Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Liga Super: N. Sembilan kejutkan ATM

Posted: 18 May 2013 09:09 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 Mei - Negeri Sembilan mencatat kemenangan pertama Liga Super selepas mengejutkan ATM 2-1 dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hari ini.

Pada perlawanan tersebut, Negeri Sembilan mendahului menerusi jaringan Mohd. Fauzi Nan seawal minit pertama.

Namun, ATM bangkit menyamakan kedudukan menerusi Hairuddin Omar pada minit ke-14.

Jaringan Mohd. Nazrin Mohd. Nawi pada minit ke-20 bertahan sehingga ke wisel penamat untuk Negeri Sembilan melakar kemenangan pertama selepas 17 perlawanan. - Utusan

Keputusan

ATM 1 N. Sembilan 2

Kelantan 1 Selangor 1

PKNS 5 Felda United 0

N. Sembilan kejutkan ATM

Posted: 18 May 2013 11:08 AM PDT

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN, YATIMIN ABDULLAH dan NAZARUDIN SHAHARI
pengarang@utusan.com.my

Pemain ATM, Bruno Martelotto (kiri) bersaing dengan pemain Negeri Sembilan, Mohd. Fauzi Nan pada perlawanan Liga Super di Seremban, malam tadi. - MD. SHAHJEHAN MAAMIN

KUALA LUMPUR - ATM yang diramal mudah menundukkan Negeri Sembilan untuk memintas kedudukan Lions XII pada tangga teratas Liga Super, dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada pasukan tercorot itu dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Sebaliknya, Negeri Sembilan wajar berbangga dengan keputusan tersebut yang merupakan kemenangan pertama mereka selepas 17 perlawanan.

Pada aksi semalam, ATM dikejutkan dengan jaringan Mohd. Fauzi Nan seawal minit pertama, yang menyepak leret dari sebelah kiri pintu gol.

Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad kendalian B. Sathianathan menggandakan asakan dan akhirnya berjaya mendapat gol penyamaan pada minit ke-14 menerusi pemain veteran, Hairuddin Omar yang bijak menyempurnakan peluang setelah menerima hantaran Christie Jayaseelan.

Kegembiraan ATM bagaimana pun tidak berpanjangan apabila Negeri Sembilan kembali memimpin perlawanan pada minit ke-20 menerusi jaringan Mohd Nazrin Mohd Nawi dan kedudukan tersebut bertahan sehingga ke wisel penamat.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi tumpuan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu menyaksikan Kelantan dan Selangor berkongsi mata apabila seri 1-1.

Selangor dan Kelantan yang masing-masing baharu sahaja menamatkan kempen Piala AFC, tetap mempamerkan aksi menarik.

Beraksi di padang lawan tidak menjejaskan tumpuan Selangor apabila memperoleh jaringan pendahuluan pada minit ke-55 menerusi Adam Davids, yang berjaya menanduk kemas hantaran pemain gantian, Raimi Mat Nor.

Namun hasrat Selangor untuk membawa pulang tiga mata penuh dihampakan oleh Zairol Anuar Zailani yang menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-66 apabila rembatan kencangnya gagal diselamatkan penjaga gol Selangor, Nor Azlan Razali.

Dalam satu lagi perlawanan, PKNS membelasah Felda United 5-0 di Stadium Shah Alam.

P. Gunalan memulakan pesta gol PKNS pada minit ke-33, diikuti Muhammad Khairu Azrin Khazali (m-45), Patrick Ronaldinho (m-48), Roman Chmelo (m-58) dan Mohd. Nizad Ayub (m-58).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan