Kosmo Online - Sukan |
- Ahmad Shabery mohon maaf
- Sukan Paralimpik 2012: Kontinjen Malaysia impi gelaran gergasi Asia
- 'Jurang terlalu besar'
Posted: Ahmad Shabery mohon maafOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE dan SHANIKA ABDULLATIB
MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kegagalan kontinjen Malaysia meraih sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London. Mengaku bertanggungjawab atas kegagalan 'menuai' pingat emas, Ahmad Shabery begitupun menyifatkan kegagalan atlet dalam temasya Olimpik kali ini lebih kepada faktor nasib. Ahmad Shabery berkata, walau- pun gagal meraih emas pertama, kejayaan kontinjen Malaysia mengulangi pencapaian pada Olimpik 1996 di Atlanta, Amerika Syarikat dengan meraih satu perak dan satu gangsa tetap membanggakan. "Saya minta maaf. Saya tahu semua orang mengharapkan atlet kita membawa pulang pingat emas tetapi nasib tidak menyebelahi kita. "Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya dengan kegagalan kontinjen Olimpik negara memenuhi sasaran," katanya pada sidang akhbar selepas menyambut kepulangan skuad akuatik negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. Jelas Ahmad Shabery, biarpun berjaya meraih dua pingat, masing-masing menerusi acara badminton dan terjun, kegagalan membawa pulang pingat emas memberi petanda banyak lagi usaha perlu dilakukan semua pihak. Enggan mengulas lanjut sama ada program Road To London yang mendapat peruntukan RM20 juta sebagai gagal atau sebaliknya, Ahmad Shabery juga tetap berbangga dengan pencapaian semua atlet yang bertanding kali ini. "Kita berjaya mara dalam lapan final, dengan lima daripadanya menerusi acara terjun, basikal, badminton dan juga renang 10 kilometer maraton. "Bagi saya, itu amat memberangsangkan dan membuktikan kita kini mempunyai acara lain yang boleh disandarkan mendapat pingat," ujarnya. Ahmad Shabery berkata, Olimpik kali ini dianggap lebih kompe- titif berbanding Olimpik Beijing empat tahun lalu dan ia dapat dilihat berdasarkan dominasi pungutan pingat negara-negara lain kali ini. Justeru katanya, beliau akan mengadakan perbincangan dalam kadar segera bagi mengatur persediaan menghadapi Sukan Olimpik 2016 Rio de Janeiro, Brazil. "Kita sudah mengenal pasti beberapa prospek termasuk atlet yang sedia ada. Jadi, kita akan ber- bincang dengan persatuan sukan tersebut untuk tindakan selanjutnya," katanya. Dalam pada itu, Ahmad Shabery berjanji akan menyegerakan proses penaiktarafan infrastruktur latihan yang sebelum ini mengundang kritikan banyak pihak. "Ia akan dilakukan mengikut keperluan. Pandelela sendiri sudah menyuarakan mengenai keadaan infrastruktur di Pusat Akuatik Bukit Jalil. Jadi, kita akan berbuat se- suatu mengenainya," ujar Ahmad Shabery. | |
Sukan Paralimpik 2012: Kontinjen Malaysia impi gelaran gergasi Asia Posted: Sukan Paralimpik 2012: Kontinjen Malaysia impi gelaran gergasi AsiaMAJLIS Paralimpik Malaysia (MPM) mahu atlet paralimpik negara menjadikan Malaysia antara negara Asia yang cemerlang pada Sukan Paralimpik London 2012 bermula 29 Ogos ini. Justeru, Presiden MPM, Datuk Zainal Abu Zarin berharap semua atlet negara pada temasya itu berjaya mara ke peringkat akhir dalam acara masing-masing. Beliau percaya prestasi cemerlang pada Sukan Paralimpik London akan membakar semangat atlet negara untuk lebih kompetitif pada Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan. "Sasaran saya adalah untuk lihat atlet negara cemerlang padfa Sukan Para Asia 2014 dan sele- pas itu, kita akan lihat siapa prospek atlet pingat emas untuk temasya Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil," katanya. Menurut Zainal, 20 daripada 23 atlet negara ke Sukan Paralimpik London layak secara merit selepas memberikan aksi yang cemerlang pada Sukan Para Asia 2010 di Guangzhou, China. "Layak secara merit ke temasya Paralimpik, sudah satu kejayaan dan bukti bahawa prestasi atlet sudah mula meningkat. "Kebanyakan mereka masih muda dan berpeluang cerah untuk meraih pingat pada temasya Paralimpik edisi 2016," katanya. Seramai 23 atlet negara akan menggalas cabaran Malaysia di London iaitu seorang atlet lawan pedang, memanah (3), olahraga (8), berbasikal (2), powerlifiting (3), pelayaran (2), renang (2) dan dua pemain ping pong. Temasya Paralimpik London akan berakhir pada 9 September depan. | |
Posted: 'Jurang terlalu besar'PANDELELA (tengah) diapit kedua oleh kedua ibu bapanya sambil diperhatikan Ahmad Shabery (belakang, tengah) sebaik tiba di KLIA, Sepang semalam. RATU terjun negara, Pandelela Rinong enggan memberikan harapan terlalu tinggi kepada rakyat Malaysia jika terpilih beraksi pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Menurut Pandelela, buat masa ini, dia harus lebih realistik kerana menyedari penerjun negara sukar untuk memecahkan dominasi China dalam acara terjun. "Jurang antara kita (Malaysia) dan China terlalu besar, sebab itu kita perlu mempunyai infrastruktur yang terbaik untuk latihan dan juga jurulatih yang berkualiti. "Ketika ini, kita hanya memiliki kurang 12 penerjun berpotensi, jadi untuk memecahkan tembok penguasaan China kita perlu lebih ramai penerjun yang mampu mencapai terjunan yang diharapkan," katanya. Terdahulu, Pandelela, 19, yang tiba bersama Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik London, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid serta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong bersama skuad akuatik negara di tanah air mendapat sambutan hangat ratusan peminatnya yang sanggup menunggu seawal pukul 7 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Turut menyambut Pandelela ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Pada temasya di London, anak jati Sarawak itu mengumpul 359.20 mata dalam acara 10 meter platform individu wanita, sekali gus menggondol gangsa di bela- kang pemenang pingat emas, Chen Ruolin dari China (422.30) dan pemenang pingat perak, Brittany Broben (366.50) dari Australia. Selain acara itu, Pandelela gagal meraih sebarang pingat dalam dua lagi acara yang disertainya iaitu 3 meter papan anjal seirama dan 10 meter platform seirama. "Terlalu awal untuk fikirkan warna pingat (Olimpik 2016) kerana ia bergantung bagaimana saya menempuh empat tahun akan datang. Jadi, saya tidak mahu janji apa-apa. "Cuma, saya yakin untuk berada di kelompok tiga terbaik, selain berharap dapat perak. Lagi bagus jika dapat emas," katanya. Ditanya mengenai perancangan akan datang, Pandelela mengakui, dia belum memikirkannya kerana tumpuannya kini adalah mahu berehat. "Saya mahu rehat buat masa ini. Latihan selama empat tahun, cukup memenatkan saya. Jadi, cuti dua minggu yang diberikan oleh jurulatih, akan saya gunakan sebaik-baiknya. "Tiada perancangan yang khusus tetapi mungkin saya akan ke satu destinasi untuk bercuti bersama keluarga. Tempatnya, biarlah rahsia," ujarnya. Pandelela turut menafikan karakternya akan berubah selepas menjadi wanita pertama negara yang merangkul pingat di pentas Olimpik. "Saya masih low profile dan saya senang dengan cara begitu walaupun sudah mendapat pingat Olimpik," katanya. Pandelela tiba di KLIA semalam sambil ditemani oleh kedua ibu bapanya, Hartini Lamim dan Pamg Joheng yang diterbangkan khas dari Kuching oleh syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS). Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bertemu Pandelela pada Jumaat ini selepas pulang dari- pada menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa kali keempat Persidangan Kerjasama Islam di Mekah. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan