Kosmo Online - Sukan |
Posted: Sayur kot...Daripada WAN FAKHRUL BAKAR PEMAIN negara hanya melakukan latihan ringan di pekarangan hotel penginapan mereka, Hotel Sultan, Jakarta semalam. JAKARTA – "Indonesia tak sehebat Vietnam. Bagi saya Vietnam lagi mantap berbanding Indonesia, cuma Indonesia ada kelebihan beraksi di tempat sendiri... sayur kot!" Itu tegas kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim yang semakin yakin untuk mencatat sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama menjulang trofi Piala Suzuki AFF malam ini. Bagi Safiq, 23, pasukan Indonesia tidaklah sehebat mana berbanding dua pasukan bekas juara iaitu Vietnam dan Thailand yang disifatkannya lebih kuat. "Saya rasa, Vietnam jauh lebih bagus dan kuat. Malah Thailand pun sebenarnya lebih baik daripada Indonesia," kata Safiq ketika ditemui Kosmo! selepas sesi latihan ringan skuad kebangsaan di pekarangan Hotel Sultan di sini pagi semalam. Safiq yang mengakui cukup teruja dan tidak sabar untuk mengesahkan kejuaraan pertama buat Malaysia selepas berakhirnya final kedua malam ini turut berkongsi pengalaman menjadi kapten. "Jurulatih (K. Rajagobal) umum pelantikan saya sebagai kapten ketika aksi persahabatan bertemu Maldives beberapa hari sebelum ke Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China. "Bagaimanapun pada perlawanan itu, Nasriq Baharom cedera dan jurulatih terpaksa menyenaraikan pemain senior, Norhafiz Zamani Misbah dan tugas kapten diberikan kepada Zamani. "Tetapi Zamani pula cedera pada aksi sulung Sukan Asia menentang Krgyzstan. Saya jadi kapten untuk baki perlawanan menentang Jepun, China dan Iran, semuanya tewas. "Bermula pada Piala Suzuki AFF, kita tewas kepada Indonesia. Ketika itu saya tertekan kerana tewas semua perlawanan. Tetapi tak sangka dapat juga bawa pasukan ke final sebagai kapten," jelas Safiq. Menjelang aksi final kedua malam ini, pemain tengah Selangor itu mengharapkan skuad kebangsaan berjaya memperoleh gol awal bagi menambah tekanan buat pasukan tuan rumah. "Jika kita dapat jaring satu gol, Indonesia terpaksa cari lima gol. Tetapi jangan pula kita beri mereka gol awal kerana ia akan membangkitkan semula semangat pasukan lawan. "Apa pun ini pertama kali saya berpeluang menjulang trofi selaku kapten. Tak pernah langsung sebelum ini. Lagipun menjulang trofi di hadapan penyokong Indonesia, lebih memberi kepuasan. "Saya harap, kita akan pulang Khamis ini (esok) bersama-sama trofi Piala Suzuki AFF," ujar pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu. |
Hamidin yakin keselamatan terjamin Posted: Hamidin yakin keselamatan terjaminPIHAK keselamatan Indonesia memberi jaminan bahawa penonton yang bertindak liar akan berhadapan tindakan sewajarnya. JAKARTA - Soal keselamatan pada final kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam ini menjadi aspek yang paling diutamakan pihak berkuasa Indonesia. Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, beliau telah diberikan jaminan oleh pihak polis bahawa tiga lapisan pemeriksaan keselamatan bakal dilakukan di stadium tersebut. "Saya bersama-sama pengurus pasukan (Datuk Subahan Kamal) serta pegawai keselamatan pasukan (Dali Wahid) telah berbincang dengan wakil pihak berkuasa di sini iaitu Pak Hengki. "Menurut Pak Hengki, pihak berkuasa telah mengetatkan kawalan keselamatan di stadium dan juga kenderaan yang masuk ke kota Jakarta sejak dua hari yang lalu. "Insya-Allah tahap keselamatan di sini cukup tinggi baik di stadium, hotel pasukan mahupun Kedutaan Malaysia di sini," katanya ketika ditemui Kosmo! di Hotel Sultan di sini semalam. Jelas Hamidin, seramai 200,000 penyokong Indonesia dijangka akan hadir ke stadium dengan hanya kira-kira 80,000 boleh memasuki stadium dan selebihnya akan menonton layar besar di pekarangan stadium. "Memang tiket semuanya habis dijual dan mereka yang gagal akan menontonnya di luar stadium. "Jadi terdapat tiga opsyen yang telah dijelaskan pihak berkuasa buat pasukan dan penyokong Malaysia untuk keluar selepas perlawanan. "Harap tiada apa yang buruk berlaku esok (hari ini) kerana kita datang ke sini hanyalah untuk satu perlawanan bola sepak," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan