Harian Metro: Arena |
Posted: 10 Sep 2012 09:19 AM PDT HANYA kerana ketiadaan Presiden, Datuk Seri Shahidan Kassim, senarai calon untuk pemilihan merebut jawatan tertinggi dalam Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang sepatutnya diumum semalam menjelang Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) pada 23 September ini, terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baru. Keputusan itu bukan saja mengejutkan malah mencetuskan rasa berang beberapa Ahli Majlis badan induk olahraga itu kerana mereka menganggap KOM seolah-olah tidak mengambil serius perkara itu.
Difahamkan Shahidan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital, namun perkara itu enggan disahkan Annamalai.
Mengulas pertanyaan sama ada Timbalan Presiden, Datuk Karim Ibrahim dibenar bertanding mempertahankan jawatannya itu sedangkan keputusan Jawatankuasa Siasatan Dakwaan KOM diketuai Hakim Mahkamah Syariah, Tan Sri VC George membabitkan masalahnya belum diketahui, Annamalai berkata: "Kami difahamkan keputusan itu akan diketahui dalam tempoh seminggu iaitu sebelum AGM pada 23 September.
Difahamkan, Shahidan bakal dicabar Datuk Zainal Abidin Ahmad iaitu Presiden Persatuan Olahraga Amatur Negeri Sembilan. Zainal juga pernah memikul tugas sebagai Setiausaha serta Naib Presiden KOM.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/11 |
‘Saya belum terdesak’ Posted: 10 Sep 2012 09:15 AM PDT MASALAH disiplin bukan alasan buat ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal tidak memanggil Mohd Muslim Ahmad bagi menggantikan tonggak pertahanan tengah, S Subramaniam yang sah tidak dapat diturunkan selepas mengalami kecederaan pada perlawanan antarabangsa menentang Vietnam di Stadium Shah Alam, malam ini. Pengendali negara itu menjelaskan, beliau tidak terdesak untuk membawa masuk Muslim yang sebelum ini berada dalam senarai pengganti jika ada pemain mengalami kecederaan.
Muslim nadi benteng pertahanan negara ketika Harimau Malaya menjulang Piala Suzuki AFF 2010 kini berdepan dakwaan masalah disiplin dengan pasukan Terengganu baru-baru ini dan kesnya itu masih dalam siasatan.
Mengulas pertemuan dengan Vietnam, nada yang sama disuarakan jurulatih berusia 56 tahun itu.
"Mana-mana jurulatih mahu melihat pemain bermain dengan baik dan menang tapi tumpuan saya masih kepada November ini (Piala AFF). Memang ini perlawanan bertaraf A tapi ia adalah persiapan untuk Piala AFF," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/11 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan