perseorangan lelaki pada Kejohanan Dunia 2001 di Seville, Sepanyol menjadi pembakar semangat buat anak muda berusia 22 tahun dari Seremban itu untuk menyerlah pada peringkat antarabangsa.
"Saya hadir di sini dengan sasaran peribadi untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu pingat. Saya akan cuba melakukan kejutan walaupun sedar ada jurang antara saya dengan pemain lain terutama dari negara tuan rumah, Indonesia," katanya yang tampil buat julung kali pada temasya Sukan Sea.
"Saya akui lambat meningkat berbanding pemain seperti Chen Long tapi saya tetap berasa ada peningkatan ketara tahun ini," katanya yang dipanggil Areyep di kalangan rakan dan keluarga sejak kecil dan akan turun sebagai perseorangan kedua dalam acara berpasukan.
Menanti skuad lelaki negara pada separuh akhir sama ada Singapura atau Filipina. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan