Berita Harian: Sukan |
Posted: 11 Oct 2012 09:02 PM PDT Shah Alam: Pertembungan dua musuh ketat, Selangor dan Kelantan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam ini bakal menobatkan siapa lebih layak menjadi pemilik sebenar 'warna merah'. Selangor yang digelar Red Giants atau Gergasi Merah mahu merealisasikan 'Misi 33' untuk menamatkan kemarau panjang enam musim selepas kali terakhir menjulang piala berprestij itu buat kali ke-32 pada 2005. Kelantan pula yang bergelar The Red Warriors atau Pahlawan Merah pula memburu 'Misi 3' iaitu kejuaraan trebel musim ini selepas menjulang trofi Liga Super dan Piala FA, selain mahu menjulang Piala Malaysia kali kedua selepas julung kali melakukannya pada 2010.Berdasarkan rekod, Kelantan tampak berkelebihan untuk ke final kerana lebih banyak mencatat kemenangan ke atas Selangor termasuk menang 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Kota Bharu, Sabtu lalu. Namun, pada aksi Liga Super di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 14 Februari lalu, Selangor berjaya menewaskan Kelantan 2-1 dan pastinya kecemerlangan itu mahu diulangi di gelanggang keramat mereka, malam ini. Apa pun terpulang kepada 22 pemain di atas padang yang bakal menentukan percaturan siapa lebih menjadi - Irfan Bakti Abu Salim buat Selangor atau pun Bojan Hodak untuk Kelantan. |
Posted: 11 Oct 2012 08:59 PM PDT Belek (Turki): Pemain nombor dua dunia, Tiger Woods mudah menewaskan Rory McIlroy dengan enam pukulan, semalam untuk menempah tempat separuh akhir Final Golf Dunia, sekali gus menyingkirkan pemain nombor satu dunia dari Ireland Utara itu daripada kejohanan. Woods sentiasa di depan pada saingan dalam Kumpulan Satu itu dengan catatan tujuh-bawah par 64 manakala McIlroy (70), untuk bertemu pemain England, Justin Rose di Kelab Golf Antalya.Rose pula cemerlang dengan mencatat rekod lapangan 62 menewaskan juara Terbuka Amerika Syarikat Webb Simpson (67) dalam saingan matchplay membabitkan lapan pemain itu. Charl Schwartzel (63) mencatat kemenangan ketiga dalam Kumpulan Satu apabila menewaskan pemain Amerika Syarikat Matt Kuchar (65). Pemain Afrika Selatan itu bertemu Lee Westwood (64) pada separuh akhir petang semalam selepas pemain Inggeris itu mengalahkan pemain AS, Hunter Mahan (69). Begitupun McIlroy dan Mahan, yang juga gagal memenangi walau satu perlawanan, tetap menerima cek RM921,570 (AS$300,000) dalam kejohanan yang pertama kali diadakan itu. Saya membuat pukulan yang baik, kata Woods kepada pemberita selepas dia menghidupkan peluang untuk memenangi hadiah pertama RM4.6 juta (AS$1.5 juta). Saya tersasar beberapa putt, jika tidak catatan akan lebih rendah. Reuters |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan