Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


PM kalung pingat kepada kuartet 4x400

Posted:

PM kalung pingat kepada kuartet 4x400

PM kalung pingat kepada kuartet 4x400

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Kuartet emas 4x400 meter lelaki negara yang kempunan menaiki podium pada Sukan SEA XXVI Indonesia bakal mendapat pengiktirafan besar apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri akan mengalungkan pingat itu kepada mereka pada Majlis Penyampaian Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) di Stadium Juara, Bukit Kiara, esok.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, pingat itu akan diberikan kepada P. Yuvaraj, S. Kannathasan, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasale yang melalui pelbagai rintangan sebelum dan selepas menjuarai acara Sukan SEA itu.

"Kami (MSN) akan buat upacara tersebut sama seperti mana atlet-atlet lain menerima pingat yang dimenangi mereka pada Sukan SEA baru-baru ini.

"Ketika itu nanti, upacara menaikkan Jalur Gemilang turut diadakan sambil diiringi lagu kebangsaan, Negaraku," katanya pada sidang media majlis penyampaian tajaan sempena Karnival Sukan Media MSN di sini, semalam.

Kuartet 4x400 meter lelaki negara melakukan kejutan memenangi emas pada temasya dwi tahunan itu walaupun tidak diletakkan sebarang harapan, malah tiba lewat di Palembang kerana keputusan menghantar mereka dibuat pada saat akhir.

Lebih teruk mereka tidak dapat menghadiri majlis penyampaian hadiah kerana terpaksa pulang ke tanah air berikutan menempah tiket sehari lebih awal selepas kejayaan itu.

"MSN telah mengambil langkah proaktif bagi mengadakan upacara penyampaian pingat emas tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan serta kejayaan mereka buat kontinjen Malaysia," kata Zolkples.

Full content generated by Get Full RSS.

'Usia lebih 23 tiada masalah'

Posted:

'Usia lebih 23 tiada masalah'

'Usia lebih 23 tiada masalah'

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my


Sultan Ahmad Shah meninjau perkembangan kerja-kerja menaik taraf Stadium Darul Makmur di Kuantan, semalam. - UTUSAN/Rushdi Salleh


KUANTAN - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah bertitah, tindakan beberapa persatuan bola sepak negeri memancing pemain Harimau Muda yang sudah melebihi umur 23 tahun adalah langkah baik.

Baginda bertitah, tindakan itu dapat menjalin kerjasama antara persatuan bola sepak negeri dan FAM.

"Bagi saya hasrat pasukan negeri untuk mengambil pemain Harimau Muda bukan satu masalah kerana kita sememangnya berkehendakkan kerjasama seumpama ini.

"Perkara yang paling penting ialah jalinan kerjasama untuk terus memartabatkan bola sepak negara. Malah, ini juga satu peluang bagi jurulatih Ong Kim Swee membawa serta mengetengahkan muka baru dalam skuad Harimau Muda," titah Sultan Ahmad kepada pemberita di sini, semalam.

Namun, Sultan Ahmad Shah berharap para pemain harus mengekalkan tahap disiplin dan meningkatkan kualiti permainan.

Kelmarin, akhbar melaporkan FAM memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak membuat rundingan dengan pemain Harimau Muda selagi mereka masih terikat dengan badan induk itu.

Pihak FAM bagaimanapun sedia mengadakan perbincangan jika ada di kalangan pemain sudah melebihi umur 23 tahun.

Di samping itu, FAM turut mengesahkan pihaknya telah melepaskan lima pemain Harimau Muda untuk berhijrah musim depan disebabkan faktor usia mereka melebihi 23 tahun.

Mengulas mengenai tindakan skuad itu menyenaraikan 10 pemain lebih umur dalam skuad mereka bagi beraksi pada Liga Super bermula 10 Januari depan, baginda menerimanya dengan hati terbuka.

"Bagi kita, pintu sentiasa terbuka bagi sesiapa yang mahu menyertai liga bola sepak tempatan. Kita terima mereka dan apa yang lebih penting manfaat untuk pembangunan sukan bola sepak di negara ini. Lebih ramai pemain lebih bagus dan lebih meriah," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 ulasan:

Awanama berkata...

This information is priceless. When can I find out more?

Also visit my web page; online backup solutions
Feel free to visit my blog - best online backup service

Awanama berkata...

Sweet blog! I found it while searching on Yahoo News.

Do you have any suggestions on how to get listed in
Yahoo News? I've been trying for a while but I never seem to get there! Thank you

Also visit my website ... online backup services
Also see my webpage - online file backup

Catat Komen