Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Ayuh! sekat Indonesia: Asra

Posted: 21 Dec 2010 03:43 PM PST

Sukan

'Benteng negara sudah tunjuk sifat matang sedia atasi halangan getir'

RASA geram Asraruddin Putra Omar masih membara dan bertekad memadamkan episod duka menjelang perlawanan akhir pertama menentang Indonesia dalam final Piala Suzuki AFF, Ahad ini.

Pemain pertahanan itu yang dikaitkan antara punca barisan didik K Rajagobal tewas teruk 5-1 kepada lawan berkenaan dalam saingan peringkat kumpulan di Jakarta, pada 1 Disember lalu mahu menebus detik kecewa di Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti ketika impian jutaan rakyat Malaysia bakal terarah kepada saingan penting ini. "Saya akui tidak berada pada tahap terbaik ketika bertemu Indonesia pada hari berkenaan. Saya mahu menebus kekecewaan itu jika diturunkan pada final nanti.

"Kami tidak boleh sekali-kali leka kerana sebarang kesilapan akan mengundang padah. Penyerang Indonesia seperti Cristian Gonzalez terbukti memiliki keupayaan menghukum sebarang kesilapan benteng pertahanan," katanya, semalam.

Asra dikritik atas kesilapannya menolak masuk hantaran lintang rendah pemain lawan, Irfan Bachdim ke dalam gawang sendiri dan bertanggungjawab untuk sekurang-kurangnya dua lagi jaringan lawan ketika kalah teruk kepada Indonesia hari berkenaan.

Pertahanan Selangor berusia 22 tahun itu berazam menampilkan persembahan lebih mantap di bahagian kiri seandainya diberi kepercayaan Rajagobal di Bukit Jalil, nanti sambil beranggapan benteng negara sudah menunjukkan kematangan mengatasi halangan getir, Ahad ini.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kasut Emas tak penting: Safee

Posted: 21 Dec 2010 03:41 PM PST

Sukan

Penyerang negara utamakan kejayaan pasukan bukan capai impian peribadi

"BUKAN kepentingan peribadi yang dicari tetapi lebih penting kejayaan sepasukan" begitulah luahan penyerang, Safee Sali yang berada dalam saingan untuk merebut anugerah Kasut Emas Piala Suzuki AFF selaku peledak tersohor bagi edisi 2010.

Safee yang kini sudah menghimpun dua gol - kedua-duanya dijaringkan ketika separuh akhir pertama menentang Vietnam - berkongsi jumlah sama bersama-sama dua lagi rakan senegara, Mohd Amri Yahyah dan Norshahrul Idlan Talaha. Mereka kini ketinggalan satu gol kepada penyerang Indonesia, Cristian Gonzalez dengan lima pemain Indonesia, lawan pada final timbal balik pertama, Ahad ini turut merakamkan dua gol.

Bagi Safee, dia berterima kasih kepada jurulatih, K Rajagobal kerana memberikannya peluang untuk beraksi semula dengan pasukan kebangsaan selepas diketepikan pada Sukan Asia di Guangzhou, November lalu.

"Saya tidak menyangka akan dipanggil semula selepas diketepikan pada senarai akhir Sukan Guangzhou lalu. Ketika itu saya merasakan tidak akan berpeluang lagi untuk beraksi bagi skuad kebangsaan.

"Tetapi masalah kecederaan yang menimpa pemain lain, membuka ruang buat saya bermain semula buat pasukan kebangsaan. Saya tidak akan mensia-siakan kesempatan ini untuk membuktikan kemampuan diri," katanya.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan