Berita Harian: Sukan |
Euro 2012: Alonso wira La Roja Posted: 24 Jun 2012 12:07 PM PDT Sukan Anak buah Del Bosque tunjuk 'jalan keluar' Les BleusSEPANYOL melangkah setapak lagi untuk menjulang kejuaraan utama ketiga selepas menundukkan Perancis 2-0 di suku akhir, awal pagi semalam. Gol dalam setiap babak permainan melalui pemain tengah, Xabi Alonso membawa penyandang juara dunia dan Eropah itu ke separuh akhir bertemu Portugal di Arena Donbass, Khamis ini.Saya fikir kami mengawal keadaan dengan baik sepanjang masa. Ia tidak pernah menjadi mudah namun saya merasakan kami bermain perlawanan yang hebat. - Xabi Alons Ia kemenangan pertama Sepanyol dalam tujuh perlawanan kompetitif menentang Perancis, yang berhasrat menjadi pasukan pertama menyingkirkan pasukan itu daripada kejohanan utama sejak melangkah ke final Piala Dunia 2006.Sepanyol mengharungi tekanan Perancis pada babak kedua sebelum Alonso mengesahkan kemenangan menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan. "Saya fikir kami mengawal keadaan dengan baik sepanjang masa. Ia tidak pernah menjadi mudah namun saya merasakan kami bermain perlawanan yang hebat," kata Alonso. "Saya tidak fikir ia keputusan yang tidak adil kerana mereka tidak benar-benar menghasilkan banyak peluang. Untuk laporan lanjut kerancakan Euro 2012, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini |
Euro 2012: Messi hantui Ronaldo untuk raih 'pemain terbaik dunia' Posted: 24 Jun 2012 12:02 PM PDT Sukan DONETSK: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo tetap dihantui kelibat Leo Messi yang tidak beraksi di Euro 2012, bagi meraih gelaran 'pemain terbaik dunia'.Messi diiktiraf sebagai terbaik sebanyak tiga kali berbanding Ronaldo sekali tetapi persaingan mengejar takhta yang berterusan itu sangat menarik antara Real Madrid dengan Barcelona. Ini kerana persaingan mereka tidak seperti Pele dan Diego Maradona yang tidak pernah memenangi gelaran antarabangsa. Pergerakan bibir peminat terhadap perlawanan lalu kekal dengan mengatakan Ronaldo menjerit 'Messi' selepas menjaringkan gol ke atas Republik Czech - meskipun dia menegaskan sebaliknya dengan menyatakan ia didedikasikan untuk anaknya Cristiano Ronaldo Junior.Bekas bintang Real Madrid, Alfredo di Stefano kini memasuki debat itu dengan memberitahu akhbar harian Portugal, Diario de Noticias, dia menyokong hujah Ronaldo itu. "Saya tidak melihat semua aksi Euro 2012 tetapi Ronaldo mempunyai corak permainan yang hebat. Dia menjaringkan gol yang cantik ketika bertemu Republik Czech. "Dia pemain yang lengkap - penyerang yang ada di sana untuk menjaringkan gol," kata legenda Real Madrid kelahiran Argentina itu. Messi yang kini di Argentina begitupun cuba untuk mengelak perdebatan itu. "Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan," katanya secara diplomatik - meskipun dia pernah berkata mengimpikan Sepanyol - yang boleh bertemu Portugal dalam separuh akhir - untuk memenangi kejohanan. "Saya harus mengakui yang saya tidak sangat mengikuti Euro 2012 dan saya tidak mempunyai pasukan pilihan yang jelas tetapi saya menyukai Sepanyol untuk menang bagi menggembirakan semua rakan di sana." - AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan