Harian Metro: Arena |
‘Kenapa nak panik’ Posted: 08 Nov 2012 08:21 AM PST "APA panik? Saya sudah melalui macam-macam (situasi). Kenapa nak panik, Piala AFF belum mula lagi". Itu reaksi tegas pengendali negara Datuk K Rajagobal (gambar) berhubung persiapan fasa akhir Harimau Malaya yang semakin mencetuskan kegelisahan peminat dan pemerhati bola sepak tempatan.
"Sebarang pendapat atau pandangan terpulang kepada anda. Bagi saya ini adalah keadaan sebenar yang perlu disedari semua pemain yang mereka perlu memberikan lebih seratus peratus dan berusaha lebih keras lagi. Semua pasukan yang bersaing mahu mencatat kemenangan dan semuanya membuat persiapan rapi.
"Ini karakter yang saya mahukan dan pemain sedar apa kehendak saya," katanya yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.
"Sekurang-kurangnya saya mendapat gambaran sebenar andai layak ke separuh akhir. Menerusi perlawanan ini, kami sudah mengetahui kekuatan dan kelemahan Thailand," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/09 |
Posted: 08 Nov 2012 08:16 AM PST WALAUPUN berdepan atlet lebih berpengalaman dan jauh lebih berusia, atlet cilik sukan ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah nekad memberikan aksi terbaik pada Kejohanan Asia Waterski & Wakeboard Antarabangsa Malaysia. Bersaing dalam acara 'Trick' Terbuka Wanita Ahad ini, Aaliyah, 9, yang baru memenangi Kejohanan Asia Bawah 17 di Korea Selatan, Ogos lalu akan berusaha memastikan kejayaan menjadi miliknya.
Dengan ketinggian 1.45 meter dan berat badan 28 kilogram, Aaliyah akan menampilkan aksi menarik dalam acara 'trick' berdepan kakaknya, Phillipa Yoong, 33 dan pasangan dari Indonesia, Pupul Endhar dan Siti Nurkarimah.
"MWWF berasa perlu untuk terus mencari bakat baru sukan ski air dan 'wakeboard' berikutan potensi sukan ini yang amat cerah pada masa depan. "Usaha menarik lebih ramai kanak-kanak amat penting bagi membolehkan bakat mereka dicungkil dan dikembangkan sekali gus melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan ini.
Mereka yang berminat menghadiri sesi itu hanya perlu mengisi borang dan menghantarnya ke Pusat Sukan Air Presint 6, Putrajaya sebelum 11 pagi Ahad ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan