Harian Metro: Arena |
Posted: 21 Oct 2012 02:55 PM PDT JANJI Muhammad Zulfahmi Khairuddin untuk menaiki podium di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekali gus mencipta sejarah untuk negara, menjadi realiti apabila pelumba sensasi berusia 21 tahun itu menduduki tempat kedua saingan Moto3 semalam walaupun dia sebenarnya hampir memenangi perlumbaan itu. Jika tidak kerana kesilapan ketika dua selekoh terakhir menuju ke garisan penamat yang memberi ruang kepada pelumba Red Bull KTM Ajo, Sandro Cortese memintas untuk memenangi perlumbaan itu, Zulfahmi sudah pasti menikmati kejayaan lebih manis di depan penyokong sendiri.
Pada perlumbaan itu, Zulfahmi yang bermula di petak pertama, bagaimanapun ketinggalan seawal pusingan pertama selepas Jonas Folger memotongnya dan memimpin saingan sehinggalah pertengahan perlumbaan.
"Apapun, saya memang percaya sebelum perlumbaan, peluang untuk menaiki podium agak cerah kerana jentera saya berada dalam keadaan terbaik. Kedudukan kedua itu sudah cukup baik tapi saya percaya kemenangan akan hadir tidak lama lagi. "Terima kasih juga kepada semua penyokong yang hadir di Sepang," katanya yang menyambut hari jadi kelmarin.
Selepas 16 perlumbaan, Zulfahmi berada di tempat ketujuh dengan 112 mata dan akan menyertai Grand Prix Australia, minggu depan. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22 |
Posted: 21 Oct 2012 02:51 PM PDT WALAUPUN berdepan cabaran terpaksa menukar pemain di saat akhir apabila seorang daripada peserta mereka demam, ia tetap tidak mematahkan semangat pasukan Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS)-Malaysia untuk terus berjuang. Hasilnya, pasukan yang baru dua kali menyertai Varsity Boat Race 2012 (VBR) dan Kejohanan Tahunan Sukan Rowing & Kayak peringkat universiti itu berjaya merangkul gelaran juara pemenang keseluruhan bagi acara mendayung.
Mengakui turut terpaksa berdepan dengan perang psikologi pasukan lain, ketuanya, Mazlie Daham, 23, berkata, peranan 'senior' yang sudah berpengalaman dalam meniup semangat kepada junior ketika dilanda perasaan putus asa atau kecewa, memainkan peranan utama bagi menentukan kejayaan mereka.
Kejohanan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UTM itu membabitkan 32 pasukan daripada 18 institusi pengajian tinggi awam (IPTA), sembilan universiti luar negara dan empat sekolah menengah sekitar Putrajaya.
Pengurus pasukannya, Chia Chin Yen, berkata beliau melihat pasukannya berpotensi untuk meraih kemenangan kerana latihan intensif dilakukan sebelum menyertai pertandingan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan