Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Karim terkedu

Posted:

Karim terkedu

Karim terkedu

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

KARIM tidak dapat menjawab sepenuhnya pelbagai soalan yang diajukan kepadanya pada hari pertama sesi pendengaran semalam.


TIMBALAN Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim terkedu pada hari pertama sesi pendengaran berhubung kontroversi yang melanda beliau semalam.

Ini kerana, beliau tidak dapat menjawab sepenuhnya pelbagai soalan yang diajukan barisan jurulatih olahraga negara ketika sesi pendengaran tersebut dijalankan.

Sebaliknya, jurulatih pecut negara, Hamberi Mahat (gambar kecil) memberitahu bahawa Karim telah meminta kebenaran daripada ketua panel jawatankuasa siasatan yang merupakan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri V.C. George untuk diberi masa bagi menjawab semula soalan tersebut dengan keterangan bertulis.

Katanya, Karim ada membawa jawapan terhadap isi kandungan petisyen yang dibuat oleh barisan jurulatih dan atlet olahraga negara sebelum ini, namun ia hanya berbentuk umum.

"Jawapan yang Karim bawa terhadap isi kandungan petisyen yang kami hantar sebelum ini masih belum cukup untuk menjawab segala soalan kami.

"Karim yang diminta memberi penjelasan pula tidak dapat menjawab sepenuhnya dan sebab itu beliau meminta kebenaran daripada Tan Sri (V.C. George) untuk diberi masa bagi menyediakan jawapan secara bertulis dan ia telah dipersetujui oleh Tan Sri," kata Hamberi.

Hamberi berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tamat sesi pendengaran hari pertama di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kuala Lumpur semalam.

Selain Hamberi, empat jurulatih lain turut hadir memberi keterangan pada sesi pendengaran semalam iaitu K. Jayabalan, S. Muthiah dan bekas ketua jurulatih olahraga, Harun Rasheed Othman.

Mengulas lanjut, Hamberi berkata, sesi pendengaran semalam berlangsung dengan baik dan mencerminkan ketelusan dalam usaha menegakkan keadilan yang dicari oleh barisan jurulatih dan atlet olahraga negara selama ini.

Jelas beliau, barisan jurulatih dan atlet olahraga negara memiliki bukti yang cukup untuk membuktikan bahawa Karim adalah 'dalang' utama terhadap segala permasalahan yang berlaku dalam KOM sebelum ini.

"Apa yang kami harapkan, selepas tamatnya sesi pendengaran ini, keadilan dapat ditegakkan. Kami mahu lihat Karim tersingkir daripada KOM," jelas Hamberi.

Pada 13 Februari lalu, sekumpulan jurulatih dan atlet olahraga negara telah menyerahkan petisyen setebal 23 muka surat yang bertajuk Laporan Jurulatih dan Atlet Olahraga Kebangsaan kepada Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Petisyen yang ditandatangani oleh 42 atlet dan 16 jurulatih olahraga negara itu meminta KOM menyingkirkan Karim.

Kumpulan tersebut mendakwa Karim sebagai dalang utama terhadap segala masalah yang menimpa KOM sebelum ini.

Ia termasuklah isu membabitkan pelari, Mohd. Yunus Lasaleh yang gagal dalam ujian anti doping ketika memenangi pingat emas dalam acara 4x400 meter lelaki pada Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia, November tahun lalu.

Sesi pendengaran kedua akan diadakan hari ini membabitkan atlet-atlet olahraga negara dan dijangka tamat esok.

Chong Wei sudah mula jalani latihan ringan

Posted:

Chong Wei sudah mula jalani latihan ringan

Chong Wei sudah mula jalani latihan ringan

CHONG Wei sekadar melakukan latihan ringan semalam.


KECEDERAAN yang dialami pemain perseorangan badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tidak menghalangnya daripada menjalani latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pagi semalam.

Bagaimanapun, jurulatih Tey Siu Bock berkata, Chong Wei hanya akan me- ngikuti latihan ringan setiap hari, iaitu 50 peratus daripada tahap latihan yang biasa dilakukan atlet itu.

"Buat masa ini fokus utama dia (Chong Wei) adalah pada proses pemu- lihan.

"Dia hanya akan menjalani latihan ringan iaitu menumpukan pada tangan sahaja. Tak boleh terlalu berat kerana takut akan menjejaskan lagi kecederaannya," katanya selepas sesi latihan semalam.

Atlet berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan buku lali kanan ketika kejohanan Piala Thomas di Wuhan, China bulan lepas.

Chong Wei yang dijadualkan beraksi pada Sukan Olimpik London, Julai depan, kini menjalani rawatan pemulihan di bawah kendalian Institut Sukan Negara (ISN).

Jaguh badminton negara itu kelihatan bersemangat serta masih mampu melakukan pukulan kencang meskipun tidak banyak melakukan gerakan kaki dan lompatan.

Dia berlatih lebih kurang 30 minit bersama Seu Bock sebaik sahaja selesai sesi terapi.

Menurut Seu Bock, beliau akan sentiasa memantau proses pemulihan anak didiknya itu menerusi maklum balas yang diterima setiap minggu daripada ISN.

"Kita pun tidak tahu berapa cepat proses pemulihannya, mungkin ambil masa empat hingga lima minggu lagi. Bagaimanapun, kita akan sentiasa mendapatkan maklum balas daripada doktor yang merawatnya," katanya.

MHC perlukan jurulatih berwibawa

Posted:

MHC perlukan jurulatih berwibawa

MHC perlukan jurulatih berwibawa

Oleh KAMARUDDIN ISMAIL
sukan@kosmo.com.my


FITRI SHAARI (depan) antara pemain muda yang perlu diberi lebih banyak pendedahan bersama skuad negara.


KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) perlu mempercepatkan pengambilan jurulatih asing dalam usaha meningkatkan prestasi skuad negara apabila menghadapi perlawanan atau kejohanan yang berprestasi tinggi.

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-21 yang berakhir di Ipoh kelmarin membuktikan bahawa Malaysia memerlukan jurulatih yang lebih berwibawa jika mahu bersaing dengan pasukan-pasukan bertaraf dunia.

Sebelum ini Timbalan Presiden MHC, Datuk Nur Azmi Ahmad membayangkan yang Malaysia akan mengambil jurulatih asing bagi membina semula skuad negara.

Beberapa bekas pemain negara yang ditemui di Ipoh menyatakan bahawa MHC perlu melantik jurulatih asing secepat mungkin bagi membentuk semula skuad negara.

Sebelum ini, skuad hoki negara gagal buat kali ketiga berturut-turut untuk beraksi pada Sukan Olimpik di London apabila tidak melepasi pusingan kelayakan di Dublin, Mac lalu.

Malaysia juga gagal beraksi pada Sukan Olimpik Beijing (2008) dan Athens (2004).

Malaysia pernah beraksi pada Sukan Olimpik di Barcelona (1992), Atlanta, Amerika Syarikat (1996) dan Sydney, Australia (2000).

Kehadiran jurulatih asing seperti Terry Walsh (Australia) 1990-1993, Volker Knapp (Jerman) 1993-1998 dan Paul Lissek (Jerman) 2000-2003 berjaya membawa Malaysia ke Sukan Olimpik.

Selepas tahun 2003, Malaysia menggunakan jurulatih tempatan iaitu Wallace Tan, Sarjit Singh, Tai Beng Hai dan Stephen van Huizen.

Beberapa bekas pemain negara yang ditemui menjelaskan bahawa Beng Hai belum berupaya membawa pasukan negara ke tahap yang lebih tinggi terutama apabila berdepan dengan pasukan-pasukan dari Eropah.

Pada PSAS baru-baru ini, Malaysia hanya mampu seri dengan Britain 3-3 tetapi kalah kepada New Zealand 1-4 sebelum tunduk 0-1 kepada Argentina.

Skuad bimbingan Beng Hai itu mempamerkan persembahan yang agak baik apabila berdepan dengan pasukan dari Asia seperti Korea Selatan (seri 1-1), Pakistan (menang 3-2) dan tewas 2-3 kepada India.

"Walaupun Beng Hai mampu melatih skuad kebangsaan dengan baik tetapi dia masih kurang pengalaman bagi menjanakan strategi apabila berdepan gergasi dari Eropah," ujar mereka.

Mereka berkata, strategi yang mantap amat diperlukan apabila berdepan Australia, Jerman, Belanda dan beberapa negara lain.

Malaysia selaku tuan rumah PSAS hanya mampu menduduki tangga keenam daripada tujuh negara yang mengambil bahagian.

Selain Malaysia, Britain, Argentina, New Zealand, Korea Selatan, Pakistan dan India turut beraksi pada kejohanan tersebut yang mana negara-negara berkenaan akan beraksi pada Sukan Olimpik London, Julai nanti.

New Zealand muncul sebagai juara buat kali pertama setelah menumpaskan juara 2008, Argentina 1-0 pada perlawanan akhir kelmarin.

PSAS ke-21 itu telah memberi banyak pengalaman dan pengaja- ran kepada skuad negara, ter- utamanya pemain muda yang pertama kali didedahkan pada kejohanan tersebut.

Selain itu, kejohanan tersebut juga harus menjadi pembuka mata MHC supaya lebih agresif melakukan pembinaan semula pasu- kan negara sebagai persediaan menghadapi Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan