Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Bukan RM1 juta’'

Posted: 03 Nov 2012 01:35 PM PDT

KAFA tegaskan nilai sebenar tebus kontrak Mat Yo bukan hanya gaji tapi turut babit tajaan dan kos lain

Kuala Terengganu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menegaskan tidak pernah meletakkan tanda harga RM1 juta kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bagi menebus kontrak penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha (kanan) atau Mat Yo.

Masih misteri

Kami tidak pernah meletakkan jumlah RM1 juta atau apa saja harga kepada mana-mana pasukan termasuk Johor," Datuk Rosmadi Ismail, Naib Presiden KAFA


Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail, berkata jumlah sebenarnya masih misteri dan pihaknya tidak tahu bagaimana nilai RM1 juta itu boleh tersebar luas di media.


Rosmadi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Negeri, berkata KAFA juga belum memutuskan sama ada melepaskan atau menyimpan penyerang kelahiran Besut, Terengganu, yang baru dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik dan Pemain Terbaik Liga Malaysia (Liga M) buat kali ketiga berturut-turut.

"Laporan berita asyik menyebut jumlah RM1 juta yang perlu dibayar kepada Kelantan sekiranya mahu menebus balik kontrak Mat Yo yang masih berbaki lebih setahun.
"Namun, kami tidak pernah meletakkan jumlah RM1 juta atau apa saja harga kepada mana-mana pasukan termasuk Johor," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu, semalam.

Kata Rosmadi, KAFA cuma bersetuju melantik peguam supaya dapat meneliti kontrak Norshahrul dan melihat sekiranya ada peluang kepada penyerang itu membeli balik kontraknya sekiranya dia mahu meninggalkan The Red Warriors lebih awal.

Beliau mengakui terdapat perbincangan awal antara Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim, dengan rakan sejawatannya di Johor sebelum ini mengenai peluang penyerang berusia 26 tahun itu meninggalkan Kelantan.

"Namun, itu cuma perbincangan antara dua setiausaha persatuan negeri dan KAFA sudah pun menolak tawaran PBNJ mendapatkan Mat Yo.

"Bagaimanapun, PBNJ mahu meneruskan usaha mereka, kami bersetuju untuk meneliti kembali kontrak Mat Yo dan peguam kami sekarang sedang memastikan yang terdapat klausa yang membenarkan pemain itu menebus kembali kontraknya," katanya.

Kata Rosmadi, pembelian balik kontrak bukan saja tertumpu kepada jumlah gaji yang diterima pemain kerana apa juga bentuk penajaan yang diterima pemain itu sepanjang bersama Kelantan perlu juga diambil kira.

"Begitu juga dengan 'opportunity cost' (kerugian peluang) yang perlu ditanggung oleh kami sekiranya Mat Yo mahu meninggalkan kami setahun lebih awal dan semua itu perlu diambil kira dalam proses penebusan kontraknya nanti.

"Namun, kita mempunyai banyak masa lagi kerana tarikh akhir pendaftaran pemain untuk liga musim depan masih berbaki lebih sebulan lagi dan apa saja boleh berlaku sepanjang tempoh itu," katanya.

Persatuan kena fikir jangka panjang: Ahmad Shabery

Posted: 03 Nov 2012 01:28 PM PDT

Kuala Lumpur: Ibarat 'bawa troli dan membeli belah di pasar raya'.

Itu gambaran mudah diberikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengenai sikap segelintir persatuan bola sepak negeri yang kini berlumba-lumba mengikat pemain bertaraf bintang sebelum musim baru Liga Malaysia (Liga M), bermula.

Baginya, kaedah berkenaan adalah percaturan jangka pendek yang digunakan persatuan buat menempuh saingan serta mencapai kemenangan namun apa yang lebih penting setiap persatuan negeri perlu memikirkan program jangka panjang untuk melahirkan pemain berkualiti.

Sepatutnya peranan FA negeri ialah membuat program pembangunan pemain" Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan


Ikut contoh Everton

"Ini (jangka pendek) tidak bertahan lama dan pemain yang dilahirkan mereka pula dibeli pasukan lain... pemain kita juga tidak ramai. Untuk jangka pendek OK (beli pemain)... saya tidak pandang perkara ini sebagai tidak baik tetapi FA (persatuan negeri) perlu fikir program jangka panjang.

"Sepatutnya peranan FA negeri ialah membuat program pembangunan pemain, mereka harus mempunyai akademi sendiri dan mencungkil bakat dari sekolah. Lihat saja model di Britain, banyak kelab yang tidak besar tetapi mereka adalah 'kilang' mengeluarkan pemain yang berkualiti.

"Sebagai contoh Everton, sebuah kelab di pertengahan liga tetapi berjaya mengeluarkan Wayne Rooney serta beberapa lagi pemain yang bagus, mereka menjadi kilang untuk digunakan semua kelab," katanya selepas merasmikan program Sehari Bersama Anggota Keselamatan di Desa Pandan, semalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan