Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Mula dari bawah semula

Posted: 22 Nov 2012 03:26 PM PST

Kuala Lumpur: Reputasi sebagai penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 tidak lagi membayangi penyerang negara, Safee Sali yang menganggap itu sudah menjadi sejarah baginya.

Ini adalah kejohanan baru. Walaupun turun dengan reputasi sebagai juara bertahan, kita perlu melupakannya dan bermula dari bawah semula, kata Safee yang kekal menjadi penyerang utama negara dalam skuad Datuk K Rajagobal tahun ini.

Saya sendiri tidak mahu terlalu memikirkan mengenai kejayaan merangkul kasut emas edisi lalu, kerana apa yang penting ialah memastikan skuad negara kembali memperoleh kejayaan tahun ini.

Dua tahun lalu kita langsung tidak mempunyai tekanan apabila tidak diletakkan harapan untuk menang, apatah lagi selepas tewas perlawanan pertama. Bagaimanapun, kali ini berbeza kerana sebagai juara bertahan, tekanan untuk mempertahankannya pasti timbul.

Bagaimanapun, saya dan rakan-rakan sedar, kejayaan lampau perlu dibuang dari fikiran dan sejarah baru perlu dicipta. Saya yakin dengan persiapan lebih baik kali ini, tidak mustahil untuk kita mengulanginya."

Safee juga berharap peminat bola sepak tempatan terus memberi sokongan padu kepada skuad negara yang mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri kali ini.

Jika dulu kita terpaksa mengharungi pelbagai rintangan di Jakarta untuk menjulang piala ini buat julung kalinya, peluang mempertahankannya di laman sendiri patut digunakan sepenuhnya pemain dan juga penyokong, kata Safee.
Walaupun tewas 5-1 pada perlawanan pertama kepada tuan rumah, Indonesia, skuad kebangsaan bangkit melakar laluan ke separuh akhir dan menggunakan sepenuhnya peluang beraksi di Kuala Lumpur untuk menewaskan Vietnam 2-0 pada separuh akhir pertama dan Indonesia 3-0 pada final pertama.

Singa gerun Harimau Malaya

Posted: 22 Nov 2012 03:25 PM PST

Kuala Lumpur: Kemenangan 4-0 ke atas Pakistan pada aksi persahabatan terakhir, Isnin lalu ternyata cukup menyuntik semangat skuad Singapura untuk bertemu Harimau Malaya pada aksi sulung Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.

Kapten Singapura, Shahril Ishak, berkata mereka akan berusaha untuk menampilkan persembahan lebih bertenaga berbanding ketika seri 2-2 di Singapura dan tewas 2-0 di Shah Alam pada dua aksi persahabatan timbal balik menentang Malaysia, Jun lalu.

Bagi saya, perlawanan pertama ini pasti cukup sukar kerana Malaysia juara bertahan dan lebih bermotivasi kerana beraksi di depan penyokong sendiri. Kami hanya perlu tenang, sabar dan main cara kami.

Walaupun seri dan tewas pada Jun lalu, saya yakin kami akan lakukan lebih baik kali ini, tapi tetap bukan mudah kerana Malaysia ada pemain berkualiti seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim.

Bagi kami kemenangan ke atas Pakistan, Isnin lalu membuatkan kami lebih yakin untuk datang ke sini dan cuba beri 110 peratus di padang nanti, kata Shahril ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.

Namun Harimau Malaya tetap perlu berhati-hati kerana Singapura turut membawa lima pemain naturalisasinya iaitu Aleksandar Duric, Daniel Bennett, Mustafic Fahrudin, Qiu Li dan Shi Jiayi yang berperanan menyingkirkan Malaysia 6-4 pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia, Julai tahun lalu.

Sementara itu, jurulatih Singapura, Radjoko Avramovic mahu memberi fokus untuk melepasi terlebih dahulu saingan peringkat kumpulan sebelum memikirkan misi memburu kejuaraan.
"Bagi saya, mudah...semua pasukan dalam Kumpulan B ini cukup baik. Kami perlu lihat pasukan kami sendiri untuk cuba lakukan yang terbaik. Penting untuk memulakan kempen dengan keputusan positif bertemu Malaysia," kata Avramovic.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen