Berita Harian: Sukan |
Posted: 23 Jan 2012 09:06 PM PST Sukan PENYERANG Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Ali bertembung dengan penjaga gol FELDA United, Hamsani Ahmad (kiri) dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin. KERAS dan panas! Itu rumusan Mohd Azraai Khor Abdullah mengenai aksi perlawanan antara Negeri Sembilan dengan FELDA United di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi yang berkesudahan skuad bimbingannya mengutip mata penuh hasil kemenangan 1-0, malam kelmarin. Tiga kad merah dilayangkan pengadil, Azman Jamaludin membabitkan pemain tuan rumah, S Kunanlan dan dua pemain lawan, Farid Ramli dan Hardi Jaafar tetapi tindakan Hardi meluru ke arah tempat duduk penonton sebaik tamat perlawanan hampir mencetuskan pergaduhan. Hardi dan penjaga gol FELDA United, Hamsani Ahmad, kemudian terpaksa dikawal anggota keselamatan ketika menaiki bas bagi memastikan tidak berlaku kejadian tidak diingini, berikutan kira-kira 1,000 penyokong tuan rumah masih memenuhi perkarangan luar stadium.Bagi Azraai, aksi terjahan keras di atas padang mengundang rasa hilang sabar pemain dan pihaknya mengakui situasi itu tidak dapat dijangka kerana masing-masing mahukan kemenangan tetapi beliau berpuas hati pemain memberi aksi terbaik untuk bangkit di laman sendiri selepas kecundang kepada Perak, Selasa lalu. "Tiga mata yang kita inginkan tercapai walaupun Kunanlan dilayangkan kad merah. Kemasukan Shukor Adan yang pulih daripada kecederaan banyak membantu malam tadi (kelmarin). "Syabas kepada pemain kerana mempamerkan persembahan seperti dirancangkan dan mencipta banyak peluang. Saya juga lega Shahurain (Abu Samah) sudah kembali menemui sentuhan," katanya, semalam.
"Terima kasih kepada peminat setia yang terus menyokong untuk memastikan kejayaan pasukan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan