Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


‘Kesilapan ajar kami’

Posted: 17 Jun 2012 10:29 AM PDT

WROCLAW (Poland): Republik Czech muncul juara Kumpulan A dan menjadi pasukan terawal menempah tempat ke suku akhir Euro 2012 kerana mereka belajar daripada kesilapan, kata jurulatih Michal Bilek.

Petr Jiracek menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk menewaskan tuan rumah bersama, Poland sekali gus muncul juara kumpulan dan menggagalkan usaha lawannya itu dan Russia untuk ke suku akhir.


Senario itu dianggap tidak mungkin berlaku selepas tewas 1-4 kepada Russia pada perlawanan pertama.

"Kami bermain hebat, mahu bermain dengan baik dan mempamerkan aksi itu ketika menentang Russia. Malah, kami melakukannya di awal perlawanan (menentang Russia)," kata Bilek.


"Namun, ada kalanya anda terlupa bertahan dan sebab itu mereka dapat menjaringkan banyak gol. "Kami belajar daripada kesilapan itu dan pada perlawanan kedua dan ketiga, kami bertahan dengan lebih baik dan mempamerkan kualiti kami.


"Poland hebat tapi kami mempamerkan permainan yang lebih hebat, bergabung dengan baik dan berjaya menguasai bola.

"Kami sentiasa percaya diri sendiri, kami berdepan kesukaran dalam beberapa situasi tapi bermain sebagai satu pasukan dan melawan tekanan. Kami tahu jika kalah, kami akan pulang." Czech kelihatan umpama akan terbang pulang ke Prague dalam tempoh setengah jam pertama tapi bangkit melawan sebelum tamat babak pertama.


Selepas rehat, mereka beraksi lebih baik dan Bilek menegaskan, mereka layak untuk menang.

"Kami puas hati kerana menewaskan pasukan yang bermain di tempat sendiri. Dua perlawanan mereka menakjubkan dan pasukan pilihan untuk perlawanan ini.


"Kami tidak bermain dengan baik pada 25 minit awal, gagal menemui rentak tapi kemudian kami memperbaikinya.


"Pada separuh masa kedua, kami bangkit dan sabar menanti peluang untuk menjaringkan gol.


"Amat sukar untuk kami apabila tewas perlawanan pertama tapi pemain menunjukkan mereka mempunyai moral yang tinggi dan saya sangat gembira, kami berhak untuk layak." Muncul sebagai juara kumpulan, Czech mungkin menghindarkan diri daripada bertemu Jerman di suku akhir dan bakal bertemu Portugal atau Denmark. - AFP




Tumpuan final

Posted: 17 Jun 2012 09:43 AM PDT

APAKAH mungkin takdir menentukan Frenz United Merah berebut gelaran dengan Frenz United Biru pada final Piala Frenz 2012 di Stadium UiTM, Shah Alam, 1 Julai ini?

Perkiraan ini bukan mustahil selepas masing-masing menempah tempat ke separuh akhir hasil kemenangan pada aksi suku akhir Jumaat lalu.


Perlawanan separuh akhir di Stadium Inspen, Bangi, Jumaat ini menyaksikan Frenz United Merah, dibimbing Mat Dinos Talib, bertemu SMK Meru manakala Frenz United Biru yang dilatih bekas pemain Kuala Lumpur, Zulkipli Samion, melawan SMK Victoria.

Frenz United Merah kekal dengan rekod tanpa bolos apabila menumpaskan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), 4-0 hasil jaringan Mohammad Shafiq Heelmi Zainol Fikri (minit ke-10), Muhammad Na'aim Razak (minit ke-15), Hafizuddin Md Zuki (minit ke-49) dan Masir Lausing (minit ke-60).


Di Stadium UKM, Bangi, hajat SMK Seri Tanjong mara ke separuh akhir lebur apabila dikecewakan menerusi sepakan penalti selepas terikat 0-0 dengan SMK Victoria.


Lima pemain SMK Victoria menyempurnakan penalti masing-masing manakala Amirul Ashraf Abu Bakar satu-satunya wakil SMK Seri Tanjong yang gagal berbuat demikian. Di Stadium Inspen, Bangi, Mohd Ruzaini Rusli muncul wira Frenz United Biru yang menewaskan SMK Tunku Ampuan Durah (Stad), 1-0.

Sepakan leret Ruzaini pada minit ke-27 menewaskan penjaga gol lawan, Abu Huzaifah Abu Bakar untuk memecah kebuntuan.


Frenz United Biru hampir-hampir menggandakan jaringan tapi dua percubaan Aidiel Nur Iman Nekmat pada minit ke-31 dan 34 singgah di palang. Stad harus berterima kasih kepada Abu Huzaifah yang tangkas menafikan serangan bertalu-talu lawan.

Jurulatih Frenz United Biru, Zolkipli puas hati persembahan dipamer anak buahnya.


"Dakwaan pasukan ini lebih menyerlah pada babak kedua tidak benar kerana mereka berjaya kekalkan tempo sepanjang saingan," katanya.


Jurulatih Stad, Mohd Nasir Abdul Samad, memuji ketangkasan Abu Huzaifah.


"Dia sebenarnya baru saja diletakkan sebagai penjaga gol," katanya.


SMK Meru pula mengesahkan tempat ke separuh akhir dengan kemenangan selesa 4-0 ke atas Penang Free School hasil jaringan Muhamad Hakim Kamarulzaman (minit ketiga dan 22), Muhammad Syahrul Aizat Anis Roslan (minit ke-27) dan Muhammad Syazrul Akmal Wahab (minit ke-56).




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan