Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


SPRM mula siasat pemain Perlis

Posted:

SPRM mula siasat pemain Perlis

SPRM mula siasat pemain Perlis

SALAH seorang pemain Perlis memasuki pejabat SPRM di Kangar semalam untuk memberi keterangan berhubung skandal menjual perlawanan.


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula mengambil keterangan daripada pemain-pemain bola sepak skuad Liga Perdana Perlis semalam berhubung dakwaan gejala mengatur perlawanan, baru-baru ini.

Sekurang-kurangnya lima pemain Perlis dilihat memasuki pejabat SPRM di Wisma Persekutuan di Kangar bagi memberi keterangan dan membantu siasatan.

Pertemuan itu adalah untuk memberi keterangan berhubung dakwaan wujudnya kes seumpama itu selepas perlawanan Liga Premier antara MP Muar dengan Perlis yang menyaksikan skuad Singa Utara itu dibelasah 7-2 pada 9 Januari lalu.

Pengarah SPRM Perlis, Alias Darus memberitahu, pemain-pemain terbabit dipanggil sekadar untuk memberikan keterangan bagi membolehkan SPRM mendapatkan maklumat lanjut berhubung kesahihan dakwaan tersebut.

"Buat masa ini, kita cuma mendapatkan keterangan daripada pemain-pemain berkenaan untuk diteliti sama ada dakwaan berhubung gejala tersebut wujud atau sebaliknya," katanya kepada pemberita.

Kosmo! semalam melaporkan SPRM akan mengadakan pertemuan dengan sembilan pemain Perlis yang disyaki terlibat mengatur perlawanan, baru-baru ini.

Ia ekoran siasatan ke atas seorang pemain skuad Liga Perdana Perlis berhubung gejala mengatur perlawanan berikutan kekalahan teruk Perlis kepada MP Muar.

Beberapa akhbar turut melaporkan bahawa terdapat laporan mengenai sebahagian besar pemain Liga Perdana negeri itu telah berjumpa dengan bookie di Alor Setar sebelum perlawanan menentang MP Muar.

Kelmarin, SPRM telah mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) untuk mendapatkan maklumat mengenai kesahihan dakwaan tersebut.

Mengulas lanjut Alias berkata, pihaknya perlu mendapatkan keterangan pemain terlebih dahulu sebelum mengambil langkah seterusnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kedah gugur import

Posted:

Kedah gugur import

Kedah gugur import

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my

KETIKA pasukan lain dalam Liga Super berbangga dengan pemain import mereka, namun lain pula cerita- nya dengan Kedah yang terpaksa berduka kerana memiliki dua awang import yang tidak boleh diharapkan.

Prestasi hambar dua pemain import dari Brazil iaitu Daniel Soares Neves atau Baroni dan Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo memaksa Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkira-kira untuk menggugurkan mereka.

Baroni yang diturunkan dalam empat perlawanan lalu tenggelam dalam permainannya dan langsung tidak membawa impak kepada pasukan, manakala Danilo pula sekadar menjadi penonton akibat kecederaan.

Jurulatih Kedah, Mohd. Nidzam Adzha Yusof memberitahu, beliau sudah memaklumkan cadangan menggugurkan mereka kepada pengurusan dan proses mencari pemain import baharu sedang dijalankan.

"Anda boleh lihat sumbangan dua pemain ini (pemain import). Kita harapkan yang terbaik seperti pasukan lain tetapi persembahan mereka sangat menghampakan," katanya.

Pada perlawanan menentang Kelantan malam kelmarin, Kedah diaibkan di hadapan penyokong sendiri dengan kekalahan 3-0 menerusi jaringan pemain import Kelantan, Mohamad Ghadar dan Denny Antwi serta Norshahrul Idlan Talaha.

Dalam pada itu, pengurus Kedah, Datuk Khazali Din pula memberitahu, KFA mengenal pasti enam pemain im- port baharu iaitu masing-masing dua dari Korea dan Afrika, manakala dua lagi pemain pernah beraksi dalam Liga Malaysia.

Katanya, keputusan mengenai pemain itu dijangka dapat diketahui dalam tempoh seminggu dan mereka akan didaftar sebelum tarikh tutup pertengahan bulan depan.

"Kita akan mencari pemain import baharu terlebih dahulu sebelum menggugurkan dua pemain sedia ada ini. Ia melibatkan pemain penyerang dan pertahanan," katanya.

Sementara itu, prestasi mengecewa- kan Kedah turut memberi tempias kepada Khazali yang didesak meletak jawatan oleh penyokong skuad Hijau Kuning yang berkumpul di pekarangan Stadium Darulaman, Alor Setar malam kelmarin.

Khazali terpaksa dikawal rapi oleh polis selepas hampir 1,000 penyokong tidak puas hati terhadap prestasi Kedah yang belum meraih kemenangan dan gagal menjaringkan sebarang gol selepas mengharungi empat perlawanan.

Mengulas desakan itu, Khazali memberitahu, beliau bersedia meletakkan jawatan sekiranya diarahkan berbuat demikian oleh pihak pengurusan.

Katanya, kekalahan kepada Kelantan bukan berpunca daripada beliau semata-mata, sebaliknya banyak faktor.

"Saya berusaha menjalankan tugas untuk menaikkan nama Kedah selepas dilantik sebagai pengurus pasukan, namun tidak berhasil.

"Sekiranya pihak atasan meminta saya meletak jawatan, saya bersedia berbuat demikian," katanya.

Dalam pada itu aksi Kedah pada per- lawanan itu amat mengecewakan apabila pemain dihukum akibat kesilapan kecil yang dilakukan termasuk kelekaan di benteng pertahanan.

Mohd. Nidzam memberitahu, pemain perlu berubah sikap dan bekerja keras selain meningkatkan prestasi jika terus mahu memberi saingan dalam liga.

"Pemain perlu gandakan usaha. Mereka mencipta banyak peluang tetapi gagal dimanfaat. Jika gagal menjaring- kan gol kita tidak boleh menang.

"Kita perlu bekerja keras di semua posisi, lebih-lebih lagi di bahagian sera- ngan," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Veteran hangatkan Piala Presiden PSM

Posted:

Veteran hangatkan Piala Presiden PSM

Veteran hangatkan Piala Presiden PSM


ANTARA aksi menarik yang dipamerkan pemain veteran pada hari pertama Piala Presiden PSM di Kompleks Majlis Sukan Negara, AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur semalam.


LAMA tidak semestinya 'berkarat'.

Mungkin itulah kata-kata yang sesuai diberikan kepada regu-regu veteran yang hadir untuk melibas pada Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Terbuka Kebangsaan bagi merebut Piala Datuk Ahmad Ismail yang bermula di Kompleks Majlis Sukan Negara, AU 2 Taman Keramat, Kuala Lumpur semalam.

Kejohanan empat hari itu bermula dengan kategori wanita, veteran 51 tahun ke atas dan veteran 40 hingga 50 tahun, manakala bagi lelaki terbuka dan lelaki bawah 21 tahun pula akan membuka tirai hari ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Arshad Yahaya berkata, sokongan daripada pasukan- pasukan veteran membuktikan semangat kesukanan dan minat mereka terhadap sukan ini masih lagi mendalam.

"Kehadiran 30 regu veteran dari pelbagai negeri seperti Kedah, Negeri Sembilan dan sebagainya jelas menunjukkan mereka masih mempunyai semangat untuk terus beraksi.

"PSM menganjurkan kategori veteran ini kerana ingin memastikan minat terhadap sukan sepak takraw terus berkekalan dalam diri mereka dan terus diwarisi oleh generasi baharu.

"Apabila kita terus menganjurkan kejohanan sebegini, ia secara tidak langsung akan menarik minat mereka untuk turun berlatih pada setiap petang untuk membuat persediaan menghadapi kejohanan tersebut," kata Arshad semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak per- satuan juga akan menggunakan peluang ini untuk mencari pemain baharu yang akan di- pilih menyertai skuad kebangsaan, khususnya mereka yang beraksi dalam kategori lelaki terbuka dan lelaki bawah 21 tahun yang akan bermula hari ini.

"PSM juga akan melihat prestasi pemain lelaki bagi dua kategori ini untuk diserap dalam skuad negara.

"Pemain bawah 21 akan diambil sebagai pemain pelapis, manakala bagi 21 tahun ke atas akan dilihat kebolehan mereka untuk menyarung jersi negara," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan