Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Bola sepak dipertimbang ke London

Posted:

Bola sepak dipertimbang ke London

Bola sepak dipertimbang ke London

Oleh TAUFEK RAZAK
taufek.razak@kosmo.com.my



MAJLIS Sukan Negara (MSN) tidak menolak kemungkinan bola sepak antara sukan yang akan menjadi topik utama perbincangan untuk disenaraikan dalam program pembangunan Sukan Olimpik, Road To London 2012.

Katanya, Jawatankuasa Pemandu program Road To London 2012 yang dijadual bermesyuarat bulan ini dijangka akan turut mempertimbangkan hoki lelaki dan menembak untuk disenaraikan.

Ketika ini, empat sukan sudah berada di bawah program tersebut iaitu badminton, berbasikal, terjun dan memanah.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihak- nya percaya potensi yang ditunjukkan anak-anak buah K. Rajago- bal menerusi dua kejayaan pada peringkat Asia Tenggara bakal membuka mata jawatankuasa pemandu program tersebut.

Skuad bola sepak negara meng- akhiri kemarau 14 tahun dengan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 Rabu lalu. Sebelum ini Malaysia juga menamatkan kemarau 20 tahun dengan memenangi pingat emas Sukan SEA 2009.

"Saya menjangkakan semua kejayaan itu akan diambil kira jawatankuasa pemandu terbabit walaupun pada dasarnya penampilan skuad bola sepak negara di Asia Tenggara masih perlu diperkemaskan lagi.

"Jika hendak dibandingkan dengan Asia, prestasi bola sepak kita sebenarnya masih jauh.

"Itu sebabnya tahun 2011, MSN bercadang mengatur lebih banyak pendedahan menerusi perlawanan persahabatan antarabangsa dan bertaraf tinggi.

"Ini ditambah dengan adanya perlawanan kelayakan Pra-Olimpik dan mungkin Pra-Piala Dunia yang dijangka turut berlangsung pada tahun ini juga," katanya ketika dihubungi semalam.

Zolkples yang baru pulang dari Jakarta bagi menyaksikan perlawanan akhir kedua Malaysia-Indonesia berkata, beliau telah pun berbincang dengan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzudin Ahmad mengenai program pendedahan itu ketika berada di sana.


SKUAD bola sepak negara dilabel 'gergasi Asia Tenggara' selepas menjuarai Piala Suzuki AFF 2010, Rabu lalu.


Bagaimanapun, mengenai usaha untuk meneruskan latihan dan menyertai liga di Slovakia, beliau enggan mengulas kerana itu bukan di bawah bidang kuasanya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini pernah berkata, mana-mana sukan sedia ada di bawah program Road To London 2012 yang tidak menunjukkan prestasi memberansangkan berdepan tindakan digugurkan.

"Keputusan mengenai perkara itu akan kita umumkan dalam masa terdekat ini selepas kita meng- adakan pertemuan dengan pihak pengurusan, jurulatih dan atlet.

"Sekiranya mereka tidak dapat yakinkan kita, terpaksalah kita tumpu pada sukan yang lebih berpotensi," kata Shabery.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Safiq semakin 'laris'

Posted:

Safiq semakin 'laris'

Safiq semakin 'laris'

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my


SAFIQ (kiri) bersama ahli keluarganya yang cukup teruja melihat pingat Piala Suzuki AFF 2010 yang dimenangi pemain itu, Rabu lalu.


MESKIPUN baru pulang ke tanah air ini kelmarin, jadual padat Safiq Rahim yang memikul tugas sebagai kapten skuad kebangsaan Piala Suzuki AFF 2010 sudah bermula seawal pagi semalam.

Menurut Safiq, dia menerima pelbagai undangan daripada stesen penyiaran dan syarikat percetakan untuk diwawancara mengenai kejayaan Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF pada Rabu lalu.

"Pada sebelah pagi, saya bersama rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) dan selepas itu stesen radio Hot FM manakala pada malam ini (tadi) pula televisyen Al Hijrah," katanya ketika ditemui di kediamannya di Batu Tiga, Shah Alam semalam.

Safiq memberitahu, dia juga belum berkesempatan untuk pulang ke rumah ibu bapanya di Taman Purnama, Bestari Jaya, Kuala Selangor kerana jadual yang sangat padat.

Katanya, pada pagi ini, dia akan terbang pula ke Perth, Australia untuk latihan pramusim skuad Liga Super Selangor selama sembilan hari sebelum Liga Malaysia 2011 bermula 29 Januari ini.

"Bagaimanapun ini sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai pemain bola sepak kepada negara yang perlu dipikul.

"Selepas semua ini, saya ada juga bercadang untuk mengambil cuti rehat sekejap supaya dapat bersama sekeluarga seketika," ujarnya.

Sementara itu, bapanya, Rahim Mohd. Yatim, 51, berkata, beliau dan isterinya, Aidah Majid, 42, memahami tugas dan tanggungjawab anak mereka dan disebabkan itu, mereka berkunjung ke rumah Safiq semalam.

Menurutnya, satu kenduri kesyukuran yang dijangka diadakan di rumahnya di Bestari Jaya selepas anaknya pulang ke tanah air terpaksa ditangguhkan kerana Safiq akan berangkat ke Australia pula hari ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan