Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Saya rasa dianiaya'

Posted: 17 Feb 2012 03:31 PM PST

Sukan

Pelari tonggak kuartet emas 4X400m Sukan SEA buat laporan polis cari keadilan

DEMI menegakkan kebenaran, atlit kuartet 4x400 meter lelaki yang didapati positif bahan terlarang ketika Sukan SEA Indonesia tahun lalu, Mohd Yunus Lasaleh tampil membuat laporan polis di Balai Polis Seri Petaling, bagi membuktikan dia teraniaya, semalam.

Yunus berkata, laporan dikemukakan adalah berkaitan ubatan serta suntikan yang diarah diambil oleh seorang doktor dari Bulgaria yang didakwa dibawa Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim tanpa pengetahuan Institut Sukan Negara (ISN) ketika menjalani latihan pusat di Miri dan Brunei, 23 September hingga 15 Oktober tahun lalu. "Saya rasa seperti dianiaya dan saya kecewa kerana saya berusaha bersungguh-sungguh tetapi ada orang lain pula yang cuba menganiaya. Laporan ini adalah untuk membersihkan nama saya.

"Saya bersedia jika perkara ini dibawa ke mahkamah demi menuntut keadilan dan saya mahu ia menjadi pengajaran kepada semua atlit supaya lebih berhati-hati," katanya ketika ditemui media selepas menghabiskan masa hampir dua jam di balai berkenaan.

Antara yang hadir menemani Yunus ialah rakan kuartetnya yang meraih pingat emas di Sukan SEA, Schezuan Ahmad Rosely, Mohd Jironi Riduan (800 meter lelaki) dan jurulatihnya, K Jayabalan.

Ditanya berapa kerap dia diminta mengambil ubat-ubatan itu, Yunus berkata, dia menerima enam hingga tujuh biji pil dalam bungkusan plastik yang didakwa vitamin dan B Kompleks setiap hari ketika menjalani latihan.
"Yang saya ragu ialah dua suntikan di punggung ketika di Miri, suntikan itu berwarna putih dan berbeza daripada kebiasaan iaitu berwarna merah. Ia memang menyakitkan sehingga saya terpaksa tidur dalam keadaan meniarap.

"Ketika menjalani latihan di Brunei kira-kira dua minggu, setiap pagi saya menerima suntikan berwarna jernih daripada doktor berkenaan, saya tidak mengesyaki apa-apa kerana dia meyakinkan saya ia untuk meningkatkan prestasi," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Mizie

Yunus rasanya boleh juga membuat laporan di Brunei, agar siasatan dilakukan sama ada "Dadah" di bawa ke sana secara haram atau tidak dan adakah doktor itu diiktiraf. Ini pengajaran pada atlet, jgn percaya pegawai-pegawai. Minta pegawai-pegawai sain surat perakuan sebelum menelan atau menerima suntikan. Minta polis bahagian nakotik menyiasat adakah "Dadah" seperti yang didakwa dibenarkan diguna atau dibawa keluar negara. Ini melibatkan imej negara. Siasatan perlu serius.

fifi

smoga nasib kwn ku ini terbela ...


Menteri minta FAM jelas dakwaan Eaton

Posted: 17 Feb 2012 03:28 PM PST

Sukan

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan bertemu Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Aseh Che Mat, bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan pegawai badan induk itu terbabit dengan gejala rasuah dan mengatur keputusan perlawanan.

Sambil menganggap dakwaan Ketua Keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Chris Eaton kelmarin sebagai sesuatu yang serius, dia mahu mendapatkan fakta jelas daripada kedua-dua pihak.

"Saya berpendapat kenyataan itu bersifat tuduhan kepada FAM. Namun, memandangkan FIFA adalah badan antarabangsa dan kita perlukan perhatian mereka, kita juga harus mengambil berat kenyataan daripada pegawainya. "Justeru saya akan dapatkan laporan daripada FAM dan pada masa sama meminta FIFA memberi asas dakwaan berkenaan. Jika benar ia berasas, semua pihak patut mengambil tindakan sewajarnya," katanya dalam sidang media di Kelab Sungei Ujong di Seremban sebelum merasmikan Karnival Belia Negeri Sembilan, malam tadi.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, jika dakwaan itu berasas, kenyataan Eaton kepada akhbar The Straits Times Singapura itu perlu dilihat sebagai isyarat yang memerlukan FAM mengambil tindakan segera.

Setakat ini, dia berpuas hati dengan segala tindakan diambil FAM bagi memerangi gejala rasuah dalam bola sepak negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan