Skuad Rajagobal turut merundum dalam senarai ranking terbaru FIFAMisi mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki tampak semakin sukar sekiranya prestasi pasukan kebangsaan pada dua perlawanan persahabatan terakhir diambil kira.
Dua kekalahan berturut-turut kepada Vietnam dan Thailand - dua pasukan berpotensi menanti skuad negara di separuh akhir sekiranya anak buah Datuk K Rajagobal berjaya melepasi cabaran Singapura, Indonesia dan Laos dalam Kumpulan B - memberi gambaran sebenar jurang antara juara bertahan dan dua gergasi Asia Tenggara itu.
Selepas tumpas 1-0 di tangan Vietnam Sabtu lalu, Malaysia sekali lagi gagal mempamerkan prestasi meyakinkan untuk menyaingi permainan pantas dan sistematik Thailand yang kelihatan seperti langsung tidak gentar dengan penyandang juara itu ketika merakam kemenangan 2-0 di Stadium Muangthong, Bangkok semalam.
Tiada sebarang percubaan
Sebaik permainan bermula, Thailand tidak menunggu lama untuk menguji gawang negara yang dijaga Farizal Marlias, apabila gol pembukaan tuan rumah hadir pada minit ke-26 selepas penjaga gol negara tersilap membaca hantaran tinggi yang mudah ditanduk Prayat Bunya.
Pada babak kedua, skuad kebangsaan yang langsung tidak mempunyai sebaran percubaan tepat sepanjang 45 minit pertama, bangkit mencipta beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan namun tidak berhasil.
Malah tempoh 20 minit terakhir, Malaysia mempunyai kelebihan apabila pemain tuan rumah, Adul Lahso dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua, tetapi beberapa percubaan tepat terutama menerusi pemain gantian, Ahmad Fakri Saarani dan Baddrol Bakhtiar mudah dibaca penjaga gol Thailand.
Thailand terus melebarkan jurang menerusi serangan balas pantas minit ke-80, dan skuad negara semakin tertekan apabila tonggak pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dibuang padang lima minit kemudian dan kedudukan 2-0 kekal hingga masa penamat.
Ranking jatuh lagi
Dengan ranking negara terus merudum (dari 162 kepada 163 semalam), hanya kejuaraan Piala AFF Suzuki mampu menebus maruah bola sepak negara di rantau ini.
Pada perlawanan persahabatan terakhir menentang Hong Kong di Kuala Lumpur Rabu depan, skuad kendalian Rajagobal berpeluang mengembalikan semula keyakinan peminat tempatan sekiranya merakam kemenangan menerusi corak permainan berkualiti seperti ketika menjuarai kejohanan ini dua tahun lalu.
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial.
awannaga
saya setuju dgn pengulas 801 astro arena.kenapa gary steven robbat masih dalam padang pada babak kedua?mudah hilang bola malah tanduk bola pun guna belakang badan.
rie
Nampak sia-sia buat perlawan persahabatan kalau mcm ni la gaya permainan yg di tunjukkan. Tiada kualiti langsung . KR dah hilang idea...masih guna cara sama. Pasukan lain dah jauh lebih bagussss. Tgk hasil nanti dalam AFF. Jangan main kat tempat sendiri nanti kempunan semuanya hasil dari jurulatih yg tak mau dengar pendapat org lain. Kita tunggu dan lihat , kata mesti di kota.
Abu
R.gopal dh simpan komen selamat beliau selepas Malysia gagal nanti " Ianya biasa bagi sebuah juara bertahan untuk mempertahankan sesuatu kejuaraan, lihatkah Perancis pernah kalah teruk di World Cup 2002, jadi ianya biasa bagi Malaysia tidak dapat mempertahankan kejuaraan AFF ini" x caya tggu la nanti..bkn Rajagopal je yg cakap, FAM pn mst akan ckp cmni...kami peminat x kisah, jnji permainan mst best..setakat mcm mlm td, buat habis duit je beli tiket..
Harimau Muda
Pada Ultras Malaya, jangan nak sokong membabi buta je, semua yg org komen ada point yg betul bukan nak hentam Rajagopal je.. Kena bukak minda sikit... Cuba tengok Ong Kim Swee, walaupun pemain harimau muda kena curi dgn Rajagopal still boleh menang tournement dekat Vietnam.. sebab teknik permainan & taktikal yg dia gunakan tu berkesan walaupun player muda2... Macam ni lah yg kita nak... Coach yg ada vision tau guna resources yg dia ada.. Ni Rajagopal asyik guna alasan nak experiment.. sampai bila nak experiment.. Org lain dah jauh ke depan dgn teknik2 permainan dan taktikal yg latest.. Ni friendly dah asyik kalah takut masuk tournement nanti pun kalah jugak.. Tak tau lah nak komen apa lagi.. kita tengok je lah nasib Harimau Malaya nanti.. Apa pun still sokong harimau malaya...
Johan
Kalau dibandingkan Rajagobal dgn Ong Kim Swee, OKM kalau buat kenyataan lebih realistik dan ada nada rendah diri, sebelum dan selepas perlawanan, sdgkan KR apabila buat kenyataan selalu tinggi melangit...saya tahu apa yg saya buat, saya tahu pemain saya, saya ada strategi. Semua dia tahu, tdk perlu orang lain beritahu. Bila ditegur mula melenting. Kejayaan semalam bukan pengukur utk berjaya hari ini. Ingat, negara lain mula meninggalkan kita dgn mempelajari taktik baru dlm bolasepak, sdgkan kita masih dgn taktik yg lama. Klu diperhatikan dlm beberapa perlawanan persahabatan, kita memang ditakuk lama. Ramai pemain berkualiti yg tdk dipanggil bermain yg sebenarnya boleh membantu pasukan negara....Spt biasa KR akan berkata, saya tahu siapa yg boleh main....
azman ismail
bagi saya jurulatih kita dh kekurang idea..dgn corak permainnan yang sama aja tiada perubahan.pihak lawan dh blh baca segala gerak permain kita,,bagi saya kita ubah jurulatih,kita punya permain yang bagus dan kita blh terap kan permainan pantas penuh dgn corak menyerang dan bertahan,,kita blh kalau punya jurulatih terbaik..kalau asik nk eksperimen aja sampai bila ..saya jamin klu mcm tu cara jurulatih kita ,,kita tak kan ada kejuaran tahun ni,,perlu perubahan..
awannaga
saya setuju dgn pengulas 801 astro arena. kenapa gary steven robbat masih dalam padang pada babak kedua?mudah hilang bola malah tanduk bola pun guna belakang badan.
awannaga
saya setuju dgn pengulas 801 astro arena.kenapa gary steven robbat masih dalam padang pada babak kedua? mudah hilang bola malah tanduk bola pun guna belakang badan.
AMIN PERALLA
lawan hong kong pasti menang, pasal tempat sendiri
Ahrill
malaysia perlu banyak latihan di bahagian pertahanan dan serangan
azman ismail
bagi saya jurulatih kita dh kekurang idea..dgn corak permainnan yang sama aja tiada perubahan.pihak lawan dh blh baca segala gerak permain kita,,bagi saya kita ubah jurulatih,kita punya permain yang bagus dan kita blh terap kan permainan pantas penuh dgn corak menyerang dan bertahan,,kita blh kalau punya jurulatih terbaik..kalau asik nk eksperimen aja sampai bila ..saya jamin klu mcm tu cara jurulatih kita ,,kita tak kan ada kejuaran tahun ni,,perlu perubahan..
Abdul Malek
Cuba bayar gaji mereka dalam lingkunagn 40K - 50k sebulan, mungkin mereka akan berikan permainan yang terbaik kerana mereka mampu beli supplement untuk membantu kecergasan dan stamina ketika latihan dan ketika dalam perlawanan. Kalau buat latihan yang agak aggresif sekali pun mereka mampu lakukan. Biasanya teknik latihan bolasepak di mesia ni suka mengambil pendekatan 'main senang' , akhirnya senang juga ditewaskan..ntahlah
khaiham
sampai bila nak bereksperimen, skrg sudah sampai masanya kita tunjukkan kepada lawan bhwa Malaysia sudah ready to defend the Cup. asyik kalah mcm mana lawan nak respect, mesti cakap Malaysia boleh makan punya... stop eksperimen & show that Malaysia boleh
musabri
Malaysia ketinggalan jauh jika dibandingkan dengan pasukan asia tenggera yang lain. Kita sedih kerana kelengkapan persediaan bola sepak negara lengkap peruntukan banyak diberi pada FAM tapi pengendali Raja Gopal tak tahu melatih pemain kita, eloklah Raja Gopal tarik diri bagi kepada orang yang lain yang lebih arif.Lagi pun kita ada juru latih terbaik Piala Malaysia yang dianugerahkan baru-baru ini.Dulu kita menang Piala Suzuki tu sebab pasukan Thailand ,Indon,Vetnam hantar pasukan kedua pelapis , sebab tu kita menang. Bila kita lawan pasukan yang utama tu jelas kita kalah teruk. Dengan Vietnam 2 kali kalah, Thailand dah kalah 2-0. Jurulatih Raja Gopal berhentilah....
portbiasa
kalau nak eksperimen taktik, perlawanan persahabatan la medan terbaik utk uji taktik bukan simpan strategi..kalau nak simpan sangat baik suruh veteran malaysia ja yang main, terhibur juga peminat bola malaysia ..
Jenggo
Sebenarnye pemain2 bola sepak harimau malaya kali nie bagus bagus belaka. Ini lah kumpulan pemain negara yg terbaik sejak akhir2 ini selepas zaman Mokhtar Dahari.. Cuma mereka x dpt nak tonjolkan permainan sebenar sbb ketika bermain mereka perlu mengikut arahan coach Rajagobal. Yang si Raajagobal ni pulak asyik nak experiment saja x habis2. Pastu x nak terima teguran peminat, teguran veteran2 bolasepak negara. Sombong mcm dia tau semua. Cubalah pakai sikit cadangan2 dari orang2 lama dlm bolasepak..kalu tak menjadi jugak, baru kita pikir cara lain. Cth ambik coach luar negara spt brazil ke..argentina ke..etc..etc..
Ultras Malaysia
Kalah friendly pun nak kecoh...
AFF 2010 perlawanan pertama Malaysia kena belasah dgn Indonesia 5gol tanpa balas. Tapi akhirnya JADI JUARA!
kalau menang pun semua friendly games tu.. berapa banyak rangking Malaysia boleh naik? Boleh sampai top 10 dalam dunia? Rangking cuma sementara.. Tapi Title juara akan terpahat selamanya! HIDUP MALAYSIA! MALAYSIA BOLEH! RAJAGOBAL BOLEH! HARIMAU BOLEH!!!
baha
Kecewa dengan skuad malaysia, kecewa juga dengan jurulatih malaysia. Permainan teruk, Malaysia mampu bangkit pada perlawanan yang akan datang...Malaysia boleh...
Hadi
Terima je le hakikat itulah jurulatih, skuad dan persatuan yang ada...Ada senjata yang masih disimpan kata jurulatih... tengok je le nanti.. jangan tegur nanti kena jual....
nasri
saya rasa malaysia bakal brdepan jaln sukar dlm mmprthankan piala suzuki nnti...lps juara edisi 2010, seakan tiada peningkatan dari pasukan harimau malaya...contoh friendly game lawan team yg setaraf pun sukar nak menang...tp insya allah dgn sokongan penonton...malaysia akan pamer aksi terbaik dalam kejohanan sebenar nnti dan kembalikan keyakinan peminat bolasepak tempatan...
arzemi hanafi
Apa lagi alasan Rajagobal? Pelbagai alasan akan kita semua dengar di mana-mana saja. Apakah alasan lapuk? Atau ada yang tersurat dan tersurat?
sahar
amat mengecewakan tgk perform mlm td,x ade quality permainan bepasukan..hantaran2 pendek mengkucarkacirkn pihak lwn x terserlh..sng ckp coach gagal letakkn pemain yg btul2 onn dgn pasangan yg btl 2 serasi,bkn x ade pasangan mieldfield yg dh ade dlm liga malaysia ni yg dh ade chemistry mcm pasukn kelantan gandingan tengahnye sakir ,piya dn nurul,ambk sahje mereka plg kurang pn adelh pergerakan yg menarik terjadi..wlaupn x menag kami x kcewa sgt skiranya permainan yg dtunjukkn berquality..kami nk QUALITY yg dtunjukkn dlm permainan yg menghasilknn pergerakn yg cantik..x perlu nk rembat jauh2 nk hasilkn gol klu blh just score hnye dgn tapping mudah..itu yg kami nk..kecewa..
khaidir
k. raja terlalu sombong......xnk trima pendapat org lain...oleh kerana dia menang AFF dulu, maka dia rasa apa dia wat sume betul....player pun 1 hal...coach dgn player ni x reti2 nk praktis main shortpass? Thai, vietnam, singapore sume da pndai shortpass ala tiki taka..tp malaysia? Asyik dgn long pas, pastu passing ke laut....
BACK SUPPORTER
KALAH MENANG BUKAN SOALNYA TAPI YG AGAK MENGECEWAKAN ADALAH MUTU PERMAINAN KITA,JAUH KETINGGALAN DARI SEMUA SEGI TERUTAMANYA ASPEK TAKTIKAL DAN TEKNIKAL,NAMPAK SANGAT JURANG IMPLIMENTATION.SAYA RASA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SETUJU KALAU KITA TUKAR SAJA COACH YG BARU,KITA CARI ANGIN BARU BARU FRESHHHHHH.
sovo1208
Datuk Raja, gunakanlah pengalaman dan ilmu yang ada untuk mencari langkah terbaik bagi memujarabkan 'penyakit' kekalahan skuad Harimau Malaya kita ini. Memang Datuk sedia maklum, kalau prestasi seperti ini ditunjukkan pada perlawanan akan datang, sudah tentu kejayaan 2 tahun lepas akan dikatakan sebagai nasib sahaja. Saya sebagai peminat pasukan Harimau Malaya masih mempunyai keyakinan atas persembahan skuad Datuk yang mampu memberikan kebanggaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Ayuh skuad Harimau Malaya,,berjuanglah habis-habisan demi negara tercinta ini!!!
abdul adam bin mohamad yusoff
saya berharap supaya Malaysia mampu bangkit pada perlawanan yang akan datang...Malaysia boleh...
Que Canne
Mungkin kekalahan ni berpunca daripada salah satu strategi jurulatih yg xnak tonjolkan kekuatan sebenar Harimau Malaya.
abdul adam bin mohamad yusoff
saya berharap agar malaysia mampu bangkit pada perlawanan yang akan datang...malaysia boleh...
Raja Gol La
Lawan Hong Kong di KL nanti tengok la mesti pemain kita main baik punya, sebab pertama main kat tempat sendiri (jaguh kampung) kedua Hong Kong bukan ada nama pun di arena bola sepak.
Piala AFF Suzuki tahun ni harap-harap menang nasib lagi !.
skyGun
DK mungkain ade strategi agaknye tu...malam tadi bukan permainan sebenar harimau malaya.pasti ade muslihat dari DK.
pape pun kite perlu bersatu dan sokong sepenuhnya pada skuad harimau malaya.GO GO GO MALAYSIA...
peminat bola negara
Kecewa dengan skuad malaysia, kecewa juga dengan jurulatih malaysia. Permainan teruk, setahu saya permainan keras malaysia adalah "anti football" . Kenapa malaysia tidak dapat bermain dengan baik? Lemah dari segi teknikal dan taktikal. Apa coach masih mahu cuba cuba lagik ker? Dah tinggal 16 hari sahaja lagi. Apa yang di tunjukkan, amat mengecewakan. Pemilihan pemain pun coach saya tak puas hati lah. Masih ada yang terbaik tapi coach tak pandang. Coach kata coach kenal pemain. Pemain yang perform dalam liga malaysia dan piala malaysia coach tak oandang pun. Indra,badri dan norfarhan adalah antara pemain yang bagus di bandingkan pemain yang voach pilih sekarang. Sebagai contoh ahmad fakrani saarani dan amar rohidan, saya rasa prestasi pemain tesebut tahun ini amat mengecewakan. Macam ni kah coach, kalu kalah coach letak jawtan ajerlah, sebab menang Aff cup yang dulu mungkin sekadar nasib sahaja.
Macks
Apa lagi alasan Raja kali ini....? Pemain tak cukup bersedia ? Pemain keletihan ? Tonggak pertahanan utama tdk dpt diturunkan krn kecederaan ? Ini cuma persahabatan, nanti dlm AFF baru kita kekuatan sebenar kita dipamerkan?...Sudah bosan dgn alasan demikian. Jujur je lah katakan hal sebenar, jgn terlalu mempertahankan diri, pasukan kita kena berkerja keras kali ini. Semua pasukan telah bersedia utk AFF. Bgmn dengan kita? Takkan asyik nak cuba gandingan yang baik je...
melighani
Keputusan perlawanan persahabatan dengan pasukan Hong Kong nanti tidak boleh dijadikan 'penanda aras' kekuatan Harimau Malaya jk dilihat perlawanan pertama mereka baru-baru ni.Memang terbukti pemain-pemain yang menjalani 'ekperimen' Datuk Rajagobal baru-baru ni GAGAL..Dicadangkan Dt Rajagobal mengambil kira komen dan cadangan wartawan sukan serta penganalisis bolasepak tanah air. Semua mereka ni berfikir, kaji dan buat analisis untuk kemajuan bolasepak tanah air..bukan krn pangkat dan 'upah'..cuba lah jg buat 'eksperimen' terhadap komen2 dan cadangan2 mereka ni..
0 ulasan:
Catat Ulasan