Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Misi mustahil: Riedl

Posted: 28 Dec 2010 12:38 PM PST

Sukan

Silap jika Indonesia anggap kami sekadar bertahan: Rajagobal

SANG Garuda sudah pasti akan kembali dengan niat mahu menyambar Harimau Muda di laman sendiri buat mencari penawar duka kekalahan perit di Kuala Lumpur tempoh hari.

Tetapi berpandu kepada bekalan selesa miliki skuad bola sepak negara, skrip dimimpikan Indonesia itu mungkin terbatas, malam ini ketika barisan didik K Rajagobal akan berarak turun ke Stadium Gelora Bung Karno dengan hanya satu misi – pertahankan pendahuluan 3-0 dan pulang membawa mahkota kejuaraan Piala Suzuki AFF buat julung kali ke bumi sendiri. Hakikat yang terpancar ketika ini adalah bola kini di kaki pemain skuad negara diketuai Safiq Rahim menentukan haluan mereka kerana berada pada posisi terbaik menghadiahkan rakyat Malaysia trofi kejuaraan kedua selepas gah meraih pingat emas Sukan Sea 2009 di Laos.

Raja jelas hanya terbayang kemenangan, malam ini dan pemainnya yang terpancar wajah penuh yakin amat selesa dengan arahan jurulatih mereka yang memiliki 'sesuatu yang istimewa' mengapikan semangat perjuangan untuk muncul juara.

"Kami boleh datang ke sini untuk seri atau kalah dengan jaringan tidak melebihi dua gol. Tapi itu bukan hajat kami ke Jakarta. Esok (malam ini) sasaran kami adalah untuk menang dan akan bermain secara menyerang untuk mencari lagi tambahan jaringan.

"Mungkin Indonesia akan meramal kami akan bertahan tetapi ingat...kami juga ada penyerang baik dalam kejohanan kali ini yang mampu mencipta serangan berkesan jika ada sebarang peluang terbuka," katanya padang sidang akhbar selepas mesyuarat pengurus di Hotel Sultan, Senayan semalam.
Sementara itu, jurulatih Indonesia, Alfred Riedl pula seperti bermain psikologi dengan pasukan Malaysia apabila menyifatkan peluang anak buahnya tipis untuk mengilhamkan kemenangan tapi akan menguatkan mental pemain untuk melakukan sesuatu demi keghairahan penyokong tempatan nanti.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mohd hamdan

go..harimau malaya...anda adalah juara sebenarnya...kalahkan garuda 2-0...

kamal

alangkah lebih terbukti kemampuan pasukan kebangsaan Malaysia apabila di negara lawan pun kita boleh menang. Kita buktikan permainan kita memang berkualiti. biar seluruh rakyat Indonesia juga mengakui bahawa malaysia memang layak untuk menang.

wan

harap2 kita ganyang dia balik 6 - 0 ... kalau dia main lezer lagi ... stop aja perlawanan. main ditempat berkecuali

aden

pemain-pemain negara seharus nya mengambil kesempatan ini untuk melakar sejarah gemilang bolasepak negara..di bahu mereka lh harapan jutaan rakyat MALAYSIA ...lebih manis ,melakukn nya di gelora bung senayan...dgn semangat dan disiplin yg tinggi kejuaraan hampir pasti..marilh kita bersama berdoa agar kejayaan berpihak kepada skuad negara dan moga ALLAH S.W.T sentisa melindungi pegawai-pegawai serta pemain-pemain negara...dan pulang sebagai juara baru AFF..insyallah

AWANG ZAKARIA BIN ABDUL WAHID

Syabas malaysia,berjuanglah demi masa depann bolasepak negara ,tapi jangan lupa ALLAH SWT,insyallah berjaya.

hamzah bin abd hamid

ini adalah peluang terbaik utk bolasepak negara membuktikan anak-anak tempatan ada kebolehan..bermain secara menyerang akan memberikan skuad garuda tertekan,jangan lalai walaupun berkelebuhan 3 gol...SELAMAT BERJUANG...moga tentera malaysia berjaya kali ini

keeman

Ayuh...semua rakyat Malaysia...kita doakan kejayaan Pasukan Bola Sepak Kita....


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Mahu akhiri kempunan 14 tahun: Safiq

Posted: 28 Dec 2010 12:32 PM PST

Sukan

PEGAWAI keselamatan terpaksa memberi kawalan ketat kepda pasukan Malaysia ketika hendak menaiki bas ke padang latihan. Bagaimanapun mereka pulang awal selepas diganggu penyokong tuan rumah, semalam.

PEGAWAI keselamatan terpaksa memberi kawalan ketat kepda pasukan Malaysia ketika hendak menaiki bas ke padang latihan. Bagaimanapun mereka pulang awal selepas diganggu penyokong tuan rumah, semalam.

'Kami perlu fokus, disiplin tinggi sepanjang 90 minit'

DENDAM menebus kekalahan pertama kepada Indonesia sudah dilunas skuad negara di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu, kini kapten Malaysia, Safiq Rahim (gambar kecil) mahu mengulangi kemenangan ke atas lawan dari seberang itu untuk meraih mahkota kejuaraan pertama.

"Saya mahu menamatkan kemarau 14 tahun negara dan menjulang Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno," kata Safiq. "Saya yakin kami akan pulang sebagai juara." Kali terakhir skuad kebangsaan beraksi di kancah final adalah ketika Piala AFF yang dikenali sebagai Piala Tiger mula diperkenalkan pada 1996, tetapi tewas 0-1 kepada Thailand untuk pulang selaku naib juara sahaja.

Menurut Safiq, sukar buat Indonesia mengulangi kemenangan 5-1 ke atas Malaysia kali ini, dan memerlukan keajaiban untuk mengatasi kelebihan tiga gol tanpa bekalan gol di tempat lawan.

"Kami perlu mengekalkan kelebihan yang ada ini dengan melakukan apa yang sudah kami lakukan sepanjang kempen ini," kata Safiq. "Kami perlu kekal fokus dan disiplin pada baki 90 minit nanti.

Malaysia turun tanpa Mohd Amirulhadi Zainal dan Mahali Jasuli yang mengumpul kad kuning kedua pada aksi di Bukit Jalil, manakala Indonesia turut kehilangan Oktavianus Maniani atas sebab yang sama serta Yongki Ari Wibowo kerana kecederaan.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan