Berita Harian: Sukan |
Posted: 15 Jan 2012 03:24 PM PST LEE Chong Wei membuktikan dia masih dalam kelas tersendiri apabila menjuarai Terbuka Malaysia buat kali kelapan selepas menundukkan Kenichi Tago dalam perlawanan akhir di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam. "Ini final paling mudah," akuinya sebaik menundukkan lawan dari Jepun itu untuk menerima habuan AS$30,000 (RM93,000) sebagai juara kejohanan. Kelmarin, Chong Wei menewaskan pemain muda China, Chen Long di pentas separuh akhir. Lebih penting, kejuaraan itu semakin menguatkan tekad pemain nombor satu itu yang diharap mampu merealisasikan emas pertama Olimpik di London 2012, Julai depan. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenshafri tahniah datuk..cemerlang,gemilang n terbilang d dunia badmenton...datuklah satu2nya wira. qaseh like sesangat!!..gud luck for next step..haha Sepi Mat Tahniah Datuk Lee Chong Wei Keatas dua kejuaraan Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia serta mengukuhkan rangking pertama IBF.Syabas...teruskan perjuanganmu hingga merangkul emas pertama di Sukan Olimpik Julai depan.Datuk Lee Chong Wei Boleh....MALAYSIA BOLEH.Kejayaanmu Kejayaan rakyat Malaysia juga.Go and go win forever and ever.....Tahniah Lee Chong Wei.Thank you. kapak jasa sebenar kepada negara, anda layak mendapat gelaran Dato' ali m salam wat warga 1 malaysia...
mohd nasiruddin mohd din Syabas Chong Wei,menguatkan semangat untuk merealisasikan emas pertama Olimpik tahun 2012 nanti. Ahmad Tahniah, Berikan kami Emas Olimpik.Jgn terlalu lena dan ingat perang psikolgi pemain China.
zek tahniah LCW , anda adalah kebanggaan negara faizal 1003 Syabas Chong Wei,menguatkan semangat untuk merealisasikan emas pertama Olimpik tahun 2012 nanti. wakkuale Tahniah datuk... Teruskan impian merealisasikan pingat emas pertama Olimpik buat seluruh rakyat Malaysia."Malaysia Boleh" Daeng Meyra Ismani Tahniah Dato' Lee Chong Wei!!
|
Posted: 15 Jan 2012 09:06 AM PST Sukan Selangor pamer kebangkitan tewaskan PerakSELEPAS dua perlawanan Liga Super 2012, sentuhan jurulatih baru Selangor, Irfan Bakti Abu Salim tampak berjaya menjadikan corak permainan Red Giants lebih menarik dan menghiburkan. Bangkit daripada ketinggalan ketika mengikat Negeri Sembilan 2-2 di Paroi, Selasa lalu serta meraih tiga mata penuh di Bukit Jalil ketika menewaskan Perak 1-0, malam kelmarin, Irfan mahu rentak itu diteruskan apabila berdepan FELDA United di Stadium Hang Jebat, petang esok. Sedar kemenangan ke atas anak-anak buah E Elavarasan mampu membolehkan Selangor merampas tangga teratas daripada T-Team untuk tempoh sekurang-kurangnya empat jam, dua perkara ditegaskan Irfan untuk diambil perhatian. "Saya puas hati dengan persembahan bertemu Perak. Cuma saya nampak ada sedikit sikap ambil mudah dan terlalu selesa selepas mendahului 1-0. Ia perlu diubah apabila bertemu FELDA United nanti."Keduanya, saya bimbang dengan keadaan padang yang tidak rata di Stadium Hang Jebat. Harap ia tidak terlalu mengganggu perancangan taktikal kami," katanya ketika ditemui selepas aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin. Kemenangan tipis hasil jaringan Safiq Rahim pada minit ke-23 itu meletakkan Selangor di tangga ketiga Liga Super, empat mata di belakang T-Team (6) dan Negeri Sembilan (4). Biarpun Selangor dijangka menggantikan penyerang import 'sakit', Lelo Mbele dengan pemain baru, Irfan nyata berpuas hati dengan kekentalan pertahanan import dari Lubnan, Ramez Dayoub.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan