Republika Online

sumber :-

Republika Online


Sriwijaya FC Siapkan Skuat ke Liga Champion Asia

Posted: 24 Jun 2012 10:58 PM PDT

REPUBLIKA.CO.ID, PALEMBANG - Sriwijaya FC segera berbenah seusai perang bintang Liga Super Indonesia 2011-2012 di Palembang, 15 Juli, untuk persiapan mengikuti Liga Champions Asia, kata Direktur Teknik Klub Hendri Zainuddin.

"Satu atau dua hari setelah laga perang bintang manajemen Sriwijaya FC akan mengumumkan daftar pemain yang dipertahankan atau dilepas karena kontrak memang berakhir pada Juli 2012," ujarnya di Palembang, Senin.

Tim dipersiapkan lebih awal mengingat berpeluang turun pada Liga Champions Asia 2013 setelah menjadi juara Liga Super Indonesia musim ini.

"Sriwijaya FC berbeda dengan klub lain karena memiliki kesempatan turun pada ajang level Asia sehingga harus menyiapkan tim lebih awal. Kemungkinan 10-20 persen pemain akan diganti," ujarnya.

Sriwijaya FC segera berbenah memperbaiki kekuatan tim untuk persiapan tampil pada kejuaraan yang lebih tinggi kastanya.

Kesempatan tim asal Sumsel itu turun pada ajang terbaik di kawasan Asia sangat terbuka mengingat terjadi rekonsiliasi antara PSSI Djohar Arifin dengan KPSI dan PT Liga Indonesia. Sebelumnya, PSSI tidak mengakui keberadaan LSI karena memiliki kompetisi resmi LPI.

"Pada September 2012 akan ada Kongres Luar Biasa PSSI, sehingga optimistis menjadi wakil Indonesia tampil di level Asia," ujarnya.

Pencinta "Laskar Wong Kito" patut berbangga dengan prestasi yang dicapai tahun ini karena mengunci gelar dari Persipura pada laga ke-30, meski pertandingan masih menyisakan empat laga lagi.

Del Bosque Terkejut Kematian Roque

Posted: 24 Jun 2012 10:01 PM PDT

REPUBLIKA.CO.ID,GNIEWINO- Pelatih Spanyol Vicente del Bosque Minggu menyatakan amat terkejut dan sedih mendengar kematian mantan pemain Real Betis dan Liverpool, Miki Roque, yang berjuang mengatasi penyakit kanker, kata petinggi Federasi Sepak Bola Spanyol.

"Kami amat terkejut mendengar berita itu dan kami yang lagi berada di Polandia amat sedih--kendati mengetahui ia sudah sakit serius," katanya.

"Kami semua mengucapkan duka cita kepada keluarga Miki, juga kepada pendukungnya dan kepada Real Betis," kata Del Bosque.

Roque yang berusia 23 tahun, selama empat tahun bergabung dengan tim utama di Anfield, setelah bergabung dengan pelatih Spanyol Rafa Benitez sebagai pemain remaja pada 2005.

Ia kembali ke Spanyol bersama Betis pada 2009 tapi Maret lalu didiagnosa mengalami penyakit kanker pada tulang pinggulnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Misi tiga mata

Posted: 24 Jun 2012 11:30 AM PDT

BERMULA dengan pertemuan menentang Filipina petang ini, skuad Bawah 22 Tahun negara (B-22) tidak mempunyai pilihan selain meraih kemenangan pada baki saingan Kumpulan G kejohanan kelayakan Piala Asia 2013 B-22, di Yangon, Myanmar.

Selepas tersilap langkah ketika aksi pembukaan apabila tewas 2-3 kepada Korea Selatan, kelmarin, jurulatih Ong Kim Swee mengaku anak buahnya perlu mengutip mata maksimum dan tidak boleh bergantung kepada pasukan lain.


"Kami perlu menewaskan Filipina untuk mengutip tiga mata kerana selepas ini, saya ibaratkan setiap perlawanan seperti final. Kami tidak boleh harapkan Korea mengalahkan Myanmar, Vietnam, Taiwan untuk membolehkan kita layak.

"Kami perlu kumpul mata maksimum dan tidak boleh bergantung kepada nasib semata-mata," katanya ketika dihubungi Arena Metro di Myanmar semalam.


Tewas kepada Korea meskipun memberikan tentangan sengit menerusi dua jaringan penyerang A Thamil Arasu pada perlawanan pertama meletakkan Malaysia di tangga keempat, ketinggalan di belakang Myanmar, Korea dan Taiwan yang masing-masing mengumpul tiga mata.


Biarpun di atas kertas, Malaysia memiliki kelebihan untuk menundukkan Filipina di Stadium Aung San, Kim Swee tidak mahu anak buahnya terlalu ghairah memburu gol meskipun sedar perlu mencipta kemenangan besar selepas pasukan tuan rumah membelasah Filipina 5-1 pada perlawanan pertama.

"Kalau boleh kami perlu kumpul banyak gol kerana bagi saya kemenangan paling utama. Saya tidak mahu memberikan tekanan kepada pemain dengan meletakkan sasaran jumlah gol.


"Kami tidak boleh memperlekehkan Filipina walaupun tewas kepada Myanmar, mereka bertahan dengan hebat sebelum pintu gol mereka dibolosi," katanya.

Memandangkan tempoh rehat singkat sebelum skuad negara turun untuk menentang Taiwan, Khamis ini, Vietnam (30 Jun) dan Myanmar (3 Julai), Kim Swee berkata, beliau sedia melakukan rombakan kesebelasan utamanya termasuk merehatkan Thamil Arasu yang mengalami kecederaan hamstring.


"Saya perlu ambil kira faktor kecergasan pemain kerana kita akan menghadapi tiga lagi perlawanan sukar selepas menentang Filipina. Saya akan membuat rombakan dan berharap pemain yang saya turunkan dapat memberikan sumbangan," katanya yang turut kehilangan tonggak pertahanan tengah, Mohd Amer Saidin bagi baki kempen kali ini akibat kecederaan belakang dialami ketika sesi latihan semalam.


Malaysia bersaing di kejohanan ini untuk merebut salah satu daripada dua slot Kumpulan G untuk layak ke final Piala Asia B-22 tahun depan.


Berang dituduh pengintip

Posted: 24 Jun 2012 11:25 AM PDT

GDANSK: Fabio Capello bagaikan 'orang gila' apabila berang dengan mereka yang mendakwa beliau membantu persiapan Itali bagi perlawanan menentang England, awal pagi tadi.

Anak Capello, Pierfilippo berkata, bekas pengurus England kelahiran Itali itu sebenarnya berbelah bagi untuk memilih pasukan yang bakal disokongnya.


Sebelum tiba di Miami bagi perlawanan amal bersama Lionel Messi, semalam, Capello dimaklumkan mengenai laporan yang mendakwa beliau mengkhianati England selepas empat tahun menjadi pengurus skuad kebangsaan negara itu.

"Siapa yang menulis artikel itu?" tanya Capello. "Saya akan saman mereka." Pierfilippo berkata: "Fabio marah-marah apabila saya memberitahunya mengenai perkara ini. Kami akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang mendakwa beliau membantu jurulatih Itali. Mereka sebenarnya langsung tidak pernah berhubung sejak setahun lalu.


"Ini satu penghinaan buat Fabio kerana mendakwa beliau mendedahkan maklumat mengenai pasukan England selepas empat tahun bertugas bersama FA.


"Beliau masih mempunyai hubungan baik dengan pihak FA. Beliau tidak melakukan perkara seumpama itu dan menghargai hubungannya dengan pemain England." "Adakah Capello bekerjasama dengan England untuk menentang negara kelahirannya? Sudah tentu, tidak." kata anaknya yang bertindak sebagai ejen dan sebahagian daripada penasihat undang-undang untuk ayahnya.

"Fabio tidak tahu kemampuan pemain Itali berbanding Roy Hodgson. Beliau tidak membantu mana-mana pasukan meskipun amat berharap dapat menyaksikan perlawanan itu.


"Ketaatan beliau kini terbahagi dua. Beliau bangga menjadi rakyat Itali dan bermain untuk negaranya, namun sukar untuk menyokong Itali kerana England juga berada di hatinya. Saya akan menyokong Itali tapi ayah 50-50." Capello sebelum ini mengemudi England untuk menduduki tempat teratas kumpulan kelayakan Euro 2012. - Agensi


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Euro 2012: Alonso wira La Roja

Posted: 24 Jun 2012 12:07 PM PDT

Sukan

Anak buah Del Bosque tunjuk 'jalan keluar' Les Bleus

SEPANYOL melangkah setapak lagi untuk menjulang kejuaraan utama ketiga selepas menundukkan Perancis 2-0 di suku akhir, awal pagi semalam.

Gol dalam setiap babak permainan melalui pemain tengah, Xabi Alonso membawa penyandang juara dunia dan Eropah itu ke separuh akhir bertemu Portugal di Arena Donbass, Khamis ini.

Saya fikir kami mengawal keadaan dengan baik sepanjang masa. Ia tidak pernah menjadi mudah namun saya merasakan kami bermain perlawanan yang hebat. - Xabi Alons

Ia kemenangan pertama Sepanyol dalam tujuh perlawanan kompetitif menentang Perancis, yang berhasrat menjadi pasukan pertama menyingkirkan pasukan itu daripada kejohanan utama sejak melangkah ke final Piala Dunia 2006.

Sepanyol mengharungi tekanan Perancis pada babak kedua sebelum Alonso mengesahkan kemenangan menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.

"Saya fikir kami mengawal keadaan dengan baik sepanjang masa. Ia tidak pernah menjadi mudah namun saya merasakan kami bermain perlawanan yang hebat," kata Alonso.

"Saya tidak fikir ia keputusan yang tidak adil kerana mereka tidak benar-benar menghasilkan banyak peluang.
"Kami mengawal permainan lebih banyak. Perlawanan seperti ini selalunya amat tegang dan kami perlu memberikan tumpuan penuh untuk menang," kata pengendali Sepanyal, Vicente del Bosque.

Untuk laporan lanjut kerancakan Euro 2012, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini


Euro 2012: Messi hantui Ronaldo untuk raih 'pemain terbaik dunia'

Posted: 24 Jun 2012 12:02 PM PDT

Sukan

DONETSK: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo tetap dihantui kelibat Leo Messi yang tidak beraksi di Euro 2012, bagi meraih gelaran 'pemain terbaik dunia'.

Messi diiktiraf sebagai terbaik sebanyak tiga kali berbanding Ronaldo sekali tetapi persaingan mengejar takhta yang berterusan itu sangat menarik antara Real Madrid dengan Barcelona.

Ini kerana persaingan mereka tidak seperti Pele dan Diego Maradona yang tidak pernah memenangi gelaran antarabangsa. Pergerakan bibir peminat terhadap perlawanan lalu kekal dengan mengatakan Ronaldo menjerit 'Messi' selepas menjaringkan gol ke atas Republik Czech - meskipun dia menegaskan sebaliknya dengan menyatakan ia didedikasikan untuk anaknya Cristiano Ronaldo Junior.
Bekas bintang Real Madrid, Alfredo di Stefano kini memasuki debat itu dengan memberitahu akhbar harian Portugal, Diario de Noticias, dia menyokong hujah Ronaldo itu.

"Saya tidak melihat semua aksi Euro 2012 tetapi Ronaldo mempunyai corak permainan yang hebat. Dia menjaringkan gol yang cantik ketika bertemu Republik Czech.

"Dia pemain yang lengkap - penyerang yang ada di sana untuk menjaringkan gol," kata legenda Real Madrid kelahiran Argentina itu.
Namun, Di Stefano mengakui dia mempunyai sebab khas untuk memberi sokongan kepada Ronaldo - bukan semestinya atas alasan bakat semata-mata. "Messi dan Rpnaldo adalah dua pemain yang berbakat besar tetapi saya ingin menegaskan pemain terbaik di dunia adalah dari Real Madrid," jelasnya.

Messi yang kini di Argentina begitupun cuba untuk mengelak perdebatan itu. "Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan," katanya secara diplomatik - meskipun dia pernah berkata mengimpikan Sepanyol - yang boleh bertemu Portugal dalam separuh akhir - untuk memenangi kejohanan.

"Saya harus mengakui yang saya tidak sangat mengikuti Euro 2012 dan saya tidak mempunyai pasukan pilihan yang jelas tetapi saya menyukai Sepanyol untuk menang bagi menggembirakan semua rakan di sana." - AFP


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Republika Online

sumber :-

Republika Online


Tabrakan Berbuah Hukuman 20 Detik

Posted: 24 Jun 2012 06:55 PM PDT

REPUBLIKA.CO.ID, VALENCIA -- Pastor Maldonado mendapat hukuman 20 detik dari panitia balap Formula Satu pada Ahad. Itu karena Moldonado bertabrakan dengan Lewis Hamilton pada Grand Prix Eropa.

Maldonado dari tim Williams bertarung dengan pebalap McLaren, Hamilton, untuk meraih peringkat ketiga sebelum keduanya bertabrakan di akhir balapan. Sehingga, Hamilton akhirnya menubruk pembatas dan terpaksa mengundurkan diri dari balapan.

Setelah balap, Maldonado menuduh Hamilton telah mengemudi terlalu agresif.

"Saya tidak tahu mengapa ia mengemudi seperti itu," kata Maldonado. "Ia terlalu banyak mendapat kesulitan dengan ban. Ia benar-benar hilang (kendali) dan saya saat itu mulai mendapatkan kecepatan yang sangat baik. Ia berusaha bergerak begitu agresif kepada saya."

Maldonado hanya dapat finis peringkat keenam. Hukuman Maldonado membuat dirinya merosot ke posisi ke-12 klasemen.

Alonso Lengkapi Euforia Spanyol

Posted: 24 Jun 2012 11:46 AM PDT

REPUBLIKA.CO.ID, Pahlawan lokal, Fernando Alonso, memberi tambahan kegembiraan bagi warga Spanyol pada Ahad, ketika ia menjadi pebalap pertama yang memenangi dua balap Formula Satu musim ini, dengan memacu Ferrari-nya untuk meraih kemenangan di Grand Prix Eropa.

Kurang dari 24 jam setelah tim sepak bola Spanyol mengamankan tempat di semifinal Piala Eropa 2012, pebalap yang telah dua kali menjadi juara dunia ini memberi penonton yang memadati alasan lain untuk berpesta bagi para penonton di Valencia.

Alonso, yang membentangkan bendera Spanyol saat ia merayakan kemenangan, menjadi pemenang balap dengan mengungguli pebalap peringkat kedua, Kimi Raikkonen dari Lotus, dan peringkat ketiga, Michael Schumacer dari Mercedes.

Pebalap Red Bull, Mark Webber, yang memulai balap dari posisi ke-19, menghuni peringkat keempat dengan mengungguli Nico Hulkenberg dan Nico Rosberg, yang menduduki peringkat keenam untuk Mercedes.

"Saya tidak dapat berkata-kata mengenai perasaan istimewa karena memenangi Grand Prix di kandang sendiri," kata Alonso, yang memiliki nama keluarga sama seperti Xabi Alonso, pesepak bola yang mencetak dua gol untuk membawa Spanyol mengalahkan Prancis di perempat final Piala Eropa 2012.

Ia menambahkan, "Ini unik dan istimewa."

"Tribun penonton penuh dengan warna dan bendera-bendera Spanyo dan setelah para pesepak bola menang di Piala Eropa 2012, saya merasa sangat bangga menjadi orang Spanyol pada saat ini. Ini mungkin merupakan kemenangan terbaik yang pernah saya miliki."

Kemenangan Alonso membuat dirinya melonjak ke posisi teratas di klasemen pebalap, dengan 111 poin mengungguli Webber (91 poin), dan Hamilton (88) yang sekarang berada di posisi ketiga di klasemen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sindikasi bola.okezone.com

sumber :-

Sindikasi bola.okezone.com


"Bayern Tak Butuh Dzeko"

Posted: 24 Jun 2012 12:35 PM PDT

MUNICH – Pelatih Swiss, Ottmar Hitzfeld, menyuarakan opininya tentang kabar yang mewartakan kedatangan Edin Dzeko ke Allianz Arena. Menurut mantan pelatih Bayern Munich ini, Dzeko tidaklah penting karena Bayern telah memiliki penyerang yang cukup.

"Dzeko? saya pikir Bayern telah memiliki cukup striker dengan kedatangan (Claudio) Pizzaro dan masih ada (Nils) Petersen juga. Jadi, tidak penting untuk menambah striker top lagi," ujar Hitzfeld, seperti dilansir Goal, Minggu (24/6/2012).
 
"Kecuali, pelatih ingin mengganti formasi dengan menempatkan dua pemain di depan. Lagi pula, Bayern juga telah memiliki Gomez dengan formasi 4-2-3-1 mereka. Bahkan banyak pemain depan yang tidak mendapatkan kesempatan untuk bermain," jelasnya.
 
Selain itu, Hitzfeld juga menyinggung soal kabar tentang Pep Guardiola yang digadang-gadang akan melatih Bayern pada tahun 2013 mendatang. Dia mengatakan, adanya Pep menakhodai Bayern akan menjadi sesuatu yang menguntungkan bagi klub.
 
"Jika mereka bisa mendapatkan tanda tangannya dan dia merasa nyaman untuk melatih tim dengan bahasa mereka, maka itu akan menjadi sesuatu yang bagus," tutupnya.
(fit)

Atletico Tegaskan Falcao Takkan Kemana-Mana

Posted: 24 Jun 2012 11:40 AM PDT

MADRID – Atletico Madrid menegaskan bahwa klub tidak tertarik untuk menjual Radamel Falcao. Pemain internasional Kolombia ini menjadi populer setelah penampilan briliannya bersama Atletico, musim lalu.

Hal ini ditegaskan langsung oleh direktur olahraga Atletico, Jose Luis Caminero. Dia mengatakan, Falcao akan tetap merumput bersama klub dan pihak manajemen Atletico tidak akan mempertimbangkan segala tawaran yang ditujukan kepada Falcao.
 
"Klub sangat sadar akan hal tersebut. Falcao akan tetap bermain di Atletico Madrid dan segala pembicaraan tentang hengkangnya Falcao dari klub merupakan kesalahan," ujar Caminero, seperti dilansir Football365, Minggu (24/6/2012).
 
"Penyerang kami akan tetap bermain bersama kami di musim mendatang. Kami tidak akan mempertimbangkan segala kemungkinan yang akan terjadi," lanjutnya.
 
Falcao didatangkan dari Porto dan memutuskan untuk bergabung bersama Atletico pada tahun 2011 lalu. Kesuksesannya bersama Porto mampu diulang kembali olehnya pada musim pertamanya di klub asal Spanyol itu. Saat ini, klub yang dikabarkan tengah mengincar pemain berusia 26 tahun itu adalah Manchester City, Barcelona, dan Real Madrid.
(fit)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ANTARA - Olahraga

sumber :-

ANTARA - Olahraga


Inggris vs Italia 0-0 di babak pertama

Posted: 24 Jun 2012 01:07 PM PDT

Jakarta (ANTARA News) - Babak pertama Inggris melawan Italia perempatfinal Piala Eropa 2012 sementara berakhir dengan skor 0-0.

Kedua tim terlihat saling bertukar serangan sejak menit awal.. Italia bergerak lebih banyak dari sisi kanan pertahanan Inggris, dimototri oleh Balzaretti dan De Rossi.

Menit 3, tendangan first time De Rossi dari luar kotak penalti Inggris hampir saja menjebol gawang Joe Hart. Sayang masih bisa diselamatkan oleh tiang gawang.

Menit ke 25 Balotelli melepaskan tendangan setelah lolos dari jebakan offside. Beruntung tendangannya masih membentur John Terry sehingga tidak mengarah ke gawang Inggris.

Balotelli kembali mengancam gawang Joe Hart dengan tendangan akrobatiknya pada menit 32, memanfaatkan umpan Antonio Cassano. Namun Kiper Inggris masih begitu sigap dan berhasil menangkap tendangan.

Sementara itu, Inggris membalas serangan lewat Johnson yang maju ke depan gawang Italia dan melakukan tendangan hasil umpan Milner dari sisi kanan pertahanan Italia. Namun masih bisa diselamatkan oleh Buffon dengan satu tangan.

Danny Welbeck juga memiliki peluang di menit 32 setelah melakukan kerjasama apik dengan Rooney. Tendangannya dari luar kotak penalti sayang masih melenceng diatas mistar gawang Buffon.

Serangan Inggris kebanyakan dimotori gelandangnya, James Milner. Lewat tusukan dari sayap kiri inilah Inggris memiliki peluang.

Kubu Italia melakukan tiga perubahan pada susunan pemainnya jika dibandingkan laga terakhirnaya saat menang 2-0 atas Irlandia di fase grup D.

Pada awal babak pertama, Cesare Prandelli mempercayakan posisi penyerang Italia kepada Mario Balotelli ketimbang Antonio Di Natale.

Cederanya Giorgio Chiellini dan Thiago Motta, juga menjadi kesempatan bagi dimainkannya Leonardo Bonucci dan Riccardo Montolivo. Formasi Italia pada pertandingan ini adalah 4-1-3-2 dengan otak serangan masih dipegang Andrea Pirlo.

Sementara dari kubu Inggris, Roy Hodgson tidak melakukan perubahan pada susunan pemainnya. Danny Welbeck masih dipercaya sebagai penyerang tunggal Inggris, sedangkan Wayne Rooney membantu di belakangnya.

Formasi inilah yang membawa Inggris menang 1-0 pada pertandingan terakhir mereka di fase grup C melawan Ukraina.

(lod)

Hodgson tak ubah tim Inggris

Posted: 24 Jun 2012 12:12 PM PDT

Kiev (ANTARA News) - Pelatih Inggris, Roy Hodgson, tidak membuat perubahan pada daftar pemain pertama untuk timnya di perempat final Piala Eropa 2012 melawan Italia, Minggu (Senin WIB).

Hodgson tetap menaruh kepercayaan pada tim pertama yang dimainkannya saat menang 1-0 atas Ukraina pada Selasa lalu, di saat Inggris berniat mencapai semifinal turnamen besar untuk pertama kalinya dalam 16 tahun terakhir, lapor AFP.

Kapten Inggris, Steven Gerrard, meneruskan kerja samanya dengan Scott Parker, sebagai gelandang tengah, sedangkan Hodgson sekali lagi memilih memainkan James Milner dan Ashley Young di sektor sayap. Wayne Rooney dipasangkan dengan Danny Welbeck di lini depan.

Sementara itu, pelatih Italia, Cesare Prandelli, membuat tiga perubahan pada timnya, yakni memasukkan Riccardo Montolivo untuk menggantikan Thaigo Motta, Leonardo Bonucci mengisi tempat Giorgio Chiellini, dan Mario Balotelli menggantikan Antonio Di Natale.

Motta dan Chiellini menderita masalah otot paha belakang, sedangkan Balotelli tampil baik saat dimainkan sebagai pemain pengganti, ketika Italia menang 2-0 atas Irlandia.

Daftar Pemain

Inggris (4-4-2)

Joe Hart; Glen Johnson, John Terry, Joleon Lescott, Ashley Cole; James Milner, Scott Parker, Steven Gerrard (kapten), Ashley Young; Wayne Rooney, Danny Welbeck

Pelatih: Roy Hodgson

Italia (4-3-1-2)

Gianluigi Buffon (kapten); Ignazio Abate, Andrea Barzagli, Leonadro Bonucci, Federico Balzaretti; Andrea Pirlo, Claudio Marchisio, Daniele De Rossi; Riccardo Montolivo; Mario Balotelli, Antonio Cassano

Pelatih: Cesare Prandelli

Wasit: Pedro Proenca (Portugal) (RF/I015)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

detikcom

sumber :-

detikcom


'Hadapi Ronaldo, Pemain-pemain Madrid Akan Serius'

Posted: 24 Jun 2012 10:34 AM PDT

Gniewino - Sergio Busquets memperingatkan Cristiano Ronaldo untuk tak mengharapkan kemudahan saat menghadapi pemain-pemain Real Madrid di timnas Spanyol. Menurutnya, semua pemain Madrid akan berusaha mematikan Ronaldo.

Saat Portugal menantang Spanyol di semifinal Piala Eropa 2012, Rabu (27/6/2012) mendatang, Ronaldo kemungkinan besar akan berhadapan dengan beberapa temannya di Madrid. Tercatat ada empat pemain Los Merengues yang masuk tim inti Spanyol, yakni Iker Casillas, Alvaro Arbeloa, Sergio Ramos, dan Xabi Alonso.

Namun, menurut Busquets, hal itu sama sekali tak akan memberi keuntungan kepada Ronaldo. Karena tengah bertanding di level timnas, pemain-pemain Madrid itu akan serius melawan si pemain termahal dunia.

"Jika pemain-pemain Real diminta untuk bermain keras terhadap Ronaldo, maka mereka akan bermain keras," cetus Busquets kepada O Jogo.

"Ini bukan pertandingan antarklub, tapi pertandingan timnas. Ini adalah cerita yang sama sekali berbeda," tambah gelandang Barcelona ini.

"Namun, semifinal ini bukan melawan Ronaldo, tapi melawan Portugal," tandasnya.

( mfi / din )


Baca juga artikel & ulasan liputan khusus Piala Eropa di HarianDetik.com

Inggris atau Italia, Lahm Nantikan Duel Klasik

Posted: 24 Jun 2012 10:23 AM PDT

Jakarta - Jerman tinggal menanti pemenang laga Inggris versus Italia untuk dihadapi di semifinal Piala Eropa. Kapten Die Mannschaft, Philipp Lahm, sudah tak sabar melakoni laga klasik, siapapun yang nantinya lolos.

Jerman menang 4-2 saat menghadapi Yunani di PGE Arena, Sabtu (23/6/2012) dinihari WIB. Kemenangan ini seakan menjadi jawaban atas kritik yang ditujukan kepada Miroslav Klose dkk. yang selalu menang dengan margin satu gol.

Di babak selanjutnya, Jerman masih harus menunggu pemenang pertandingan antara Gli Azzurri dan The Three Lions yang baru akan digelar di Olympic Stadium, Kiev, Senin (25/6/2012) dinihari nanti.

Tak peduli tim manapun yang lolos, bek Jerman, Lahm, mengaku sudah tak sabar untuk melakoni laga klasik yang akan berlangsung di National Stadium, Warsawa, empat hari lagi.

"Siapa pun yang kami hadapi, itu akan menjadi laga sepakbola yang klasik. Apalagi yang Anda inginkan setelah bertemu lawan seperti itu di semifinal?," ungkap Lahm seperti dilansir Sky Sports.

Lebih lanjut lagi, Lahm juga mengungkapkan bahwa Italia dinilainya lebih kuat dari Inggris, yang saat ini dia anggap bermain lebih defensif. Pun begitu ia tetap menilai keduanya tetap sulit untuk ditaklukan hingga mengigatkan rekan-rekannya untuk bekerja lebih keras untuk memenangi pertandingan.

"Saya pikir Italia sedikit lebih kuat, pandai, serta menerapkan taktik dengan baik, dan mereka sulit untuk dikalahkan," tambah pemain 28 tahun itu.

"Inggris memiliki kelas mereka dan mereka telah mengubah cara bermain mereka sedikit lebih bertahan sekarang dan tidak akan mudah berhadapan dengan keduanya."

"Saya tak sabar menatap laga klasik. Satu hal yang pasti, kami harus bekerja keras untuk bisa lolos dan kami tidak boleh menganggap kami sudah menang. Namun tujuan kami adalah untuk memenangi turnamen ini," tegasnya.

( din / roz )


Baca juga artikel & ulasan liputan khusus Piala Eropa di HarianDetik.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KOMPASbola

sumber :-

KOMPASbola


Kebiasaan Penalti Lima Eksekutor "The Three Lions"

Posted: 24 Jun 2012 06:16 PM PDT

KYIV, KOMPAS.com - Inggris sudah mempersiapkan Joe Hart sebagai kiper utama. Tapi, siapa saja lima eksekutor penalti Inggris pilihan Roy Hodgson? Inilah prediksinya.

1. Wayne Rooney
Wazza --sapaan Rooney-- sudah memutuskan ke mana akan menembakkan bola penaltinya. Ia biasa menarget sisi kiri atau kanan kiper.

2. Steven Gerrard
Kemungkinan keberhasilan penalti ala Stevie G --julukan Gerrard-- adalah 76 persen. Tapi, sejak 2007, kesuksesan sepakan 12 pas-nya mencapai 85 persen. Ironisnya, ia gagal dalam penalti terakhir di final Piala Carling 2012. Gerrard biasa melesakkan bola ke sebelah kirinya atau kanan kiper.

3. John Terry
Apa yang dilakukan JT --sapaan Terry-- saat melakukan sepakan penalti, ia akan diingat ketika gagal di final Liga Champions 2008. Kebiasaannya adalah pojok kanan bawah. Bagi kiper, terbanglah ke sebelah kanan.

4. Ashley Young
Dengan ancang-ancang lari lengkungnya, gelandang Manchester United itu diprediksi akan mengarahkan bola ke kanan. Artinya, kiper jangan terpancing dengan tipu dayanya. Terbanglah ke kiri.

5. Ashley Cole
Rekor resmi Cole dalam sepakan penaltinya sangat mengesankan. Dari empat sepakan 12 pas dalam laga resmi, semuanya berhasil dikonversi bek Chelsea itu menjadi gol. Cole biasa memutuskan arah bolanya pada saat terakhir. Bagi kiper yang sabar dan tak terpancing bergerak lebih dulu, Cole biasa melesakkan bola ke kanan bawah atau kiri penjaga gawang.

Susunan pemain Inggris Vs Italia

Posted: 24 Jun 2012 06:15 PM PDT

KIEV, KOMPAS.com - Berikut ini adalah susunan pemain Inggris dan Italia, yang akan saling berhadapan, pada laga perempat final Piala Eropa, di Kiev, Minggu (24/6/2012).

Inggris (4-4-1-1): 1-Joe Hart; 2-Glen Johnson, 3-Ashley Cole, 6-John Terry, 15-Joleon Lescott; 4-Steven Gerrard, 11-Ashley Young, 16-James Milner, 17-Scott Parker; 10-Wayne Rooney; 22-Danny Welbeck

Cadangan: 18-Phil Jagielka, 13-Robert Green, 21-Jermain Defoe, 12-Leighton Baines, 19-Stewart Downing, 7-Theo Walcott, 9-Andrew Carroll, 5-Martin Kelly, 8-Jordan Henderson, 14-Phil Jones, 20-Alex Oxlade-Chamberlain, 23-Jack Butland

Italia (4-1-3-2): 1-Gianluigi Buffon; 6-Federico Balzaretti, 7-Ignazio Abate, 15-Andrea Barzagli, 19-Leonardo Bonucci; 21-Andrea Pirlo; 8-Claudio Marchisio, 16-Daniele De Rossi, 18-Riccardo Montolivo; 9-Mario Balotelli, 10-Antonio Cassano

Cadangan: 5-Thiago Motta, 11-Antonio Di Natale, 3-Giorgio Chiellini, 2-Christian Maggio, 12-Salvatore Sirigu, 14-Morgan De Sanctis, 4-Angelo Ogbonna, 20-Sebastian Giovinco, 23-Antonio Nocerino, 22-Alessandro Diamanti, 13-Emanuele Giaccherini, 17-Fabio Borini

Wasit:
Pedro Proenca

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Ronaldo cakap besar

Posted:

Ronaldo cakap besar

RONALDO (tengah) menganggap Portugal sebagai calon ke final Euro 2012.


DONETSK, Ukraine – Pemain bintang Portugal, Cristiano Ronaldo mula bercakap besar.

Semalam, bintang Real Madrid itu memberitahu, pasukannya lebih layak mara ke final Euro 2012 berbanding Sepanyol.

Kedua-dua pasukan bakal berentap di Donbass Arena, Donetsk awal pagi Jumaat ini, namun Ronaldo percaya pasukannya memiliki kelebihan untuk menyambar slot ke final.

Sebelum ini, Ronaldo berjaya menutup mulut pengkritik apabila kembali bangkit mempamerkan aksi sebenar termasuk ketika meledak gol tunggal perlawanan semasa menjinakkan Republik Czech dalam aksi suku akhir awal pagi Jumaat lepas.

Ketika ini, Ronaldo muncul penjaring terbanyak kempen dengan tiga gol bersama penyerang Jerman, Mario Gomez, Mario Mandzukic (Croatia) dan Alan Dzagoyev dari Rusia.

Dia sebelum ini gagal menemui sentuhan penyudah dalam dua perlawanan terawal peringkat Kumpulan B menentang Jerman dan Denmark sebelum kembali bangkit meledak dua gol ketika menentang Belanda.

"Sebagai pemain bintang, anda pastinya berdepan tekanan yang lebih besar.

"Kamu tidak boleh memuaskan hati semua orang, tetapi saya langsung tidak mempedulikan kritikan tersebut.

"Apa yang saya tahu ialah beraksi seperti biasa dan itulah yang saya lakukan," katanya.

Menurut Ronaldo, dia optimis kemampuan Portugal menyambar slot final sekali gus mengulangi pencapaian mereka semasa menjadi tuan rumah ketika edisi 2004.

"Mengapa tidak? Kami telah melangkah sejauh ini jadi sudah tentu kami mengidam aksi di final.

"Bukan mahu memperlekehkan mana-mana pasukan (termasuk Sepanyol), tetapi saya percaya Portugal memiliki ramuan secukupnya untuk bergelar juara kali ini," tegasnya.

Pada masa sama, Ronaldo juga menyifatkan kebangkitannya kali ini berpunca daripada jurulatihnya di Real, Jose Mourinho.

"Saya sukakan Mourinho kerana beliau selalu melawak bersama pemain.

"Tetapi apabila ia berkaitan perlawanan, Mourinho seorang yang cukup serius sebenarnya.

"Jadi, saya tidak malu berkongsi pendapat dengannya setiap kali saya diselubungi masalah," katanya. – Agensi

Bosque kagum komitmen pemain

Posted:

Bosque kagum komitmen pemain

DONETSK, Ukraine – Jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque (gambar) memuji persembahan yang dipamerkan barisan pemainnya selepas menewaskan Perancis 2-0 pada aksi suku akhir kempen Euro 2012 awal pagi semalam.

Del Bosque berkata, anak-anak buahnya beraksi dengan baik di sebalik percaturan yang diterapkan jurulatih Perancis, Laurent Blanc yang dilihat mengamalkan corak permainan secara bertahan.

Pada aksi yang berlangsung di Donbass Arena, Ukraine itu, Sepanyol yang merupakan juara bertahan mara ke separuh akhir hasil dua jaringan Xabi Alonso yang membuat penampilan kali ke-100 bersama skuad La Roja.

Percaturan Blanc yang meletakkan dua pemain pertahanan di bahagian sayap kanan iaitu Mathieu Debuchy dan Anthony Reveillere jelas tidak menjadi apabila pemain sayap kiri Sepanyol, Jordi Alba masih mampu melakukan hantaran di bahagian tersebut sebelum ditanduk masuk oleh Xabi pada minit ke-19.

Gol tersebut jelas memberi suntikan semangat buat Xabi apabila dia sekali lagi meledak gol menerusi sepakan penalti yang diperoleh pada lewat babak perlawanan.

"Saya tidak mahu bercakap mengenai percaturan jurulatih pihak lawan (Perancis).

"Kami (Sepanyol) sangat kuat di bahagian sayap kiri menerusi Alba dan (Andres) Iniesta. Di bahagian itulah kami berjaya memperoleh gol pertama.

"Saya tidak fikir Perancis tidak bagus di bahagian serangan. Mereka memiliki (Franck) Ribery dan (Karim) Benzema.

"Mereka turut melakukan beberapa perubahan di bahagian serangan dan (Olivier) Giroud and (Samir) Nasri dimasukkan sebagai pemain gantian.

"Saya tidak fikir Perancis membuat keputusan hanya untuk bertahan. Kami beraksi dengan baik secara berpasukan dan apa itu yang paling penting berbanding masalah yang dialami Perancis," kata Del Bosque.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan skuad La Roja melebarkan rekod tanpa kalah mereka di pentas antarabangsa sebanyak 18 perlawanan.

Pada aksi separuh akhir, anak-anak buah Del Bosque akan berdepan Portugal yang turut mara selepas menewaskan Republik Czech 1-0 Jumaat lalu.

Dengan kapten Portugal, Cristiano Ronaldo kini dilihat berada pada tahap prestasi terbaiknya, Del Bosque sedar bahawa skuad kendaliannya itu perlu bersiap sedia bagi menghadapi aksi separuh akhir.

"Kami sangat letih pada penghujung perlawanan dengan Perancis tetapi ia perkara normal. Kami akan pastikan mendapat rehat yang secukupnya sebelum mengharungi saingan separuh akhir," jelas Del Bosque. – AFP

Loew bermain teka-teki

Posted:

Loew bermain teka-teki

STRATEGI Joachim Loew ternyata mengelirukan pihak lawan kerana menurunkan gandingan pemain yang berbeza-beza dalam setiap perlawanan.


GDANSK, Poland - Pengendali Jerman, Joachim Loew dilihat masih berteka-teki mengenai kesebelasan utamanya menjelang aksi separuh akhir Euro 2012 di Stadium Nasional Warsaw, Poland awal pagi Jumaat ini.

Loew sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila mengetepikan tiga pemain utamanya iaitu Mario Gomez, Lukas Podolski dan Thomas Mueller semasa menyingkirkan Greece 4-2 dalam aksi suku akhir awal pagi kelmarin.

Ternyata, tindakan Loew memang sukar dijangka apabila membuat rombakan menurunkan skuad berbeza ketika menentang Greece berbanding skuad yang muncul juara Kumpulan B dengan sembilan mata sebelum ini.

"Saya masih belum berpuas hati dengan pasukan meskipun melakar tiga kemenangan maksimum dalam peringkat kumpulan.

"Justeru, saya perlu melakukan sedikit rombakan dan ternyata ia berbaloi apabila berjaya membenam cabaran Greece.

"Saya hanya menurunkan pemain yang bagus, bagi saya status sebagai pemain bintang sahaja tidak mencukupi jika mereka mahu menyarung jersi Jerman.

"Apabila melangkah ke separuh akhir, kami tidak boleh lagi melakukan kesilapan mudah termasuk menurunkan pemain yang gagal mempamerkan aksi yang diharapkan," kata Loew.

Yang pasti, ia merupakan satu amaran Loew buat pemain bintangnya jika berhasrat untuk beraksi dalam saingan separuh akhir kelak.

Malah, percaturan jurulatih berusia 52 tahun itu juga jelas menjadi apabila penyerang veteran, Miroslav Klose berjaya meledak satu gol ketika membenam Greece tempoh hari.

Ia merupakan jaringan antarabangsa yang ke-64 buat Klose sepanjang 120 kali mewakili The Team setakat ini.

Sebelum ini, Klose sering diketepikan dalam saingan peringkat kumpulan apabila sekadar muncul sebagai pemain gantian bagi menggantikan Gomez.

"Kekuatan kesemua pemain Jerman dilihat hampir sama tidak kira pemain simpanan mahupun pemain utama.

"Bagi saya, semua pemain boleh beraksi dengan cukup bagus dan ia sememangnya satu kelebihan buat kami," kata Klose.

Dalam aksi separuh akhir nanti, Jerman bakal berdepan pemenang antara England dan Itali awal pagi tadi. - AFP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KOMPAS.com - Olahraga

sumber :-

KOMPAS.com - Olahraga


Petenis dari China Kawinkan Gelar

Posted: 24 Jun 2012 03:22 PM PDT

Tenis Yunior ITF

Petenis dari China Kawinkan Gelar

Didit Putra Erlangga Rahardjo | Agus Mulyadi | Minggu, 24 Juni 2012 | 22:22 WIB

Kompas/Didit Putra Erlangga

Penyerahan juara untuk nomor ganda putra.

BANDUNG, KOMPAS.com - Petenis dari China, Wang Yan, berhasil meraih gelar ganda dalam turnamen tenis yunior ITF Oneject yang digelar di Lapangan Indoor Siliwangi, Minggu (24/6/2012) ini.

Selain nomor tunggal putri yang dijuarai, Yan juga meraih gelar juara dalam ganda putri setelah berduet dengan Eudice Wong dari Hong Kong.

Wang Yan menundukkan pemain asal Australia, Olivia Tjandramulia dalam dua set langsung, 6-4, 6-2. Tidak lama kemudian juga berhasil menundukkan pasangan dari Thailand Kamonwam Buayam yang berduet dengan petenis Jepang, Sanae Ohta. Sama pula, kemenangan diraih dalam dua set langsung, 6-4, 6-2.

Sementara itu, juara nomor tunggal putra, Chanayan Kaewsuto dari Thailand gagal mengawinkan gelar dengan ganda putra. Berpasangan dengan petenis Thailand lainnya, Woravin Kumthonkittikul, mereka kandas di babak final oleh petenis dari Taiwan yakni Kuan-Yi Lee dan Liang Yu Richard Lin.

Sempat unggul pada set pertama, 6-4, pasangan tersebut dipaksa main tie break setelah lawan meraih set berikutnya dengan 1-6. Pada babak super tie break, Kaewsuto-Kumthonkittikul harus menyerah dengan hasil 10-5.

Menurut Direktur Turnamen Oneject, Sukiswo Ali, turnamen ini diikuti 190 lebih petenis dari berbagai negara seperti Thailand, Filipina, Jepang, Singapura, dan Malaysia.

4 Tewas akibat Kecelakaan di Lintasan "Offroad"

Posted: 24 Jun 2012 12:53 PM PDT

BALIKPAPAN, KOMPAS.com - Empat penonton tewas dalam tabrakan di Special Competition Stage (SCS) 11 event offroad Bhayangkara International Extreme Offroad Competition di Batulicin, Kabupaten Tanah Bumbu, Kalimantan Selatan, Minggu (24/6/2012) ini.

Para korban adalah Angga Gunawan (12), Karyawansyah (37), Syaiful (10), Indra Setiawan (8). Korban masih diidentifikasi di RS H Amanah Husada, Batulicin. Puluhan korban lainnya juga mengalami luka-luka dalam peristiwa itu.

Peristiwa bermula ketika menjelang tengah hari, Haji Johan, salah satu peserta, tidak dapat menguasai mobilnya menjelang finish dari SCS tersebut. Mobilnya melesat menabrak penonton yang sebagian adalah anak-anak dan remaja.

Gara-gara kejadian itu, kejuaraan offroad berhadiah Rp 1 miliar dan juga hadiah utama sebuah mobil Mitsubishi Pajero tersebut, langsung dihentikan.

"Kami semua turut berduka cita. Ini adalah kecelakaan yang sama sekali tidak disangka-sangka, force majeure," kata Syamsir Alam, racing commitee (RC).

Sementara Syamsir Alam berbicara, sejumlah mobil ambulans bolak-balik mengangkuti korban ke rumah sakit.

Kesepakatan sementara di lapangan, lomba akan dilanjutkan setelah bulan Ramadhan di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, dengan perolehan kembali nol. Hadiah di babak eliminasi sebesar total Rp 150 juta disumbangkan kepada penonton.

"Itu untuk sementara. Kami akan segera bertemu lagi untuk berbicara lebih rinci," kata Syamsir di depan para peserta yang berjumlah total 90 orang.

Sebagai kejuaraan internasional, para offroader yang berpartisipasi berasal dari seluruh Indonesia, Amerika Serikat, dan Malaysia.

Tercatat terdaftar 90 peserta, di mana dua offroader dari Amerika Serikat, lima offroader Malaysia, dan 83 offroader dari seluruh Indonesia.

"Offroader Malaysia berasal dari Kuching, Sarawak, Malaysia Timur," kata Haji Sugiannor, Ketua Pengurus Daerah Indonesian Offroad Federation (Pengda IOF) Kalimantan Selatan.

Sampai Minggu, menurut racing commitee (RC), Syamsir Alam, lomba sudah berlangsung dalam 11 special competition stage (SCS atau trek khusus lomba). SCS 1 sampai 3 ada di kawasan Lapangan Golf Kodeco, dan SCS 4-11 ada di Mawar City.

Ketika dihentikan, sebagian peserta sudah ada yang menjajal SCS 11, sebagian baru di SCS 10, dan sebagian lain di SCS 9. Hanya 30 peserta teratas yang berhak tampil di SCS 9, 10, dan 11.

Sebelumnya, karena banyaknya jumlah peserta, lomba berlangsung selama tiga hari penuh, yaitu mulai Jumat hingga Minggu 22-24 Juni.

"Hari pertama Jumat di Kodeco Golf SCS 1-4 lomba mulai pukul 09.00 sampai pukul 21.00. Sabtu di Mawar City SCS 5-8 mulai pukul 08.00 hingga pukul 22.00 waktu setempat, dan terakhir SCS 9-11 hari Minggu, dari pukul 08.00 sampai pukul 17.00 waktu setempat," kata Syamsir Alam, offroader kawakan Indonesia.   

Dengan jumlah hadiahnya yang spektakuler itu, menurut Haji Gian dan banyak offroader Indonesia, kejuaraan itu akan dikenang sepanjang masa sebagai "event" terbesar.

"Tapi ini juga even dengan jumlah korban terbesar," kata Master, offroader dari Bali.  

Sumber: Antara

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Inspirasi Gerrard, Buffon

Posted: 23 Jun 2012 05:38 PM PDT

Sukan

"England lebih mantap di bawah Roy Hodgson berbanding pada 2010. Mereka mereka lebih tersusun dan serangan balas mereka juga pantas," kata pengendali Jerman, Joachim Loew.

Sebelum ini England cukup bersemangat, tetapi kini mereka disokong gaya permainan lebih kemas dan sukar ditembusi.

"Dalam tempoh singkat, Hodgson membina pasukan baik, mantap dan bersedia menghadapi lawan mereka. Mereka tidak kelam kabut seperti 2010. Sekarang mereka bermain sebagai satu pasukan. Secara taktikal, mereka lebih baik berbanding 2010," katanya yang masih segar dengan kemenangan pasukannya mengatasi Greece 4-2 pada aksi suku akhir, awal pagi semalam.

Skuad kendalian Loew yang mempunyai jentera serangan berkesan itu, akan menanti pemenang antara England dan Itali, awal pagi esok pada aksi separuh akhir 28 Jun di Warsaw.

Dalam pertemuan terakhir di kelompok 16 terakhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Jerman membelasah England 4-1.

Itali pula bukan pasukan sama tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia 2010 - pertama kali bekas juara dunia keluar terlalu awal. "Mereka bagus di bahagian pertahanan, bermain dengan baik. Kombinasi yang baik serta mempunyai pemain yang cukup pantas di bahagian serangan, amat berbahaya dalam serangan balas," katanya. – AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Lembaran baru England

Posted: 23 Jun 2012 05:36 PM PDT

Sukan

KAPTEN England Steven Gerrard (dua dari kiri) dan rakan sepasukan ketika sesi latihan di Krakow, semalam.

KAPTEN England Steven Gerrard (dua dari kiri) dan rakan sepasukan ketika sesi latihan di Krakow, semalam.

Kemenangan ke atas Itali harus cipta sejarah

KRAKOW: Kemenangan ke atas Itali pada suku akhir, awal pagi esok, akan membuka lembaran baru dalam bola sepak England.

Ini kerana pasukan itu tidak pernah menewaskan negara bekas juara Piala Dunia itu pada peringkat kalah mati kejohanan utama yang diadakan di luar England. Jika berjaya menewaskan Itali, mereka akan bertemu Jerman di separuh akhir - pasukan yang belum pernah ditewaskan dalam kejohanan di luar Wembley.

Satu-satunya pencapaian terbaik England ialah menewaskan Argentina 1-0 pada peringkat kumpulan ketika Piala Dunia 2002.

"Kemenangan ke atas Itali akan membuka lembaran baru dalam bola sepak England," kata pengendalinya, Roy Hodgson.

"Semua statistik negatif yang membayangi pasukan ini boleh dihapuskan apabila anda mendapat satu keputusan positif. Saya sering berdepan situasi sebegini (ketika mengendali West Bromwich Albion).
"Kami tidak pernah menang ke atas Aston Villa di Villa Park, kami tidak pernah menang perlawanan di Stoke, tidak pernah itu dan tidak pernah ini."

Dengan persiapan kurang rapi England menjelang kejohanan ini yang turut menyaksikan Hodgson dilantik menjadi pengendali pada saat-saat akhir sebelum siri kecederaan melanda pemain tonggak, kemenangan ke atas Itali boleh dianggap satu kejayaan besar pada kempen kali ini.

"Kami mahu bermain dengan baik dan memenangi perlawanan. Kami tidak mahu tersingkir. Kami mahu meneruskan kempen ini." - AFP


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Rooney positif

Posted: 23 Jun 2012 12:42 PM PDT

KRAKOW (Poland): Wayne Rooney yakin England boleh menyempurnakan 'Italian Job' mereka, awal pagi esok.

Penyerang Manchester United itu berada dalam situasi terbaik selepas menjaringkan gol kemenangan menentang Ukraine.


Kini dia ingin mengemudi England layak ke separuh akhir Euro 2012 dan kemudian melakar kejayaan pada final.

"Penting kami percaya keupayaan sendiri. Kami kelompok pemain hebat dan yakin kemampuan kami. Ia bukan perlawanan yang mudah tapi kami mempunyai pemain dan bekerjasama melaksanakan tugas ini.


"Sebaik mara ke peringkat ini, apa saja boleh berlaku." Rooney yang terlepas dua aksi pertama peringkat kumpulan kerana menjalani penggantungan tidak sabar menanti pertembungan di Kiev itu.


"Kami lebih tersusun berbanding sebelum ini. Pemain berjuang untuk pasukan. Kami mahu melakar kejayaan ini bersama-sama dan berpeluang cerah melakukannya.

"Kami berasa bagus, bersedia dengan baik dan tidak sabar menanti perlawanan itu.


"Memang sukar muncul juara kumpulan tapi ia melonjakkan keyakinan kami. Perancis sebuah pasukan yang hebat, untuk bermain menentang Ukraine di sini memang sukar dan kami jarang mengalahkan Sweden." Menjelaskan kemenangan awal pagi Rabu di Donetsk, Rooney menambah: "Ia satu keputusan hebat dan saya gembira dapat kembali beraksi.

"Saya sepatutnya bermain lebih bagus tapi perlawanan itu membantu saya bersedia menghadapi perlawanan seterusnya dan perlawanan Ahad (awal pagi esok) membantu saya supaya lebih baik dan harapnya memenangi kejohanan.


"Saya berasa kami perlu cuba menguasai bola lebih lama dan menyukarkan mereka. Jika melakukannya, saya pasti ia akan memudahkan tugas kami." - Agensi


Sorak 4 kali

Posted: 23 Jun 2012 12:28 PM PDT

SORAKAN kemenangan Jerman mengatasi Greece pada suku akhir Euro 2012, awal pagi semalam menghangatkan program Sorak Goool! anjuran akhbar Harian Metro.

Program kali ini yang berlangsung di Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail (TTDI) mendapat sambutan sangat meriah apabila dihadiri kira-kira 500 penyokong.


Namun, sokongan ke atas pasukan Jerman yang dilabel sebagai salah satu pasukan pilihan pada Euro kali ini jelas ketara apabila penonton dihidangkan dengan aksi menghiburkan.

Empat kali penyokong Jerman bersorak kegembiraan walaupun Greece cuba bangkit dengan keputusan penuh memihak Jerman 4-2.


Malah, sebahagian besar penyokong tempatan turut hadir bersemangat dengan memakai jersi Jerman dan membawa bendera negara itu sebagai tanda sokongan mereka.


Harian Metro sebagai penganjur program pula membalas kehadiran peminat dengan mengadakan pelbagai aktiviti selain menawarkan sejumlah cenderahati seawal jam 10 malam lagi.

Paling istimewa adalah kehadiran beberapa artis terkenal tanah air seperti Aaron Aziz dan Fizo Omar yang beramah mesra dengan peminat. Tidak ketinggalan, artis yang sedang meningkat naik, Izara Aishah serta pelakon cilik, Mia Sara Nasuha.


Turut memeriahkan suasana, kehadiran Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar bagi memberi sokongan.

Program Sorak Goool! sudah menemui pembaca Harian Metro di beberapa negeri seperti Melaka, Pahang, Johor, Selangor selain Kuala Lumpur sejak Euro 2012 bermula awal bulan ini.


Kemuncak program ini adalah di Pulau Pinang sempena final Euro 2012 pada 2 Julai ini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Republika Online

sumber :-

Republika Online


Soldado Hingga 2017 di Valencia

Posted: 23 Jun 2012 07:15 PM PDT

REPUBLIKA.CO.ID, VALENCIA -- Bomber Valencia, Roberto Soldado, baru saja memperpanjang kontraknya bersama Los Che. Seperti dilansir laman resmi FIFA pada Ahad (24/6), kontrak baru ini akan membuat Soldado bertahan di Mestalla hingga musim panas 2017.

Soldado bersama bomber Athletic Bilbao, Fernando Lorente, adalah pencetak gol terbanyak asal Spanyol di kancah La Liga musim lalu dengan koleksi 17 gol. Valencia pun berhasil diantarkannya menempati peringkat ketiga La Liga untuk ketiga kalinya secara beruntun.

Mantan bomber Real Madrid ini pun sukses mencetak tujuh gol di Liga Europa. Valencia pun berhasil diantarkannya lolos hingga babak semifinal.

Akan tetapi, raihan satu gol menjelang berakhirnya musim lalu membuat Soldado gagal terpilih sebagai penggawa timnas Spanyol di Piala Eropa 2012. Pelatih La Furia Roja lebih memilih Fernando Torres, Alvaro Negredo dan Fernando Llorente untuk mengisi lini depan.

Bagaimanapun, Soldado tetaplah andalan Valencia di lini depan. Kiprah pemain berusia 27 tahun ini akan semakin krusial di musim 2012/2013. Hal tersebut disebabkan kursi kepelatihan Los Che yang baru saja berpindah dari Unai Emery ke tangan Mauricio Pellegrino.

Drogba Ingin Bantu Sepakbola Cina Berkembang

Posted: 23 Jun 2012 06:15 PM PDT

REPUBLIKA.CO.ID, SHANGHAI -- Mantan bomber Chelsea yang baru saja bergabung dengan Shanghai Shenhua, Didier Drogba mengatakan, dirinya berharap bisa meningkatkan popularitas sepakbola di Cina. Drogba mengaku terinspirasi oleh kesuksesan David Beckham mempopulerkan sepakbola di Amerika Serikat saat bergabung dengan LA Galaxy.
 
"Mungkin terlalu ambisius jika referensinya adalah David Beckham. Tapi, lihat apa yang telah dilakukannya bagi MLS (liga sepakbola Amerika Serikat). Itu tak ternilai," kata Drogba seperti dilansir Sky Sports, Ahad (24/6).
 
Drogba menambahkan, tantangan dalam karirnya tidak semata-mata hanya memenangkan trofi.  Menurut pemain asal Pantai Gading ini, ada hal-hal lain yang bisa dicapai seperti mengembangkan sepakbola Cina. 
 
"Saya ingin membantu sepakbola Cina tumbuh dan berkembang," kata Drogba.
 
Drogba pindah ke Shenhua selepas sukses mengantarkan The Blues meraih juara Liga Champions 2011/2012.  Droga menyebut kepindahan ini murni atas alasan profesional.  Selain itu, keputusan ini diambil berdasarkan apa yang telah dilakukannya bersama Chelsea dalam delapan tahun terakhir. 
 
"Saya pikir ini waktu yang tepat untuk berpindah ke benua yang lain sebab saya menyukai travelling.  Saya senang mempelajari dan menikmati budaya yang berbeda.  Jadi, ini adalah pengalaman yang baik untuk saya," kata pemain berusia 34 tahun tersebut. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS