Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Rindu sentuhan Misbun

Posted: 21 Dec 2011 12:37 PM PST

TIDAK sampai 10 hari genaplah setahun 'sifu' Datuk Misbun Sidek meletakkan jawatan serta meninggalkan anak didiknya Datuk Lee Chong Wei dan pemain nombor satu dunia ini mula menagih panduan daripada jurulatih itu ketika bahang Sukan Olimpik 2012 London semakin dirasai.

Chong Wei, 29, ditemui selepas dilantik Duta Produk Cafe 99 Ipoh White Coffee di Glenmarie, Shah Alam semalam tidak menafikan dia memerlukan Misbun yang berjaya mengubah nasibnya daripada sering tewas kepada mana-mana pemain China ketika di bawah Li Mao kepada pemain digeruni.


"Saya sedia untuk berlatih dengan Misbun tapi bukan saya yang buat keputusan. Saya bukan pemain profesional seperti Taufik Hidayat (Indonesia) yang bebas menentukan siapa jurulatihnya. Saya terikat dengan arahan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)," kata Chong Wei yang membatalkan cuti rehat demi melakukan persiapan terbaik ke Olimpik yang tinggal hanya lapan bulan.

"Sebagai pemain, saya tidak kisah siapa menjadi jurulatih selagi mampu menaikkan taraf permainan saya, malah jika perlu kembali kepada Li Mao, saya sedia menerimanya." Persoalan mengenai Misbun melatih semula Chong Wei timbul selepas pemain nombor satu dunia itu mengalami kekalahan terbaru kepada pemain nombor dua China, Chen Long di Siri Super Final minggu lalu.


Daripada empat pertemuan terakhir Chong Wei-Chen Long, pemain harapan negara itu tewas tiga kali namun masih mempunyai kelebihan rekod pertemuan 5-4.


Misbun pernah melatih Chong Wei sehingga pemain itu mara ke final Terbuka Malaysia 2003 yang menyaksikannya tewas kepada Chen Hong (China) ketika sistem 15 mata.

Selepas itu Chong Wei diletakkan di bawah Li Mao pada 2005-2007 yang menyaksikan pemain itu mendekati takhta nombor satu dunia tetapi badi kekalahan kepada pemain China semakin menebal.


Bagaimanapun Misbun yang mula melatih Chong Wei selepas ditinggalkan Li Mao juga tidak bertahan lama apabila menghantar surat peletakan jawatan kepada BAM pada 31 Disember 2010.

Dalam pada itu, Chong Wei mendapat laluan mudah di Terbuka Korea 1-8 Januari depan untuk merampas semula gelaran yang dimenanginya pada 2010.



Full content generated by Get Full RSS.

Bajet PKNS RM7j

Posted: 21 Dec 2011 07:54 AM PST

BERBEKALKAN suntikan peruntukan RM7 juta dan diperkuatkan dua awang import berkaliber dari Perancis, ia jelas menunjukkan betapa penampilan pertama PKNS FC dalam kancah Liga Super musim depan tidak boleh dipandang remeh.

Ia juga membuktikan PKNS FC yang muncul juara Liga Perdana musim lalu, serius untuk menghadapi rintangan lebih hebat musim depan dan atas sebab itu Nicoise Mikael Joseph dan Helmi Loussaief, masing-masing yang bakal mengemudi jentera serangan dan tengah PKNS, disambar bagi memperkuatkan pasukan.


Dan tidak hairanlah mengapa pengurusan kelab itu yang baru-baru ini dinobatkan Kelab Bola Sepak Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus/Astro/FAM 2011, meletakkan sasaran untuk menamatkan kempen musim depan di kelompok enam pasukan terbaik.

"Kami sedar saingan musim depan bukan calang-calang. Sebab itu awal-awal lagi kami menilai kemampuan setiap pasukan dan kesimpulannya, kami meletakkan sasaran yang diharap mampu dicapai iaitu untuk menamatkan kempen musim depan di kedudukan enam pasukan terbaik.


"Sekiranya semua pemain memberi komitmen sepenuhnya saya yakin kami dapat mencapai sasaran ini. Bukan tidak mahu meletakkan sasaran lebih tinggi, tetapi kami fikir untuk penampilan pertama, mencapai kedudukan enam pasukan terbaik sudah cukup baik," kata Presiden PKNS FC, Noor Hisham Mohd Ghouth pada majlis suai kenal dan menandatangani kontrak pengurusan dan pemain semalam.


Sementara itu, Lossaief yang pernah beraksi untuk AS Monaco berkata, dia sememangnya amat teruja untuk beraksi bersama PKNS FC.

"Satu perkara yang saya sedia menerima tawaran daripada PKNS FC ialah kerana saya boleh melakukan segala rutin dilakukan umat Islam termasuk bersolat. Sepanjang pengalaman saya beraksi di Eropah, anda tidak melakukan perkara seperti ini," katanya yang beragama Islam.


"Saya mahu membantu pasukan memenangi segala-galanya. Pasukan ini amat bagus kerana dibarisi ramai pemain muda. Dengan bimbingan jurulatih berpengalaman saya fikir segala-galanya tidak mustahil untuk dicapai." Selain menyambar dua awang import, PKNS FC yang dibimbing Abdul Rahman Ibrahim turut dibarisi 10 muka baru dan mengekalkan 10 pemain sedia ada.



Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan