Harian Metro: Arena |
‘Hati-hati Selangor’ Posted: 08 Oct 2012 09:09 AM PDT BARISAN pertahanan Selangor digesa lebih waspada dan peka dengan jentera serangan Kelantan bagi memastikan impian Merah Kuning menyempurnakan Misi 33 terus menyala. Watak penting barisan pertahanan kini menjadi harapan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali bagi memastikan gawangnya tidak dibolosi dengan mudah pada pertemuan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Jumaat ini selain harapan tinggi diletakkan kepada jentera serangan diketuai Bosko Balaban.
Jentera serangan Kelantan yang diketuai penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohammed Ghaddar sememangnya berbahaya musim ini hingga berjaya melonjakkan The Red Warriors muncul juara Liga Super dan Piala FA dan kini mengejar kejuaraan treble yang kali terakhir dilakukan Kedah pada musim 2008. Bagi perlawanan timbal balik di Stadium Shah Alam, khidmat pemain pertahanan tengah, Mohd Nasriq Baharom tidak dapat digunakan kerana dilayang kad merah di Kota Bharu namun pengendali, Irfan Bakti Abu Salim dilihat tidak bermasalah menggantikan pemain lain untuk menggalas tugas bergandingan dengan Ramez Dayoub.
Kali terakhir juara 32 kali Piala Malaysia itu mara ke final pada 2008 namun kecundang 2-3 kepada Kedah.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/08 |
Posted: 08 Oct 2012 09:04 AM PDT PERCATURAN jurulatih terjun negara, Yang Zhuliang seakan menjadi apabila skuad pelapis yang turun beraksi di Kejohanan Remaja Dunia ke-19 di Adelaide, Australia, mencatat kedudukan lima terbaik dunia dengan empat daripadanya mara ke final pada hari pembuka tirai semalam. Kam Ling Kar muncul penerjun terbaik apabila berada di tangga keempat acara platform wanita dengan tewas tipis di belakang pemenang pingat perak Olimpik 2012 London, Britteny Broben dari Australia.
Meskipun tidak meraih pingat pada hari pertama, kejayaan Ling Kar memberi bayangan Malaysia mampu melahirkan lebih ramai penerjun bertaraf dunia apatah lagi mencatat kutipan mata agak hampir dengan lawan yang menundukkan ratu terjun negara, Pandelela Rinong di London.
Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (Asum), Edwin Chong berkata, pihaknya tidak meletakkan sebarang tekanan buat pelapis menyumbang pingat namun menganggap ia adalah bonus andai ada yang berjaya.
Kejohanan Remaja Dunia di Adelaide, Australia berakhir 13 Oktober ini dengan menampil penerjun remaja terbaik yang beraksi dalam dua kategori usia, Kumpulan A (16-18 tahun) dan Kumpulan B (14-15) untuk acara 1m dan 3m papan anjal dan 10m platform. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan