Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


ISL tetap sah

Posted: 14 Dec 2011 11:24 AM PST

Sukan

Soal penggantungan Safee tidak timbul: Lalu Mara

PELITA Jaya tidak akan menghiraukan hukuman dikenakan ke atas mereka oleh Jawatankuasa Disiplin Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) selepas menganggap keputusan itu dibuat tanpa mengikut cara yang betul.

Sehubungan itu, soal sama ada kapten pasukannya, Safee Sali masih boleh dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan - Malaysia - juga tidak timbul kerana bagi Pelita Jaya, Liga Super Indonesia (ISL) tetap sah berdasarkan keputusan Kongres II PSSI di Bali, Januari lalu. "Pelita Jaya tidak hiraukan hukuman terbabit kerana ia ternyata 'salah alamat'," kata pengurus Pelita Jaya, Lalu Mara ketika dihubungi semalam.

"PSSI tidak boleh menjatuhkan hukuman kepada pasukan yang mengikuti ISL kerana pertandingan itu sah mengikut Kongres II di Bali."

Ketua Umum PSSI, Datuk Djohar Ariffin kelmarin mengeluarkan kenyataan bukan saja pemain tempatan, malah pemain import yang menyertai kelab-kelab dalam ISL termasuk Safee, boleh dikenakan hukuman penggantungan daripada mewakili pasukan kebangsaan masing-masing kerana menyertai liga yang diharamkan.

Semalam, PSSI mengenakan denda kepada lapan kelab ISL kelmarin, termasuk Pelita Jaya kerana beraksi dalam liga yang diharamkan selepas Djohar mengambil alih kepimpinan badan induk bola sepak yang bermasalah itu daripada Nurdin Halid.
Menurut Lalu Mara, pengurusan baru PSSI sewenang-wenangnya menukar status liga utama tanpa mengikut cara yang betul.

"Jika PSSI ingin mengubah format kejohanan, ia harus dilakukan menerusi kongres kerana format kejohanan adalah produk kongres.

"Keadaan ini tak ubah seperti yang salah menghukum yang benar. Kongres di Solo Julai lalu hanya memilih ketua umum baru dan jawatankuasa eksekutif. Tidak bermakna pengurusan baru boleh menukar format sesuka hati selepas berkuasa," katanya.

Sebuah laporan berita agensi semalam menyebut, selain Pelita Jaya, PSSI turut mendenda enam kelab lain 500 juta rupiah (RM175,346) manakala juara Liga Prima yang mengalih tumpuan ke Liga Super, Persib Bandung didenda 1 bilion rupiah (RM350,692).

Full content generated by Get Full RSS.

BAM garis dua perancangan berbeza

Posted: 14 Dec 2011 11:18 AM PST

Sukan

Untuk pastikan Chong Wei, Kien Keat-Boon Heong lebih bersedia hadapi Olimpik 2012

DUA perancangan berbeza digariskan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memastikan Lee Chong Wei dan pasangan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong lebih bersedia untuk menghadapi Sukan Olimpik London 2012.

Pemain nombor satu Chong Wei bakal dikurangkan penyertaan kejohanan tahun depan manakala Kien Keat-Boon Heong yang kurang mengumpul mata kelayakan, perlu beraksi lebih kerap.

Mesyuarat CTC itu turut bincangkan jalan penyelesaian kepada prestasi tidak konsisten pasangan beregu negara itu serta hala tuju semua pemain untuk tahun depan. - Ng Chin Chai, Setiausaha BAM

"Kami memutuskan jadual kejohanan untuk Chong Wei dikurangkan dengan hanya menyertai kejohanan wajib dan utama kerana dia sudah layak ke Olimpik tetapi Kien Keat-Boon Heong tidak mempunyai pilihan lain kerana sebelum berakhir April, mereka perlu mengumpul seberapa banyak mata untuk menduduki ranking empat teratas dunia bagi mencerahkan peluang pingat di Olimpik," kata Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) BAM, semalam.

Chin Chai berkata, mesyuarat CTC itu turut membincangkan jalan penyelesaian kepada prestasi tidak konsisten pasangan beregu negara itu serta hala tuju semua pemain untuk tahun depan.

Mengenai peringkat kelayakan Piala Thomas yang dijadual berlangsung di Macau, 14-19 Februari, Chin Chai berkata, kejohanan itu penting untuk mengumpul mata ranking ke Olimpik serta penting bagi semua pasukan terutama dalam perebutan empat slot daripada negara Asia.

"Yang pasti, kita perlu menghantar skuad terbaik kerana melayakkan diri itu lebih penting dan ini bukan kejohanan pendedahan untuk pemain muda," katanya.
China selaku juara bertahan sudah mengesahkan satu tempat ke Piala Thomas tetapi negara itu dikhabarkan masih menyertai perlawanan kelayakan bagi mengumpul mata ranking yang pastinya menyukarkan laluan skuad negara.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan