Harian Metro: Arena |
Dua atlet Sukan Sea positif dadah Posted: 03 Jan 2012 08:35 AM PST DUA atlet negara yang meraih pingat pada temasya Sukan Sea Indonesia, November lalu menerusi acara olahraga dan angkat berat, didapati positif ujian doping sampel A. Perkara itu disahkan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yang bagaimanapun enggan memaklumkan identiti atlet terbabit sehingga keputusan sampel B diketahui minggu depan.
"Kedua-dua sampel itu kini diuji di India. Mereka perlu menunggu keputusannya dan sekiranya didapati bersalah menggunakan bahan terlarang, hukuman akan dijatuhkan.
Kok Chi enggan mengulas lanjut mengenai latar belakang kedua-dua atlet itu dan hanya boleh mengumumkannya selepas mendapat keputusan sampel B.
"Bagaimana ia boleh tersebar, saya sendiri tidak tahu. Surat itu hanya dihantar kepada MOM dan sangat sulit kerana selagi atlet itu belum lagi didapati bersalah kami masih lagi bertanggungjawab untuk melindungi mereka," katanya.
Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 03 Jan 2012 08:32 AM PST HANYA dua calon hadir hari pertama temuduga calon Pegawai Prestasi Tinggi (HPD) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam dengan kedua-duanya membabitkan bekas ketua jurulatih iaitu Razif Sidek dan Yap Kim Hock. Setiausaha Kehormat BAM Ng Chin Chai enggan mengulas mengenai dua calon terbabit kerana tidak mahu mempengaruhi proses pemilihan.
Razif yang ditemuduga lebih sejam oleh panel penemuduga yang membabitkan tiga wakil BAM iaitu Chin Chai, Kenny Goh (Pengurus Besar BAM) dan Chandra Jagadish (Ahli Majlis BAM-Setiausaha Kehormat SBA) serta Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz dan pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) Johari Abd Wahab nampaknya mempunyai visi lebih jelas berbanding Kim Hock.
"Selain itu juga, sebagai HPD, kami perlu memastikan negara meraih emas pertama di Sukan Olimpik selain kejuaraan Kejohanan Dunia pertama dimenangi pemain Malaysia.
Namun katanya calon yang sempurna bukanlah isu sebenar kerana sesiapapun dilantik sebagai HPD tetap perlu bekerjasama dengan MSN dan ISN.
Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan