Kosmo Online - Sukan |
Posted: 'Tutup mulut'NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) mahu pihak yang mempertikai keputusan Singapura menyenaraikan pemain melebihi usia 23 tahun bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan supaya 'menutup mulut'. "Kita (skuad Harimau Muda) juga dibenarkan melakukan perkara yang sama (mendaftarkan pemain berusia lebih 23 tahun) bagi mengharungi Liga Singapura (Liga S) musim depan. "Ia sudah termaktub dalam perjanjian persefahaman (MoU) antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sebelum ini, jadi sesiapa yang tidak mengetahui perkara itu, eloklah duduk diam daripada mempertikaikan itu dan ini." Isu itu mula diperdebatkan pemerhati bola sepak tempatan yang jelas 'tidak senang' dengan tindakan Singapura yang menyenaraikan 10 pemain melebihi usia 23 tahun bagi mewakili skuad Lion XII FC pada kempen Liga M musim depan. "KITA (Harimau Muda) juga dibenarkan melakukan perkara yang sama (mendaftarkan pemain berusia lebih 23 tahun) bagi mengharungi Liga Singapura (Liga S) pada musim depan. "Ia sudah termaktub dalam perjanjian persefahaman (MoU) antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sebelum ini, jadi sesiapa yang tidak mengetahui perkara itu, eloklah duduk diam daripada mempertikaikan itu dan ini." Demikian tegas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) yang jelas mahu segelintir pihak yang mempertikaikan keputusan pasukan jiran, Singapura menyenaraikan pemain melebihi usia 23 tahun bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan supaya 'menutup mulut'. Isu itu mula diperdebatkan pemerhati bola sepak tempatan yang jelas 'tidak senang' dengan tindakan Singapura yang menyenaraikan 10 pemain termasuk kapten, Shahril Ishak yang berusia 28 tahun bagi mengharungi Liga M musim depan. Tindakan itu seolah-olah 'dimungkiri' oleh FAS sedangkan MoU itu pada mulanya difahamkan telah dilaksanakan kedua-dua pihak bagi membantu memartabatkan sukan bola sepak kedua-dua negara. Mengulas lanjut, Hamidin berkata, pihaknya tidak mengikuti jejak langkah Singapura menyenaraikan pemain yang melebihi usia 23 tahun kerana yakin pengalaman beraksi dalam Liga S nanti merupakan antara medan terbaik bagi menggilap bakat-bakat muda. "FAM juga menerima tunjuk sebab yang diberikan oleh Singapura (untuk menyenaraikan pemain melebihi 23 tahun) bagi menghadapi Liga M musim depan memandangkan mereka tidak memiliki skuad Piala Presiden, selain arahan kerajaan mereka yang mewajibkan belia di sana supaya mengikuti Latihan Khidmat Negara. "Mereka langsung tidak diberikan pengecualian waima jika dapat mewakili negara itu di Piala Dunia sekalipun, jadi takkan kita hendak halang. "Malah, FAS juga mematuhi syarat kami (FAM) yang tidak membenarkan mereka menggunakan khidmat pemain import seperti mana pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga M pada musim depan," katanya kepada pemberita selepas majlis undian Liga M 2012 di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam semalam. Hamidin berkata, antara kandungan MoU itu sebelum ini termasuklah mengadakan perlawanan persahabatan antara kedua- dua pasukan kebangsaan yang dijangka diadakan Jun tahun depan, selain pertukaran pengadil dari kedua-dua negara. "Ini adalah demi kemajuan bola sepak negara kita serta memelihara hubungan baik antara kedua- dua negara, sekali gus menyaksikan kehadiran semula Singapura dalam saingan bola sepak tempatan sejak 17 tahun lalu," katanya. Dalam pada itu, Hamidin mengakui tidak mempunyai masalah dengan keputusan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee yang mahu kekal berlatih di Wisma FAM, Kelana Jaya sepanjang mengharungi Liga S yang akan bermula Februari tahun depan. "Jika ia tidak sesuai termasuk faktor kos dan keletihan pemain, keputusan itu akan dinilai semula, sama juga seperti mana MoU ini yang akan dinilai semula keberkesanannya pada 2013 nanti," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Perak halangan sulung ATMOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE HAMIDIN (kiri) dan Subahan melakukan cabutan pada majlis undian Piala FA di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam semalam. PASUKAN Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima dugaan pertama apabila menerima undian sukar sepanjang saingan Piala FA musim depan. Pada majlis undian Liga Malaysia (Liga M) 2012 yang diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam semalam, ATM yang dibimbing bekas jurulatih Kelantan, B. Sathianathan bakal berdepan juara Piala FA 2004, Perak seawal pusingan pertama pada 18 Februari depan. Jika berjaya melepasi cabaran Seladang, ATM masih belum boleh menarik nafas lega, lantaran juara Piala FA musim, Terengganu dijangka menunggu mereka di pusingan kedua memandangkan Sang Penyu dilihat tidak berdepan masalah memadam cabaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pusingan pertama. Paling menarik, dugaan ATM juga tidak berhenti di situ kerana pasukan negara jiran, Lion XII FC berpeluang cerah menanti mereka di suku akhir apabila sekadar diundi menentang UiTM FC pada pusingan pertama, selain diramal tidak berdepan masalah membenam pemenang antara Betaria FC dan Melaka pada pusingan kedua. Begitupun, Sathianathan tidak mudah melatah, tambahan pula beliau kini memiliki nama-nama besar termasuk Hairuddin Omar (Hai-O), Marlon Alex James, Irwan Fadhli Idrus dan dua tonggak kembar, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Razak. "Bagi saya, peluang kesemua pasukan masih sama rata meskipun kami dilihat kuat di atas kertas. "Biarpun ramai peminat yang menaruh harapan yang tinggi kepada ATM, sasaran utama kami hanyalah mahu layak ke Liga Super bagi musim 2013 dan kejayaan-kejayaan lain saya cuma sifatkan sebagai satu bonus," katanya. Nada berbeza pula disuarakan pengendali baharu Terengganu, Mat Zan Mat Aris yang optimis pasukannya mampu menjulang skurang-kurangnya tiga piala pada musim ini. "Meskipun diundi dalam laluan yang sama dengan ATM dan Lions XII, saya tetap menaruh keyakinan terhadap kesemua pemain saya, itu yang lebih mustahak," katanya. Juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan juga berdepan tugas getir apabila bakal berdepan Johor FC yang mendapat sentuhan bekas jurulatih Selangor, K. Devan pada pusingan pertama. Jika menang, mereka bakal membuat perhitungan dengan semifinalis musim lalu, Selangor yang turut dilihat tidak berdepan masalah menewaskan pasukan berstatus kelab, Shahzan Muda di pusingan pertama. "Bagi saya peluang masih 50-50, ia memang tugas yang cukup berat, terutamanya kehilangan sebahagian besar pemain yang mengambil keputusan untuk berhijrah. "Saya fokus satu persatu terlebih dahulu, bila menang dengan Johor FC, baru saya fikirkan mengenai Selangor," kata pengendali skuad Rusa, Azraai Khor Abdullah. Finalis Piala FA dan juga juara Liga Super musim lalu, Kelantan begitupun dijangka tidak berdepan masalah untuk sekurang-kurangnya layak ke suku akhir apabila mendapat undian mudah menentang Sarawak di pusingan pertama sebelum menanti pemenang antara Kuala Lumpur dan MP Muar di pusingan kedua. Pusingan kedua Piala FA 2012 bakal dilangsungkan pada 10 Mac tahun depan, manakala aksi suku akhir bakal diadakan pada 24 dan 27 Mac. Saingan separuh akhir pula akan dilangsungkan pada 21 April dan 1 Mei depan, manakala aksi final bakal berlangsung pada 19 Mei. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: KOAM mahu 'mengadap' menteriSHAHIDAN (kanan) mahu mengatasi segera masalah dalaman yang dihadapi KOAM ketika ini. KESATUAN Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum akhir tahun ini bagi menyelesaikan segala kemelut berkaitan badan induk olahraga itu. Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pertemuan tersebut juga akan dihadiri oleh Ahli Majlis KOAM dan wakil Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). "Segala isu yang berkaitan, sama ada berkaitan kesatuan, atlet atau hubungan antara KOAM dengan MSN atau ISN, akan diperjelaskan secara terperinci pada pertemuan tersebut," kata Shahidan di Kuala Lumpur semalam. Beliau berkata, sekiranya masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan KOAM sekarang, mereka boleh mengubahnya pada pemilihan di mesyuarat agung tahunan (AGM) kesatuan tersebut yang dijadualkan berlangsung Februari tahun depan. Mengenai kemelut dalaman terbaharu selepas Pengurus Besar KOAM, Dr. Iskandar Abdullah mendakwa dipaksa meletak jawatan oleh Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim, Shahidan berkata: "Tiada sesiapa dalam KOAM yang memaksa Dr. Iskandar untuk berhenti. "Dr. Iskandar sebenarnya hanyalah Penolong Pengurus Besar. Beliau hanya dijanjikan menjadi pengurus besar selepas penyandang jawatan sekarang, M. Latchumanan meletak jawatan pada penghujung tahun ini disebabkan masalah keluarga. "Jadi, bagaimana Dr. Iskandar mendakwa KOAM mempunyai dua pengurus besar sehingga menyukarkannya menjalankan tugas sedangkan beliau hanyalah penolong pengurus?" soal Shahidan. Shahidan juga mendakwa Dr. Iskandar tidak menjalankan tugasnya selama 30 hari bermula 3 Oktober lalu dan hanya menyerahkan surat peletakan jawatan pada minggu lepas dengan surat tulisan tangan. Kelmarin, Dr. Iskandar mendakwa beliau dipaksa oleh Karim meletak jawatan sebagai Pengurus Besar KOAM selepas tiga bulan bertugas. Mengenai jawatan Pengurus Besar KOAM yang akan kosong pada Januari depan selepas peletakan jawatan Latchumanan, Shahidan berkata, beliau sendiri akan mengendalikan sesi temu duga jawatan tersebut dalam masa terdekat. "Sesiapa yang layak boleh memohon, termasuk Dr. Iskandar," katanya. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan