Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Peluang terhidang

Posted: 07 Jan 2012 09:04 AM PST

JAGUH badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei memulakan tahun baru dengan final impian apabila bertemu musuh ketatnya, Lin Dan di final Terbuka Korea, hari ini selepas mereka menundukkan lawan masing-masing di separuh akhir, semalam.

Chong Wei memastikan langkah penuh bergaya untuk bertemu pemain China yang digelar 'Super Dan' apabila mudah menundukkan seorang lagi pencabar negara itu, Du Pengyu 21-8,21-13 dalam aksi separuh akhir.


Pengyu nyata menjadi 'makanan' pemain negara yang hanya memerlukan 37 minit untuk menewaskan ranking ke-11 dunia itu sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah selepas bertemu lima kali.

Laluan Lin Dan ke final juga tidak menghadapi banyak masalah apabila pemain Jepun, Sho Sasaki yang dihadapinya petang semalam mudah dijinakkan, 21-16, 21-14.


Kemenangan Chong Wei secara tidak langsung memudahkan laluannya untuk membuka buku baru tahun ini dengan meraih gelaran juara selepas prestasi tidak menentu pada hujung tahun lalu mula merisaukan banyak pihak.


Apatah lagi lawan yang menantinya adalah Lin Dan yang sentiasa dianggap sebagai penghalang utama untuk misi penting meraih pingat emas Olimpik pertama negara pada Sukan Olimpik London yang bakal bermula 27 Julai ini.

Dalam perlawanan lain semalam, beregu lelaki nombor satu dunia dari China, Cai Yun-Fu Haifeng tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan beregu Korea, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seung, 21-13, 21-14.


China memastikan pertemuan senegara di final apabila Wang Shixian bakal bertemu Jiang Yanjiao dalam acara perseorangan wanita selepas menewaskan lawan masing-masing. Lebih mengejutkan Yanjiao menewaskan pilihan utama kejohanan, Wang Yihan untuk tiket ke final.

Beregu wanita mereka, Qiao Ting, Zhao Yunlei pula menewaskan beregu Korea, Jung Kyung Eun-Kim Ha Na, 24-26, 21-5, 21-13. Mereka bagaimanapun akan menentang satu lagi beregu tuan rumah, Ha Jung Eun/Kim Min Jung di final.


Sementara itu, beregu campuran tuan rumah, Lee Yong Dae-Ha Jung Eun turut melangkah ke final selepas menewaskan beregu Russia, Alexandr Nikolaenko-Valeri Sorokina, 21-18, 21-15.



Full content generated by Get Full RSS.

Kepedihan Newcastle

Posted: 07 Jan 2012 08:59 AM PST

PIALA Negara Afrika adalah antara kejohanan bola sepak antarabangsa yang memberi kesan kepada kalendar kejohanan domestik dan untuk hampir sebulan, Liga Perdana Inggeris bagaikan hilang seri apabila kebanyakan pemain utamanya menyertai kejohanan dwitahunan itu di Gabon dan Equatorial Guinea.

Bagi Afrika, kejohanan ini bermakna segala-galanya. Bagi segelintir pengurus Liga Perdana Inggeris pula, ia dilihat sesuatu yang cukup memeningkan.


Rungutan mereka begitupun tidak seteruk edisi sebelum ini, apabila beberapa pasukan gergasi bola sepak Afrika seperti Nigeria, Cameroon dan Algeria gagal layak ke kejohanan itu.

Pemain seperti Alex Song dan John Obi Mikel tidak terbabit tetapi sesetengah kelab akan berasa kekosongan, Newcastle antara paling teruk terjejas.


Ketika kejayaan membenam Manchester United 3-0 pada awal pagi Khamis lalu mungkin menyalakan kembali semangat kelab itu musim ini selepas hanya menang satu daripada lapan perlawanan, pengurusnya Alan Pardew pasti merasai kehilangan apabila Demba Ba dan Cheick Tiote meninggalkan kelab itu untuk tugasan Piala Negara Afrika hujung minggu ini.


Ba yang menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi peluang disenaraikan untuk skuad Senegal manakala Tiote, yang berjaya mengekang Wayne Rooney sepanjang perlawanan itu akan ke Emiriah Arab Bersatu untuk menyertai rakan sepasukannya di Ivory Coast. Newcastle kehilangan penjaring terbanyak mereka dan pemain tengah berpengaruh untuk enam perlawanan.

"Kami kehilangan dua daripada pemain terbaik kami pada satu masa dan ia cukup menyukarkan," kata Pardew. "Jika kami boleh berada di tangga kelapan atau sembilan sebaik mereka kembali, kami berpeluang menduduki tangga keenam musim ini. Kami sedar semua ini akan berlaku dan kami menerimanya." Masalah paling utama buat Pardew adalah mencari pengganti sesuai untuk meneruskan jaringan Ba. Dengan 15 gol liga sepanjang musim, jumlah jaringan Ba melebihi gabungan pemain lain di kelab itu.


"Dari segi penyerang lain yang tidak menyumbang atau tidak menjaringkan gol ketika ini, jelas sekali ia membimbangkan," kata Pardew.

"Kami akan melihat kepada pasukan dan memastikannya seimbang, jadi kami tidak perlu bergantung kepada Demba." Ba turut mengakui perasaannya berbelah bagi untuk meninggalkan kelab yang mudah baginya menyesuaikan diri.


"Ia satu tamparan hebat buat pasukan," katanya sebelum Krismas. "Ini adalah kelab saya dan saya bangga denganya tetapi ini adalah negara saya. Saya ke sana untuk mewakili negara dan cuba untuk menang. Saya bukan ke sana untuk bercuti. Ia satu kejohanan besar." Begitupun nasib mungkin tidak menyebelahi Newcastle seperti yang pernah dialami dalam kejohanan sebelum ini. Pada 2008, mereka kehilangan Obafemi Martins (Nigeria), Geremi (Cameroon) and Abdoulaye Faye (Senegal) selama tiga minggu. Sepanjang tempoh itu, mereka gagal menang sebarang perlawanan, jatuh dari tangga ke-11 kepada 13 dan tersingkir daripada Piala FA.


Enam tahun lalu, ketiadaan Martins, Geremi dan Amdy Faye bertembung dengan masalah kemerosotan prestasi. Kekalahan kepada Blackburn dan Manchester City menyaksikan mereka tergelincir ke kelompok penyingkiran.


Analsis tiga edisi kejohanan terdahulu turut membuktikan perkara yang sama, Piala Negara Afrika berpotensi menjejaskan musim EPL. Sejak 2006, pasukan yang membenarkan pemain mereka beraksi untuk Piala Negara Afrika mencapai purata mata lebih rendah setiap perlawanan berbanding sebelum kejohanan itu. Perbezaan adalah kecil tetapi corak statistik membuktikannya.


Begitupun kisah yang wajar mendapat perhatian adalah apa yang berlaku kepada Reading pada 2008.


Pada permulaan kejohanan, Reading berada di tempat ke-13 dalam Liga Perdana Inggeris. Piala Negara Afrika menyebabkan mereka kehilangan Emerse Fae, Ibrahima Sonko dan Andre Bikey selama sebulan dan ketika itu mereka berada di tangga ke-18 dan bergelut di zon penyingkiran.


Reading tersingkir pada akhir musim itu dan sejak itu tidak pernah kembali ke Liga Perdana Inggeris.



Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan