Harian Metro: Arena |
Posted: 30 Sep 2012 09:27 AM PDT PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh menegaskan tidak akan berundur walaupun didesak melepaskan jawatan. Malah, beliau akan tetap meneruskan tanggungjawabnya sebagai presiden dan akan berusaha melakukan penambahbaikkan kepada persatuan itu dan pasukan bola sepak Terengganu, demi kemajuan sukan itu. "Saya tidak mahu berkelahi dengan sesiapa, yang penting macam mana kita hendak naik semua pasukan dalam Liga Super musim depan," katanya. Kelmarin, kira-kira 500 orang penyokong setia Sang Penyu mengadakan perhimpunan secara aman di Dataran Pantai Batu Buruk bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap PBSNT. Mereka mendesak kepimpinan PBSNT dirombak dan ditukar dengan muka baharu. Sebelum ini, penyokong itu turut mengadakan kempen bagi mendesak pengunduran Che Mat dengan menampal poster gambar beliau di merata-rata tempat, yang ditulis perkataan ABC yang membawa maksud, 'Asal Bukan Che Mat'. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/01 |
Posted: 30 Sep 2012 09:21 AM PDT PASUKAN CKJ Yamaha Racing yakin dua pelumbanya, Mohd Shariffudin Shamsuddin dan Ahmad Afif Amran mampu meneruskan rentak cemerlang dalam saingan kategori CP115 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Stadium Hang Jebat, Melaka hujung minggu ini. Pada pusingan lepas, Shariffudin dan Afif mengejutkan ramai pihak apabila berjaya mencatat kemenangan satu-dua di litar teknikal Kluang, sekaligus memperbaiki aksi yang kurang konsisten sepanjang saingan musim 2012 ini.
"Shariffudin dan Afif menunjukkan peningkatan ketara ketika beraksi di Klang (Pusingan 7) berbanding enam pusingan sebelum itu. Mereka lebih komited dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk mencari kemenangan selepas menyertai kem motivasi Yamaha.
"Namun tiada perubahan besar dilakukan pada perlumbaan lepas dan saya rasa keberkesanan jentera bukannya satu-satunya faktor kenapa pelumba kami dapat beraksi dengan cemerlang." "Jika diperhatikan secara dekat, catatan masa Shariffudin dan Afif tidak begitu jauh dengan pelumba CP115 yang lain. Sebaliknya kebolehan mereka memberikan input bagaimana jentera bertindak di atas litar banyak membantu mereka. Ini kerana ia dapat membantu mekanik pasukan mengenal-pasti aspek jentera yang perlu ditingkatkan." Bercakap mengenai harapan pasukan menjelang perlumbaan di Melaka hujung minggu ini, Che Ku Junaidi memengakui ia pastinya mencabar.
"Walapun sukar, saya yakin kru pasukan boleh melaraskan jentera yang mantap dengan kebolehan Shariffudin dan Afif memberi input teknikal.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/01 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan