Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘Waspada ancaman Kemboja’

Posted:

'Waspada ancaman Kemboja'

'Waspada ancaman Kemboja'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

PARA pemain negara (kiri) meraikan kejayaan mereka menewaskan Thailand 2-1 di Stadium Gelora Bung Karno kelmarin.


KEJAYAAN menjinakkan Thailand 2-1 pada aksi kedua Kumpulan A pada temasya Sukan SEA 2011 kelmarin telah menggembirakan jutaan peminat fanatik bola sepak tempatan.

Kemenangan tersebut dilakar selepas skuad Harimau Muda sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Singapura pada aksi pembuka tirai, Isnin lalu.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu dilihat kembali ke landasan sebenar dalam misi mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos dua tahun lalu.

Setakat ini, Harimau Muda berkongsi empat mata dengan Singapura yang turut menang 2-1 ke atas Kemboja dalam satu lagi perlawanan kumpulan A kelmarin.

Skuad Harimau Muda yang bakal melayan cabaran Kemboja pada Ahad ini akan membuat perhitungan dengan tuan rumah, Indonesia empat hari kemudian.

Jika tidak mahu memilih jalan sukar, skuad negara perlu mencatat kemenangan yang besar ke atas Kemboja nanti bagi mengelak dipintas Singapura pada saat-saat akhir.

Meskipun dianggap pasukan belasahan, Kemboja yang bimbing jurulatih, Tae Hoon Lee tidak mustahil mampu membuat kejutan, sekali gus menjadi 'duri dalam daging' kepada pasukan negara dan ia juga diakui jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.

"Saya harap pasukan negara tidak mengambil mudah cabaran Kemboja. Kita harus menang bagi mengelak tekanan berdepan Indo- nesia pada perlawanan terakhir nanti," kata Rajagobal ringkas ketika dihubungi Kosmo! sebelum berlepas ke India petang semalam.

Mengimbau rekod pertemuan kedua-dua pasukan pada temasya Sukan SEA, keputusan dilihat lebih berpihak kepada Malaysia apabila membelasah Kemboja 4-0 di peringkat kumpulan di Vientiane, Laos dua tahun lalu menerusi jaringan Abdul Manaf Mamat, Nor- shahrul Idlan Talaha, S. Kunanlan dan Safiq Rahim.

Harimau Muda juga membelasah Kemboja, masing-masing 8-1 dan 5-0 ketika diundi dalam satu kumpulan bagi temasya 2003 dan 2005.

Begitupun, kredibiliti penyerang Kemboja, Phourng Soksana dan Chin Choeun yang sesekali berjaya mencemaskan kubu Indonesia ketika dibelasah 0-6 pada aksi pembuka tirai Isnin lalu juga tidak boleh dibiarkan bermaharajalela.

Mungkin ramai yang sudah lupa bahawa anak-anak buah Kim Swee sebelum ini pernah tewas 0-1 kepada Kemboja dalam satu aksi persahabatan pada Jun lalu.

Justeru, ada baiknya mereka tidak terlalu yakin sehingga gagal meraih tiga mata berharga.

Tambahan pula, misi menentang Indonesia di depan penyokong fanatik Sang Garuda memang satu tugas sukar jika kita tewas atau seri ketika menentang Kemboja nanti.

Aksi Kumpulan B juga tidak kurang hebat apabila Myanmar dan Vietnam kini masing-masing mengumpul tujuh mata sambil diekori rapat oleh Timor-Leste yang mengutip enam mata.

Full content generated by Get Full RSS.

'Belum masa berpesta'

Posted:

'Belum masa berpesta'

'Belum masa berpesta'


KIM SWEE (berdiri) melayan anak-anak buahnya dalam majlis makan tengah hari di sebuah restoran terkemuka di Jakarta semalam.


JAKARTA - "Kami tidak boleh berpesta seperti sudah memenangi pingat emas tetapi kami harus fokus bagi menghadapi perla- wanan akan datang."

Itu peringatan yang diberikan oleh jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Ong Kim Swee kepada skuad kendali- annya semalam iaitu sehari selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Thailand pada aksi kedua Kumpulan A temasya Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno kelmarin.

Kim Swee berkata, barisan Harimau Muda tidak harus cepat berpuas hati se- lepas menumbangkan sku- ad 'Negara Gajah Putih' itu kerana persaingan bagi memburu slot separuh akhir dilihat masih terbuka buat semua pasukan.

Bagi Kim Swee, mereka tidak boleh keciciran mata berharga ketika berdepan Kemboja pada Ahad ini sebelum dijadualkan menentang Indonesia empat hari kemudian.

Biarpun tampil selaku pasukan pilihan ketika membuat perhitungan dengan Kemboja nanti, Kim Swee berkata, skuad negara tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan yang tewas dalam dua perlawanan sebelum ini.

"Kami tidak harus memandang rendah kemampuan Kemboja, sebaliknya para pemain harus fokus dan serius bagi menghadapi perlawanan tersebut.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, persaingan dalam Kumpulan A amat sengit. Saya percaya hanya pada hari terakhir (saingan Kumpulan A) nanti, baru kita akan tahu siapa lebih layak ke separuh akhir.

"Paling mustahak, skuad negara perlu mengutip sekurang-kurangnya tujuh mata untuk mara ke separuh akhir terlebih dahulu. Kemudian baru kita fikir mengenai peringkat akhir," jelas Kim Swee ketika ditemui Kosmo! semalam.

Selepas mengharungi dua perlawanan, Harimau Muda menerajui Kumpulan A apabila berkongsi empat mata dengan Singapura, diikuti Indonesia (tiga), manakala Thailand dan Kemboja gagal meraih sebarang mata.

Hari ini, Indonesia akan menentang Singapura, aksi yang dinantikan oleh Kim Swee bagi mengintai kekuatan Indonesia yang sebelum ini mudah membelasah Kemboja 6-0.

Biarpun mengakui kedua- dua pasukan mempunyai peluang seimbang, Kim Swee tetap menganggap Singapura masih mempunyai kekuatan bagi menjerat tuan rumah.

"Bagi saya, apa yang lebih penting keputusan membabitkan skuad negara. Kami tidak boleh kehilangan mata berharga dalam baki dua perlawanan terakhir.

"Setiap mata yang dikutip amat penting dan tidak mustahil, penentuan bagi mencari pasukan yang layak ke separuh akhir diten- tukan menerusi perbezaaan gol," katanya.

Mengulas pertemuan dengan Thailand kelmarin, Kim Swee berkata, anak- anak buahnya mula menunjukkan karakter positif di tengah padang berbanding aksi ketika bertemu Singapura yang menyaksikan mereka sekadar seri tanpa jari- ngan.

"Ia satu kemenangan yang memang kita cari bagi memastikan kita layak (ke separuh akhir). Bagi saya, para pemain boleh beraksi dengan baik lagi berbanding semalam (kelmarin).

"Tetapi saya berbangga kerana karakter positif yang ditunjukkan para pemain. Ada beberapa pemain yang telah memainkan peranan penting bagi membantu pasukan mencipta kemenangan dan mereka harus diberi pujian.

"Pemain gantian juga telah menunjukkan prestasi yang baik dan sudah tentu saya gembira melihatkan situasi itu."

Selepas mengharungi jadual padat sejak tiba di Jakarta minggu lalu, skuad Harimau Muda diberi rehat semalam sebelum kembali menjalani latihan seperti biasa hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Baddrol bakar semangat rakan-rakan sepasukan

Posted:

Baddrol bakar semangat rakan-rakan sepasukan

Baddrol bakar semangat rakan-rakan sepasukan


BADDROL (kiri) akui percaturan Kim Swee memberi kesan kepada corak permainan Thailand.


JAKARTA - Kejayaan menewaskan Thailand di Stadium Gelora Bung Karno kelmarin ternyata menyuntik sema- ngat barisan Harimau Muda bagi meneruskan momentum sedia ada.

Biarpun menerima kritikan ekoran prestasi hambar ketika seri dengan Singapura pada aksi sulung Kumpulan A (Isnin lalu), ia sedikit pun tidak melunturkan semangat anak-anak buah Ong Kim Swee untuk bangkit de- ngan rentak lebih bertenaga.

Hasilnya, mereka berjaya meraih tiga mata berharga apabila membenam Thailand 2-1 menerusi jaringan kapten Baddrol Bakhtiar dan Izzaq Faris Ramlan.

Bagi Baddrol, percaturan Kim Swee menguatkan jentera tengah Harimau Muda telah memberi kesan kepada corak permainan Thailand.

"Perlawanan menentang Thailand memang berbeza ketika kami bertemu Singapura pada aksi pembukaan lalu. Jadi, para pemain sudah mendapat rentak permainan dan dapat menyesu- aikan diri dengan keadaan padang dan cuaca.

"Para pemain juga telah mengikut setiap arahan daripada jurulatih sehingga membolehkan kami mencapai kemenangan ke atas Thailand semalam (kelmarin)," kata Baddrol semalam.

Biarpun berjaya menumbangkan Thailand, Baddrol tetap mahu rakan- rakan sepasukannya berwaspada ketika berdepan Kemboja, Ahad ini dan Indonesia pada 17 November.

"Masih ada kelemahan yang perlu kami perbaiki lagi menjelang pertemuan dengan Kemboja dan Indonesia.

"Saya yakin jurulatih sudah mempu- nyai percaturan tersendiri bagi menghadapi kedua-dua perlawanan itu nanti.

"Yang penting, para pemain mengikut setiap arahannya," katanya yang turut menjadi tonggak skuad negara ketika meraih emas pada Sukan SEA 2009 di Laos.

Ditanya barisan pemain kendalian Kim Swee dengan 'skuad emas' di Laos, Baddrol berkata: "Tidak banyak bezanya. Saya lihat semua pemain bersemangat untuk memburu kejayaan.

"Para pemain muda negara mempu- nyai bakat yang tinggi dan mereka juga bersaing secara sihat bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama," katanya.

Antara pemain muda yang mendapat kepercayaan Kim Swee bagi menggas cabaran skuad Harimau Muda pada temasya kali ini termasuk Muhd. Nazmi Faiz Mansor, 17, dan Syahrul Azwari Ibrahim, 18.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KOMPAS.com - Olahraga

sumber :-

KOMPAS.com - Olahraga


Vettel Harus Bertahan di Red Bull

Posted: 18 Aug 2011 06:14 AM PDT

F1

Vettel Harus Bertahan di Red Bull

Emilius Caesar Alexey | Nasru Alam Aziz | Kamis, 18 Agustus 2011 | 13:14 WIB

AFP/F.DUFOUR

Sebastian Vettel

TERKAIT:

LONDON, KOMPAS.com -- Sebastian Vettel harus bertahan di tim Red Bull sampai beberapa tahun ke depan jika ingin merebut beberapa gelar juara dunia F1. Konsistensi pebalap dan personel pada sebuah tim sangat penting untuk merebut gelar juara berulang kali.

"Sebuah tim selalu berkembang bersama para pebalapnya tetapi juga dapat turun berama pebalap. Pebalap adalah faktor penting bagi sebuah tim," kata Franz Tost, ketua tim Toro Rosso, Kamis (18/8/2011) di London.            

Franz Tost adalah mantan bos Vettel saat pebalap Jerman itu memenangkan ajang F1 seri Italia untuk pertama kalinya di tahun 2008, untuk tim Toro Rosso. Tost juga orang yang melepaskan Vettel untuk pindah ke tim Red Bull di tahun berikutnya.

"Pebalap yang benar-benar sukses akan bertahan di timnya untuk beberapa tahun karena perlu waktu untuk proses perkembangan bersama, antara pebalap, teknisi, mobil, dan ban. Sekali mereka berkembang sebagai satu kesatuan, mereka harus dipertahankan selama mungkin. Di sisi lain, pebalap adalah kunci sukses sebuah tim," tutur Tost.            

Tost yakin Vettel akan menjadi pebalap terbaik di F1 dan kunci sukses tim Red Bull selama beberapa tahun ke depan. "Tidak akan ada Sebastian Vettel yang lain, seperti tidak ada Michael Schumacher atau Ayrton Senna yang lain. Vettel menjadi juara dunia karena dia menemukan dirinya, kapasitas dan kemampuannya," kata Tost.

Sumber: Autosport

Full content generated by Get Full RSS.

Ogier Gembira Loeb Perpanjang Kontrak

Posted: 18 Aug 2011 05:55 AM PDT

World Rally Championships

Ogier Gembira Loeb Perpanjang Kontrak

Emilius Caesar Alexey | Marcus Suprihadi | Kamis, 18 Agustus 2011 | 12:55 WIB

PARIS, KOMPAS.com- Pereli tim Citroen Sebastien Ogier menyambut gembira perpanjangan kontrak rekan senior dan sekaligus rivalnya Sebastien Loeb dengan tim Citroen sampai dua tahun mendatang. Hubungan kedua pereli itu sempat renggang karena Loeb menuduh timnya lebih mengistimewakan Ogier di Reli Acropolis yang lalu.

"Perpanjangan kotrak itu berita bagus bagi tim karena dia pereli andal. Bagiku, kabar itu juga berita baik karena menyenangkan berada di tim yang sama dengan Loeb dan Daniel Elena. Kami memiliki hubungan yang baik," kata Ogier, Rabu (17/8) di Paris.

Ogier menambahkan, memiliki rekan se-tim seperti Loeb sangat membantunya meningkatkan kemampuan mengemudi. Keberadaan Loeb membuatnya memaksa diri untuk meningkatkan ketrampilannya.

"Dia adalah yang terbaik. Jika ingin mengalahkannya dan menjadi juara dunia, aku harus mencapai batas kemampuanku dan mencapai kesempurnaan. Jika aku menjadi juara dunia saat Loeb masih aktif, hal itu akan lebih menyenangkan daripada saat dia sudah pensiun," kata Ogier.

Ogier mengakui cukup sulit memiliki rekan sekaligus rival dalam satu tim. Namun, karena Ogier masih muda dan karirnya di dunia reli masih lama, keberadaan Loeb di tim yang sama tidak menjadi masalah. Apalagi Loeb bakal pensiun di tahun 2014.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sindikasi sport.okezone.com

sumber :-

Sindikasi sport.okezone.com


Gloria, Si Bontot yang Luar Biasa

Posted: 10 Nov 2011 03:25 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Satu lagi bibit pebulutangkis Indonesia yang mengharumkan nama bangsa. Gloria Emmanuelle Widjaja sukses meraih gelar juara Ganda Campuran di BWF Junior Badminton Championships 2011.


11 Mobil Hias Ramaikan Pembukaan

Posted: 10 Nov 2011 02:21 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Sehari jelang opening caremony SEA Games, Gelora Sriwijaya mulai semarak. Dari pantauan Okezone langsung di Gelora Sriwijaya, gladi resik pembukaan SEA Games diramaikan dengan ratusan penari yang nampak berlatih.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Republika Online

sumber :-

Republika Online


Wuih! Real Madrid Bangun Sekolah Sepak Bola di Aceh

Posted: 09 Nov 2011 08:57 PM PST

REPUBLIKA.CO.ID, BANDA ACEH-- Real Madrid merencanakan membangun sekolah sepak bola di Provinsi Aceh dan beberapa kota lainnya di Indonesia pada 2012. Wakil Gubernur Aceh Muhammad Nazar di Banda Aceh, Kamis mengatakan, Direktur Internasional dan Kerjasama Proyek Real Madrid Rosa Roncal Gimenez, Ketua Panitia Nasional Liga Pendidikan Indonesia (LPI) Toho Cholik Mutohir berserta rombongan sudah tiba di Aceh sejak Rabu (9/11) untuk melakukan verifikasi.

"Sejak kemarin Direktur Internasional dan Kerjasama Proyek Real Madrid dan Ketua Panitia Nasional LPI sudah mengunjungi sarana dan prasarana olahraga terutama sepak bola di kawasan Lhong Raya, mereka akan membangun sekolah olahraga di Aceh pada 2012 mendatang," kata Muhammad Nazar.

Sekolah sepak bola sosial Real Madrid tersebut terealisasi karena kerjasama Yayasan Real Madrid dengan Liga Pendidikan Indonesia. Menurutnya, sekolah itu bersifat sosial yang mempunyai tujuan untuk meningkatkan rasa cinta anak-anak kepada sepak bola, meningkatkan prestasi pendidikan dan diharapkan prestasi sepak bola nasional menjadi lebih baik dimasa yang akan datang.

"Kita berharap sekolah olahraga ini dapat teralisasi di Aceh, saat ini Direktur Internasional dan Kerjasama Proyek Real Madrid dan Ketua Panitia Nasional LPI sedang melakukan verifikasi, mungkin pengumumannya akan disampaikan pada pertengahan Desember mendatang," kata dia.

Menurutnya, Pemerintah Aceh sangat mendukung pendirian sekolah olahraga oleh Real Madrid Foundation dan akan membantu anggaran melalui Anggaran Pendapatan dan Belanja Aceh (APBA) 2012.

Full content generated by Get Full RSS.

Diam-diam, Inter Masih Amati Tevez

Posted: 09 Nov 2011 04:34 PM PST

REPUBLIKA.CO.ID, Setelah gagal mendapatkan servisnya di bursa transfer musim panas kemarin, Inter tak serta merta melupakan striker Carlos Tevez.

Penyerang Manchester City itu kabarnya masih dalam pertimbangan presiden Inter Massimo Moratti dan sewaktu-waktu bisa saja sang presiden menjalin kontak dengan pemain Argentina itu. Demikian diwartakan Tribalfootball.

Tevez dilaporkan segera meninggalkan City pada Januari tahun depan, dan Inter masih menjadi kandidat kuat mendapatkan tanda tangan pemain yang tengah dibekukan di Etihad Stadium itu.

Namun sebelum itu, Moratti saat ini tengah berusaha mencari klub yang berminat pada bomber Diego Milito. Dana hasil penjualan eks striker Genoa itu nantinya dialokasikan untuk membeli Tevez.

Moratti, Masih menurut laporan Tribalfootball, sepertinya tidak bakal langsung mematenkan kontrak Tevez. Moratti disebutkan hanya akan meminjam sang striker enam bulan dengan kesepakatan mempermanenkan pada Juni di akhir musim nanti.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kembali mengaum

Posted: 09 Nov 2011 02:43 PM PST

HARIMAU Muda kembali mengaum. Selepas hambar diikat Singapura, Malaysia mencipta kemenangan pertama ke atas Thailand 2-1 pada perlawanan kedua Kumpulan A Sukan SEA XXVI di Jakarta, semalam untuk mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir, seterusnya di landasan tepat mempertahankan pingat emas temasya dwitahunan itu.

Pada saingan di Gelora Bung Karno semalam, skuad Bawah 23 kendalian Ong Kim Swee tampil mempamerkan corak lebih meyakinkan berbanding aksi pertama Isnin lalu, dengan gerakan pantas dan beberapa gerakan jaringan yang kemas.

Kemasukan perancang 17 tahun, Nazmi Faiz jelas memberi perubahan mendadak kepada pergerakan jentera tengah dan Kim Swee berharap kecederaan dialami pemain itu pada babak kedua semalam, tidak serius.

"Nazmi baru berusia 17 tahun tetapi permainannya bertaraf antarabangsa," kata Kim Swee sejurus tamat perlawanan. "Dia terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan tetapi saya yakin ia tidak serius.

"Kami mempunyai tempoh empat hari untuk persiapan menentang Kemboja dan saya harap ia cukup untuk pemulihan pemain. Kemboja bukan pasukan mudah dan waktu rehat panjang ini bakal membantu kami."

Pada perlawanan semalam, Kim Swee menyenaraikan Nazmi dalam kesebelasan pertama dan fungsinya di depan barisan pertahanan banyak membantu pasukan dalam mengatur serangan ke kubu Thailand.
Kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar memecah kebuntuan dengan meledak gol pertama negara pada minit ke-25 tetapi kelalaian seketika membolehkan barisan dikendalikan jurulatih Prapol Pongpanich menyamakan kedudukan pada minit ke-77 menerusi rembatan Natarid Thammarossopon.

Namun percaturan Kim Swee memasukkan Izzaq Faris Ramlan untuk bergandingan dengan Ahmad Fakri Saarani pada baki 10 minit sebelum tamat, membuahkan hasil apabila penyerang tinggi lampai itu meledak gol kemenangan dengan sepakan lencong kaki kiri yang menarik pada minit ke-85.

"Saya tidak sangka akan diturunkan hari ini (semalam) dan peluang beraksi itu saya gunakan sebaik mungkin. Saya lebih gembira dapat menjaringkan gol dan ini baik untuk karier saya," kata Izzaq.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

amar

Pertama; Tahniah buat Harimau Muda di atas kejayaan menewaskan Thailand selepas persembahan yang tidak sepatutnya ketika menentang Singapura.
Kedua; Untuk kebaikan pasukan negara, Ahmad Fakri Shaarani tidak sepatutnya dipilih untuk mewakili negara bagi menjaga standard di peringkat antarabangsa. Masih ramai pemain yang boleh 'bermain bola' dan lebih berkualiti. Ketiga; Perjalanan masih jauh dan

mail

syabas pasukan malaysia menang tentang thailand harap kekalkan corak permainan semalam dan juga pemain-pemain pada babak kedua di kekalkan bila menentang kemboja, tahniah dan terus ke final,

FAHMI AHMAD

TERUSKAN PERJUANGAN MU MALAYSIA

mail

syabas pasukan malaysia menang tentang thailand harap kekalkan corak permainan semalam dan juga pemain-pemain pada babak kedua di kekalkan bila menentang kemboja, tahniah dan terus ke final,

anwari

tuggu..lawan...yng..lebbih..nanti..dia..tak..mengaum.nanti..harimau..lari2..hhooooooo

Mzz

Tahniah skuad bwh 23 tahun. Tahniah kapten badrol bahtiar. Tp smlm thailand pun main cam out off form. Tp Thailan pun tk agresif cam player Thailand yg dulu2. Apa pun sekali lg tahniah buat Harimau Malaysia.

anwari

tuggu..lawan...yng..lebbih..nanti..dia..tak..mengaum.nanti..harimau..lari2..hhooooooo

cahaya suhada

teruskan perjuangan anda HARIMAU MUDA...

asraf

harap bawah 23 thun xleka dengan kemenangan nie. jgn lupa ada lg game..apa2 pon thniah tuk mlysia..go..go..go

nor afizan bin mohamed.

hebat betul izzap.hebat betul anak jati trg.malaysia bleh

HAFIZ

TAHNIAH.TAPI INGAT! MALAYSIA nak EMAS..
bukan SETAKAT MENANG DGN THAILAND..
jgn hiraukan shebby tu..die target olimpik
sebab dia kan pengulas EPL..
MALAYSIA nk menang EMAS SEA GAMES je..

ariffin bin judin

yang penting jgn dibuai mimpi,jadikan kemenangan sebagai azimat utk terus berjaya.Awas masih banyak ranjau didepan

Niary Fary

Tahniahh malaysia .. go malaysia go . good luck .

tokyo boy

sya sudah beli tiket airasia utk tonton s/akhir dan akhir..sya yakin msia akan dpt emas..jom pi jakarta...

ahmad hanizam

Tahniah Harimau muda.....permainan macam ni harus dipertontonkan...pergerakkan yg kemas dan corak menyerang yang pantas...tapi penyerang muda kita harus diberi pendedahan lagi kerana deretan peluang yg terhidang tidak dapat dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya...hantaran dan serangan harus diperbaiki lagi jika harimau mahu pergi jauh lagiiiii...Tahniahhhh

Fatihahiman

Tahniah, Skuad bola Sepak Malaysia!
Selepas ini, anda harus bermain sepeti anda melawan Thailand..
Lincah,agresif,bersemangat,rajin dan sentiasa menyerang..
Tapi ingat jangan cuai dan angkuh dengan kemenangan yang belum pasti lagi milik anda..

ahmad hanizam

Tahniah Harimau muda.....permainan macam ni harus dipertontonkan...pergerakkan yg kemas dan corak menyerang yang pantas...tapi penyerang muda kita harus diberi pendedahan lagi kerana deretan peluang yg terhidang tidak dapat dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya...hantaran dan serangan harus diperbaiki lagi jika harimau mahu pergi jauh lagiiiii...Tahniahhhh

mohd idris

syabas harimau!!!!!!!
sebenarnya pasukan muda kita telah pun melangkah kearah pro..cuba lihat jaringan gol-gol dan percubaan-percubaan kearah pintu gol yg cukup menggerunkan penonton.buat masa ini kita hanya kekurangan striker berbisa.Tetapi jangan lupa bahawa pemain seperti safee sali adalah pemain production of the young lions.
Jadi, bukan saja pasukan utama kita menjadi sebutan di anera asia, malah young lions kita juga mula digeruni oleh mereka. oleh itu diharap peminat jangan terlalu sangat demanding ok..

sham

Sebenarnya kekuatan malaysia ialah permainan pantas dan tersusun tetapi apabila sampai di depan gol mereka seperti tidak tahu apa hendak dibuat hanya beberapa pemain sahaja yang mempunyai keyakinan utk menjaringkan gol seperti Badrul bakhtiar dan Izzad Fariz. malaysia patut kim swee patut tonton semula perlwanan dgn thailand, apabila berada didepan gol apa yg patut dibuat...biar tidak masuk tetapi anda melakukan percubaan itu yg penting, bukan kerana tak tahu nak buat apa2 hantar pada kawan dan akhir sekali kehilang bola didepan gol yang sepatutnya membuat percubaan sendiri, tak masuk tak apa janji try..

mohd idris

syabas harimau!!!!!!!
sebenarnya pasukan muda kita telah pun melangkah kearah pro..cuba lihat jaringan gol-gol dan percubaan-percubaan kearah pintu gol yg cukup menggerunkan penonton.buat masa ini kita hanya kekurangan striker berbisa.Tetapi jangan lupa bahawa pemain seperti safee sali adalah pemain production of the young lions.
Jadi, bukan saja pasukan utama kita menjadi sebutan di anera asia, malah young lions kita juga mula digeruni oleh mereka. oleh itu diharap peminat jangan terlalu sangat demanding ok..

lucia

harimau the best..guna strategi yg dah disusun atur oleh jurulatih..jgn kucar kacir di padang..

main macam barca

Tahniah ...player dan coach sudah nampak sedikit kemajuan..tetapi masih kurang dari segi kepantasan dan kawalan bola masih lemah..perlu ditingkatkan juga persefahaman serta hantaran sy tepat ...lihat seperti barcelona walaupun rata2 pemain bertubuh kecil tetapi skill,kawalan serta ketepatan mereka sering membuahkan hasil..

Rosham

Kalau dikaji dari game semlm,didapati Harimau muda berada di atas sedikit dari tahap permainan,taktikal dan kwlan bola,cuma masalah utama ialah ketumpulan barisan hadapan plg ketara.Diharap Coach OKS segera mengatasi masalh itu dgn segera.Buktikan pada peyokong fanatik Indonesia bahawa kita berada dikelas tersendiri dlm bolasepak.Ayuh Harimau Malaya tunjukkan taring sebenarmu.

faa dae-lee

tahniah...teruskan berusaha...yang paling penting fokus pada permainan demi negara....jangan peduli taktik kotor penganjur....pertahankan pingat emas kejuaraan 2009....Kita Boleh....

Kaki Tempang

Wahhhhh!!!! Bila Malaysia dah menang semua puji, bila kalah or seri, tu tak bagus,ni tak bagus,habis jurulatih and pengadil pn kene...hahaha....tapi apa pn, sokongan berterusan diperlukan utk menunjukkan kebangkitan harimau kita.kalah menang adat permainan, yg penting sokongan yg padu!!!cayok2!!!

hamdan

perlawana mendebarkan smlm apabila thailand menyamakan kedudukan,,,,tapi sngat lega apbila izzaq f .r meldakkan gol leading......

Kaki Tempang

Wahhhhh!!!! Bila Malaysia dah menang semua puji, bila kalah or seri, tu tak bagus,ni tak bagus,habis jurulatih and pengadil pn kene...hahaha....tapi apa pn, sokongan berterusan diperlukan utk menunjukkan kebangkitan harimau kita.kalah menang adat permainan, yg penting sokongan yg padu!!!cayok2!!!

ajak@kemuning

tahniah atas kejayaan budak2 muda ni.
cuma nak komen psl budak2 ni dari segi kawalan & hantaran bola masih lemah.Diorng bukan lagi budak2 sekolah nak tahan & kawal bola pun masih terkial2....1 lagi psl minda berfikir untuk mengawal permainan masih lagi lemah sanagt.Ambil la iktibar dari game EPL dalam astro...sekarang budak2 ni beruntung sebab blh tngk live di astro untuk mempelajari teknik permainan bolasepak profesional dari luar negara..bukan mcm zaman mokthar dahari dulu susah nak tengok TV tapi dapat memberi permainan cantik & terbaik...umpama bodoh susah nak diajar zaman sekarang ni....Tq

jack

harimau boleh mendapat lebih banyak gol..dan kite boleh menag besar..tp menentang thailand adalah game terbaik dr menetang singapura ari tu...terus kan lg go harimau..kekalkanpingat emas kite..

mamat

Tahniah skuad negara...tetapi jentera serangan perlu berhati-hati dlm perlawanan akan datang terutama menentang indonesia

joe

tahniah harimau muda...pmainan cmni la rakyat malaysia nk tgk..kami sbgai penyokong akn sentiasa menyokong anda.teruskan perjuangan ini.jaringkan gol banyak2..biar seluruh asia ni sembah pemain kita.ingat slogan 'MUSUHNYA HABIS BINASA'.GO..GO..GO..MALAYSIA.

alaq nosah

tahniah atas persembahan corak permainan yang bertenaga dan berjaya mencipta beberapa peluang menarik..kita sebenarnya layak untuk menang dalam perlawanan seterusnya jika persembahan sedia ada dipertingkatkan lagi..skuad harimau muda mantap. tQ

alaq nosah

tahniah atas persembahan corak permainan yang bertenaga dan berjaya mencipta beberapa peluang menarik..kita sebenarnya layak untuk menang dalam perlawanan seterusnya jika persembahan sedia ada dipertingkatkan lagi..skuad harimau muda mantap. tQ

norhaidi

masih banyak kelemahan, gugup di depan gawang, buntu melancarkan serangan, gemar bertahan, tidak bijak mengambil peluang, kawalan bola yang lemah semua itu perlu diperbaiki. masih ada harapan untuk menaiki podium sebagai sang juara. namun, mesti kekal fokus. jangan takut dengan pemain lawan. ada pemain bertindak sebagai pemerhati dalam padang dan pemain yang malas perlu dikeluarkan oleh jurulatih kerana mereka akan mendorong kepada punca kekalahan skuad negara. tahniah kepada pemain yang menunjukkan kualiti bola sepak sebenar. mereka yang harus dikekalkan. jurulatih perlu kerap menurunkan pemain penyerang agar mereka biasa dengan corak permainan yang pelbagai dalam padang yang berlainan. jika penyerang kita bagus, semalam kita mampu menjaringkan lebih dari lima gol ke atas thailand. tahniah atas kemenangan. namun jangan terlalu gembira. perjalanan masih jauh. teruskan usaha. semoga berjaya

kemahkemim

Tahniah Harimau Muda, Tahniah OKS...Booo FAM, Booo King Gopal...

azman bin hamid

tahniah buat malaysia dan teruskan kejayaan selepas ini, malaysia boleh

mat.hassan

Tahniah,semoga OKS dapat kenal pasti pemain yang kurang cergas dan tidak berfungsi.Yakin sekurang-kurangnya Msia dapat ke separuh akhir

Dian

syabas buat pemain muda negara namun utk game strusnya pd ahad nanti, smua pmain perlu fokus dan main sungguh2 sebab dr pmrhatian saya smlam ms mereka menentang thailand peluang itu tlalu byk namun ktumpulan pmain myebabkan gol2 tdk dihasilkan. Cuma saya heran knapa pyerang ahmad fakri saarani tu, tk byk mbantu bhg depan... 2 game saya phati... beliau krg bkesan, peluang di depan mata pun tlpas. Mereka perlu mlihat cth2 penyerang negara kita skrg yg baik spt Norshahrul idlan talaha dll... org spt mereka ni perlu mereka lihat corak mereka main. Jangan buat peminat tmpatan mgutuk corak pmainan apabila bdpan dgn lawan.

HENRY KUNAT

Tahniah dan Syabas untuk Jurulatih Negara Ong Kim Swee dan Pemain Pasukan Malaysia Bawah 23 tahun kerana berjaya memenangi perlawanan semalam... lepas ni sila-sila lah belasah kemboja lebih dari 6 gol :-D

nasir

permain yang cantik pada separuh masa kedua.
teruskan perjuangan anda

mmr

tahniah HARIMAU Malaysia. teruskan perjuangan anda dan kurangkan kesilapan khasnya hantaran, bola, keyakinan ketika mengawal bola dan lambat bertindak ketika saat peluang terhidang. apapun para pemain menunjukkan peningkatan yg membanggakan.

Rozhan Zakaria

Syabas dan tahniah apabila melihat pemain muda negara tidak ketandusan mencipta gerakan menarik, tetapi dalam masa yang sama perlu mengatasi kelemahan : a. Kegopohan mengambil peluang menjaringkan gol; b. Terjahan yang mendatangkan kad amaran akibat gagal mengawal emosi ; c. jangan sia-siakan hantaran ; d. jangan dibiar asakan lawan. TERUSKAN KECEMERLANGAN DGN MENAWAN ASIA TENGGARA dahulu sebelum memasang impian lebih besar.

isabujang

malaysia boleh teruskan harimau malaya

Mohamed Zin Yusop

Tahniah buat skuad harimau. Wala bagaimanapun hantaran bola dan menawal tempo perlawanan perlu dibaiki lagi bagi terus mencapai kemenangan dan kejayaan.

Satheesh Kumar

Tahniah buat Skuad Negara.. Malaysia bermain dgn begitu baik sekali.Percaturan game yg dibuat Coach Ong Kim Swee memang menjadi..Tahniah Coach

Rais Mokhtar

Tahniah..team Msia.Pada setiap kali main, sentiasa bersiap sedia dan berjaga2 semasa 10 minit pertama dan 10 minit terakhir....jangan lalai dan tumpukan sepenuh perhatian sehingga wisel penamat.....

faiz

truskan usaha,apa yg penting jgn tlalu bangga dgn kejayaan trusan usaha kami sokong team malaysia walau dimana juga..cayo2..

saberi

pertajamkan lagi barisan hadapan..selalu membuang peluang yang terhidang depan mata..teruskan kemaraan kita..senyapkan gelora bung karno semasa membaham indonesia nanti...

Ucin

Tahniah!!...tapi harus ingat jangan sia-siakan peluang yang ada apabila berdepan dgn gol musuh..

Dol Bin Bedil

Tahniah ler buat pasukan harimau muda. harap jangan mudah mendabik dada dan tunjukkan yang terbaik supaya dapat mengharumkan nama negara

rrr

mane pengkritik2 hebat kat lua sane?wei,kritik la lg...kritikan korg tu sume membina tau x....xkn sembunyik kot........tp mmg btul pn kritikan tu sgt penting......jangan asyik puji je lebih...n jangan kritik mase dh kalah je....dh kalah baru nk kritik....ape laa

zahir

syabas... harimau muda...teruskan lah kecemerlangan di masa hadapan....InsyAllah...

amin zainal

Tahniah buat sang HArimau muda..kemenangan ini telah menutup mulut2 yg byk mengritik...teruskan aksi mcm semalam...pingat emas mmg dlm gengaman...AUMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

akie

Perkara perlu fokus adalah jangan cepat kehilangan bola...Perlu bijak mengatur pergerakkan... Untuk mendapat bola perlu kerajinan tapi bila dah mengawal bola jangan persiakan dengan hantaran yang tidak kemas. Teruskan perjuangan yang belum selesai...Malaysia Boleh

redking

harimau muda,main betul2.banyak duit pembayar cukai kau org sume dah abiskan.klu mcm ni la tahap permainan harimau muda,baik berlatih kat gua musang.corak permainan xberubah walaupun berlatih kt eropah.bungko punya tem.tapi tahniahla sebab menang dengan team kedua b23 thailand.

Sly

Tahniah untuk Ong kim swee kerana telah merancang dengan baik dan tahniah kepada pemain kerana dapat mengikuti arahan dan bermain dengan baik.

KUDIEN BULUNGAN

Tahniah Harimau Muda Malaysia. Sepatutnya 10-1 berikutan dengan serangan bertubi-tubi ke arah gawang Thailand.Penyerang-penyerang perlu latihan tendangan tepat dan mengelirukan ke arah gawang lawan lagi. Semangat sepasukan memang suda okey...cuma peluang menjaring perlu ditingkatkan lagi.

ZORRO

SELEPAS LEADING 1 GOL, MALAYSIA LEBIH BANYAK DIASAK, HILANG PUNYA DAN HILANG KAWALAN BOLA. GAME SEMALAM DILIHAT MALAYSIA TERLALU HORMAT DAN TAKUT DENGAN THAILAND, KURANG YAKIN UNTUK MENANG DAN TERLALU BERHATI-HATI. GERAKAN MENARIK BANYAK DIBUAT DAN KIRANYA MEREKA LEBIH BERNAFSU THAILAND SEKURANG-KURANG DIBAHAM DENGAN 4 @ 5 GOL. APA PUN TAHNIAH SANG BELANG. MALAYSIA BOLEH.

Aghep

Tahniah!!
Ini lah keputusan yang di nanti oleh rakyat Malaysia. Teruskan lagi usaha mempertahankan emas. Kalau Thailand kita ngaum pastikan kita baham Kemboja dan Indonesia..
Malaysia Boleh!!

rem

Tahniah Team Malaysia..i am proud to malaysian gogogo..kekalkan rentak jgn mudah mengalah, semangat juang yang kental bukan kerana bola tetapi untuk malaysia..amin

harimau pencen

ha mcm ni lah main, main mudah tapi gol..bagus2...

Mohamed Isa

Permainan yang ditunjukkan semalam nampak begitu menarik. Diharap pasukam Malaysia dpat teruskan suasana itu, untuk mencapai kejayaan

siti zuraini alias

shabas anak malaya...kita anak malaya berbangga dengan harimau malaya...malaysia bolehhh

ramlan

tahniah bt pasukan negara, permainan mcm ni yg kite nak, kalah memang adat permainan tp dgn permainan yg mnyakinkan tu, tak mustahil pasukan kebangsaan ke final.

Hafiz

Tahniah buat skuad bolasepak negara yang telah berjaya dalam perlawanan bolasepak menentang Thailand dengan 2 gol berbalas 1 semalam. Semoga terus cemerlang dan dapat membawa pulang pingat emas seperti yang diharapkan oleh semua rakyat Malaysia.

faizal

well done harimau muda, teruskan rentak kemenangan anda......

Faris

Ketakutan adalah U23 Vietnam

Din

memanglah dalam apa pertandinganpun semua orang hendak menang dan bila menang mereka disanjung dipuji kalau kalah jangan kata puji mungkin terima kasih pun tidak diucapkan tetapi bagi saya kalau kita menang memang lah suka tetapi kalau persembahan tidak menghibur menang pun tetap kutuk kalau kalah sedihlah tapi kalau permainan cantik tetap mendapat pujian sebagai contoh game semalam (malaysia 2 vs thailand 1)andai kata kalah saya yakin ramai peminat berpuas hati dengan persembahan mereka diikuti dengan kekuatan mental dan fizikal ditahap terbaik.TAHNIAH PASUKAN BOLA MALAYSIA TERUSKAN CABARAN ANDA KAMI TETAP BERSAMA ANDA SELAGI ANDA MEMPAMIRKAN PERSEMBAHAN MENGHIBURKAN.

apai malouda

baru gempak main mcm ni... x la mcm bdk2... tp kena igt... thailand da 2 bulan x berlatih sbb banjir..

zul

Teruskan perjuangan...jangan patah semangat

azmi bin sulaiman

Tahniah buat coach Ong. Strategi dan taktikal yang menarik serta pemilihan pemain yang tepat untuk melaksanakan tugas dan juga buat semua pemain yang memberi 100% fokus membuahkan hasil.

daengyahya

Tahniah!! tapi tidak boleh berpuashati sangat kerana saya belum lihat permainan sebenar walaupun menang 2-1 dengan Thailnad. Ong Kim Swee harus arahkan pemain jangan lepaskan peluang terbuka didepan pintu gol lawan.. apa yg saya saksikan.. Pemain Malaysia tiada penyerang tulen.Seharusnya pemain byk kan shoot ke arah pintu gol lawan.Badrol mempunyai sepakan jauh yang mengelirukan.. jika sepakan badrol ke arah gol.. pastikan ada pemain lain yang buat back up susulan untuk memanafaatkan pantulan bola dari penjaga gol lawan.

Murukesh

Skuad negara bermain sangat baik semalam.. tetapi mereka kehilangan tumpuan apabila membuat jaringan. hantaran tepat.. sampai saja depan gawang gol thailand hilang tumpuan... say harap skuad negara boleh memberikan permainan yang lebih baik pada perlawanan yang akan datang.. Go go go...Malaysia Boleh!

Fauzi Al-Aqsa

tahniah malaysia....selepas ni kalahkan indonesia.....benamkan serangan saraf mereka

Fauzi Al-Aqsa

tahniah malaysia.....indonesia penghalang cita-cita emas malaysia.....ayuh mainlah dgn terbeak...

luqman

Tahniah atas kemenangan Malayisa. Tapi apa sudah jadi dengan pemain penyerang Malaysia yang seorang tu??? adakah dia seorang penyerang??? bagi saya dia bukan seorang penyerang yang baik dan belum layak berada di pasukan HARIMAU, bayangkan kalau Malaysia kalah sedangkan peluang menjaringkan gol banyak terhidang dan di persia-siakan, penyerang ini tak sedar diri main macam hero tapi zero. Seharusnya Malaysia mencipta sejarah baru bolasepak negara apabila menentang Thailand, seharusnya kita dapat sekurang-kurangnya 5 atau 6 atau juga 7 jaringan, tapi atas ketumpulan, kegopohan penyerang tersebut jadi kita hanya berpuas hati dengan kemenangan biasa-biasa saja. Sekali lagi Tahniah Malaysia...

kickerz boyz

game smlm mmg byk sgt brubh dr game first ari2..tahniah n teruskn dgn kemngn..first 11 paling baik pnah ada utk game smlm...

hemomanja

syabas diucapkan..moga2 terus mencipta kejayaan di pusingan seterusnya..kenapa MALAYSIA harus menentang INDONESIA pada sebelah malam? sedangkan dengan negara lain berlangsung pada waktu petang..apakah bantuan laser hijau pihak lawan menjadi muslihat?

walt

tahniah diatas kemenangan thadap thailand.... perkemaskan lgi kawalan bola.. bgi barisan penyerang diharap jgn msia2kan peluang yg bnyak terhidang di depan pintu gol. bgi sorang penyerang dia hendaklah bpikir 3saat je samada nak shot bola utk skor gol ataupun bri hantaran lintang kat kwn ataupun bri lorongan... jgn mudah gelabah dan gopoh utk mjaringkan gol.. jgn pula terlalu lma pegang bola jika hendak lakukan jaringan atau lorogan kat kwn... sebeb pertahanan lwn akn cepat2 ambik posisi bertahan(zonal marking) utk menutup ruang yg ada... diharap dengan komen ikhlas daripada sya ni boleh dijdikan panduan utk memperbaiki mutu dibahagian serangan skuad negara.

Amad Bari

wah ramainye orang bagi ucapan tahniah..masa seri dgn singapore dulu duk kutuk2..skang ni mcam2 kata manis diberikan

khairulizam izam

tahniah, cuma saya sebagai peminat harimau muda ingin memberi sedikit komen membangun.
jangan ada di kalangan pemain yang ingin syok sendiri untuk mencipta nama. kena lah main secara team work. bola yang mesti dipassing jagn lah digelecek lagi sebab ingin cipta nama bahawa "dia ada skill" tapi mudah dicantas oleh pihak lawan. kita bukan pro mcm messi atau cristiano ronaldo. jgn buat mcm tuu. bola yang ada peluang gol tapi kputusannya hampa. ini lah senario permanian yang ada pada pemain malaysia sekarang. takkan nak ada pada ranking bertaraf kampung lagi. komen membangun dari peminat harimau malaya.

yusry chelah

JANGAN TERLEKA DENGAN KEMENANGAN INI.TERUSKAN FOKUS,BAIKI KELEMAHAN YANG ADA INSYAALLAH GARUDA AKAN DIBAHAM RIMAU

messi

jangan turunkan penyerang jersi 19 sharul,kerana banyak sia-siakan peluang,selepas selesa 4-0 bru boleh diturunkan...sakit je..

sainudin ali

Cayo la Harimau Malaya... Go Go Go... M'sia Boleh... U All Pasti Boleh...

Azliza binti Ali

Hidup HARIMAU MALAYA..Benam Kemboja..Kita ada player yang baik,jangan lalai defend harus lebih kuat stricker ken pandai take advantage..MALAYSIA BOLEH

nasarudin miskon

good job!!bukti kita layak menjadi pasukan asia tenggara yang berjaya bermain di kelayakan sukan olimpik,.

Tibri

Power...power..power..power...power Tahniah pada semua..

anuar

Tahniah buat team Malaysia...teruskan semangat dan rentak kemenangan..buktikan sekali lagi Malaysia boleh!

Ramlan bin Abu Samah

Teruskan usaha anda demi mengharumkan nama negara MALAYSIA. Kami sentiasa menyokong anda. TQVM to all players.

shahrizan

tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia...harap dapat teruskan permainan yg meyakinkan ni...cuma kebolehupayaan pemain untuk menjaringkan gol agak kurang...

toler

tahniah!kekalkan rentak n strategi..jgn sia2kn peluang depan gol..skuad harimau boleh!!!

nasrosicky

tahniah psukan bawah 23 malaysia...kami berbangga dengan kemenengan semalam...juga komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan,..corak permainan juga lebih baik...teruskan perjuangan yang belum selesai...insya allah ibu segala emas sukan sea boleh dipertahankan...tanah tumpahnya darahku...

Hasmi

Ada Kelas...permainan menarik dari pasukan harimau muda kelmarin.Terbukti latihan di slovakia berhasil. Namun beberapa kelemahan perlu diperbaiki seperti kegagalan menjaringkan gol kerana deretan peluang untuk menambah gol dipersiakan begitu shj. Penyerang perlu tenang di dalam kotak penalti...sepatutunya kita mrnang besar perlawanan semalam...well tahniah untuk harimau muda.Good Luck...

ahmad bin husin

tahniah diatas kemenangan pasukan malaysia 2-1 keatas Thailand.Sepatutnnya banyak lagi gol

azizaN BIN ABDUL RAHIM

tANIAH SEMOGA HAJAT UNTUK MEMPERTAHANKAN PINGAT EAMAS TERCAPAI. SPT KTA DATOK ANUAR MUSA EMAS BOLA SEPAK TAK SAMA DENGAN EMAS DARI ACARA ACARA LAIN.

Fairus

Permainan yang cantik dan berjaya mencipta banyak peluang. Walaupun tidak dapat menjaringkan gol tetapi gerakan itu sudah cukup untuk melemahkan pertahanan lawan. Lawan Kemboja nanti pastikan dapat jaringan yang besar.

man

bangga dengan malaysia..sebab ada player umur 17 tahun...pulun malaysia pulun..

fetry

tahniah kpd Harimau Muda. kekalkan momentum utk game seterusnya. dan bazirkan byk peluang. ikutkan game smlm Harimau Muda boleh menang. apa pun tahniah skali lagi.

lia

Tahniah!!tahniah!!tahniah!! skuad harimau muda..teruskan usaha kalian...Go Go Malaysia....

qaseh

tahniah harimau malaya.....go go go goo....senyapkan laungan bung karno....

Izad

Tahniah!!sebenarnya Malaysia boleh menang besar..teruskan perjuangan bagi menghadapi perlawanan seterusnya

qaseh

tahniah harimau malaya.....go go go goo....senyapkan laungan bung karno....

Malaysia Boleh

Tahniah Skuad Harimau Malaya.. teruskan usaha.. Kami Rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan kamu.. Malaysia Boleh!!!

Goli Pencen

Tahniah, tahniah, tahniah!!!. Game dgn Thailand ade peningkatan tetapi masih ade ruang yang perlu diperbaiki. Especially barisan depan yang gagal memanfaatkan byk peluang keemasan. Harap coach dpt asah lg barisan depan. Ayuh kita benam Kemboja dan Garuda di Stadium Bung Karno. Malaysia Boleh!!!.

faiz alias

dengan harapan mutu bolasepak malaysia terus maju dan maju

rosli razali

tahniah...harimau muda... kembalikan mertabat malaysia diarena bolasepak...MALAYSIA BOLEH!!!

zurin

cayalahhhhhhhh harimau terussskan mengaummmmmmmmmmmmmmmmmm

caireldaniel

Kalau tengok permainan semalam aku pun hairan kenapa kita tak boleh menang dengan Singapura... Kalau corak permainan semalam ditunjukkan waktu lawan Singapura... Aku yakin kita boleh menang besar... Lepas ni belasah Kemboja... Tahniah Harimau Malaya...

sharp shooter

teruskan perjuangan, semoga berjaya..amin

haszuan nasir

aper istimewanya fakri. better ambik alif firdaus azizul. pemain muda n9. main utk n9 pun simpanan

qamarul

tahniah..harimau muda corak pmainan mcm ni la kita nk lihat jngan mudah mengalah...cuma perlu tenang sikit

sybb

Tahniah buat skuad malaysia. Namun, jangan leka dgn kemenangan semalam. Diharap malaysia mengekalkan momentum permainan dan sukses..Malaysia boleh!!

mokhri najim

alhamdulillah kita berjaya semoga berterusan,wira wira kita main dengan kreatif dan berani,semoga mereka terusw berjaya dan berjaya,,,tahniah Ong Kim Swee..kamu semua memang boleh..terima kasih

wan

taniah buat skuad negara . teruskan dengan permainan yang menyakinkan tu....

wan

taniah buat skuad negara . teruskan dengan permainan yang menyakinkan tu....

Amir Mahmod Bin Senin

msia bermain dengan baik dan teratur..harap dapat diteruskan cara permainan sebegini...go Malaysia

muhammad faizal..

tahniah!!!!! skuad harimau...peluang untuk pertahankan emas pada sukan sea laos dulu skrg amatlah cerah..hanya tggal 1 kemenangan sahaj lg untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir...teruskan usaha skuad harimau...

shekin

Syabas kepada team Malaysia....teruskan perjuangan dalam game yang akan datang. Malaysia Boleh

lymin ramli

tahniah buat harimau malaya..teruskan perjuangan anda..rakyat malaysia sentiasa menyokong kalian smua.

ahmad sumatra

Tahniah...Buat pasuakan bola sepak Sukan Sea Malaysia, teruskan perjuangan utk memburu pingat emas dan tidak lupa juga buat semua pihak pengurusan, Malaysia Boleh.

hasnihassim

Syabas ,,,Tahniah Malaysia..kejayaan hari ini pencetusan Emas SEA Games nanti...namun lebih manis jika team b/sepak dapat memperbaiki kesilapan dan meningkatkan lg keupayaan sebenar....SELAMAT MAJU JAYA MALAYSIA TIGERS

Achik Azahari

Teruskan Harimau Muda !! Kami sentiasa di belakang anda.. Malaysia Boleh !!

Sulaiman Dali

Syabas Malaysia atas kemenangan ini, berharap Malaysia tidak memperkecilkan kemampuan Kemboja pada perlawanan Ahad ini. Fokus sehingga menjadi juara kelak, InsyaAllah.

fahrur

banyak lagi kelemahan pasukan malaysia yang harus diperbaiki terutama aspek kawalan bola, hantaran bola,hilang tumpuan,dan main terlalu enjoy selepas mendahului lawan.

one lepo

bagus harimau malaya, br syok tgk bila main bola mcm smlm, ada kelass...teruskan kemaraan Harimau Malaya...

Kennedy

Tahniah, misi seterusnya , kita senyapkan Gelora Bung Karno dengan benamkan Indonesia, pedulikan serangan psikologi mereka, TQ Datuk Menteri Sukan kita dengan komen yang berani terhadap taktik kotor tuan rumah..

Ismail Abu Bakar

Tahniah Pasukan Kebangsaan. Ini namanya melawan. Gigih dan bersemangat tinggi. Hantaran2 tepat sudah menjadi. Larian di bahagian hadapan cukup memberangsangkan. Teruskan kecemerlangan ini. Yg prlu diambil perhatian ialah kawalan bola. Jurulatih perlu membrikn fokus terhadap masalah tersebut. Selamat berjuang dan doa kami untuk anda semua.

muhd azhari bin jumil

tahniah... harimau malaya...

Cicaktokek

Tahniah Harimau Muda. Anda semua bermain dengan baik. Cuma banyak kali barisan depan membuatkan jantung kami hampir luruh. Harap permainan akan datang, barisan depan lebih berbisa. Main bola adalah untuk menjaringkan gol, bukan membuang gol.

hafiz

Permainan harimau muda nampak matang dan seolah-olah berada pada kelas yang tersendiri apabila menentang Thailand. Pemain kita juga tidak banyak melakukan kesilapan. Ini adalah sesuatu yang positif.

Full content generated by Get Full RSS.

Buru emas terakhir sebelum bersara

Posted: 09 Nov 2011 01:56 PM PST

Sukan

Emy Latip

Emy Latip

Emy sedia undur diri selepas gelaran kelima, mahu fikir soal rumah tangga

"SAYA mahu menang emas terakhir sebelum memikirkan soal bersara," demikian tekad srikandi silat negara, Emy Latip mengenai penampilan kali kelimanya pada temasya serantau kali ini.

Pesilat kelahiran Lahad Datu, Sabah berusia 27 tahun itu menjadi prospek memenangi emas selepas mengungguli Kelas C (50-55kg) di Laos dua tahun lalu.

Emas itu adalah yang pertama dimenangi gadis itu selepas tiga kali percubaannya sebelum ini gagal apabila sekadar menang gangsa (2003), perak (2005) dan gangsa (2007). "Usia makin meningkat dan mungkin kudrat saya tidak setangkas seperti dua tahun lalu. Lagipun, seperti wanita lain saya juga berkeinginan berumah tangga.

"Jadi, temasya ini banyak ertinya kerana selain mahu mempertahankan emas yang dimenangi, saya juga mungkin mahu memburu emas terakhir sebelum bersara," katanya.

Menyorot mengenai kerjayanya sebelum bergiat cergas dalam silat, mungkin ramai tidak tahu Emy sebenarnya aktif dalam taekwondo dan pernah mewakili Sabah bertanding di peringkat kebangsaan.

"Namun, kerana sukar untuk mendapat tempat dalam skuad kebangsaan, jurulatih mencadangkan saya bergiat aktif dalam silat pada 2003 dan selepas memikirkannya secara mendalam, saya mengikut saranan itu.
"Ternyata, keputusan saya tepat apabila pada tahun pertama, saya sudah merebut tempat dalam skuad kebangsaan dan tampil beraksi pada Sukan SEA buat julung kali," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


‘Usah ragui lagi’

Posted: 09 Nov 2011 09:56 AM PST

KETIKA ramai yang meragui kemampuannya, penyerang negara, Izzaq Faris Ramlan mengotakan janjinya apabila muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membolehkan Malaysia menang 2-1 ke atas Thailand dalam kempen bola sepak Kumpulan A Sukan Sea Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.

Izzaq, 21, yang masuk menggantikan pemain sayap Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-80, merembat masuk gol kedua negara lima minit selepas itu sebaik mendapat hantaran kapten, Baddrol Bakhtiar dalam kotak penalti.


Gol itu cukup penting kerana ia bukan saja kembali menyemarakkan peluang Malaysia dalam misi mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos, dua tahun lalu malah ia begitu bermakna buat Izzaq yang dikritik hebat sebelum ini kerana aksi kurang memberangsangkan.

"Saya gembira kerana diturunkan, malah lebih bermakna apabila dapat menjaringkan gol kemenangan. Sebelum ini ramai yang meragui kemampuan saya dan gol ini bagus untuk karier bola sepak saya," katanya yang ditemui selepas tamat perlawanan.


Sebelum ini, ramai pihak kurang berpuas hati dengan penampilan Izzaq, bukan saja dalam skuad Olimpik, malah ketika dipanggil bersama skuad senior kerana gagal menjaringkan gol di pentas antarabangsa.


Kali terakhir pemain kelahiran Kemaman, Terengganu itu menjaringkan gol ketika skuad bawah 23 tahun negara menewaskan Nepal 2-0 dalam aksi persahabatan bulan lalu.

Pada perlawanan pertama ketika Malaysia seri 0-0 dengan Singapura pada aksi pertama Isnin lalu, Izzaq turut beraksi 10 minit terakhir kerana tidak cukup cergas sepenuhnya akibat diserang cirit-birit.


Semalam, selepas 25 minit mengatur gerakan, Malaysia berjaya membuka tirai jaringan apabila bola lorongan Mohd Asraruddin Putra Omar ke dalam kotak penalti bijak disempurnakan Baddrol dengan rembatan deras ke penjuru gawang.

Pada babak kedua, skuad muda negara hampir di depan namun rembatan deras pemain sayap kanan Wan Zaharulnizam singgah di tiang gol ketika penjaga gol, Weerawut Kayern sudah tertewas.


Bagaimanapun gerakan Thailand yang beraksi dengan 10 pemain selepas tidak dapat menukar seorang pemain yang cedera kerana sudah memasukkan tiga pemain gantian menyamakan kedudukan menerusi sepakan kencang Natarid pada minit ke-76.


Namun Izzaq membuktikan kenapa dia berhak berada dalam skuad dengan menyumbat gol kemenangan selepas bijak memperdayakan pertahanan lawan pada minit ke-85.

Full content generated by Get Full RSS.

Yi Ting fokus individu

Posted: 09 Nov 2011 09:52 AM PST

PEMENANG tiga emas di temasya Sukan Sea Laos dua tahun lalu, Siow Yi Ting sedar dia tidak boleh memasang angan-angan tinggi di temasya di Palembang kerana hanya berlatih secara serius sejak dua bulan lalu.

Pemenang tiga anugerah Olimpian itu hanya mula menjalani latihan di Kuala Lumpur, Ogos lalu selepas memberi tumpuan terhadap pelajarannya di Amerika Syarikat.


Selepas beraksi di Laos, Yi Ting hanya menyertai satu kejohanan iaitu Terbuka Hong Kong, bulan lalu yang menyaksikan dia menang perak acara 200m kuak dada dengan catatan 2:35.53s dan gangsa 50m kuak dada, 33.69s.

"Meskipun mendapat pingat, catatan masa saya jauh di belakang masa terbaik kerana hanya berlatih sebulan sebelum kejohanan. Tahap kecergasan saya sudah meningkat dan semoga latihan saat akhir dapat membantu saya memenangi pingat di sini," katanya.


Gadis berusia 25 tahun itu menang tiga emas di Laos dengan merakam rekod kejohanan bagi acara 100m, 200m kuak lentang selain 200m rampaian individu.


Justeru dia hanya mahu fokus terhadap acara individu biarpun jurulatih kebangsaan, Paul Birmingham menyenaraikan namanya dalam enam acara.

"Saya pasti akan bertanding dalam acara 50m, 100m dan 20m kuak lentang dan 200m rampaian individu." Begitupun dia berasa sukar untuk mempertahankan ketiga-tiga emas dimenangi dua tahun lalu iaitu 100m dan 200m kuak dada serta 200m rampaian individu.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS