Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Perang' City, United

Posted: 07 Jan 2012 02:42 PM PST

Sukan

Salah satu pasukan elit EPL bakal tersingkir pada pusingan ketiga malam ini

LABEL 'jiran yang bising' ke atas Manchester City oleh Alex Ferguson kini dianggap satu istilah lapuk.

"Kami sekarang bukan hanya tahu buat bising tapi juga menang perlawanan," kata pemain pertahanan City, Joleon Lescott menjelang saingan pusingan ketiga Piala FA menentang Manchester United di Stadium Etihad, malam ini. "Kami (City) juga berada dalam tangga teratas liga. Dulu mereka tidak menghormati kami dan saya rasa mereka menyesal kerana kami pasukan sukar ditewaskan ketika ini."

Pengurus pasukan, Roberto Mancini juga minta pemainnya berwaspada dengan muslihat United yang tampak bersikap berang ketika ini.

"United marah ketika ini selepas sudah kalah dua kali. Mereka juga marah lagi selepas kami membelasah mereka (6-1) di Old Trafford. Jadi, kami kena waspada," katanya. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Butler akur kelibat Effa halang impian Red Warriors

Posted: 07 Jan 2012 02:40 PM PST

PENGENDALI Kelantan, Peter Butler mengakui kelibat penyerang import Negeri Sembilan, Jean Emmanuel Effa Owona menjadi antara faktor kekalahan pasukannya, 1-2 dalam aksi Piala Sultan Ahmad Shah, malam semalam.

Katanya, dia lihat kekuatan fizikal dimiliki pemain import dari Cameroon itu banyak mengucar-kacirkan benteng pertahanan Kelantan.

"Saya akui kelibat pemain itu membunuh pasukan Kelantan pada perlawanan ini. Nyata kelibat pemain nombor 10 (Effa) sukar dikawal.

"Barisan pertahanan kami terlalu kecil untuk mengawal pemain kuat seperti Effa," katanya selepas tamat perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam semalam.

Bagaimanapun, Butler menegaskan The Red Warriors memulakan permainan dengan baik dan berjaya mengawal rentak permainan.

"Kami bermain dan mengawal permainan dengan baik. Kami memiliki banyak peluang tapi kebanyakan peluang tidak dapat disempurnakan.
"Di sebalik kami mengawal permainan, dua kesilapan terus menghukum kami. Kesilapan itu terus membunuh peluang kami untuk menang malam ini (semalam)," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Barto

apa naq kata kalau lawan dah kuat

zaki

bukan import n9 yg bermasalah ..tp import kelantan ...tak menjadi ..terlalu rendah mutu permainan ..kalu setakat pandai bawa bola n gelecek je ..pemain tmpatan ramai ..kite nk import yg boileh bg GOAL...kalu gini ..kelantan baik tarik diri je dr bertanding afc ..br negeri sama negeri ..kelab luar lg gagah ...

dusuki

pemain import kelantan terutama antawi bermain dengan teruk. jentera tengah kelantan lansung tak dapat membantu pemain pertahanan dan penyerang,kawalan bola lemah dan hantaran bola tidak tepat. indera,farhan dan syakir macam tak ada idea utk mngatur bhagian tengah dan mereka nampak macam keletihan.harap perlawanan lepas ni,pasukan kelantan mencuba pemain2 muda pulok. Kelantan tetap d hati.

mohamad rafiai bin seman

Tahniah kesebelasan pemain N9,Pengajaran buat Red warriors

nik azaha nik mood

teruskan butler daa the red warrior...perlawanan masih bnayak.....juara liga malaysia dan liga super pastikan kembali ke kota bharu 2012...

amin

den dah kobar an....

muhamad aidi bin mat shafei

pemain import mcm budak kampong main..beli tutup mata ko..

ali

guruh aje berdetum.. hujannya tidak.. tahniah n9.

mahadi mustapha

penyerang the red warrior lesu..leweh. individu skill. tak cukup mantap berbanding posisi lain.

ju

kalau dah import ns bagus. sbg coach kenapa x cari macam tu.

ANUAR ZAIN

NS menang kerana permainan berpasukan bukannya individu.. Coach Azrai menggunakan semaksimum bakat pemain yang ada dan diterap dengan disiplin permainan, komitmen, mengikut arahan tektikel dan kerjasama berpasukan membuatkan pasukan NS nampak mantap dan sebaris dengan pasukan elit. Buat jurulatih Kelantan komen anda tidak logik langsung.. Berdirilah dibumi yang nyata.. Syabas pasukan NS! Ini baru permulaan.. Teruskan komitmen yang tinggi.. Yakin Malaysia Boleh!

geng nogori

tgk2 kalah dah dgn skuad pelapis negeri9... xda guna nya FAM duk tolong demo klate.. tetapi kaloh jugok.. huhuhuhu

gaban z potong dua

kasian kelantan... padan muker cakap besor sangat...

rudy

kelate sahabatku rilek .kita cari mata penuh nanti.

ABU BAKAR

Kalau di lihat permain import NS semalam ada juga kelemahannya...lembab sikit mungkin badan nya yg besar....sebenarnya permain NS kalau di lihat skil dan semangatnya memang bagus ,saya yakin ini adalah panduan serta arahan dari permain2 otainya seperti Shukur dan Idris...pengalaman mereka berdua tu yg membuat pemain NS ni bersemangat

ahmad

Pemain import cuma cantik atas kertas, lebih hantar balik, meluat, pengurusan pasukan patut lebih hati-hati.

crazy

Terbaiklah negeri sembilan :D

shila

xpela..nk wat cmner dh xde rezeki..usaha lg untk next game..go go red warriors!!!

Kamal Hobenjang

Saya tak dapat menonton perlawanan ini malam tadi kerana berada di luar negeri tetapi saya cuba mencari informasi di tentang perlawanan ini secara lansung di internet. TERLALU menghampakan....nasib baik eden monang!!!
Yap,yap, yey!!!

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan