Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


‘Seseorang’ dicari dalam diri sendiri

Posted: 15 Jan 2012 08:57 AM PST

JURULATIH beregu, Pang Cheh Chang menafikan kenyataan Koo Kien Keat yang masih tercari-cari jurulatih yang boleh membawanya kembali ke prestasi lalu sebaliknya menegaskan "seseorang" yang dicari itu ada dalam diri pemain itu sendiri.

"Bagi saya orang itu adalah dirinya sendiri iaitu keyakinan diri," kata Cheh Chang.


"Kien Keat-Tan Boon Heong memberi tekanan kepada diri mereka sendiri. Saya amat memahami kedudukan seseorang pemain.

"Masalah utama kedua-dua pemain itu adalah tidak mampu mengatasi fikiran negatif dalam minda sendiri. Apa yang dipamerkan mereka ketika ini menunjukkan tanda-tanda mentaliti tidak berada di tahap yang tinggi." Menurut Cheh Chang, Kien Keat-Boon Heong sudah menunjukkan kesungguhan dalam latihan dan setiap kali menjelang kejohanan tapi mereka gagal menterjemahkannya ketika berada di gelanggang.


"Mereka ada kekuatan yang memang tiada pada gandingan lain tapi mereka tidak mahu gunakan. Seperti yang pernah ditekankan Rexy Mainaky, gandingan ini sepatutnya menggunakan kekuatan yang ada pada mereka bukan mengikut permainan lawan.


"Sejak dulu lagi, Kien Keat akan bermain lebih banyak di depan, mencipta peluang dan mematikannya malah Boon Heong sendiri ada kekuatan smash paling kencang.

"Tapi mereka sering gugup dan tergesa-gesa menukar corak mengikut rentak lawan yang memakan diri sendiri." "Malah setiap kali bermain rubber-set, gandingan ini akan gementar terlalu fikirkan akan kekalahan. Mereka juga makin kehilangan penyudah kerana masing-masing bimbang rakan gandingan akan melakukan kesilapan dan ini tidak seharusnya berlaku.


"Jika dipanggil Pasukan Prestasi Tinggi (HPT) nanti saya akan bentangkan kepada mereka mengenai kekurangan psikologi Kien Keat-Boon Heong, kemahuan diri dalam perlawanan serta corak permainan," kata Cheh Chang yang mengakui gandingan itu sebenarnya masih bagus cuma gandingan negara lain menunjukkan peningkatan yang lebih.

Dalam pada itu, ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her mengakui beliau akan mengadakan pertemuan berasingan dengan Cheh Chang, Yoo Yong Sung serta Kien Keat-Boon Heong sebelum beliau bersemuka 'bos' di BAM.



Full content generated by Get Full RSS.

Cheh Chang bakal jadi mangsa seperti Rexy

Posted: 15 Jan 2012 08:47 AM PST

DATUK James Selvaraj minta media bertanya sendiri kepada Koo Kien Keat, siapa lagi jurulatih yang diperlukan pemain itu selepas gagal lari dari episod kegagalan ketika bergandingan dengan Tan Boon Heong, satu gandingan yang pernah mengejutkan dunia badminton.

"Kamu tanya sendirilah kepada Kien Keat siapa yang dia mahu. Mereka sudah dapat Pang Cheh Chang seperti yang diminta tapi masih berada di tahap sama," kata bekas Pengarah Prestasi Tinggi BAM. James yang kini berkerja bersama Ng Chin Chai dan Leftenen Kolonel (B) Wong Ah Jit, namun apa yang dilihat sekarang prestasi gandingan terbabit semakin merosot.


Cheh Chang nampaknya bakal menjadi mangsa kepada gandingan ini seperti yang dilakukan ke atas Rexy pada Kejohanan Dunia lalu. Gandingan ini mungkin tidak pernah dipersalah tapi sampai bila jurulatih akan bersilih ganti.

Selepas tewas di pusingan kedua Terbuka Malaysia, Kien Keat dalam sidang media bersama Boon Heong mendakwa masih tercari-cari seseorang yang mampu membimbing mereka kembali ke prestasi terbaik.


"Saya masih mencari-cari orang yang boleh membimbing dan meningkatkan prestasi kami," kata Kien Keat tiga hari lalu.


Sejak dilatih dan menempa kejayaan memenangi pingat emas Sukan Asia Doha 2006 bersama Rexy Mainaky, gandingan itu membuat kejutan dengan menegaskan tidak mahu lagi berlatih dengan pemenang pingat emas Olimpik Atlanta 1996 kerana menganggap permainan mereka tidak akan maju.

Justeru pada September lalu BAM memutuskan diketuai pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) Ng Chin Chai mengikut kehendak mereka dengan 'menghadiahkan' gandingan terbabit kepada jurulatih idaman iaitu Cheh Chang tapi hingga kini Cheh Chang yang dibantu pemenang pingat perak Olimpik Sydney (2000) dan Athens (2004) Yoo Yong-sung juga masih gagal membaiki prestasi gandingan bintang ini."Bagi saya sejak mereka merosot di bawah Rexy, tiada peningkatan hingga sekarang. Kami sebagai HPT perlu duduk semeja dengan jurulatih serta pemain untuk mencari kelemahan dan apa yang dimahukan pemain.


"Jika benar kita perlu lakukan perubahan, kita tetap lakukan untuk kebaikan di Olimpik," kata James.



Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan