Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Chong Wei galas 2 misi penting

Posted: 12 Dec 2011 02:18 PM PST

Sukan

Pertahan status 'Raja' Masters Siri Super dan ranking nombor satu dunia

JAGUH perseorangan negara, Lee Chong Wei harus menggalas dua misi penting dalam Final Masters Siri Super di Liuzhou, China, bermula esok.

Selain perlu mempertahankan status sebagai 'Raja' Masters Siri Super buat kali keempat, dia juga perlu memastikan gelaran pemain nombor satu dunia yang disandangnya sejak empat tahun lalu, tidak terlucut dari genggaman.

Ini kerana kedudukannya kini bukan saja mampu diancam musuh tradisi, Lin Dan, tetapi juga seteru baru, Cheng Long, kedua-duanya dari China. Berdasarkan ranking terbaru, Chong Wei yang mengumpul enam gelaran tahun ini kini menghimpun 99,147 mata tetapi diekori rapat juara dunia dan Olimpik 'Superdan" yang menghimpun 88,646 mata, manakala Chen Long di tangga ketiga dengan 81,690 mata .

Sebelum ini, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tidak menawarkan mata ranking dalam kejohanan berstatus lima bintang pada 2008 dan 2009 sebelum mengubahnya tahun lalu dengan juara memperoleh 11,000 mata, manakala naib juara 9,350 dan tempat ketiga dan keempat 7,700.

"Saya sedar ancaman Lin Dan dan Cheng Long itu, tetapi saya akan cuba pastikan gelaran pemain nombor satu dunia sejak empat tahun lalu tidak terlepas. Apatah lagi, ini adalah kejohanan terakhir musim ini.

"Jadi, saya akan cuba meraih seberapa banyak mata bagi memastikan ranking saya tidak terancam. Lagipun, ranking penting dalam saya merangka strategi terbaik untuk menghadapi Sukan Olimpik tahun depan," katanya.
Hanya lapan pemain terbaik dunia terpilih beraksi dalam kejohanan lima bintang itu yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$500,000 (RM1.5 juta) dengan Lin Dan tampil beraksi buat pertama kali selepas tidak berbuat demikian sejak ia diperkenalkan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

wadi

Harap Datuk Lee Chong Wei berjaya mempertahankan gelaran juara untuk edisi 2011, kerana dia satu-satunya permain terbaik yang mewakili Malaysia. Pemain pelapis kesemuanya tidak boleh diharap.
Tetapi jurulatih perlu mencari jalan untuk mempelbagaikan corak permainan Chong Wei, tidak terlalu bergantung kepada satu corak shaja. Harap ada usaha BAM/jurulatih kaji corak permainan lawan terutamanya pemain dari China, kurangkan politik dalam persatuan dan lebih bersikap terbuka menerima kritikan.

muhamad yunus b makda

saya yakin akan kebolehan datuk mempertahankan
kejuaraan...... datuk lee chong wei kmi setia menyokong yakin boleh.......

Krol

LCW BOLEH KALAHKAN LIN DAN....

jamjura

Semoga Datuk berjaya merebut kejuaraan ini dan mempertahankan ranking no.1111111, teruskan usaha Datuk


Full content generated by Get Full RSS.

Selangor beraksi di Bukit Jalil

Posted: 12 Dec 2011 02:18 PM PST

Sukan

Jadi gelanggang sendiri sehingga Stadium Shah Alam siap dibaik pulih

SELANGOR bakal menggunakan Stadium Nasional di Bukit Jalil sebagai gelanggang sendiri bagi saingan awal Liga Super 2012 sehingga Stadium Shah Alam, siap dibaik pulih, April depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Stadium Shah Alam kini sedang dibaik pulih Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

"Berdasarkan surat MBSA, kami dimaklumkan kerja-kerja membaik pulih padang, lampu, kerusi dan kemudahan asas lain dijangka siap sepenuhnya April depan. "Jadi untuk beberapa perlawanan awal Liga Super yang bermula 10 Januari depan hingga hujung Mac, kami akan gunakan Stadium Nasional," kata Hamidin ketika ditemui selepas majlis penyerahan tajaan Triways kepada skuad futsal lelaki dan wanita Selangor di Shah Alam, semalam.

Kualiti rumput di Stadium Shah Alam yang teruk menjadi bahan kritikan terutama ketika ia menjadi gelanggang pengganti bagi final Piala Malaysia 2011 pada 29 Oktober lalu berikutan kerja-kerja penukaran trek baru di Stadium Nasional belum selesai.

Ditanya persiapan skuad Selangor kendalian jurulatih baru Irfan Bakti Abu Salim itu, Hamidin berkata, barisan 24 pemain yang didaftarkan termasuk dua awang import - Ramez Dayoub dari Lubnan dan Lelo Mbele dari Congo musim depan 'lebih muda'.

"Hanya tiga pemain melebihi usia 30 tahun iaitu Amri Yahyah, P Gunalan dan G Jeevananthan tetapi saya yakin persembahan Selangor di bawah kendalian Irfan Bakti lebih bermutu dan dapat menarik penyokong ke stadium," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan