Kosmo Online - Sukan |
'Kekalahan 1-5 sudah dilupakan' Posted: 'Kekalahan 1-5 sudah dilupakan'SKUAD negara berazam untuk menebus kekalahan 1-5 kepada Indonesia pada aksi peringkat kumpulan di Gelora Bung Karno, Jakarta sebelum ini. "KEKALAHAN 1-5 kepada Indonesia tempoh hari sudah lama berlalu. Saya takkan fikir lagi kerana ia sudah tidak bermakna lagi. Lagipun Real Madrid pun boleh kalah 0-5 kepada Barcelona. "Kami sudah melupakannya. Final esok (hari ini) merupakan perlawanan yang berbeza dan kami tidak takut dengan kekalahan 1-5 itu. Saya yakin barisan pemain muda kami akan melaksanakan tugas dengan baik." Demikian jelas jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal sejurus tamat sesi latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam sebagai persiapan terakhir sebelum menentang Indonesia pada final pertama Piala AFF Suzuki 2010 malam ini. Malaysia dibelasah 1-5 oleh Indonesia pada aksi sulung peringkat kumpulan di Jakarta pada 1 Disember lalu tetapi ketika itu, kesemua lima gol tersebut bukan kerana kehebatan Indonesia tetapi hanya kesilapan individu oleh pemain pertahanan Malaysia. "Saya mahu pemain beraksi seperti biasa saja tetapi dengan keyakinan dan penuh optimis untuk aksi final ini. Saya hanya mahu fikir dan tumpu kepada pemain dan pasukan saya, bukannya pasukan lain," tegas Rajagobal. Namun sesi latihan tersebut hanya disertai 21 pemain kerana penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha terpaksa pulang ke Kota Bharu untuk majlis resepsi perkahwinannya di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) malam tadi. "Saya beri dia (Norshahrul) rehat sehari kerana ada perkara yang perlu diselesaikannya. Saya yakin ia tidak akan menganggu pasukan. Mungkin rehat ini lebih memberi ketenangan kepadanya. Dia akan kembali pagi esok (hari ini)," jelas Rajagobal. Dalam pada itu, penyerang utama negara, Safee Sali tidak mahu terlalu memikirkan satu kad kuning yang dipegangnya ketika ini tetapi lebih memberi sepenuh fokus bagi menjaringkan gol buat Malaysia. PARA pemain Malaysia melakukan sesi pemanas badan di Stadium Nasional Bukit Jalil petang semalam. "Tak perlu nak main berhati-hati. Saya akan main seperti biasa dan harap tuah Bukit Jalil akan berpihak kepada saya sekali lagi seperti ketika menentang Vietnam bagi memberikan bekalan selesa ke Jakarta," kata Safee ketika ditemui selepas sesi latihan petang semalam. Tiga pemain Malaysia iaitu Safee, Amirulhadi Zainal dan Mahalli Jasuli serta lima pemain Indonesia iaitu Cristian Gonzales, Oktovianus Maniani, Ahmad Bustomi, Muhammad Ridwan dan Hamka Hamzah perlu mengelak kad kuning agar tidak kempunan beraksi pada final kedua di Jakarta, Rabu ini. | ||
Posted: Hadiah hari jadi SubahanOleh WAN FAKHRUL BAKAR
KEMENANGAN diburu skuad kebangsaan apabila berdepan Indonesia pada final pertama Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini bagi dijadikan bekalan selesa untuk final kedua di Gelora Bung Karno, Jakarta Rabu depan. Namun secara kebetulan juga, hari ini merupakan hari ulang tahun ke-45 pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Justeru Subahan secara peribadi mahu menjadikan sambutan ulang tahunnya kali ini sebagai yang paling istimewa dan boleh dikenang selama-lamanya. "Kebetulan pula aksi final esok (hari ini) jatuh pada hari jadi saya. Sebagai individu yang bersama dengan pasukan ini, sambutan hari jadi kali ini pasti lebih istimewa jika pasukan kita berjaya mencatat kemenangan. "Sebagai pengurus, saya mahu melihat kita menang pada perlawanan ini. Menang besar, itu soal kedua. Tapi kita tak mahu ke Jakarta dengan situasi ketinggalan kepada Indonesia. "Biarpun untuk menjulang trofi kita kena tunggu selepas aksi kedua Rabu nanti, aksi pertama ini penting sebagai langkah pertama ke arah itu," katanya kepada Kosmo! semalam. Subahan turut berasa bangga kerana jika Malaysia berjaya muncul juara Piala AFF Suzuki buat kali pertama pada edisi kelapan ini, ia terhasil menerusi seratus peratus sentuhan warga tempatan. "Andai kejuaraan diraih, ia pasti menjadi lebih istimewa kerana kita dibarisi jurulatih tempatan serta pemain-pemain tempatan tanpa pemain yang diimport. Boleh dikatakan seratus peratus buatan Malaysia. "Kejayaan ke final kali ini turut mencetuskan satu senario baru di negara ini apabila semua tempat saya pergi bercerita tentang Piala AFF Suzuki. Mereka nampaknya melupakan seketika Liga Perdana England." Skuad kebangsaan mula mempamerkan kebangkitan sejak Rajagobal dilantik sebagai ketua jurulatih pada 20 April 2009 disusuli pelantikan Subahan sebagai pengurus pasukan kira-kira sebulan kemudian. Gandingan mantap ini telah membawa dua kejayaan besar iaitu menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas pada Sukan SEA 2009 Laos dan kemarau 32 tahun gagal layak ke pusingan kedua pada Sukan Asia 2010 Guangzhou bulan lalu. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan