Kosmo Online - Sukan |
Posted: 'Waspada ancaman Kemboja'Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
KEJAYAAN menjinakkan Thailand 2-1 pada aksi kedua Kumpulan A pada temasya Sukan SEA 2011 kelmarin telah menggembirakan jutaan peminat fanatik bola sepak tempatan. Kemenangan tersebut dilakar selepas skuad Harimau Muda sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Singapura pada aksi pembuka tirai, Isnin lalu. Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu dilihat kembali ke landasan sebenar dalam misi mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos dua tahun lalu. Setakat ini, Harimau Muda berkongsi empat mata dengan Singapura yang turut menang 2-1 ke atas Kemboja dalam satu lagi perlawanan kumpulan A kelmarin. Skuad Harimau Muda yang bakal melayan cabaran Kemboja pada Ahad ini akan membuat perhitungan dengan tuan rumah, Indonesia empat hari kemudian. Jika tidak mahu memilih jalan sukar, skuad negara perlu mencatat kemenangan yang besar ke atas Kemboja nanti bagi mengelak dipintas Singapura pada saat-saat akhir. Meskipun dianggap pasukan belasahan, Kemboja yang bimbing jurulatih, Tae Hoon Lee tidak mustahil mampu membuat kejutan, sekali gus menjadi 'duri dalam daging' kepada pasukan negara dan ia juga diakui jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal. "Saya harap pasukan negara tidak mengambil mudah cabaran Kemboja. Kita harus menang bagi mengelak tekanan berdepan Indo- nesia pada perlawanan terakhir nanti," kata Rajagobal ringkas ketika dihubungi Kosmo! sebelum berlepas ke India petang semalam. Mengimbau rekod pertemuan kedua-dua pasukan pada temasya Sukan SEA, keputusan dilihat lebih berpihak kepada Malaysia apabila membelasah Kemboja 4-0 di peringkat kumpulan di Vientiane, Laos dua tahun lalu menerusi jaringan Abdul Manaf Mamat, Nor- shahrul Idlan Talaha, S. Kunanlan dan Safiq Rahim. Harimau Muda juga membelasah Kemboja, masing-masing 8-1 dan 5-0 ketika diundi dalam satu kumpulan bagi temasya 2003 dan 2005. Begitupun, kredibiliti penyerang Kemboja, Phourng Soksana dan Chin Choeun yang sesekali berjaya mencemaskan kubu Indonesia ketika dibelasah 0-6 pada aksi pembuka tirai Isnin lalu juga tidak boleh dibiarkan bermaharajalela. Mungkin ramai yang sudah lupa bahawa anak-anak buah Kim Swee sebelum ini pernah tewas 0-1 kepada Kemboja dalam satu aksi persahabatan pada Jun lalu. Justeru, ada baiknya mereka tidak terlalu yakin sehingga gagal meraih tiga mata berharga. Tambahan pula, misi menentang Indonesia di depan penyokong fanatik Sang Garuda memang satu tugas sukar jika kita tewas atau seri ketika menentang Kemboja nanti. Aksi Kumpulan B juga tidak kurang hebat apabila Myanmar dan Vietnam kini masing-masing mengumpul tujuh mata sambil diekori rapat oleh Timor-Leste yang mengutip enam mata. Full content generated by Get Full RSS. | |
Posted: 'Belum masa berpesta'KIM SWEE (berdiri) melayan anak-anak buahnya dalam majlis makan tengah hari di sebuah restoran terkemuka di Jakarta semalam. JAKARTA - "Kami tidak boleh berpesta seperti sudah memenangi pingat emas tetapi kami harus fokus bagi menghadapi perla- wanan akan datang." Itu peringatan yang diberikan oleh jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Ong Kim Swee kepada skuad kendali- annya semalam iaitu sehari selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Thailand pada aksi kedua Kumpulan A temasya Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno kelmarin. Kim Swee berkata, barisan Harimau Muda tidak harus cepat berpuas hati se- lepas menumbangkan sku- ad 'Negara Gajah Putih' itu kerana persaingan bagi memburu slot separuh akhir dilihat masih terbuka buat semua pasukan. Bagi Kim Swee, mereka tidak boleh keciciran mata berharga ketika berdepan Kemboja pada Ahad ini sebelum dijadualkan menentang Indonesia empat hari kemudian. Biarpun tampil selaku pasukan pilihan ketika membuat perhitungan dengan Kemboja nanti, Kim Swee berkata, skuad negara tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan yang tewas dalam dua perlawanan sebelum ini. "Kami tidak harus memandang rendah kemampuan Kemboja, sebaliknya para pemain harus fokus dan serius bagi menghadapi perlawanan tersebut. "Seperti yang saya katakan sebelum ini, persaingan dalam Kumpulan A amat sengit. Saya percaya hanya pada hari terakhir (saingan Kumpulan A) nanti, baru kita akan tahu siapa lebih layak ke separuh akhir. "Paling mustahak, skuad negara perlu mengutip sekurang-kurangnya tujuh mata untuk mara ke separuh akhir terlebih dahulu. Kemudian baru kita fikir mengenai peringkat akhir," jelas Kim Swee ketika ditemui Kosmo! semalam. Selepas mengharungi dua perlawanan, Harimau Muda menerajui Kumpulan A apabila berkongsi empat mata dengan Singapura, diikuti Indonesia (tiga), manakala Thailand dan Kemboja gagal meraih sebarang mata. Hari ini, Indonesia akan menentang Singapura, aksi yang dinantikan oleh Kim Swee bagi mengintai kekuatan Indonesia yang sebelum ini mudah membelasah Kemboja 6-0. Biarpun mengakui kedua- dua pasukan mempunyai peluang seimbang, Kim Swee tetap menganggap Singapura masih mempunyai kekuatan bagi menjerat tuan rumah. "Bagi saya, apa yang lebih penting keputusan membabitkan skuad negara. Kami tidak boleh kehilangan mata berharga dalam baki dua perlawanan terakhir. "Setiap mata yang dikutip amat penting dan tidak mustahil, penentuan bagi mencari pasukan yang layak ke separuh akhir diten- tukan menerusi perbezaaan gol," katanya. Mengulas pertemuan dengan Thailand kelmarin, Kim Swee berkata, anak- anak buahnya mula menunjukkan karakter positif di tengah padang berbanding aksi ketika bertemu Singapura yang menyaksikan mereka sekadar seri tanpa jari- ngan. "Ia satu kemenangan yang memang kita cari bagi memastikan kita layak (ke separuh akhir). Bagi saya, para pemain boleh beraksi dengan baik lagi berbanding semalam (kelmarin). "Tetapi saya berbangga kerana karakter positif yang ditunjukkan para pemain. Ada beberapa pemain yang telah memainkan peranan penting bagi membantu pasukan mencipta kemenangan dan mereka harus diberi pujian. "Pemain gantian juga telah menunjukkan prestasi yang baik dan sudah tentu saya gembira melihatkan situasi itu." Selepas mengharungi jadual padat sejak tiba di Jakarta minggu lalu, skuad Harimau Muda diberi rehat semalam sebelum kembali menjalani latihan seperti biasa hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
Baddrol bakar semangat rakan-rakan sepasukan Posted: Baddrol bakar semangat rakan-rakan sepasukanBADDROL (kiri) akui percaturan Kim Swee memberi kesan kepada corak permainan Thailand. JAKARTA - Kejayaan menewaskan Thailand di Stadium Gelora Bung Karno kelmarin ternyata menyuntik sema- ngat barisan Harimau Muda bagi meneruskan momentum sedia ada. Biarpun menerima kritikan ekoran prestasi hambar ketika seri dengan Singapura pada aksi sulung Kumpulan A (Isnin lalu), ia sedikit pun tidak melunturkan semangat anak-anak buah Ong Kim Swee untuk bangkit de- ngan rentak lebih bertenaga. Hasilnya, mereka berjaya meraih tiga mata berharga apabila membenam Thailand 2-1 menerusi jaringan kapten Baddrol Bakhtiar dan Izzaq Faris Ramlan. Bagi Baddrol, percaturan Kim Swee menguatkan jentera tengah Harimau Muda telah memberi kesan kepada corak permainan Thailand. "Perlawanan menentang Thailand memang berbeza ketika kami bertemu Singapura pada aksi pembukaan lalu. Jadi, para pemain sudah mendapat rentak permainan dan dapat menyesu- aikan diri dengan keadaan padang dan cuaca. "Para pemain juga telah mengikut setiap arahan daripada jurulatih sehingga membolehkan kami mencapai kemenangan ke atas Thailand semalam (kelmarin)," kata Baddrol semalam. Biarpun berjaya menumbangkan Thailand, Baddrol tetap mahu rakan- rakan sepasukannya berwaspada ketika berdepan Kemboja, Ahad ini dan Indonesia pada 17 November. "Masih ada kelemahan yang perlu kami perbaiki lagi menjelang pertemuan dengan Kemboja dan Indonesia. "Saya yakin jurulatih sudah mempu- nyai percaturan tersendiri bagi menghadapi kedua-dua perlawanan itu nanti. "Yang penting, para pemain mengikut setiap arahannya," katanya yang turut menjadi tonggak skuad negara ketika meraih emas pada Sukan SEA 2009 di Laos. Ditanya barisan pemain kendalian Kim Swee dengan 'skuad emas' di Laos, Baddrol berkata: "Tidak banyak bezanya. Saya lihat semua pemain bersemangat untuk memburu kejayaan. "Para pemain muda negara mempu- nyai bakat yang tinggi dan mereka juga bersaing secara sihat bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama," katanya. Antara pemain muda yang mendapat kepercayaan Kim Swee bagi menggas cabaran skuad Harimau Muda pada temasya kali ini termasuk Muhd. Nazmi Faiz Mansor, 17, dan Syahrul Azwari Ibrahim, 18. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan