Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Terkilan kenyataan Khairy

Posted: 05 Jun 2013 11:45 AM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

JURULATIH dan Pemain Pahang turut menderma untuk tabung PBNP bagi membantu membayar denda berjumlah RM100,000 ekoran insiden kekecohan penonton pada separuh akhir kedua Piala FA baru-baru ini di Kuantan, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN - Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) terkilan dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang seolah-olah membayangkan persatuan itu mengambil keuntungan daripada insiden pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim di Stadium Darul Makmur di sini pada 28 Mei lalu.

Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkata, kenyataan seumpama itu bukan sahaja mempertikaikan integriti persatuan ini tetapi seolah-olah menghukum peminat dan penyokong bola sepak Pahang.

"Kami berpendapat kenyataan seumpama itu tidak seharusnya keluar daripada seorang Menteri kerana selain berat sebelah dan tidak membina, ia juga menjatuhkan semangat peminat bola sepak.

"PBNP dapat merasakan kekecewaan peminat dan penyokong bola sepak Pahang terhadap kenyataan itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PBNP, Rizal Chek Hashim pada sidang akhbar di sini semalam.

Yang hadir sama, Setiausaha Agung PBNP, Fuzzeimi Ibrahim.

Pada majlis itu juga turut diadakan kutipan derma bagi membantu mengurangkan beban PBNP untuk membayar denda sebanyak RM100,000 yang dikenakan akibat insiden tersebut.

Khairy sebelum ini dilaporkan menyalahkan PBNP dan pesuruhjaya perlawanan ketika itu yang gagal bertindak dengan baik sehingga menyebabkan perlawanan ditunda.

Khairy juga mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dikatakan tidak bertindak adil apabila memperuntukan 60,000 tiket yang dikeluarkan kepada PBNP.

Menurut Tengku Abdul Rahman, PBNP percaya kenyataan itu dibuat kerana ketidakpekaan atau terlepas pandang Khairy terhadap fakta sebenar insiden tersebut.

"Beliau seharusnya memberi kritikan, cadangan dan buah fikiran yang positif supaya insiden seumpama itu tidak berulang terutamanya ketika negara menyaksikan kebangkitan sokongan peminat.

"Daripada menuding jari mencari kesalahan sesama kita adalah lebih wajar untuk semua pihak berganding bahu mencari jalan supaya tahap sokongan ini semakin meningkat," katanya.

Kata beliau, perhatian juga perlu diberikan kepada aspek meningkatkan kemudahan dan keselamatan di semua lokasi perlawanan liga kebangsaan bagi menjamin ketenteraman dan keselesaan pemain serta penyokong sepanjang masa.

"Kami harap semua pihak peka terhadap perasaan peminat dan penyokong bola sepak negeri ini yang bersusah payah datang ke stadium," katanya.

Dalam pada itu, katanya, PBNP juga akur terhadap keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM yang menjadualkan semula perlawanan tersebut di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan Pahang diberi status tuan rumah.

"Tindakan FAM memperuntukkan 60,000 tiket kepada PBNP seharusnya tidak dipersoal kerana ini adalah dianggap wajar dan bersesuaian dengan status tuan rumah yang diberikan oleh FAM kepada PBNP," katanya.

Tunku Ismail minta FAM telus

Posted: 05 Jun 2013 11:45 AM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU - Biarpun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin mengeluarkan amaran kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) supaya tidak membuat sebarang kenyataan media mengkritik FAM, namun itu tidak menghalang Tunku Ismail Sultan Ibrahim daripada berterusan menegur badan sukan bola sepak negara itu.

Dalam kenyataannya semalam, beliau dengan lantang membangkitkan beberapa perkara termasuk mengulangi teguran meminta FAM telus dan adil.

Tunku Ismail turut menegaskan kritikan dibuat adalah kerana cintakan bola sepak, selain mahu mengetengahkan isu berkaitan sukan tersebut dan bukannya bertujuan membelakangkan mana-mana individu atau sebab beliau berminat memegang jawatan dalam FAM.

Tunku Mahkota Johor berkata, beliau tidak berminat bertanding merebut sebarang jawatan dalam FAM kerana menyifatkan dirinya tidak layak.

Dalam masa yang sama, tegasnya, beliau lebih mengutamakan Johor dan pembangunan bola sepak di negeri ini.

Beliau sekali lagi mempersoalkan layanan FAM terhadap persatuan-persatuan bola sepak negeri yang disifatkan tidak adil seperti dalam kes melibatkan perlawanan antara Johor Darul Takzim dan Pahang di mana PBNJ turut dikenakan hukuman, namun tidak diberi ruang untuk membuat rayuan.

Tunku Ismail turut mempersoalkan mengapa FAM tidak membenarkan persatuan atau individu menyuarakan sebarang pendapat dan cadangan bagi mempertingkatkan mutu bola sepak negara.

Ini kerana beliau berpendapat isu penting dalam sukan tersebut harus diberi perhatian dan diketengahkan selain rakyat perlu mengetahui situasi sebenar.

Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana keadaan dalam FAM tiada tanda-tanda akan berlaku perubahan positif biarpun sudah ramai yang tampil membuat teguran sekali gus menegaskan sekiranya ia berterusan, maka 20 tahun dari sekarang kemelut sama akan terus membelenggu bola sepak negara.

Bagaimana saya hendak beri pandangan dan berkongsi pendapat berkaitan bola sepak jika FAM seolah-olah keberatan untuk memberi kerjasama.

Ini termasuk surat yang saya hantar berhubung mutu pengadilan di negara ini juga tidak mendapat maklum balas daripada FAM.

Mereka yang memegang jawatan dalam FAM mestilah telus dan adil kepada semua pasukan yang bersaing dalam liga tempatan. Keutamaan mereka mestilah untuk meningkatkan kualiti bola sepak negara selain memberi tumpuan pembangunan bakat baru di kalangan belia.

Bola sepak bukan satu entiti persendirian milik mana-mana individu, ia adalah untuk semua lapisan masyarakat. Jadi, sekiranya FAM merasakan perlu untuk mengenakan denda terhadap saya, saya akur," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Saya pasti tinggalkan FAM - Azzuddin

Posted: 04 Jun 2013 10:58 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad yang sepatutnya memulakan tugas sebagai Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada 1 Jun lalu menegaskan, beliau tetap akan meninggalkan FAM tidak lama lagi.

Menurutnya, beliau tidak dapat memulakan tugas barunya bersama AFF bukan kerana wujud masalah, sebaliknya disebabkan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah belum dapat mencari pengganti untuk mengisi kerusi panas Setiausaha Agung di FAM.

Azzuddin menjangkakan pada pertengahan Jun ini segala persoalan siapa Setiausaha Agung FAM yang baru akan terjawab, seterusnya beliau akan memulakan tugas selaku Setiausaha Agung AFF.

"Masih belum ada sebarang arahan daripada Tuanku untuk saya menyertai AFF kerana baginda masih belum dapat keputusan siapa pengganti saya di FAM.

"Perkara ini telah diumumkan kepada seluruh pegawai AFF dan saya akan mula bertugas bersama AFF berkemungkinan selepas final Piala FA atau pertengahan Jun.

"Saya masih Setiausaha Agung FAM selagi belum mendapat sebarang arahan dari Tuanku selain nama calon baharu Setiausaha Agung FAM tidak diumumkan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, Azzuddin diumumkan akan memulakan tugas selaku Setiausaha Agung AFF pada 1 Jun bagi menggantikan Datuk Seri Paul Mony Samuel yang melepaskan jawatan.

Ekoran pelantikan tersebut, Azzuddin perlu meninggalkan FAM dan badan induk bola sepak negara itu akan mendapat Setiausaha Agung yang baru.

Antara dua nama yang dikaitkan akan mengisi jawatan itu sebelum ini adalah Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan Pengarah Pertandingan Gabungan Bola Sepak Asia (AFC), Windsor Paul John.

Azzuddin dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada September 2007, bagi menggantikan Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad.

Dalam masa sama, kelewatan pelantikan Setiausaha Agung FAM yang baru tidak patut diperbesarkan dan beliau yakin pelantikan akan diumumkan secara rasmi tidak lama lagi.

"Selagi saya tidak menghantar surat peletakan jawatan, saya akan kekal di FAM tetapi saya percaya perkara ini akan diumumkan secara rasmi," katanya.

Saingan musim ini lebih sengit - Zulfahmi

Posted: 04 Jun 2013 10:58 AM PDT

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Perlumbaan Moto3 musim ini jauh lebih sengit berbanding tahun lalu apabila menyaksikan peningkatan begitu ramai pelumba yang mampu memberikan tentangan dalam saingan kejuaraan motosikal dunia, akui pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin.

Penunggang yang mewakili Red Bull KTM Ajo itu berkata, berbanding musim lepas, untuk perlumbaan 2013 begitu ramai pelumba yang tampil dengan jentera yang lebih kompetitif.

"Banyak pelumba tahun ini yang laju daripada tahun lepas. Tapi bila saya lihat semula keputusan tahun lalu, saya berasa tahun ini ada peningkatan," katanya yang kini berada di Mugello, Itali ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, semalam.

Untuk membuktikan pendapatnya itu benar, Zulfahmi memberitahu, pada tahun lalu, dia sering bermula pada kelompok depan, bagaimanapun menamatkan perlumbaan pada kedudukan belakang.

"Sebagai contoh saya bermula pada petak keenam dan saya menamatkan perlumbaan pada tempat ketujuh. Tetapi, tahun ini saya bermula dari petak ke-18, namun saya melengkapkan saingan lebih baik dari kedudukan yang saya catat pada sesi kelayakan," jelasnya.

Pelumba berusia 21 tahun itu turut mengakui tuah tidak berpihak kepadanya setakat ini apabila mencatat keputusan yang kurang memberangsangkan pada sesi kelayakan.

Tambahnya, perasaan gementar yang gagal dibuang jauh turut menjadi penyumbang kepada keputusan tersebut, selain halangan pelumba lain yang turut bersaing untuk mencatat masa terbaik pada sesi ujian masa.

"Saya sering melakar keputusan yang baik pada sesi latihan satu hingga tiga, tetapi setiap kali ujian masa dilaksanakan saya gagal memperoleh masa yang baik. Nampaknya tuah masih tidak menyebelahi saya setakat ini," ujarnya.

Sehubungan itu, Zulfahmi amat berharap pada perlumbaan berikut, dia dapat memperbaiki kedudukannya pada sesi kelayakan.

"Saya rasa saya bersedia untuk beri yang lebih baik atau 120 peratus terutama pada sesi kelayakan," tegasnya.

Malah Zulfahmi melahirkan keyakinan sekiranya berada pada petak yang lebih baik, dia mampu berada dalam kelompok pendahulu.

Mengenai perancangan menjelang perlumbaan di Catalunya pada 16 Jun ini, pelumba kelahiran Banting, Selangor itu berkata, pasukannya kini giat menjalani sesi ujian semalam di Mugello, Itali bagi menguji banyak peralatan untuk jentera barunya selain memberi tumpuan kepada teknik tunggangan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


‘Kita perlu menteri berani bersuara’

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

Annuar Musa

KUALA LUMPUR - Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata, bidang sukan negara memerlukan menteri yang berani bersuara dan tegas seperti ditunjukkan oleh Khairy Jamaluddin.

Katanya, tindakan Menteri Belia dan Sukan yang baharu dilantik itu mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung isu perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) baru-baru ini juga selari dengan tanggungjawabnya.

Saya yakin pandangan yang dilontarkan oleh Menteri Belia dan Sukan itu dibuat berdasarkan maklum balas yang diterima tanpa ditujukan secara langsung kepada mana-mana pihak mahupun individu," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya semalam.

Pada masa yang sama Annuar yakin FAM bertindak mengikut peraturan dalam menangani isu berkenaan.

Khairy sebelum ini mempersoalkan tindakan FAM memberikan hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PNBP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA membabitkan pasukan Johor DT dan Pahang di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu lalu, selepas PNBP gagal menangani aspek keselamatan ketika perlawanan asal di Stadium Darul Makmur, Kuantan empat hari sebelum itu.

Khairy juga mempersoalkan keputusan FAM memperuntukkan 60,000 tiket kepada Pahang dan 20,000 kepada Johor pada perlawanan ulangan itu.

Kenyataan Khairy menimbulkan rasa terkilan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM yang bertitah keputusan FAM itu dibuat berlandaskan peraturan. - BERNAMA

'Ke Australia bukan makan angin'

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

PETALING JAYA - Tidak perlu ditimbulkan isu mengenai suhu yang terlalu sejuk di Australia ketika ini kerana semua pemain Harimau Malaya sentiasa mampu bersedia beraksi dalam apa jua keadaan.

Malah pemergian skuad kebangsaan untuk aksi persahabatan di negara berkenaan bukan bertujuan 'malan angin'.

Demikian penegasan jurulatih Datuk K. Rajagobal, yang berharap cuaca sejuk di Australia tidak perlu diperbesar-besarkan memandangkan para pemain telah melalui pengalaman yang sama sebelum ini ketika menentang Qatar dalam perlawanan pertama pusingan kelayakan Piala Asia 2015.

"Tiada apa bezanya kerana kita akan berada di Canberra selama tiga hari (sebelum ke Sydney). Adakah itu (cuaca sejuk) bakal memberi masalah kepada pemain?

"Ketika kita di Qatar sebelum ini cuaca di sana sejuk juga tetapi kita masih boleh beraksi.

"Kita tidak boleh kata bahawa cuaca sejuk merupakan satu masalah, kita kena bersedia untuk bermain dalam keadaan sebegini, " katanya ketika ditemui di Wisma FAM sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memulakan sesi latihan dan perlawanan persahabatan di Australia sehingga 15 Jun ini.

Pemilihan Australia sebagai pusat latihan bagi menghadapi persiapan kelayakan Piala Asia bagaikan tidak kena pada masanya kerana suhu di Canberra kini berada -3 Celsius di waktu malam dan pada waktu siang berada di sekitar 16 Celsius, sementara di Sydney, suhu berada di antara 10 hingga 19 Celsius.

Harimau Malaya bakal bertemu pasukan dari Asia Barat, Bahrain dalam dua perlawanan akan datang, yang mana salah satu daripadanya dijadualkan berlangsung di Manama.

Di Canberra dan Sydney, skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Canberra All-Stars pada 6 Jun diikuti Marconi Stallions (11 Jun) dan Sydney United (13 Jun).

Menyenaraikan enam muka baru antaranya Nazmi Faiz Mansor, Nizad Ayub(PKNS), Mohd. Nazrin Nawi (Negeri Sembilan), Saiful Nizam Miswan (Pahang), Faiz Subri (Kelantan) dan Nurul Azwan Roya (Johor DT), Rajagobal terpaksa menggugurkan Khyril Muhymeen Zambri, Mohd. Badhri Radzi dan Bunyamin Umar kerana faktor kecederaan.

Menyentuh mengenai pemain yang dibawa ke Australia, Rajagobal berkata, dia mahu melihat sejauh mana kemampuan pemain-pemain baharu menyesuaikan diri bersama pasukan negara dan prestasi terkini beberapa pemain utama.

"Kita sekarang sudah ada Nazmi, Nizad dan saya mahu lihat pemain ini beraksi sebagaimana mereka beraksi dengan pasukan kelab masing-masing.

"Kita juga mahu lihat pemain ini (Safiq Rahim dan Safee Sali), macam mana dia bermain selepas tidak beraksi dalam banyak perlawanan dengan pasukan sendiri (saingan Liga Malaysia).

"Terpulang kepada jurulatih masing-masing yang mungkin ada cara permainan tersendiri (tidak menggunakan Safiq dan Safee dalam kesebelasan utama).

"Perlu diingat Safee pernah mengalami kecederaan sementara Safiq bermain dengan baik ketika menentang Yemen setelah diberi peluang berada dalam kesebelasan utama, " katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kenyataan saya ikhlas - Khairy

Posted: 02 Jun 2013 11:23 AM PDT

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanseremban@utusan.com.my

Khairy Jamaluddin

REMBAU - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan yang dibuatnya terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) adalah pandangan ikhlas selaku menteri.

''Kenyataan yang dibuat merupakan pandangan ikhlas selaku menteri yang bertanggungjawab mengenai sukan di negara ini yang berdasarkan laporan dan pandangan daripada pelbagai pihak yang melihat insiden kekecohan di Stadium Darul Makmur, Selasa lalu.

''Saya tidak mahu komen dengan lebih lanjut sebab saya tidak mahu panjangkan cerita ini. Cuma saya bagi pandangan yang ikhlas. Kalau mereka (FAM) terima ok, jika sebaliknya tidak apa.

''Saya cuma mewakili Kementerian Belia dan Sukan menyampaikan pandangan berdasarkan laporan pandangan orang awam tetapi kalau itu tidak dapat terima apa yang boleh saya buat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Asas Haji di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abu Hasan Haji Sail Pedas dekat sini, semalam.

Kelmarin, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah menyuarakan rasa terkilan berhubung kenyataan Khairy yang menyoal ketelusan badan induk bola sepak itu.

Jelas baginda, keputusan mengadakan semula aksi separuh akhir kedua Piala FA, Pahang menentang Johor Darul Takzim di Stadium Nasional, Bukit Jalil dibuat mengikut peraturan.

Khairy sebelum itu menegur FAM dan PBNP dengan menyalahkan kedua-dua persatuan itu.

FAM dikatakan tidak bertindak adil apabila memperuntukkan 60 ribu tiket kepada PBNP dan 20,000 tiket kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) untuk perlawanan separuh akhir kedua Piala FA yang diadakan semula di Stadium Nasional, Bukit Jalil selepas dibatalkan di Stadium Darul makmur, Kuantan gara-gara kekecohan penonton.

Mental kuat kunci kejayaan Johor DT

Posted: 02 Jun 2013 11:23 AM PDT

KUALA LUMPUR - Jurulatih Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad mempertahankan tindakannya meletakkan dua pemain kebangsaan, Safiq Rahim dan Safee Sali di bangku simpanan pada separuh akhir kedua Piala FA menentang Pahang, kelmarin.

"Malam ini (kelmarin) pemain membuktikan kemampuan Johor DT biarpun ada cakap-cakap yang mempersoalkan ketiadaan pemain kebangsaan Malaysia dalam pasukan utama. Saya tetap turunkan Safiq dan Safee (dalam beberapa minit terakhir babak kedua).

Fandi memasukkan Safiq dan Safee untuk menggantikan Mohd. Nazri Ahmad dan Leonel Nunez tetapi menurunkan dua lagi pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak dalam kesebelasan utama sepanjang 90 minit permainan.

Kelmarin, kekuatan mental dan kematangan pasukan serta kata perangsang jurulatih Fandi membentuk resipi tepat yang menjana kemaraan Johor DT untuk berdepan juara bertahan Piala FA, Kelantan dalam perlawanan akhir, 29 Jun ini.

Tanpa terlalu tertekan biarpun ditinggalkan Pahang 2-0 dalam babak pertama, anak buahnya membuktikan kebangkitan semula mereka seperti mana ketika menewaskan Kedah dan Selangor dalam pusingan kedua dan suku akhir.

"Selalu kami ketinggalan (dalam kempen) Piala FA musim ini, namun dalam apa juga keadaan pun, kami masih mampu bangkit. Mental pasukan cukup kuat menanganinya dan permainan kami tidak terganggu.

"Inilah kejayaan paling bermakna bagi Johor Darul Takzim kerana sudah sekian lama pasukan bola sepaknya tidak ke perlawanan akhir," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Johor DT mara, jumpa Kelantan final Piala FA

Posted: 01 Jun 2013 09:12 AM PDT

PEMAIN Johor Darul Takzim, Andre Francisco menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA menentang Pahang selaku tuan rumah yang berkesudahan 1-2 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi. Johor DT layak ke final Piala FA berdasarkan agregat 2-2 dan kelebihan jaringan di tempat lawan. - UTUSAN/HAFIZ JOHARI

KUALA LUMPUR 2 Jun - Johor Darul Takzim mara ke final Piala FA walaupun terikat agregat 2-2 dengan Pahang, namun pasukan itu layak kerana kelebihan satu jaringan di tempat lawan dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini malam tadi.

Johor Darul Takzim akan bertemu Kelantan pada perlawanan akhir.

Perlawanan malam tadi, berkesudahan Pahang menang 2-1. Gol-gol Pahang dijaringkan oleh Matias Ruben Conti pada minit ke-2 dan 40 manakala Johor Darul Takzim menerusi Andrezinho pada minit ke-48.

Johor Darul Takzim mara ke final selepas menang 1-0 dalam perlawanan pertama di tempat sendiri di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 25 Mei lalu.

Pertemuan kedua-dua pasukan pada malam tadi diadakan di stadium berkecuali berikutan kekecohan yang berlaku di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa lalu. - UTUSAN ONLINE

Johor DT melangkah ke final

Posted: 01 Jun 2013 11:58 AM PDT

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
sukan@utusan.com.my

Pemain-pemain Johor Darul Takzim meraikan kejayaan ke final Piala FA walaupun tewas 1-2 kepada Pahang. Johor mara selepas mengikat agregat 2-2 yang menyaksikan kelebihan peraturan gol di tempat lawan memihak mereka. - Mingguan/Hafiz Johari

KUALA LUMPUR - Johor Darul Takzim melunaskan 'hutang' yang tidak dapat dibereskan di Kuantan, Selasa lalu gara-gara kekecohan penonton biarpun tewas kepada Pahang 2-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 yang diadakan semula di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Harimau Selatan mara ke perlawanan akhir, pada 29 Jun ini dengan peraturan gol di tempat lawan setelah terikat 2-2 selepas menang 1-0 pada separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru, 25 Mei lalu.

Pahang mendahului menerusi dua gol Matias Ruben Conti seawal minit ketujuh dan 40 tetapi pemain import Johor Darul Takzim dari Brazil, Andrezinho merapatkan kedudukan pada minit ke-48.

Minit kedua menyaksikan Amirulhadi Zainal yang menemui Conti bersendirian tanpa kawalan, bijak mengumpannya lantas pemain dari Argentina itu merembat masuk bola dari kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol pelawat, Muhammad Al-Hafiz Hamzah.

Enggan terus dirundung kecewa, Johor Darul Takzim bangkit mengasak, namun sepakan percuma penyerang import dari Argentina, Leonel Nunez sejauh 30 meter sekadar tepat kepada dakapan penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Mohd. Khalid pada minit ke-20.

Beberapa minit kemudian, taring Harimau Selatan seakan masih tumpul apabila hantaran lintang dari sebelah kiri oleh Nurul Azwan Roya gagal disambung sesiapa rakan sepasukannya, khususnya Nunez dan gandingan serangan, Norshahrul Idlan Talaha.

Conti sekali lagi menjadi pemusnah Johor Darul Takzim menerusi gol kedua rembatan kaki kirinya selepas menyambung sepakan Amirulhadi yang mendapat tolakan tumit R. Gopinathan dalam satu gerakan di sebelah kiri, minit ke-39, sekali gus menjadikan Pahang mendahului 2-0 perlawanan ini dan 2-1 secara agregat.

Ketika babak kedua permainan baru berusia dua minit, Tok Gajah dikejutkan dengan gol pertama Johor Darul Takzim yang menyamakan kedudukan agregat 2-2 apabila Nunez yang walaupun cuba dikekang dua benteng lawan, Razman Roslan dan Shahrizan Salleh, masih sempat merembat masuk.

Pahang kemudian pula tampak terdesak sehingga membuat dua pertukaran sekali gus dengan memasukkan Azidan Sarudin dan Mohd. Saiful Nizam Miswan pada minit ke-70 untuk menguatkan dan memulihkan bahagian tengah dan pertahanan yang agak longgar disandang sebelumnya oleh Amirulhadi dan ketua pasukan, Jalaluddin Jaafar.

Namun, R. Surendran yang beroleh peluang keemasan dalam kotak penalti, gagal memanfaatkannya untuk Pahang kembali mendahului agregat apabila rembatan kaki kirinya pada minit ke-79, tersasar beberapa inci daripada gawang pelawat, diikuti sepakan Gopinathan yang turut sipi, seminit selepas itu.

Penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali pula nyaris meletakkan Johor Darul Takzim di depan dalam masa kecederaannya jika rembatan kakinya lebih rendah sedikit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


FAM sangkal dakwaan PBNJ

Posted: 31 May 2013 12:05 PM PDT

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyangkal keras dakwaan bahawa badan itu bersikap berat sebelah berhubung isu pengagihan tiket perlawanan ulangan separuh akhir Piala FA, Pahang menentang Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Badan induk tersebut menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam memberitahu, FAM hanya bertanggungjawab terhadap urusan pengelolaan teknikal sahaja manakala hal berkaitan pengagihan tiket, penetapan harga tiket, dan peruntukan tiket untuk pasukan pelawat adalah dalam bidang kuasa pasukan tuan rumah iaitu Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

Dalam kenyataan itu, FAM turut memperjelaskan bahawa keputusan pengagihan tiket telah dilaksanakan selaras dengan Perkara 3.8.1 Peraturan Liga Malaysia 2013-2016 dan Perkara 5 Peraturan Keselamatan FAM.

Tambah FAM, peruntukan 60,000 tiket untuk PBNP dan 20,000 tiket yang boleh dibeli oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah dengan persetujuan PBNP selaku tuan rumah.

"Melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan pada Rabu lalu telah memutuskan bahawa perlawanan separuh akhir Piala FA 28 Mei di Stadium Darulmakmur Kuantan, Pahang hendaklah dimainkan semula di gelanggang berkecuali iaitu di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 1 Jun 2013.

"FAM akan mengelolakan perlawanan tersebut dengan bantuan PBNP selaku tuan rumah dan sebagai tuan rumah PBNP mempunyai hak ke atas semua aspek pengelolaan perlawanan.

"Malah, semasa keputusan tersebut dibuat wakil PBNJ turut bersama dalam mesyuarat tersebut," kata FAM menerusi kenyataan tersebut.

Kelmarin, PBNJ menerus satu kenyataan mendesak agar FAM bersikap lebih adil dan telus selaku pentadbir tunggal sukan bola sepak negara.

Selain itu, PBNJ turut mendakwa FAM sebagai berat sebelah dalam beberapa aspek bagi menangani kemelut perlawanan separuh akhir kedua Piala FA Pahang menentang Johor Darul Takzim.

Sementara itu, FAM berharap kenyataan tersebut dapat memberikan gambaran sebenar berhubung kemelut yang melanda ketika ini.

Menteri tegur PBNP, pesuruhjaya perlawanan separuh akhir Piala FA

Posted: 31 May 2013 12:05 PM PDT

KUALA LUMPUR - ''Sebagai menteri saya berasa amat kecewa'' itulah luahan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai kekecohan yang berlaku Selasa lalu yang menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (DT) ditunda dan dilangsungkan semula hari ini.

Khairy bukan sahaja berasa kecewa, malah tidak teragak-agak mempersalahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dan pesuruhjaya perlawanan ketika itu yang gagal bertindak dengan baik sehingga menyebabkan perlawanan ditunda.

"Ini bukan soal malu tetapi soal keselamatan, kerana ada penonton yang datang malam itu membawa anak (kanak-kanak) mereka saya tidak mahu tragedi Hillsborough dan Heysel berulang dan berlaku di Malaysia.

''Kedua-dua tragedi tersebut berlaku kerana kawalan penonton yang tidak memuaskan," katanya dalam sidang media selepas mengadakan Lawatan Rasmi Pertama di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, semalam.

Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA Pahang menentang Johor DT di Stadium Darul Makmur Selasa lalu terpaksa dibatalkan gara-gara limpahan penonton yang akhirnya mengheret kepada senario kekecohan.

Perlawanan yang sepatutnya bermula pada pukul 8.45 malam itu terpaksa ditangguhkan selama lebih sejam kerana berlaku limpahan penonton memasuki stadium iaitu kira-kira 40,000 orang.

"Perkara ini perlu diambil serius soal hukuman sekarang ini terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun ada pula yang mempersoalkan ia tidak cukup. Ia juga perlu adil kerana Pahang didenda RM100,000 tetapi sekarang mereka akan mengadakan perlawanan ulangan di stadium yang lebih besar.

"Sebagai tuan rumah sudah tentu mereka akan mengutip hasil jualan tiket, saya cadangkan kepada FAM kutipan hasil tiket tuan rumah tidak boleh melebihi kapasiti stadium, saya tidak tahu di mana keadilan di situ," katanya.

Khairy menegaskan, apa yang berlaku adalah kesalahan yang amat besar dilakukan oleh PBNP dan Pesuruhjaya Perlawanan kerana melibatkan penonton dan pemain.

"Ramai yang memberitahu kepada saya mereka ada cita-cita hendak bida Piala Dunia 2034 tetapi gagal mengendalikan perlawanan separuh akhir Piala FA, selepas denda kembali memberi reaksi normal semula.

"Sudah tentu saya salahkan Pesuruhjaya Perlawanan kerana dia perlu menyelaraskan semua perkara termasuk isu keselamatan dan penjualan tiket. Kita tertanya-tanya adakah penjualan tiket melebihi kapasiti stadium kalau betul kena tahu apa puncanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


PBNJ dakwa FAM berat sebelah

Posted: 30 May 2013 11:40 AM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN dan MUHAMMAD DAYNE AZMIN
sukan@utusan.com.my

JOHOR BAHRU - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menerusi satu kenyataan di sini semalam mendesak agar Persatuan Bola Sepak Kebangsaan (FAM) bersikap lebih adil dan telus selaku pentadbir tunggal sukan itu di Malaysia.

Menerusi kenyataan tersebut, PBNJ mendakwa FAM bersikap berat sebelah dalam beberapa aspek bagi menangani kemelut perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, esok.

"Ini kerana, isu pengagihan tiket sebanyak 60,000 keping kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dan bakinya sebanyak 20,000 keping untuk jualan umum adalah tidak patut berlaku kerana Johor DT juga berhak menuntut peruntukan sewajarnya.

"FAM dilihat terlalu memikirkan isu keuntungan jualan tiket bagi menanggung kerugian PBNP pada perlawanan yang tertangguh Selasa lalu, berbanding hal keselamatan penyokong kedua-dua pasukan yang bakal bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil nanti," katanya menerusi kenyataan tersebut.

Tambah PBNJ, pihaknya terpaksa membuat rayuan bertulis kepada badan induk itu untuk mendapatkan peruntukan tiket sewajarnya.

Ekoran daripada itu, PBNJ mempersoalkan adakah terdapat konflik kepentingan antara FAM dan PBNP yang menjurus kepada keputusan tersebut diambil, sekali gus menerbitkan rasa gusar di pihak PBNJ mengenai mutu pengadilan oleh para pengadil yang akan bertugas pada perlawanan Sabtu ini.

Kenyataan itu juga mempersoalkan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini di Stadium Nasional Bukit Jalil, siapakah yang akan bertanggungjawab?

"Adakah PBNP atau FAM? Jika berlaku insiden yang sama di Stadium Larkin Johor Bahru, atau di Perak, Selangor atau mana-mana negeri yang lain, adakah persatuan bola sepak terbabit akan mendapat keistimewaan yang sama?

"Secara realitinya, penyokong Johor DT seperti dihukum kerana perlu membayar lebih untuk mendapatkan tiket, belanja tambahan untuk perjalanan, serta trauma fizikal dan mental setelah insiden Selasa lalu, selain kerosakan harta benda," jelas kenyataan itu.

Justeru PBNJ berpendapat, demi integriti dan cinta terhadap sukan bola sepak tanah air, rakyat Malaysia berhak mengetahui jawapan bagi segala persoalan tersebut.

"Jawapan dari pihak FAM adalah penting bagi menjawab segala persoalan yang timbul selain menjaga nama baik FAM selaku badan induk yang memangkin kepada kemajuan arena bola sepak tempatan," kata kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, Penolong Setiausaha Agung FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud, yang menjawab persoalan berkenaan berkata, keputusan untuk mengadakan permainan semula di Stadium Nasional sambil dihadiri penonton adalah muktamad.

''Saya telah mendapat surat daripada PBNJ pada tengah hari tadi dan apa yang saya boleh perkatakan, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) perlu dipatuhi kecuali diubah melalui arahan daripada mesyuarat Exco FAM.

''Namun, memandangkan masa terlalu singkat dan sebahagian besar Exco FAM berada di Mauritius menghadiri kongres FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) sehingga 2 Jun ini, jadi mesyuarat itu tidak boleh dilakukan, " katanya.

Aksi Pahang-JDT 8.45 malam

Posted: 30 May 2013 11:40 AM PDT

KUALA LUMPUR - Bukan di sebelah petang, sebaliknya pertembungan panas antara Pahang dan Johor Darul Takzim akan dilangsungkan pada pukul 8.45 malam esok setelah pihak jawatankuasa pengelola perlawanan separuh akhir berpuas hati dengan tahap pencahayaan lampu di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ahmad Fuad Daud berkata, setelah diuji tahap pencahayaan lampu berjaya melebihi 1,000 lux iaitu jumlah paling minimum yang dibenarkan jika perlawanan diadakan di sebelah malam.

'' Lampu telah dipasang semenjak pukul 12 tengah hari tadi dan setelah diuji, kami mendapati pencahayaan lampu melepasi tahap yang dibenarkan.

''Jadi, ini bermakna perlawanan antara Pahang dan Johor Darul Takzim boleh dimainkan di waktu malam iaitu bermula pada pukul 8.45 dan bukan 4.15 petang mengikut jadual asal.

''Cuma masih ada sedikit masalah dengan lampu di penjuru kiri padang (belakang tiang gol) namun pihak perbadanan stadium berjanji akan dapat memperbaikinya pada hari esok (hari ini)," katanya yang ditemui di Stadium Nasional, semalam.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, perlawanan akan diadakan di sebelah petang pada pukul 4.15 petang kerana lampu limpah di Stadium Nasional baru sahaja dinaik taraf.

Mengulas kekecohan yang berlaku di Kuantan kerana penyokong Pahang tidak dapat menebus tiket perlawanan yang ditunda pada Selasa lalu dalam bentuk wang tunai, Ahmad Fuad berkata, perkara itu tertakluk kepada bidang kuasa Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Bertarung di Bukit Jalil

Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT

Para penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim ditenteramkan oleh anggota keselamatan selepas mereka bertindak menyerbu masuk ke padang pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan yang terpaksa dibatalkan malam kelmarin. Perlawanan terpaksa dibatalkan ekoran berlaku kekecohan di kalangan penyokong. - BERNAMA

PETALING JAYA - Pahang menjadi persatuan bola sepak negeri paling tinggi dikenakan hukuman dalam sejarah bola sepak negara apabila didenda k RM100,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - semuanya gara-gara kekecohan yang berlaku pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin.

Skuad Tok Gajah juga kehilangan hak untuk bermain selaku tuan rumah apabila terpaksa beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil menentang Johor Darul Takzim, malah terpaksa menanggung semua perbelanjaan pasukan lawan.

Bagaimanapun, Datuk Haimidin Mohd. Amin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan masih berlembut membenarkan kehadiran penyokong pada perlawanan tersebut yang akan dijadualkan berlangsung 4.15 petang.

''Atas gagal mengawal faktor keselamatan sebelum perlawanan, kehadiran penonton di atas trek dan penyokong tuan rumah menyerbu ke arah penonton Johor sebaik sahaja perlawanan ditangguhkan, Pahang dikenakan denda maksimum RM100,000 dan tidak boleh mengemukakan sebarang rayuan.

''Pahang juga terpaksa beraksi di stadium berkecuali yang telah ditetapkan oleh FAM iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Jun, Sabtu ini dan perlu menanggung semua perbelanjaan skuad Johor DT selama dua malam termasuk penginapan hotel dan pengangkutan.

''Johor DT pula melakukan dua kesalahan iaitu para pemain telah meninggalkan stadium sebelum 90 minit masa perlawanan dan para penyokongnya berada di dalam trek, mereka dikenakan denda RM20,000," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, semalam.

Menyentuh aksi separuh akhir kedua di Piala FA yang akan diadakan di Bukit Jalil, Hamidin berkata, mereka tiada pilihan lain selain terpaksa melangsungkannya di situ selepas Stadium Shah Alam tidak dapat digunakan kerana telah ditempah bagi kegunaan majlis lain.

''Bukit Jalil hanya boleh dimainkan di sebelah petang kerana lampu limpah di situ masih tidak dapat digunakan dan situ sahaja pilihan kita ada kerana Shah Alam akan digunakan untuk sebuah konsert.

''Aksi antara Pahang dan Johor DT akan diuruskan sepenuhnya di bawah pengelolaan FAM iaitu melalui Jawatankuasa Tiket dan Pintu.

''Semua penyokong Pahang boleh menebus tiket di pejabat PBNP dan tiket baharu akan dikeluarkan pada Sabtu iaitu hari perlawanan bermula sembilan pagi," katanya.

Jelas Hamidin, JKPT mempunyai hak untuk mengenakan hukuman ke atas persatuan bola sepak negeri mengikut Peraturan 8.1 dan tidak semestinya perlu menunggu Jawatankuasa Tatatertib untuk bersidang.

''JKPT boleh menjatuhkan hukuman kepada mana-mana persatuan bola sepak negeri jika gagal mematuhi piawaian keselamatan kerana perkara ini termaktub di bawah Peraturan 8.1 FAM.

''Selepas hukuman ini dikenakan, tiada lagi denda lain akan dikenakan di bawah Jawatankuasa Tatatertib dan hukuman ini adalah muktamad," katanya.

Gara-gara pintu pagar pecah - Hamidin

Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT

Salah seorang petugas di Stadium Darul Makmur, Kuantan menunjukkan pintu ke bilik persalinan pemain yang turut dirosakkan oleh penyokong-penyokong fanatik Pahang malam kelmarin. - UTUSAN/Mahathir Ali

PETALING JAYA - Insiden rusuhan antara penonton Pahang dan Johor Darul Takzim pada separuh akhir kedua Piala FA, malam kelmarin semuanya berpunca daripada satu masalah iaitu empat pintu pagar penyokong di Stadium Darul Makmur telah roboh.

Perkara itu telah dijelaskan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang berkata, segala kekecohan serta kehadiran penyokong melebihi kapasiti pasti tidak akan berlaku sehingga perlawanan terpaksa ditangguh.

''Berdasarkan laporan yang diperolehi daripada pegawai perlawanan bahawa empat pintu telah dipecahkan iaitu pintu 7, 5, 11 dan 14 yang menyebabkan ramai antara mereka tidak memperolehi tiket berjaya memasuki stadium sehingga membuatkan stadium melimpah dengan kehadiran penonton sehingga di atas trek.

''Tiada unsur provokasi mengapa pintu pagar ini dipecah sebaliknya semua gara-gara jumlah tiket sebanyak 1,100 bagi kerusi grandstand dan 30,220 untuk tempat duduk biasa telah habis dijual pada waktu tengah hari lagi, mereka hanya kecewa tidak mendapat tiket.

''Jika pintu pagar itu tidak dipecahkan, saya rasa perkara ini tidak mungkin terjadi dan perlawanan pada malam semalam mungkin dapat dimainkan seperti biasa, " katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, semalam.

Pada perlawanan semalam, Stadium Darul Makmur hanya boleh memuatkan kehadiran maksimum seramai 40,000 orang dikejutkan dengan jumlah penonton yang terlalu ramai sehingga menyebabkan permainan terpaksa tidak dapat dimulakan sebelum pesuruhjaya perlawanan, Datuk Ahmad Fuad Daud membuat keputusan membatalkan perlawanan.

Keputusan tidak meneruskan perlawanan itu telah mengundang rusuhan antara penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim sehingga menyebabkan ada penonton yang hadir mengalami kecederaan di samping kerosakan beberapa kenderaan yang membawa pemain serta penyokong Johor DT.

Tambah Hamidin, penguatkuasa keselamatan termasuk pihak polis telah sedaya upaya memastikan keselamatan di tahap maksimum dengan penempatan sebanyak 2,000 orang di dalam stadium dan 320 Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

''Pihak tuan rumah telah memastikan kawalan keselamatan berada di tahap sepatutnya namun apabila terjadi kehadiran penonton yang luar biasa, inilah yang terjadi.

''Cuma saya berasa lega sedikit kerana tiada sebarang pergaduhan berlaku di luar stadium membabitkan antara kedua-dua penyokong.

''Kejadian ini boleh anggap pertama kali berlaku dan saya harap semua pihak perlu mengambil iktibar supaya tidak terjadi lagi walaupun bagi saya ada baiknya bagi perkembangan bola sepak tempatan kerana para penyokong kita kembali ghairah untuk hadir ke stadium," katanya.

Mengenai aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, Hamidin berkata, harga tiket adalah sebanyak RM15, namun mereka belum membuat keputusan mengenai pembahagian tiket antara kedua-dua pasukan.

''Buat masa ini kami belum memutuskan berapa banyak tiket yang akan dijual dan akan mendapat maklum balas daripada kedua-dua persatuan bola sepak negeri terlebih dahulu.

''Kita bersedia menjual peruntukkan tiket maksimum sebanyak 90,000 jika ada permintaan tetapi buat masa ini belum ada kata putus mengenai berapa peruntukan yang akan diberikan," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Stadium Darul Makmur kecoh

Posted: 28 May 2013 10:59 AM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

Sultan Ahmad Shah berusaha mententeramkan penyokong-penyokong Pahang yang memenuhi trek bersebelahan padang pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. Perlawanan Pahang menentang Johor Darul Takzim terpaksa dibatalkan. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN - Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA Pahang menentang Johor Darul Takzim di Stadium Darul Makmur di sini, semalam terpaksa dibatalkan gara-gara limpahan penonton yang akhirnya mengheret kepada senario kekecohan.

Perlawanan yang sepatutnya bermula pada pukul 8.45 malam itu terpaksa ditangguhkan selama lebih sejam kerana berlaku limpahan penonton memasuki stadium iaitu kira-kira 40,000 orang.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada empat pintu masuk utama stadium yang dipecahkan menyebabkan penonton menyerbu ke dalam stadium.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 5,000 penyokong tuan rumah terpaksa ditempatkan di trek olahraga stadium tersebut bermula pukul 8.30 malam sebelum kedudukan mereka disusun semula.

Dalam pada itu, anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) segera menghampiri para penyokong tersebut bagi memastikan keadaan terkawal sepenuhnya.

Serentak dengan itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang turut menyaksikan perlawanan tersebut berkenan mencemar duli selama 10 minit turun trek olahraga untuk meminta kerjasama para penyokong supaya mengawal disiplin.

Sesudah selesai, Sultan Ahmad Shah yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Johari Hussain kemudian kembali ke tempat duduk utama sambil menunjukkan isyarat tangan kepada para penyokong supaya menjaga kelakuan masing-masing.

Sehingga pukul 9.45 malam, kesemua penyokong yang membanjiri trek olahraga kemudian ditempatkan semula ke kawasan tempat duduk dalam keadaan terkawal.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff yang berada di stadium kemudian membuat pengumuman bahawa permainan boleh diteruskan selepas keadaan terkawal sepenuhnya.

Sebaik pengumuman itu dibuat, kelibat semua pemain tuan rumah kemudian memasuki padang untuk bersedia memulakan perlawanan, namun pemain Johor DT tidak berbuat demikian.

Keadaan bagaimanapun masih tidak terkawal sepenuhnya apabila beberapa kali dicemari bunyi mercun dan balingan botol minuman ke kawasan padang.

Kemudian, para penyokong Johor DT pula bertindak turun dan duduk di trek olahraga meskipun kawasan balapan itu telah diarah untuk dikosongkan bagi membolehkan perlawanan dimulakan.

Perbuatan berbaur provokasi itu kemudian disambut oleh penyokong tuan rumah dengan menyanyikan lagu 1Malaysia.

Pada pukul 10.30 malam, Penolong Setiausaha FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud membuat pengumuman bahawa perlawanan tidak dapat diteruskan dan terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Menurut Fuad, stadium berkenaan dapat memuatkan 35, 000 dalam satu masa dan tiket terjual adalah 32,000 keping.

Justeru, beliau menolak ada berlaku penjualan tiket palsu yang menyebabkan insiden limpahan penonton malam semalam.

Dalam pada itu, kira-kira 1,500 penyokong Johor DT masih berada di tengah padang sehingga pukul 11.45 malam semalam.

Menurut polis, mereka akan dipindahkan ke tempat selamat apabila kesemua penyokong tuan rumah mengosongkan stadium berkenaan.

Polis turut mengesahkan beberapa penonton mengalami kecederaan ringan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.

Kelantan ke pentas akhir

Posted: 28 May 2013 10:59 AM PDT

Oleh Siti Airunnisa Alaui
utusanterengganu@utusan.com.my

Anggota FRU terpaksa menghalang penyokong tuan rumah yang cuba merempuh sekatan polis dalam aksi separuh akhir kedua Pahang menentang Johor DT yang terpaksa dibatalkan gara-gara keadaan penonton yang tidak dapat dikawal di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

KUALA TERENGGANU - Kelantan meneruskan misi mempertahankan kejuaraan Piala FA selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Terengganu secara agregat 6-5 dalam aksi separuh akhir kedua di sini, semalam.

Selepas ketinggalan 0-4, Kelantan bangkit mengikat kedudukan agregat 5-5 apabila pemain import Obinna Nwaneri menanduk bola ke gawang pada masa kecederaan sekali gus menghidupkan saingan penyandang juara itu dan memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Tuan rumah turut menerima padah apabila dua pemainnya, Effa Owana dan Abdul Manaf Mamat dilayangkan kad merah sekali gus memberi kelebihan buat pelawat menggandakan asakan.

Terengganu yang terpaksa bermain tanpa tiga tonggak utama, Owana dan Abdul Manaf serta pemain tengah, Ashari Samsudin yang kemudiannya dikeluarkan akibat kecederaan mula hilang punca.

Kepincangan itu membolehkan Kelantan meneruskan asakan sebelum melengkapkan kemenangan apabila bola hantaran Indra Putra ke gawang gol lawan berjaya disudahkan penyerang import, Dikson Nwakaeme pada minit ke-120.

Pun begitu, skuad Bojak Hodak terpaksa berdepan asakan bertubi-tubi anak-anak buah E. Elavarasan sepanjang 90 minit permainan.

Terengganu yang bangkit beraksi garang selepas tewas 1-4 di Stadium Sultan Muhammad IV pada perlawanan separuh pertama 25 Mei lalu, berjaya memperoleh gol seawal minit keempat hasil penyerang import, Vincent Bikana.

Kelantan yang seolah-olah hilang rentak pada awal permainan terus diberi tekanan apabila Terengganu menambah satu lagi gol pada minit ke-26 menerusi G. Puaneswaran hasil hantaran lintang Abdul Manaf Mamat tepat ke gawang gol lawan.

Tersentak dua gol Terengganu, Kelantan cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan, namun kekentalan benteng pertahanan yang dikawal rapi kapten pasukan, Hasmizan Kamaroddin berjaya mengekang kemaraan jentera serangan skuad Kijang sehingga tamat babak pertama.

Babak kedua pula menyaksikan Terengganu terus menjarakkan mata jaringan apabila lorongan G. Puaneswaran disempurnakan Effa Owana pada minit ke-70 yang kemudian disusuli jaringan keempat pada minit ke-92 oleh Abdul Manaf Mamat.

Terengganu yang seolah-olah sudah menempah tiket perlawanan akhir, dikejutkan dengan tindakan pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri melayangkan kad merah kepada Owana kerana didakwa mengasari salah seorang pemain pelawat sehingga mencetuskan rasa berang pemain itu.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, pasukan Terengganu yang terpaksa bermain dengan 10 orang, berjaya dimanfaatkan Kelantan apabila memperoleh gol pertama daripada Nwaneri pada masa kecederaan.

Jaringan itu memaksa permainan diheret ke masa tambahan selepas kedudukan agregat terikat 5-5, dan tidak lama selepas itu berlaku kekecohan apabila Abdul Manaf pula dilayangkan kad merah oleh Suhaizi kerana menendang belakang pemain Kelantan, Mohd. Farisham.

Insiden kekecohan berlarutan sehingga ke luar padang apabila penyokong Terengganu mula memaki hamun pengadil sehingga memaksa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengiringi pengadil terbabit ke bilik rehat.

Pengendali pasukan Terengganu, Elavarasan ketika diaju tentang kad merah kepada dua pemainnya, enggan mengulas dan meminta pihak media merumuskan insiden itu.

Beliau bagaimanapun tetap memuji usaha anak-anak buahnya yang mampu meraih empat gol dalam aksi semalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Idam ke final jumpa Johor DT

Posted: 26 May 2013 11:47 AM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

Pemain Kelantan, Dickson Nwakaeme (kanan) cuba melepasi asakan pemain Terengganu, Vincent Bikana pada separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.

KOTA BHARU - Kelantan memasang impian untuk bertemu pasukan berstatus bintang dari selatan tanah air, Johor Darul Takzim pada akhir Piala FA musim ini.

Hasrat itu diluahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa selepas The Red Warriors mempamerkan kebangkitan yang menakjubkan menumbangkan Terengganu 4-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.

Annuar berkata, pada aksi Liga Super minggu lalu, pasukannya tidak berkesempatan mempertaruhkan barisan terbaik, yang menyaksikan mereka tumbang 0-2 kepada Johor DT.

Menurut beliau, sekiranya Kelantan layak ke final, beliau mahu The Red Warriors mempertaruhkan barisan terkuat.

"Kita harap dapat bertemu Johor DT di pentas akhir kerana kita tidak berpuas hati dengan keputusan baru-baru ini disebabkan kita beraksi tanpa skuad utama.

"Jadi kita nak main dengan skuad penuh dan mahu uji kekuatan dengan Johor, di gelanggang berkecuali," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau mengingatkan pemainnya supaya tidak berada di zon selesa meskipun berkelebihan tiga jaringan sebelum bertandang ke gelanggang lawan esok.

"Perlawanan masih berbaki 90 minit dan kita tidak boleh mengambil mudah kemampuan Terengganu. Pemain perlu meneruskan rentak konsisten pada perlawanan itu nanti," ujarnya.

Annuar juga memuji barisan pemain yang bangkit pada sepuluh minit terakhir yang mengubah keputusan perlawanan.

Annuar yang sebelum ini mengkritik keras percaturan taktikal Bojan Hodak yang merehatkan beberapa pemain tonggak ketika tumbang kepada Johor DT sebelum ini bersetuju dengan pendekatan jurulatih berkenaan pada perlawanan dengan Terengganu semalam.

"Malam ini kita setujulah (dengan percaturan Bojan) yang meletakkan pemain-pemain utama. Yang saya tidak setuju ialah dia simpan pemain dulu. Tetapi lepas mendapat penjelasan darinya, kita terima pendekatan yang digunakan," jelasnya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Annuar mengecam tindakan jurulatih kelahiran Croatia itu di laman sosial Facebook miliknya selepas perlawanan dengan Johor DT.

Bagaimanapun, Hodak mempertahankan tindakannya tidak memasukkan beberapa pemain utama dengan alasan mahu memastikan pemain terbabit mendapat rehat yang secukupnya bagi menghadapi perlawanan separuh akhir piala FA.

Annuar berkata, teguran yang beliau di dalam Facebook bertujuan untuk 'menyedarkan' pemain supaya bangkit, selain turut membayangkan mereka bakal menikmati 'durian runtuh' jika berjaya melangkah ke final Piala FA.

'Percaturan bodoh' membuahkan hasil

Posted: 26 May 2013 11:47 AM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU - Bojan Hodak menjawab kritikan pedas yang diterimanya ketika kalah 0-2 kepada Johor Darul Takzim dalam aksi Liga Super Rabu lalu dengan berkata, 'percaturan bodoh' dalam perlawanan tempoh hari membawa hasil apabila Kelantan menang 4-1 ke atas Terengganu dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di sini, kelmarin.

Ketua jurulatih Kelantan itu berkata, dia gembira dengan keputusan tersebut kerana telah membuktikan 'percaturan bodohnya' sebelum ini akhirnya memberikan kejayaan yang besar kepada mereka.

"Anda boleh lihat bagaimana barisan pemain Kelantan yang diturunkan pada perlawanan ini mempunyai tahap kecergasan yang baik.

"Mereka mampu mempamerkan aksi cemerlang sehingga wisel penamat.

"Saya gembira dengan persembahan yang ditunjukkan barisan pemain dan tidak mudah berputus asa biarpun dikejutkan dengan jaringan awal lawan," katanya.

Dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan dikejutkan dengan jaringan Mohd. Asahari Shamsudin pada minit kedua.

Tuan rumah terpaksa menunggu sehingga minit ke-79 untuk jaringan penyamaan menerusi Dickson Nwakaemi.

Asakan Kelantan tidak mampu dibendung pertahanan Terengganu apabila menambah tiga gol menerusi Indra Putra Mahyuddin (m-83), penalti Obinna Nwaneri (m-92) dan Zairo Annuar Zailani (m-93).

Hodak mengakui, kemasukan Nwakeami berjaya mengubah rentak perlawanan sehingga pasukanya mampu menjaringkan empat gol dalam tempoh sepuluh minit terakhir.

Hodak turut memuji penjaga gawang pelawat Mohd. Shamirza Yusoff yang kerap mengagalkan usaha Kelantan untuk mendapat jaringan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS